07 Jun 2012

Berapa lama patut kita tidur sbnrnya???

Berapa lama patut kita tidur sbnrnya??? JOm baca kt bwh ni...


Dewasa
Jumlah tidur optima bukanlah konsep yang bermakna melainkan pengaturan masa tidur itu dikaji berhubungan dengan ritma sirkadian seseorang. Satu episod tidur utama seseorang agak kurang cekap dan tidak mencukupi jika berlaku pada masa yang kurang sesuai. Pengaturan masa itu tepat apabila dua penanda sirkadian berikut berlaku sepelas pertengahan episod tidur itu sebelum bangun: 
  • konsentrasi hormon melatonin maksima, dan
  • suhu badan terasn minima.

Yayasan Tidur Kebangsaan di Amerika Syarikat mengesyorkan bahawa tidur selama lapan hingga sembilan jam bagi manusia dewasa adalah optima serta tidur yang mencukupi adalah bagus untuk kecergasan mental, daya ingatan dan penyelesaian masalah, serta kesihatan keseluruhan, dan juga mengurangkan risiko kemalangan. Satu kajian yang dijalankan di Sekolah Perubatan Universiti Pennsylvania pada tahun 2003 menunjukkan bahawa prestasi kognitif menyusut jika tidur kurang daripada lapan jam.

Bagaimanapun, satu kajian psikiatri terhadap sejuta orang dewasa oleh Universiti California, San Diego mendapati bahawa orang yang paling panjang umurnya melaporkan diri mereka tidur selama enam hingga tujuh jam setiap malam. Satu lagi kajian mengenai tempoh tidur dan risiko kematian terhadap wanita turut memberi hasil sedemikian. Kajian-kajian lain pula mendakwa bahawa "tidur melebihu 7 hingga 8 jam sehari sering dikaitkan dengan peningkatan risiko kematian", namun kajian ini membayangkan puncanya mungkin faktor-faktor lain seperti kemurungan dan darjat sosio-ekonomi yang turut berkorelasi dalam statistik. Pernah difikirkan bahawa korelasi antara tidur lebih singkat dan pengurangan risiko kematian hanya berlaku dengan sesiapa yang bangun selepas kurang tidur secara semula jadi berbanding sesiapa yang memakai jam loceng.

Seorang kanak-kanak sedang tidur.
Kanak-kanak memerlukan lebih masa tidur sehari berbanding dewasa agar dapat mengembang dengan betul: selebihnya 18 jam bagi bayi baru lahir, dan masa tidur beransur berkurangan sambil kanak-kanak itu membesar. Seorang bayi baru lahir menghabiskan hampir separuh masa tidur dalam keadaan REM (rapid eye movement sleep). Apabila mencecah usia kira-kira lima tahun, cuma dua jam lebih dihabiskan dalam keadaan REM.

Tempoh tidur mengikut usia
Baru lahir    ->    sebanyak 18 jam
1-12 bulan  ->     14–18 jam
1-3 tahun    ->     12-15 jam
3-5 tahun    ->     11-13 jam
5-12 tahun  ->     9-11 jam
Remaja       ->     9-10 jam
Dewasa, termasuk golongan tua    ->     7-8 (+) jam
Wanita hamil   ->    8 (+) jam

Korang blh baca artikel penuh KAT SINI
Senjata Wanita

Senjata Wanita

Salam blogger.. ni de lagi nak kongsi rahsia... tentang wanita.. senjata wanita yg lebih tajam dari pedang, dan lebih bisa dari duri sembilu.. yg Allah ciptakan secara alami kepada wanita... Guna kan senjata ni sebaiknya dan mengikut ajaran Islam dan menggunakan senjata ni sesuai dgn tempatnya.. jom tengok apa senjata2 tu... 


Airmata
Airmata perempuan memiliki kuasa luar biasa, digunakan untuk menagih rasa belas ihsan sama ada ketika ditimpa kesusahan atau tatkala meminta sesuatu yang susah didapati.

Senyuman
Dengan senyuman manis, perempuan boleh menguasai mana-mana lelaki. Senyuman seorang isteri melembutkan hati suami yang keras atau sedang marah.

Tuturkata
Tuturkata yang manis, pandai memilih kata-kata yang manis apabila meminta sesuatu yang dihajati. Gunakanlah ia untuk menyenangkan hati dan memberi semangat kepada suami.

Berhias.
Wanita pandai berhias untuk menawan nafsu lelaki. Dengan kecantikan wanita mampu menjadikan lelaki tergila-gila. Sekiranya perkara sedemikian dilakukan kepada suami, tenteramlah suami ketika di rumah.

