07 Ogos 2012

Madu: Tak baik untuk kesihatan. Benarkah???

Salam Ramadhan.. bersantai di tengah malam, sambil menunggu masakanku masak dalam microwave tu.. sempat la nk upadte sikit pasal Madu malam ni.. 

Jangan salah sangka, bukan madu poligami yang ku maksudkan tapi madu lebah, yang memang rasanya manis dan sangat banyak kegunaan.. tapi suatu ketika dulu, aku penah la terbaca kat Facebook ada yang menyampaikan berita bahawa madu ni bahaya utk kesihatan sebenarnya, tambah2 jika bagi pada bayi bawah umur 1 tahun... Ha??? terkejut pula aku dgn statement tu deh.. 

Yang dikatakan bahaya sebabnya ada satu jenis spora yang membiak dengan cepat jika masuk dalam usus dan membahayakan kesihatan usus bayi.. Tapi ku menyangkal dakwaan ni.. sebabnya.. Madu adalah makanan sunnah Rasulullah.. Bahkan Madu adalah makanan yang ternyata dalam al-Quran sebagai penawar penyembuh penyakit,,, 


Firman Allah dalam surah an-Nahl: (Surah An-NAhl: 69).
Tafsirnya: "Kemudian makanlah daripada setiap macam buah-buahan dan tempuhlah jalan Tuhanmu yang telah dimudahkan. Daripada perut lebah itu keluar minuman madu yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat ubat menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda kebesaran Tuhan bagi orang yang memikirkan." 

Kemudian dalam hadis Nabi s.a.w pun ada citer pasal madu.. 
Rasulullah s.a.w juga ada berpesan agar seseorang itu berubat dengan madu dan al-Qur'an, Baginda bersabda:
Maksudnya: "Ambillah / pergunakanlah olehmu sekalian akan dua ubat penyembuh yaitu madu dan al-Qur'an." (Hadis riwayat Ibnu Majah)  

Aku bukan tak percaya, tapi aku lebih percaya kepada al-Quran dan Hadis.. kenapa kita nak menegakkan kajian yang dibuat manusia, sedangkan dalam al-Quran dah terang lagi nyata kan.. ikutlah al-Quran dan Hadis.. masalah nye, bila ada yang bagi cadangan untuk anak yang batuk2 kahak tu, bagi minum madu sikit, terus lah ada yang menyangkal dengan alasan, madu tak elok untuk bayi.. 

Bila aku yakin dengan nas hadis dan al-Quran, memang aku tak mudah nak caya sgt la.. aku sendiri pernah bagi Faiqah minum madu sebagai penawar ubat batuk.. Caranya, amik madu secalit dalam hujung sudu, campur dengan sedikit air yassin, dan ku baca al-Fatihah dan selawat 3 kali.. Alhamdulillah sembuh.. 

Perlu lah difahamkan.. gunakan madu untuk buat ubat bukan minum macam air tu.. baca bagi faham sebelum menyangkal sesuatu.. jangan cepat melatah .. tapi biasa lah.. aku pun kadang2 gitu gak. hehehe... cuma dalam hal ni aku nak tekankan,, apa yang ada dalam al-Quran jangan disangkal dengan kajian manusia.. sebab Allah lebih mengetahui segalanya... 

Petua berkaitan dengan madu lebah:
* Memerahkan bibir: calit/oles pada bibir, biarkn kering kemudian basuh.. amalkan selalu..
* Meningkatkan tenaga termasuk tenaga dalaman (batin).. [org lelaki dengar mesti suka ni]
* Merawat batuk.. (macam yang ku da citer kt atas tu)
* Meningkatkan selera makan.. amalkan dgn cara memasak dan mencampur madu dalam makanan.. contoh ayam madu ke.. dll.

P/S: aku paling suka conflake madu.. ranggup.. juadah hari raya kan..

06 Ogos 2012

Makanan kegemaran Faiqah

Nilah makanan Faiqah... Bihun sup.. Xde lain.. Ni lah yang hari2 dia makan.. Makanan lain dia kurang nak makan.. Nasi lagi la tak nak makan.. Haha.. Spesis apa kah ankku sorg ni.. Agak weastern orgnye.. Suka mkn mknn ringan mcm kntang dan bun...

Resepi bihun ni aku reka je.. Ketuk bawang putih sikit.. Tumis dgn ikan bilis.. Pastu masukkan carrot, bunga kubis, dan sawi... Minyak 3 titik je tau.. Bkn byk... Wat sedap rasa je.. Xde la mcm rebus kesian anak aku nk mkn mknn rebus kan..