Pandai
Pandai mengambil hati untuk menarik perhatian lelaki. Apabila si isteri lakukan kepada suaminya, pasti kasih sayang akan sentiasa mekar


Senjata2 ni khusus utk para isteri.. untuk memikat hati suami.. yang belum berkahwin tak digalakkan guna senjata2 ni kerana, boleh mengundang maksiat dan dosa jika tidak tahu cara gunanya.. 

~Renung-renungkan dan selamat beramal~

Meja untuk ummi...

Salam semua...

DI pagi khmis ni, aku dh rajin nak update blog.. mood datang, Faiqah pun dh sembuh dari demam sepenuhnya.. Alhmdulillah.. aktif mcm biasa... 

Tapi kisah aku ni, bukan pasal Faiqah, tapi pasal sebuah meja untuk ummi... Sebelum cuti, semua ckgu2 bawa balik ole2 dari sekolah.. iaitu, kertas jawapan pekse yg masih belum bertanda... haha.. termasuk aku lah tu... bertambun2 bawa balik,, 

Bila bawa balik, entah kan bila nak bertanda, seminggu pertama cuti mmg la tak tanda sebbnya, habiskan masa cuti2 malaysia di kampung je... Masuk fasa kedua cuti skolah, barulah bawa kluar kertas tu suma dari bag... Haa.. menimbun2 pening kepala suamiku tgk.. Umah sewa kami yg kecik ni, msih belum de meja pun.. meja kecik tu ada la, tapi rendah je. pras meja letak TV je.. 

So, masa nk tnda kertas mmg berperang dgn Faiqah...Faiqah ni dh la jnis suka mkn kertas, hehe.. Last2 akibat dah tak tahan, kertas byk yg tak tnda lagi.. request la nk meja tulis dari en. suami... permintaan diluluskan.. So, malam semalam, lepas bawa Faiqah g klinik Dr. Wan Kamariah, di Batu Caves, terus lah ke Giant yg dekat sgt2 tu... Cari2 meja yg berkenan dihati kecik dan murah.. 
NI lah meja kecik untuk ummi.. TQ Abi

Akhirnya, Meja tulis yg kecik berlaci kecik menjadi plihan hati.. Harga murah je.. RM69.90 je.. kerusi plastik biasa je beli.. Ni mmg meja dan kerusi "Ad Hock" hehehe.. 

So, mmg lepas la utk aku menanda kertas tanpa kena prang dgn Faiqah lagi, 

terima kasih buat suami ku.. 

06 Jun 2012

Nantilah aku update

Nantilah aku update

Selamat petang.. tak nk berceloteh pnjang... dah berabuk sikit dh blog ni.. rasa mcm suram sikit.. bukan xde idea tapi kepenatan sgt rasa, menjaga Faiqah yg demamnya kejap ok, kejap tak..

Idea byk, topik pun ada, tapi nntlah aku update kan... rasa mls plak nk menaip skrg ni.. 

Ok, pen off... ~

05 Jun 2012

Bila Faiqah demam...

Salam dan selamat petang...
cepat sembuh ea tomei ummi dan abi..

Hari ni Faiqah dmm... sbnrnya x perasan dia dmm sbb dia ttp aktif, gelak mcm biasa.. mai aci ligan dgn ummi lg.. tpi bila suh abi dia rasa, badannya panas sikit... 

So, tndakn awl, bg mkn ubt yg ada... klinik bg msa cucuk dia dulu... Alhmdulillah, Faiqah jnis mudah mkn ubt, xyh nk pgg kuat2... dia sndiri nganga mulut... 

Sekarang ni, dh kebah sikit lpas mnyusu... badannya sntiasa ummi balut dgn napkin basah... so, nmpk perubhn cikit.. Alhmdulillah... lega umi, tp yg lg risau abi.. hehe.. abi cept sgt risau... ummi relax je... 

moga Faiqah cepat smbuh, nnt nk ikut abi jln2 naik moto ptg2...

04 Jun 2012

Terkejut aku...

Salam malam buat teman2 blogger, pasti ramai lagi yg tak tido waktu2 macam ni.. tambah2 blogger2 tegar.. hehe... ku juga masih segar mata, sbb bersiram muka.. huhu segar la.. bila ntah la nk lelap..


Siang tadi ku mengidam nak makan kek keju.. hui.. sedapnye.. so, SMS la hubby ku yg tgh wat keja tu.. SMS x berbalas pun, tapi tak lama tu dia balik keje.. dia keje luar ptg ni, so mmg pnt.. blik2 berpeluh2... elok balik baru dia baca SMS aku.. huhu... trus ia cakap, kejap lagi nak kuar... 