Bihun ni aku tukar dan selng seli dgn speghati... Tak pun makaroni.. Haha.. Class gtu.. Sume mknn barat ankku suka.. X kisah la jnji dia nk mkn... Ku syukur Alhmdulillah...

Lau de ank2 yg boring dh mkn bubur blh la try bihun sup ea..  dia pun nk ubh selera gak kn...

Published with Blogger-droid v2.0.6

05 Ogos 2012

Tahniah Lee Chong Wei..

Tahniah Lee Chong Wei..

Wah.. malam ni aku buka facebook dan twitter sume dok update status pasal pemain badminton negara.. sape lagi... Dato' Lee Chong Wei..

Ni sebab utma aku tak hadap tv sbb ramai sgt jadi pengulas sukan.. lagi pun aku tak leh tgk perlawanan sukan yg sengit mcm ni.. jap g ada yg sakit hati..jantung..limpa semua ada.. tapi akhirnya aku tahu.. selepas berusaha sehabis mungkin.. LCW tewas tipis je dgn pemain China Lin Dan..

Tak pe lah.. sekurang-kurang dia telah berusaha.. tahniah.. kami warga Malaysia tetap rasa bangga kerana layak ke final tu pun dh berbunga dah hati... lau suruh kami lawan belum tentu terlawan kan..

Aku sbg warga Malysia bngga la sbb dok malaysia ni.. wlaupun kecik tapi aman.. so.. jgn la da yg rosakkan keamanan ea..

P/s: aku dulu mmg suka main badminton.. lawan sungguh2 tu.. dan aku pnh kalahkan suami aku tau..  hahha.. marah dia lau baca p/s ni.. hihi..

Salam Nuzul al-Quran

Esok 17 Ramadhan… sape ingat tarikh apa ni,,, tarikh ni bagiku wajib diingati oleh semua muslimin dan muslimat.. iaitu peristiwa bersejarah.. tarikh nuzul al-Quran.. ni lah tarikh al-Quran diturunkan.. ku ingin kongsikan sedikit info fasal al-Quran dan kisah penurunan al-Quran..

-          Al-Quran diturunkan berperingkat iaitu peringkat pertama dari Allah ke Loh Mahfuz, kemudian peringkat ke-2, dari Loh mahfuz ke Baitul Izzah (langit dunia), peringkat ke-3, dari Baitul Izzah ke bumi;

-          Al-Quran diturunkan secara berperingkat kepada Nabi Muhammad s.a.w selama 23 tahun… iaitu 13 tahun di makkah dan 10 tahun di madinah… (sebenarnya ada pelbagai khilaf dan pendapat ulama.. ada perinciannya, ku amik yg mudah difahami.. mcm ku ajar kt sekolah)

-          Ayat pertama surah al-‘alaq ayat 1-5 (pendapat yang rajih).. boleh baca SINI utk lebih kefahaman.

-          Cara Nabi s.a.w dapat wahyu banyak cara antaranya melalui mimpi, ilham, gerak hati dan lain-lain…dan kesemuanya adalah melalui malaikat Jibril… dan ada juga dgn cara malaikat Jibril merupakan dirinya sebagai lelaki kacak…(kacak mcm mana wallahualam)

-          Al-Quran adalah salah satu mukjizat Nabi Muhammad s.a.w… sbb tu al-Quran dipelihara hingga ke hari kiamat.. tiada sape boleh ubah dan rosakkan ayat-ayat al-Quran.

Selamat menghayati hari nuzul al-Quran.. al-Quran bkn hnya dijadikan hantaran kahwin, tapi penghayatan al-Quran tu yg menjadikan al-Quran tu berharga… al-Quran bukan tempatnya di dalam frame berkaca yg disaluti emas, tapi di dalam hati dan diamalkan… Salam nuzul quran.
16 Tanda Ego

16 Tanda Ego

Sedikit sangat orang yang memiliki sifat ego, yang dia menyedari bahawa dirinya memiliki sifat keji tersebut. Natijah tidak menyedari adanya ego itulah maka tercetus berbagai perselisihan dan sengketa di dalam masyarakat.

Ini berpunca kerana masing-masing diri dengan sifat ego tersebut bertembung dengan orang lain yang juga memiliki sifat yang sama. Dalam Keadaan mereka sama-sama pula tidak menyedari memiliki sifat ego. Di antara ciri-ciri ego itu adalah seperti berikut :-

1. Menolak Tuhan. Inilah peringkat paling tinggi keegoan manusia. Tidak mahu mengakui akan kewujudan Tuhan ini yang menjadikan mereka berada di dalam kekufuran.

2. Menolak kebenaran. Biarpun terdapat golongan yang mengakui kewujudan Tuhan namun mereka yang salah faham akan keliru tentang Tuhan turut meletakkan diri mereka di dalam kekufuran. Turut berada di dalam kategori ini ialah mereka yang menolak kerasulan Nabi Muhammad SAW. Mereka yang seumpama ini boleh jatuh kepada murtad atau kufur. Andainya berpunca dari kejahilan, namun tidak terlepas juga sebagai mereka yang ego tinggi yang dihukumkan sebagai fasik.

3. Golongan ini pula sangat meremehkan dosa pahala dan tidak suka memperkatakannya. Apa sahaja yang dibuat tidak mahu dikaitkan dengan persoalan dosa pahala atau halal haram. Keegoan mereka ini seolah-olah mahu bebas. Tidak mahu adanya sebarang keterikatan dengan hukum Allah SWT. Begitu juga dalam kontek kekuasaan Allah SWT, mereka tidak mahu mengaitkan sesuatu peristiwa atau perkara itu dengan bukti kekuasaan allah SWT yang Maha Kuasa. Sesuatu kejadian samada kejayaan, kegagalan mahupun musibah pada mereka lebih nampak kepada sebab atau faktor kejadian tersebut. Dalam soal usaha ikhtiar, mungkin juga boleh diterima sebagai faktor sebab yang terhasilnya sesuatu yang hakikatnya dengan izin Allah SWT. Apa yang anehnya sebagai memperlihatkan ego adalah bencana alam seperti gempa bumi, banjir, kemarau, jerebu, tanah runtuh yang sifatnya tidak ada campur tangan manusia, pun tidak mahu disandarkan kepada kekuasaan Allah SWT. Lantas dengan cepat mereka mengatakan itu semua adalah lumrah alam atau perkara biasa.

4. Tidak mahu menerima dari orang atau pihak lain. Seolah-olah merasa rendah atau tercabar atau terhina andainya kebenaran itu keluar dari mulut orang lain. Lebih-lebih lagi sekiranya sesuatu yang benar itu datangnya daripada orang bawahannya atau orang yang dianggap status sosialnya lebih rendah.

5. Ego juga dapat dilihat bilamana seringkali menzalimi orang lain apabila seseorang itu memiliki kuasa. Dia akan gunakan kuasa itu bukan sebagai amanah atau tanggungjawab tetapi sebagai peluang untuk menindas atau mendatangkan kesusahan kepada orang lain. Andainya roda pusingan kehidupan menjadikan gilirannya pula berada di bawah atau menjadi pengikut, ketika itu dia akan menjadi orang yang paling sukar untuk taat setia kepada pihak atasannya. Egonya itu membuatkan dia menjadi amat sukar untuk tunduk kepada peraturan dan perintah ketuanya.

6. Sering sahaja bercekak pinggang sebagai gambaran membesar diri. Sifat egonya itu terzahir dalam perbuatan bercekak pinggang biarpun tanpa disedarinya.

7. Payah hendak bertegur sapa kecuali kalau orang lain mendahuluinya. Dia merasakan tidak layak untuk menghormati orang lain seolah-olah orang lain yang patut menghormati dirinya.

8. Isi perbualan atau percakapannya sering saja melebihkan diri biarpun dalam nada tutur kata yang lunak. Apatah lagi bila ada peluang bercakap besar dan lantang.

9. Selalu berwajah serius dan masam. Ditambah pula dengan sikap yang kurang mesra.

10. Sangat memilih kawan terutamanya di kalangan orang yang setaraf sahaja. Kadang-kadang lebih suka berada di tengah-tengah orang yang lebih rendah bukan kerana merendah diri tetapi mengharapkan agar dirinya kelihatan lebih menonjol. Dan begitulah sebaliknya cuba mengelak berkawan dengan orang yang lebih atas kerana tidak mahu kelihatan dirinya rendah.

11. Sangat mudah tercabar oleh kebaikan orang lain. Apatah lagi apabila dicabar maka sangat tidak dapat menguasai emosi. Mudahnya tercabar itu samada akan memberi tindak-balas atau terus merajuk dan membawa hati.