Huhu.. knpa pulak nk kuar dgn bdan yg penat2 tuh??? DIa ckp nk beli apa yg aku psan tadi.. ku larang, tak payah la beli, sbb aku x kisah gpun dia pnt kan.. Dia ckp xpe... So, aku pun xnk la larang2.. 

Sebelum dia kuar, aku dh pesan, tak yah beli lah lau xde yg kecik n hrga murah.. dlm 20 minit, dia kuar, hubby balik.. terkejut aku.. kek besar dia beli... Kek keju oren dgn tulisan di ats kek "Untuk isteri Tersayang"... wah terharunya.. 
Ni lah kejtan hubby utkku... hmm... ^_^

Terima kasih sayang... bersusah payah utk baby... tak yah nk tgu hari istimewa baru nk beli kek kan.. hehe... 

Ciri Wanita Diminati Lelaki

Ciri Wanita Diminati Lelaki

BENARLAH kata-kata sikap lelaki memang sukar diagak kan. Perangai mereka ada kalanya memeningkan kepala wanita terutama yang mencintainya. (Isteri pun pening kalau tak boleh nak faham apa yg lelaki nak)

Sesanda perlu menunjukkan rasa kasih mendalam terhadapnya demi meraih cintanya. Walaupun pada dasarnya cinta tidak semestinya berakhir dengan perkahwinan, anda harus memberi sebahagian hati untuk membuat dia tertawan.

Untuk merasai lebih dicintai, anda sendiri harus mengetahui apa yang disukai lelaki pilihan anda itu. Jika lelaki sukakan wanita yang memenuhi cita rasanya, cubalah belajar mengenali hati lelaki.

Mana tahu sikap anda yang pandai mengambil hati, tidak mementingkan diri sendiri selain boleh bertolak ansur menjadi faktor lelaki itu memuja anda suatu hari nanti.

Lelaki juga tidak suka wanita yang mengada-ngada selain wanita yang agak ‘ganas’ dalam bergaul.

Untuk itu, tatacara pergaulan perlu dijaga supaya anda menjadi wanita yang lemah-lembut dan berhemah sepanjang pergaulan. Ia penting kerana anda tidak terlalu menampakkan sikap yang membuatkan lelaki cepat muak atau meluat.

Mungkin anda boleh mencuba petua ini, mana tahu persahabatan yang disemai berakhir dengan ikatan suci.

Jadi pendengar setia
Lelaki suka wanita menjadi pendengar setia dan tidak suka kaum hawa yang suka membangkang.

Suka dimanja.
Yang paling penting, lelaki suka dimanja dengan belaian dan kata-kata romantik. (Tapi bukan dengan pegang2 ok)

Jangan bersolek tebal
Lelaki tidak suka jika anda memakai alat solek terlalu tebal.

Ingat hari pentingnya
Mengetahui bila hari lahirnya antara resipi penting yang perlu diketahui. Berbuatlah sesuatu untuk hari pentingnya itu.

Hormatinya
Menghormati dirinya, keluarga dan teman-teman yang rapat dengannya. (Yang ni dah khwin wajib taat bukan hormat je)

Jangan terlalu kebudak-budakan
Bersikap matang dalam tutur kata dan tingkah laku. Lelaki tidak suka wanita yang bersikap terlalu kebudak-budakan.

Agresif
Lelaki suka sikap wanita yang agresif.

Jangan terlalu seronok
Jangan terlalu seronok ketika bertemu dan berbual dengannya. Contohnya berbual terlalu lama di telefon untuk perkenalan pertama. (Jangan gedik sangat la... )

Jangan ganas
Jangan terlalu bersikap kelelakian dan ganas dalam pergaulan.

Jangan terlalu baik
Jangan terlalu menunjukkan bahawa kamu ini terlalu baik dan sempurna.

Jangan perasan
Jangan perasan bahawa kamu ini mempunyai paras rupa yang jelita.

Sikap sederhana
Sentiasa memegang prinsip sederhana dan tidak boros di dalam perbelanjaan.

Sikap keibuan
Bersikap keibuan adalah antara petua yang perlu dititikberatkan.

Lemah-lembut
Sentiasa bercakap lembut dengan mereka.

Sensitif
Ketahuilah mereka adalah golongan yang terlalu sensitif dan sukakan kelembutan apatah lagi daripada seorang gadis.

Kenali dirinya
Kenali siapa dirinya yang sebenar sebelum anda memulakan langkah untuk memikat.

Jaga kecantikan
Lelaki sukakan wanita yang suka menjaga kulit. Jangan biarkan wajah anda dipenuhi jerawat batu!

Gaya kemas
Aset penting bagi anda untuk memikat lelaki adalah mata, punggung dan gaya langkah yang kemas.

Jangan kuno
Jangan bersikap terlalu kuno.

Sering tanya khabar
Bertanya khabar sekurang-kurangnya dua kali seminggu supaya tali persahabatan anda dengannya tidak putus begitu saja. Mungkin suatu hari nanti sikap anda yang terlalu mengambil berat mampu menarik perhatiannya.

Jujur dalam tingkah laku
Usia dan bentuk badan bukan menjadi ukuran penting tetapi kecerdikan, kejujuran serta tingkah laku yang bersopan-santun.

Suka yang beragama
Lelaki sukakan seorang wanita yang beriman dan beragama namun begitu anda tidaklah perlu terlalu alim. (Tak semestinya bertudung labuh, cukup lah dgn tutup aurat dgn sempurna, dan jaga solat dan tingkah laku)

Tidak mudah dipermainkan
Menunjukkan bahawa anda bukanlah seorang gadis yang mudah dipermainkan selain tidak terlalu merengek dan mengada-ngada.

Jangan tunjuk lemah
Jangan tunjukkan kelemahan anda ketika berada di samping lelaki yang anda minati.

Tunjuk matang
Lelaki sukakan wanita yang bijaksana dan matang serta mudah diajak berbincang. (Bukan bersikap kebudak-budakan)
Memahami Sifat Lelaki

Memahami Sifat Lelaki

Nak cari keserasian antara pasangan bukan susah jika kita faham pasangan kita... So, ni info utk wanita2 diluar sana.. kenali dan fahamilah lelaki.. 


1. Hidup Lelaki Lebih Mudah
Lelaki lebih mudah cara hidupnya berbanding wanita. Kerana itu, lelaki sukar untuk memahami jika sesuatu perkara itu disampaikan dalam bentuk kiasan ibarat oleh wanita. Wanita suka mengkias ibarat dan berharap lelaki faham, tetapi lelaki lebih suka jika ianya dijelaskan dengan bahasa yang mudah dan jelas, secara berterus-terang. Sekiranya wanita tidak jelas mengenai sesuatu perkara, tanyalah secara terbuka kepada lelaki.



2. Bahasa Lelaki Adalah Berlainan
Lelaki bercakap dengan bahasa yang berlainan. Ini yang menyebabkan lelaki dan wanita sukar berkomunikasi antara satu sama lain. Apa yang dari kata-katanya, jika dia bercakap dengan wanita, adalah berbeza daripada yang dimaksudkannya. Ini bukan bererti dia berbohong. Maka adalah lebih baik bagi wanita untuk memahami lelaki dari apa yang dilakukannya berbanding dari apa yang dikatakannya. Lelaki tidak pandai melahirkan rasa hatinya dalam bentuk kata-kata.



3. Lelaki Suka Membisu
Wanita berkebolehan untuk membincangkan sesuatu subjek yang sensitif dan mendukacitakan sebagai salah satu cara berhadapan dengan realiti, tetapi lelaki masih lebih suka untuk menyembunyikan dan membisu.

4. Lelaki Tidak Kompleks
Jika terdapat semua tanda yang menunjukkan bahawa seseorang lelaki hanya mahu wanita menjaganya, mengemas rumah, menyediakan makanan untuknya dan melakukan jima' secara kerap dengannya, wanita harus percaya babawa itulah yang lelaki tersebut mahu. Ini bukan bererti lelaki berfikir secara primitif, tetapi 

lelaki memang sedemikian. Wanita biasa menganggap lelaki sebagai kompleks, tetapi sebenamya kehendak lelaki adalah mudah.


5. Jangan Paksa Lelaki
Bila wanita mendesak lelaki agar mendedahkan perasaannya, mungkin lelaki itu akan mendedahkan sesuatu yang wanita itu tidak suka mendengarnya. Maka adalah lebih baik jangan bertanya dan menyelidik hingga ke akar umbi. Lebih baik bagi wanita membaca bahasa badan lelaki, matanya, atau perubahan mendadak dalam corak perlakuannya. Jika dia pada kebiasaannya suka membaca tetapi tidak melakukannya, mungkin pada ketika itu fikirannya sedang kacau.



6. Lelaki Berahsia Dengan Lelaki Lain
Tidak sebagaiana wanita yang lebih mudah untuk bercakap dengan wanita yang lain mengenai masalah, harapan dan kebimbangan yang amat rahsia dan peribadi, 

adalah sukar bagi lelaki untuk menjadi mesra secara verbal sedemikian rupa. Untuk melakukannya, lelaki memerlukan kekuatan dan keberanian yang tinggi.