12. Mudah menjadi marah terutamanya kalau orang lain yang membuat silap, lebih-lebih lagi kalau kesilapan itu tertimpa ke atas dirinya.

13. Kalau dia terbukti bersalah sangat sukar untuk meminta maaf. Dan apabila orang lain yang bersalah pula sangat sukar memaafkan.

14. Tidak boleh ditegur atau tidak mahu menerima teguran. Teguran boleh menyebabkan dia sakit hati malah timbul dendam terhadap orang yang menegurnya.

15. Sangat suka dipuji malah sentiasa menunggu-nunggu sahaja akan pujian orang kepadanya. Kalau dia mendengar pujian terhadap orang lain di hadapannya maka timbul sakit hati kepada orang yang memuji itu dan sakit hati kepada orang yang dipujinya.

16. Sangat suka berbahas. Dalam perbahasan pula sering meninggikan suara. Berbahas pula bukan hendak mencari kebenaran tetapi hendakkan kemenangan walaupun salah.

Kesan sifat ego ini sangat merbahaya dan dahsyat. Lihat sahajalah Firaun, Namrud dan Hamman, kerana egolah mereka sanggup menderhakai Tuhan. Bahkan sanggup mati di dalam kekufuran. Biarpun berbagai bencana Tuhan datangkan sebagai amaran dan ancaman, semuanya tidak menjadi pengajaran, iktibar dan ingatan. Apalah ertinya mempertahankan "kenikmatan" ego itu sedangkan menanggung seksa dan laknat Allah SWT. 

p/s: Ya Allah... Jauhilah aku dari penyakit hati dan ego ini... ameen.. 

Menu Unik di bulan Ramadhan

Sebelum nak mandikan Faiqah... ku nak update blog dulu.. pastu nak kemas umah bersama faiqah.. (erkk.. blh ke kemas umah dgn si mek ni.. hehee.. tgk ajelah.. )

Bulan Ramadhan, aku teringat menu wajib buat juadah berbuka yg mak aku sediakan... menu ni xde jual kat bazar ok.. namanya tepung torak.. haha.. pelik kn namanya... itulah makanan kesukaan kami adik beradik.. Lau balik kampung mesti suruh mak buat.. tapi lepas kahwin dah 2 kali Ramadhan la aku tak jamah kuih tepung torak ni.. 

Kuih ni tak susah pun nak buat.. bahan2 nye tepung gandum, gula perang, gula putih/gula pasir, garam sikit dan santan.. bancuh macam nak buat kuih lopang tu.. tahu ke korang kuih lopang.. hehe... pastu wajib de daun pisang.. daun tu kita gulung dan ikat di hujungnye.. mcm nak buat kuih lopis.. tapi kuih lopis dari pulut kan.. ni dalamnya adalah bancuhan tepung tadi.. bancuhan tepung tu, isi masuk dalm bekas daun pisang yang kita buat tu tadi dan rebus dalam air yg telah mendidih hingga beku.. 
Ni lah rupa tepung torak tu.. ada plak kt gugel ni.. 

Kuih ni mak aku ckp asal dari Pattani, Thailand.. maklumlah aku mmg keturunan Siam pun.. mmg tak mustahil la jika ada yang tak tahu kan... tapi rasanya mmg sedap.. lemak2 manis gitu.. tapi tahun ni tak dapat juga nak rasa.. sbb dok jauhkan... 
From pakcik gugell .. :p

Menu yang lain yang susah gak nak jmpe kat negeri lain, iaitu air katira.. minuman ni popular kat negeri johor.. tapi lau kat tempat lain susah nak jumpe la.. Air ni sedap sbb ada isi yang mcm dalam air laici kang tapi warna hijau.. Jika aku balik johor mmg cari la air ni kat bazar...

Itulah menu yang lain dari yang lain yang aku penah jumpe di bulan Ramadhan.. Korang ada menu lain??? Boleh tinggalkan komen ok... 

Jom.. nk g mandi Faiqah... dah merengek dah budak ni.. hhu.. 
6 Wanita Malang

6 Wanita Malang

6 Jenis Wanita Malang

"Jangan engkau kahwini wanita yang enam, jangan yang Ananah, yang Mananah, dan yang Hananah, dan jangan engkau kahwini yang Hadaqah, yang Baraqah dan yang Syadaqah."