7. Lelaki Pentingkan Kejujuran
Jika lelaki tahu bahawa isterinya suka bercerita pada wanita lain tentang dirinya, besar kemungkinan lelaki itu tidak akan bercerita lagi secara mesra mengenai hal-hal rahsia kepada isterinya. Kejujuran adalah penting bagi lelaki. Dia mahukan isterinya menyimpan rahsia-rahsia rumahtangga.



8. Lelaki Tidak Suka Dikritik
Jangan mengkritik lelaki, melainkan jika anda sedia untuk bertikam lidah dengannya. Lelaki tidak begitu terbuka untuk menerima kritikan. Mengkritik di belakangnya, contohnya kepada saudara atau kawannya, mungkin dapat mengelakkan konfrantasi serta merta tetapi dia akan berasa marah juga apabila perkara tersebut disampaikan kepadanya. Cara yang baik untuk mengkritik lelaki ialah dengan berjenaka dan lembut. Cara lelaki mengkritik adalah berlainan, dan jarang dilakukan oleh lelaki. Bila lelaki mahu mengkritik, masa dan keadaan dipilih dengan teliti. Bila menegur, perbincangan itu ringkas, tidak beremosi, dan tepat. Untuk wanita mengkritik lelaki, elok jika kritikan itu digabungkan dengan sedikit pujian.


9. Lelaki Juga Mahukan Sokongan
Bila lelaki menghadapi masalah dan mengadu pada wanita, wanita harus memberitahu lelaki itu bahawa dia masih diperlukan. Lelaki mahukan keselesaan perasaan, sokongan serta kata-kata "Saya cintakan abang..." dan "Tidak kira apa yang terjadi, saya tetap bersama abang .....".

10. Lelaki dan Ego
Ramai lelaki menunjukkan egonya di dua masa, pertama di dalam kerja, dan kedua di atas ranjang. Ini biasanya menyebabkan wanita menjadi bosan. Tetapi sebaik-baiknya wanita patut memepertingkatkan ego suaminya. Wanita yang menyemarakkan api cinta akan menikmati kehangatan api cinta itu. Lelaki mahu wanita memberitahu bahawa sumbangannya diiktiraf dan dinilai. Jika nda tidak menyatakannya kepadanya, siapa lagi. Jika anda mempertingkatkan ego lelaki, ia akan membuatkan lelaki merasa senang dan setiap orang di sekelilingnya akan mendapat faedah terutamanya yang dicintainya.



11. Sahabat Yang Paling Baik
Jadilah sahabat yang paling baik kepada suami anda, dan dia akan menjadi sahabat yang paling baik kepada anda.

13. Lelaki Suka Menyelerak
Lelaki bersifat suka menyelerakkan barang-barang dan berharap isterinya akan mengemas. Kadangkala lelaki mahukan isterinya bersifat seperti ibunya. Walaupun pada kebanyakan ketika lelaki adalah pembuat yang memulai atau meneruskan sesuatu, ada kalanya mahu dijaga oleh seorang 'ibu'. Dia menunjukkan kemahuannya itu secara tidak langsung dengan menyelerak. (Tapi ada juga lelaki lebih kemas dan pembersih dari wanita, tak semua lelaki mcm ni)


02 Jun 2012

Tangga ke-10 dalam Google Search...

Salam dan selamat petang blogger..


Rasa gatai jari ni nak menari atas keyboard... biasa la.. hubby tido, anak plak baru bngun tido.. ummi plak jadi bosan la.. xde org kaco haha...

Tengah2 dok bosan2 tadi, saya je buka google search kat google chrome, taip la nama blog saya sndiri... amik yg belakang je... "Trulylove"... so, mcam2 la keluar kat list tu... saya scroll down je mouse tu... ha???? terkejut gak beb, bila Truly Love, my blog, diranking ke sepuluh dalam google search.. mcm tak caya je... 
Klik utk tumbesaran... :)

So, buat lagi sekali, kali ni, taip jarak plak antar dua perkataan tu.. so, keputusannya sama juga... Haha.. rupanya dah ramai peminat juga blog ni... 

Terima kasih buat pengikut2 setia yg sudi mengomen, menjengah dan membaca entry2 yg saya coretkan.. saya xde la target tinggi, sbb buat blog ni pun suka2 sekdar lepaskan hobi, nk share kenangan dan sbg diary yg blh dibaca oleh anak2 sy nnt... tapi tak sangka juga, dah masuk ranking kan... 

Saya buat blog juga, bukan atas sebab duit walaupun saya tahu, ia blh buat duit.. tapi masih belum pk nk buat duit.. penah belajar dh, tapi belum lagi praktikkan.. tak smpai seru lagi ke arah tu kot... :)

Terima kasih blogger2 sekalian... dan kawan2 blogger serta pengikut2 setia... Terima kasih atas sokongan dan insya-Allah saya akan kongsikan lebih entry2 yg berguna utk kita semua... 

Syukur, Alhamdulillah... 

01 Jun 2012

Sedapnye Bau inai

Salam n selamat petang semua..

Daun inai
Rajin plak nk update blog lagi.. ni tanda aku bosan la ni, sbb tu lebih dari satu entry sehari, cuba time bosan +xde mood+ xde idea.. bersawanglah blog ni..

Ok, kisah inai di jariku.. ku mmg suka bau inai.. selain wrnanye yg merah, dan cantik, baunye ibarat aromaterapi buat hilang stressku.. Pakai inai ni, dah mcam rutin dlm familyku..

Terbaru, inai msih merah di jari ketika ini, penangan balik kampung la.. bila berkumpul je adik beradik, mesti ku request kt mak, "Mak, tempek inai malam ni"... hehe.. maka, petang nnt mestilah dh sedia inai yg dah dileraikan dari ranting... malamnye, mesti mak la tolong gilingkan,,, aku pandai giling, tapi dah malas plak lepas dah kahwin ni.. 

Ku suka pakai inai pokok original, pnah pakai yg jenis segera kat kedai tu, tapi merahnye sekejap dan baunye pun lain macam je.. tak suka... so, bila balik kg, x lepas peluang.. mujurlah hubby ku jenis dah faham dgn hobiku yag satu ni.. hehe.. wlaupun de anak, tak menghalang ku pakai inai.. 

Pakai inai, dapat rawat kuku dan jari yg rosak.. baunya aromaterapi.. dan wrnanya penyeri jari.. ku minat pkai inai dari sekolah smpailah sekrang, dh beranak satu.. 

Jom, ku nak kongsi sikit petua org2 lama berkaitan dgn daun inai..:
1) Daun inai, blh rawat cirit-birit, caranya dgn minum air rebusan air daun inai..
2) Rawatan orang lepas bersalin, menyegarkan badan
3) Batang/dahan pokok inai, dibuat senduk nasi, blh ubat penyakit dan aromanya blh buat ubat..

Cara-cara nak merahkan inai dijari:
1) Campurkan serbuk teh ke dalam inai yg digiling/ditumbuk
2) Campurkan nasi (sikit je, sbb lau byk nnt jadi hitam inai, x cntik)
3) Air limau nipis
4) selalu basahkan jari yg ditempek inai tu.. supaya air dari inai dapat meresab hbis ke dalam kulit jari..

Rutin tidur bagi bayi

lama x update info pasal susu ibu.. so ni ada info nk kongsi sikit..


Bagaimanakah rutin boleh membantu bayi saya tidur?
Bayi anda akan berada dalam keadaan yang lebih tenang jika dia boleh menjangka apa yang akan berlaku seterusnya. Lebih relaks bayi, lebih baik kemungkinan dia akan tertidur dengan lebih mudah dan cepat. 

Pada usia seawal enam atau lapan minggu bayi anda sudah boleh mematuhi satu aturcara tidur yang tetap setiap malam. Bayi anda sudah tentu dengan mudahnya dapat menghargai satu cara yang konsisten dan boleh diramal. Ini akan membantu dia mempelajari tabiat tidur yang akan menguntungkan anda berdua pada masa yang akan datang. 

Apa yang disertakan dalam rutin anda terpulang kepada anda. Ini terdiri dari rutin mandi biasa, memakaikan pijama, membaca cerita, berpeluk-pelukan atau bermain-mainan secara menenangkan. Yang penting ialah anda memilih sesuatu yang dapat membantu menenangkan bayi anda. Juga, walaupun permulaan rutin ini berlaku di bilik mandi atau bilik duduk, pastikan anda menamatkannya dalam bilik tidur bayi anda. 

Adalah penting untuk memastikan bilik bayi anda merupakan satu tempat yang nyaman untuk berada dalamnya, bukan sekadar tempat dia ditinggalkan bila sampai masa untuk tidur. Jadikan masa tidur satu peristiwa yang menyeronokkan, dan tak lama nanti, dengan perhatian dan banyak peluk-pelukan, bayi anda mengemari keseluruhan proses itu. Jika dia merasa terganggu apabila anda meninggalkannya setelah membaringkan dia, beritahu dia yang anda akan datang semula dalam sedikit masa untuk menjenguk dia. Dia mungkin sudah nyenyak tertidur apabila anda kembali kelak.