  • Wanita Ananah: banyak mengeluh dan mengadu dan tiap saat memperalatkan sakit atau buat-buat sakit.
  • Wanita Mananah: suka membangkit-bangkit terhadap suami. Wanita ini sering menyatakan, "Aku membuat itu keranamu".
  • Wanita Hananah: menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain, yang dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain.
  • Wanita Hadaqah: melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya untuk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membelinya.
  • Wanita Baraqah: ada 2 makna, pertama yang sepanjang hari mengilatkan dan menghias mukanya, kedua dia marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkannya bahagianya.
  • Wanita Syadaqah: banyak cakap tidak menentu lagi bising. 

04 Ogos 2012

YE KE LELAKI KUAT???

Saja je timbul isu... hehehe... lelaki kuat ke??? ea ke lelaki kuat??? Lelaki mmg kuat fizikal nye tapi lemah gak sbenarnya... mau tak nye.. kerana pompuan je sanggup nak bunuh diri... pompuan pun ada gak buat gini.. tapi dah memang sifat pompuan akalnye pendek sikit... pompuan mmg x pikir pnjang.. sbb dia bertindak bnyk dipengaruhi emosi.. tapi lelaki blh jadi teruk dari pompuan bila terkena panahan CINTA...


Tengok je lah berita kat harian metro hari ni... 
Berita lanjut.. tengok akhbar hari ni ok.. :)

Hmm.. apa nak dikatakan mmg lelaki akan kalah jika berhadapan dengan pompuan.. tambah2 yg berdahi licin.. haha.. (tapi tak semua gini.. aku tahu...)

Tu lah.. dalam bab ni pompuan mmg hebat.. boleh menjatuhkan lelaki... Sebab mmg ada TIGA "TA" yg boleh mengalahkan lelaki.. sekuat mana pun dia akn jatuh dengan 3 Perkara ni... kecuali orang2 yang kuat iman dan taqwa kepada ALLAH..iaitu:

1) WANITA
Lelaki sanggup putus kawan, sanggup putus keluarga sbb wanita yg dia sayang, dia cintai dan sanggup mati sbb wanita mcm kes kat ats tu la..

2) TAKHTA
Yang ni pun sama.. sanggup berhabis duit, tikam kawan dari belakang sbb pangkat dan takhta..

3) HARTA
Yang ni lagi teruk, sanggup lemparkan org tua sbb nakkan hrta mereka dan sanggup tinggalkan org tua sbb nak kumpul dan kejar harta... 

Wanita2 sekalian... pasti tak nak kan lelaki yg pentingkan ketiga-tiga ni kan.. Jom cari yang xde 3 "ta" ni tapi tinggi iman dan taqwa.. supaya kita selamat dunia dan akhirat... :)
Raya Mana?

Raya Mana?

Wah... pagi2 lagi dah mencoret.. xde lah.. aku boring sungguh.. pagi2 lagi en suami dah g bengkel g service kete... maklumlah dah nak raya.. kang lambat2 berebut plak nnt...

Korang plan ke nk raya mna? Bgi yg bujang no hal lah kan.. mesti lah raya umah mak ayah.. balik kg halaman... tapi bagi yg khwin mcm aku ni.. kena pikir awl2 dah... tmbah2 aku Kedah.. suami Johor...utara selatan tu... mmg plan awl2 lah...

Sebelum puasa aku dah bncang dengan en.suami.. raya ni kena ikut dia la plak.. balik Johor... seminggu mmg balik johor... Kedah aku balik tapi sebelum raya la...dlm bulan posa...

Nak sedih ke tak raya kt kg sndiri? Bagiku... aku redha la..dah mmg khwin org jauh.. gitu lah gayanya... kdg2 dok smbg2 dgn kengkawan di sekolah.. khwin dkat pun gadoh gak.. nak balik mana dulu...

Aku mmg buat sistem giliran la...thun lpas mmg blik raya kg ku sbb aku berpntg kt sana.. thun ni.pastilh raya kt johor la plak... giliran yg adil dan kami sepakat... bg yg khwin jauh kna pkir dh hal lau blh sblum khwin spya x gado nnt...

Aku ni jnis x kisah mna2 pun.. jnji raya..