Rutin tidur manakah yang saya boleh cuba?
Idea-idea berikut telah digunakan dengan berjaya oleh ibu-ibu dan bapa-bapa BabyCenter. Mungkin anda boleh mendapatkan sesuatu yang sesuai untuk anda. Dan jangan lupa bahawa rutin tidur menmanfaatkan ibubapa juga. Ia merupakan masa istimewa untuk digunakan bersama bayi anda. 

Melepaskan geram
Kadangkala lebih baik jika anda biarkan bayi anda melepaskan tenaga yang terpendam dalam sistemnya sebelum anda menidurkan dia untuk malam itu. Main satu permainan dengan dia atau biarkan dia tendang-menendang dengan puas, tapi selepas itu teruskan dengan aktiviti yang menenangkan, seperti mandi atau bercerita sebelum tidur. 

Mandikan dia
Berendam dalam air suam cukup menenangkan, oleh itu mandi adalah satu cara baik bagi suami anda mendapat masa istimewa dengan bayi, terutama sekali jika anda mengamalkan penyusuan badan dan dia sudah tentu tak dapat membantu memberi bayi makan. 

Jika bayi anda teruja apabila dimandikan dan tidak sukakannya, jangan masukkan mandi dalam rutin anda. Sebaliknya, adakan masa untuk berpeluk-pelukan atau membaca cerita. Dan jangan lupa untuk menjenguk tip-tip kami tentang keselamatan bilik mandi

Lap dan rapikan dia
Anda boleh sertakan dalam rutin bayi anda cuci muka dan tangan, gosok gusi atau gosok gigi, tukar lampin dan pakai pijama. Tabiat menggosok gigi penting dimulakan pada umur awal supaya bayi anda biasa dengannya. 

Berbual-bual dengan dia
Masa tidur memberi peluang baik bagi anda menghabiskan masa berbual-bual dengan bayi anda. Jika anda tidak pasti apa yang hendak dibualkan, mulalah dengan bercakap tentang apa yang bayi telah lakukan pada hari itu. Suara anda akan mententeram dan menyelesakan bayi anda. 

Mengucap selamat malam
Ramai bayi sukakan ritual dibawa mengelilingi bilik atau rumah sebelum tidur dan mengucapkan selamat malam kepada semua ahli keluarga, haiwan kesayangan, mainan yang digemari dan objek-objek lain. 

Bacakan cerita sebelum tidur
Bayi anda akan suka mengerekot selesa dengan anda untuk mendengar cerita. Ini juga akan membantu dia mengenali perkataan-perkataan baru. Kajian menunjukkan bahawa kemahiran bahasa bayi akan meningkat jika didedahkan kepada kosa kata yang luas. 

Nyanyikan lagu
Menyanyi senandung buaian adalah cara baik untuk membantu bayi anda tertidur yang terjamin berkurun-kurun. Bayi tentu gemar mendengarkan bunyi-bunyi yang digemari, suara anda, dan melodi nyaman lagu itu juga menenangkan. Jika anda sudah lupa lirik atau senandung kegemaran anda, pergilah ke lirik senandung buaian dan senandung dari fail media digital untuk mendapatkan kursus segar. 

Main musik
Mulakan mainan CD atau pita rakaman senandung bayi, musik klasik, atau lain kegemaran kanak-kanak semasa anda menidurkan bayi - dan biarkan rakaman itu berterusan selepas anda meninggalkan dia - ini memudahkan bayi membuat transisi dari keadaan terjaga kepada tidur. Musik mempunyai manfaat tambahan bagi menenggelamkan bunyi-bunyi lain. 

Ikutlah rutin tidur tetap seberapa yang boleh, walaupun anda tidak berada di rumah sendiri. Ini memudahkan bayi anda menjadi tenang semasa berada di persekitaran yang tidak dikenali.


Mengetahui Jenis-jenis Lelaki

Lelaki adalah golongan yang sukar untuk diselami hati dan perasaannya. Sebenarnya lelaki boleh digolongkan dalam beberapa kumpulan antaranya lelaki manja, lelaki macho, lelaki aktif, berjiwa seni dan lelaki sensitif.

Bagi wanita, penting untuk anda mengetahui jenia apakah kekasih anda. Susah sebenarnya hendak menjaga hati kaum yang dianggap gagah ini. Apatah lagi memikirkan apakah hadiah sesuai untuk lelaki kesayangan mereka. Apa kata kita selidiki jenis-jenis lelaki.


Lelaki Manja

ü  Jangan terkejut kalau ada lelaki yang suka teddy bear. Terutamanya yang manja dan berjiwa sensitif. Bagi mereka memeluk teddy bear terutamanya yang bersaiz besar boleh diumpamakan seperti memeluk si buah hati. Paling kurang pun patung tweetie.
ü  Ada juga yang gemarkan barangan seperti gemarkan pakaian (seluar, t-shirt dan lain-lain)
ü  Kadang-kadang, lelaki jenis ini sukakan pemberian berupa CD lagu-lagu romantik contohnya nyanyian dari Celine Dion (Because You Loved Me)
ü  Perfume juga antara berangan yang paling disukai oleh lelaki jenis manja. Haruman yang semerbak boleh membangkitkan rasa sayang yang berpanjangan.
ü  Kad-kad muzikal yang berbaur cinta mampu membangkitkan nostalgia walaupun tanpa diiringi oleh hadiah yang berharga. Itu sudah cukup memadai asalkan pemberian itu benar-benar ikhlas.

Lelaki Macho

ü  Lelaki macho pula sukakan pemberian yang berunsurkan kejantanan seperti jaket kulit, tempat abu rokok, tali pinggan kulit, memetik api, helmet, beg sandang dan lain-lain.
ü  Bagi lelaki yang suka menunggang motosikal berkuasa tinggi, hadiahkan mereka helmet berjenama Harley Davidson tentu mereka suka.
ü  Ataupun hadiahkannya pemetik api yang berjenama.
ü  Bagi anda yang berkemampuan bolehlah hadiahkannya telefon bimbit selepas itu suruh mereka telefok kamu setiap malam atau….morning call!
ü  Sesakali carikannya model kapal terbang atau jet pejuang jenis B2 S117 Stealth fighter, S118 Hirnet, S14 Tomcat, helikppter longbow Apache dan sebagainya.
ü  Bagaimana pula dengan kaca mata hitam? Tentu anda akan nampak lebih macho dengan cermin mata jenama Ray Ban…itupun jika mampu.

Lelaki Berjiwa Seni

ü  Mereka ini lebih sesuai jika diberi kotak muzik yang mempunyai instrumental yang lembut.
ü  Kaset atau CD yang mengandungi aluan irama yang lembut dan menhasyikkan. Terutamanya macam lagu cinta ataupun hanya muzik ombak sahaja.
ü  Lagu-lagu yang diilhamkan oleh pemuzik Jepun Kitaro juga mampu membuatklan sidia terasa tenang dan ingat pada kamu.
ü  Rasanya….hadiah berupa sehelai sapu tangan dan sekeping foto sudah cukup memadai untuk hadiah lelaki seperti ini.
ü  Tunjukkan lagu dan ucapan melalui rangkaian radio. Ini membuatkan jiwa lelaki ini semakin romantis.
ü  Lelaki yang berjiwa seni ini ada kalanya begitu sensitif dengan apa yang diluahkan, jadi apa kata sesekali berikan ungkapan I LOVE YOU sebagai hadiah iringan dihari-hari tertentu.

Lelaki Aktif

ü  Lelaki seperti ini lebih gemar brang-barang seperti dompet, tali pinggang, kasut sukan dan barangan sukan.
ü  Topi juga sesuai untuk mereka yang aktif bersukan.
ü  Jam tangan berjenama juga pemeberian yang sesuai untuk mereka yang aktif bersukan. Waktu itu semas! Sekurang-kurangnya akan melihat jam itu setiap kali ada temu janji.
ü  Pil vitamin sesuai untuk menambahkan stamina badan.
ü  Seluar sukan berjenama terkenal huga antara barangan yang mereka suka.
ü  walkman juga antara hadiah sesuai untuk mereka jenis ini.

Lelaki Sensitif

Opss!! Susah juga lelaki yang berjiwa sensitif begitu halus perasaannya. Baginya setiap pemberian yang diberikan itu mempunyai maksud yang tersirat.

ü  Hadiahkan lelaki sebuah diari. Lelaki biasanya suka menulis dan akan meluahkan perasaannya iyu didalam diari tersebut.
ü  Lelaki jenis ini lebih kuarang sama dengan lelaki jenis berjiwa seni dan manja. Pemberikan berupa CD dan kad ucapan juga adalah antara pemberian ung sesuai.
ü  Berikan mereka madah-madah cinta untuk membangkitkan rasa sayang yang berpanjangan..Isya-Allah boleh berkekalan ke anak cucu.
ü  Bagilah buku..supaya mereka boleh mengisi masa lapangya dengan membaca..