Published with Blogger-droid v2.0.6

03 Ogos 2012

Isteri Solehah

Isteri Solehah

    Isteri yg sentiasa mencintai & menghormati keluarga suaminga spt mana dia menghormati dan menyayangi keluarganya sendiri.
    Isteri yg sentiasa menjaga aurat drpd pndgn yg bukan mahramnya dan pandangan matanya sendiri. Tidak membenarkan lelaki bukan mahram memasuki rumahnya ketika ketiadaan suami.
    Isteri sedia menjadikan suami sbg ketua dlm rumah tangga mereka. Ini kerana sifat semula jadi itu Allah anugerahkan kpd lelaki.
    Isteri sedia memberi kesetiaan, ketaatan dan kepatuhan kpd suaminya selagi suruhan suami tidak bertentangan perintah agama.
    Isteri sedia memberikan layanan dan kasih syg yg sepenuhnya sehingga membuatkan suami berasakan rumah tangganya adalah tempat utk mendapatkan ketenangan dan kebahagiaan dari sebarang masalah kerja.
    Isteri yg sentiasa menjaga rahsia dan maruah suaminya. Begitu juga dengan maruahnya sendiri semasa ketiadaan suami. Isteri perlu memohon keizinan suaminya bagi keluar dari rumah ataupun mengerjakan puasa sunat.
    Isteri perlu bijak menguruskan harta suami dalam berbelanja dgn kadar sederhana dan tidak membazir. Cara ini dapat menyelamatkan suami drpd mslh kewangan.
    Isteri yg sedia menerima pemberian suami dgn penuh keikhlasan dan kerelaan. Isteri tidak meminta sesuatu yang suami tidak mampu tunaikannya.
    Isteri yg sentiasa bersyukur dan tenang sama ada menerima nikmat atau dugaan drpd Allah. Sedia melaksanakan tugas dan tanggungjawab sbg seorg isteri dan ibu serta perintah Allah dgn tabah dan sabar.
    Berdiam diri sambil mendengar sewaktu suami bercakap.
    Isteri yg sedia melayani dan memenuhi kehendak batin suami sewaktu diperlukan.
    Isteri yg sentiasa menghias diri apabila berhadapan suami dan sebaliknya pula apabila ketiadaan suami.
    Isteri yg sentiasa mendahulukan keperluan suami daripada keperluannya sendiri.
    Isteri yg sentiasa bersikap malu kpd suaminya, bersopan santun dalam perkataan dan juga perbuatannya.
    Isteri yg menemani suaminya ke muka pintu sewaktu suami hendak keluar dan menyambutnya dgn senyuman sewaktu suami pulang.

Kredit: Buku "Anda bertanya, Ustaz Azhar Idrus menjawab". hlmn. 77-79.
Kenangan Ramadhan zaman dolu-dolu

Kenangan Ramadhan zaman dolu-dolu

Baru selesai kelas waktu awl... hari ni Jumaat tak terasa cepatnye kelas berlalu sbbnya waktu yg pendek.. g sekolah pun 3 jam je..

Masa dok perati budak2 salin nota.. tetiba teringat zaman kanak-kanakku pabila tibanya bulan posa.. buatkan aku tersenyum sendiri... :-)

Aku kecik2 dulu mmg bukan yg jenis puasa penuh pun.. sbb mak aku mmg tak bagi aku posa.. posa separuh hari je..sbb aku ada asma kn.. perut kosong mula la jadi sesak nafas.. so.. mmg smp darjah 6 aku posa separuh hari... yang lucu.. mmg kat sekolah aku sorg je tak mmpu nk posa g... kwan2 yg lain posa penuh.. aku mmg malu... tapi aku tak larat nk than.. so g tandas apa lagi.. telan air paip la.. konon2 basuh muka sbb ngantuk.. tapi.. sambil menyelam minum air... hehhe.. almak.. kantoii daa... ^_^

Naik sekolah menengah aku dh pandai posa dan cuba posa penuh.. tapi tak penuh sebulan laaa. Mak aku tak paksa sbb aku pun tak baligh lagi masa tu.. so.. posa yg mana larat la..

Bila dah besar.. tingkatan menengah atas.. aku posa penuh.. tapi wanitakan special tak posa penuh sebulan.time cuti tu mg best sbb jadi tukang rasa segala lauk dan kuih yg mak aku buat.. hahaaa.. mmg mak pun suh aku yg rasa..

Bila dkt nk raya plak.. sibuk cari buluh wat lemang.. yg lebih2 tebuk utk wat pelita raya... buh minyak tanah je dlm buluh tu.. pastu sibuk wat ketupat palas.. malam raya. Acara wajib keluargaku buat kenduri doa selamat.. lepas knduri.. pakat2 kami adik beradik pmpuan kumpul baju raya utk seterika... pastu lepas siap kmas.. tolong pak kira wet zakat.. bapakku dilantik jadi amil.. tapi sekarang tak lagi sbb pak pun dh x larat... malam raya mmg best la.smbang2 smpai kadang smpai kul 4 pagi baru tido...

Tulah kenangan raya bagi ku sebelum bergelar isteri org.. skrg zaman dah berubah... kenangan tu jadi memory indah smpai akhir hayat...

Nanti aku smbung plak part raya lepas zman anak dara... eheheh....

02 Ogos 2012

Resepi baru: Manok Pansoh

Sebelum masuk dapur.. msuk blog dulu update... rasa nak share resepi baru yg aku belajar masa g Kem Ihya'Ramadhan.. Kem dh habis tengah hari tadi dengan jayanya..Alhamdulillah..

Hari ke-3.. para peserta dikehendaki memasak sendiri masakan utk berbuka.. Bahan2 disediakn pihak urusetia... Diorg kena siang ikan talapia seekor satu kumpulan dan menyembelih sendiri dua ekor ayam.. proses kn sendiri dan makan sendiri... hehehe... 

Satu resepi yang asal dari Sarawak.. Sup ayam dalam buluh.. atau nama tempatannya "Manok Pansoh".. Manok maksudnya ayam dan Pansoh adalah bulu.. so.. jadilah ayam buluh.. Jom kita tgk resepi dan cara membuatnya... 

Bahan-bahan
  • 1 ekor ayam
  • 1 ikat pucuk ubi kayu
  • buluh sederhana besar
  • 3 batang serai (diketuk)
  • 3 ulas bawang putih (ditumbuk)
  • 5 ulas bawang merah
  • 2 inci halia
  • garam dan gula secukupnya
  • boleh tambah lengkuas utk mewangikan lagi masakan
Cara-cara:
  • Potong ayam sederhana besar dan cuci bersih (jangan terlalu besar nnt tak muat buluh lak)
  • Perap ayam dengan bawang, halia, serai, garam dan gula selama 3 minit
  • Ambil  pucuk ubi yang masih muda, cuci dan ramas dengan garam sebanyak kira-kira 1/4 sudu teh... (jangan terlalu banyak garam, nanti xleh nak telan lak kang..)
  • gaulkan ayam yang diperap dengan pucuk ubi yang diramas tadi.
  • masukkan ayam yang telah digaul tadi ke dalam buluh yang telah cuci
  • lepas dh masukkan.. bakar lah mcam bakar lemang...
  • Lepas msak,,, tuangkan ayam ke dalam bekas dan boleh lah dihidang...

Saya dah try makan yg peserta2 ni buat.. mmg menjadi la masakan ni... Nak sedap jika tambah air sikit kira jadi mcm sup la.. tapi jgn byk plak,,, sbb nnt air dari ayam tu pun kuar juga.. so.. xperlukan byk air lau nk tmbah air... 




Selamat Mencuba (^_^)

P/s: mujur gak dapat rasa n buat .. lau tak,, mna la nk buat..kt kl ni.. nk bkr kt mna dgn buluh2 ni... hehe... 

01 Ogos 2012

Kena bangga ke susukan anak ni???

Kena bangga ke susukan anak ni???

Petang2.. Ku tengah bersantai.. Terasa nk update blog... Okeh.. Straight tu the point la.. Dulu aku mcm jahil sikit fasal dunia internet fb dan penyusuan.. Tapi sejak bergiat aktif sgn dunia sosial ni.. Aku rasa.. Allah berkuasa sbb jadikan manusia dgn pelbagai sifat... Antaranya.. Rasa bangga.. Dia tak bangga tapi ayat yg digunakan menyebabkan org tafsirkn bangga..terutama berkaitan dgn susu ibu.. Ea lah kan. Aku ni juga ibu menyusu...

Aku pelik dan semakin terpikir la.. Kena bangga ke org yg menyusukan anak dia dgn susu badan... Sbb aku ada jmpe org2 mcm ni... Mcm mana yg aku tafsirkan bangga tu...

Rasa jengkel je org yg susukan ank dia dgn susu formula.. Padahal xde slh pun susukan ank dengan susu formula.. Mungkn dia kurg ilmu atau x dpt hidayah lagi nk susukan ank dengan susu badan..

Kurang senang dgn ibu2 yg tak susukan ank dgn susu ibu... Tak tahu la.. Tapi aku pnh la jmpe.. Sapa dia. . Ntah la.. Tak nk open citer kat sini.. Tu dh kira mengumpat plak kan..

Menyatakan susu ibu ni menyebabkan anak sihat dan tak sakit... Sbnrnya sihat sakit kerja Allah... Bukan sbb susu wlaupun ada kajian.. Cuma yg perlu kita fikirkan ialah... Knapa kita susukan anak kita.. Apa nawaitu kita sbnrnya.. Mengikut-ikut...nk berjimat...nk sng... Tepuk dada tnya iman... Jika niat kita susukan ank kerna perintah Allah dlm kalam-Nya... Insyaallah akn diberi ganjaran pahala...

Menyusu tak patut dibanggakan... Tapi disyukuri.. Penyusuan susu ibu adalah.. REZEKI..NIKMAT DAN ANUGERAH...

Sbnrnya jika kita ikut perintah Allah... Niat krna Allah kita akan nampak kelebihan dan hikmah2 yg kita lihat.. Cntohnya ank sihat...bdan ibu mkin cntik... Ssh dpt penyakit.. .so.. Pokok pangkal... Betulkan nawaitu kita dlm penyusuan susu ibu.. Semua ibu nak ank sihat berjaya..soleh solehah...comei.. Tapi mgkin dia tak mmpu nk susukan anak dia... So adakah kita nak hukumkan dia kejam???

P/S: mak aku dulu susukan semua anknya 8 org lebih dr 2 tahun pun ada.. Tapi relax je... Dan kesemua kami 8 beradik ada asma.. Dan aku juga hidap asma... Haa.. Mcm mana tu... Slh ibu ke slh penyakit ke slh susu... Fikir2kanlah...

Doa yg ku baca dlm hati ketika berwuduk.. " Ya Allah...bersihkanlah hatiku ini sepertimana kau bersih dan sucikan air wuduk ini"

Lumrah hidup di bandar besar

Lumrah hidup di bandar besar

Baru selamat tiba di lokasi program... Rasa sayu.. Sedih.. Geram. .. Semua ada.. Pagi tadi baru hntar Faiqah ke rumah pengasuh.. Rasa sedih menyelubungiku... Masa bersama Faiqah sgt2 terhad... Mmg terhad.. Smlm ku balik smpai umah jam 9 mlm Faiqah dah tido.. Menemani suami dan melepaskn rindu dgn suami je lah.. Dating kat umah je lah sbb faiqah dh tido.. Ingat nk g la jejalan ke mana2... Tapi tak jadi...

Pagi ni pula.. Pagi2 lagi bgun lepas shur siap2 dan terus kena grak ke lokasi.. Sbnarnya tasik titiwangsa dgn umahku lbih kurang 5 minit je... Tapi hidup di bndar Kuala Lumpur.. Perlu kuar sejam awal.. Gtulah ragam warga kota..

Ku hantr faiqah mcm biasa dan waktu dlm perjalanan ke lokasi program..jalan dh mula sesak... Kete ku kan himpit plak dgn bas metro.. Hingga senget cermin sisi kiri.. Rasa geram menyelubungi... Tapi cepat2 aku istighfar.. Puasa... Astaghfirullah...

Itulah ragam warga KL... Masing2 berlumba2 di jalan raya... Nak cepat smpai ke tmpat kerja.. Tapi kepantasan lau ikut undang2 xde mslh.. Ni.. Smpai membahayakan nyawa org lain.. Lau nak mati pun.. X yah la ajak org lain mati gak...

Mmg kat KL ni nk dpt pahala sng dan nak dapat dosa pun snang... Lau keluar umah tu.. Antara pahala dan dosa sama je... Tmbh2 blan posa ni kn... Tu lah lumrah di kota metropolitan.. Tak dapat tidak kna hadapi... Tahun ni msuk tahun kedua ku di KL ni.. Yng msa dulu aku tak pnah dan xde niat lgsung nk hidup di kota besar...

Tapi..ku syukur.. Aku dan suami dapat hdapi cabarb dan nikmat hidup di kota..moga Allah terus kurniakan kekuatan utk hdapi hidup di sini...

P/S: skema sikit entry ku ni.. Biasa la pgi2. Feeling sikit... ^_^