31 Mei 2012

25 PERKARA YANG LELAKI SUKA TENTANG WANITA


1. Bentuk tubuh yang menarik. Susuk tubuh hebat sememangnya menjadi dambaan lelaki. Bagi wanita yang secara semulajadi mempunyai susuk tubuh persis model, peliharalah ia supaya kekal hingga bila-bila. Bagi mereka yang terlebih montok pula, lakukan sesuatu agar susuk tubuh kembali langsing. Lelaki suka golongan wanita yang berusaha untuk tampil cantik di hadapan mereka. Tapi wanita wajib menutup aurat, sbb itulah harga yg tak ternilai.. ibarat emas.. emas, mesti disorokkan dan disimpan rapi supaya tiada tangan2 kasar yg rakus mengganas pada emas itu... bentuk tubuh menarik pada seorg suami paling banyak pahala ibarat pahala jihad.. 

2. Selain bentuk tubuh, aset lain yang mampu menggegarkan hati lelaki ialah mata, punggung dan langkah yang kemas. Jangan pelik jika ada lelaki yang jatuh cinta kepada anda hanya kerana anda mempunyai jari yang runcing dan kuku yang bersih. Ini kerana selera setiap individu itu berbeza di antara satu sama lain.

3. Sentiasa tersenyum apabila berbicara. Cuma jangan keterlaluan kerana nanti si dia fikir anda ‘tidak sihat’ pula. Bagi mereka yang mempunyai pendidikan yang lebih tinggi daripada teman lelaki atau suami, jangan pula menunjuk-nunjuk kerana lelaki sangat gemarkan wanita yang merendah diri dan tahu menghormati orang lain.

4. Lemah lembut. Sifat ini cukup untuk mencairkan hati lelaki. Tapi awas, lelaki tidak suka wanita yang mengada-ngada atau menunjukkan sikap manja yang berlebihan.

5. Jujurlah dengan teman lelaki atau suami anda. Si dia pasti akan menghargai anda kerana lelaki sangat suka dengan wanita yang jujur atau tidak menipu.

6. Penampilan yang sederhana. Jangan keterlaluan apabila bersolek kerana kebanyakan lelaki sukakan wanita yang mempunyai kecantikan semulajadi. Paling penting, anda perlu tahu bahawa kecantikan itu sangat subjektif. Lakukan apa yang dia suka dan elakkan perkara yang tidak digemarinya.

7. Jangan perasan walaupun anda sememangnya mempunyai paras wajah yang cantik. Kalau ada orang lain yang memuji anda cantik, cukup dengan sekadar tersenyum. Si dia pasti bangga dengan sikapmu itu.

8. Bermanjalah dengan si dia apabila si dia memerlukan anda bersikap sedemikian. Selalunya apabila berada di dalam situasi yang romantik, lelaki juga suka bermanja atau dimanjakan. Ketika ini anda bolehlah menunjukkan kemahiran ‘manja’ yang anda miliki.

9. Bijak menyesuaikan diri di dalam apa jua situasi terutama apabila berada di hadapan khalayak ramai atau di majlis-majlis rasmi. Pasti si dia tersenyum bangga melihat personalitimu itu.

10. Jangan bercakap perkara yang remeh-temeh kepada si dia. Cakaplah perkara yang penting sahaja kerana perkara remeh-temeh yang anda sampaikan itu hanya akan membuatkan si dia bosan dengan sikapmu. Lebih membuatkan si dia menyampah jika anda suka bercerita tentang perkara yang melibatkan orang lain atau lebih tepat suka mengumpat.

11. Matang apabila bersama dengannya. Lelaki tidak gemar dengan wanita yang terlalu keanak-anakan. Apatah lagi kalau anda sememangnya sudah berusia.

12. Jangan sekali-kali membandingkan si dia dengan rakan lelaki yang lain. Perkara itu hanya akan membuatkannya marah atau lebih teruk, si dia tidak akan berasa selesa bila bersama dengan anda lagi.

13. Jadilah peneman si dia sama ada di waktu senang atau susah. Wanita sebegini selalunya akan menjadi sumber inspirasi atau kekuatannya apabila berhadapan dengan sesuatu masalah.

14. Jadilah pendengar yang setia. Jangan sekali-kali memotong percakapannya apabila si dia sedang bercakap. Lelaki tidak suka wanita yang terlalu banyak bercakap tetapi tidak tahu mendengar apabila orang lain berbicara.

15. Pandai membelai. Walaupun lelaki sinonim dengan sifat kasar, namun pada waktu tertentu mereka sangat suka apabila dibelai oleh insan yang paling dicintai.

16. Jangan terlalu suka meminta-minta, merengek atau mendesak-desak kepada lelaki. Lelaki tidak gemar wanita terlalu berkuasa di dalam sesebuah perhubungan. Jika anda sangat memerlukan sesuatu perkara, mintalah secara baik kerana lelaki selalunya mudah untuk bertolak-ansur dalam pelbagai perkara.

17. Sentiasa menunjukkan sikap prihatin terhadap teman lelaki atau suami. Apa salahnya sesekali anda menghubunginya untuk mengucapkan selamat pagi atau selamat makan tengahari kepadanya. Walaupun nampak kecil, tetapi apa yang anda lakukan memberikan impak yang cukup besar terhadap teman lelaki atau suami anda.

18. Belajar berdikari dan jangan terlalu bergantung harap pada si dia. Selalunya lelaki tidak suka melakukan perkara yang remeh kerana banyak lagi perkara lain yang lebih penting perlu mereka fikirkan. Apa salahnya anda pergi ke pasar atau membayar bil seorang diri.

19. Tunjukkan kepadanya bahawa anda mempunyai prinsip hidup yang jelas. Jangan sekali-kali membiarkan lelaki mempermainkan anda. Lelaki selalunya lebih menghormati golongan wanita yang sebegini.

20. Berterus-teranglah dengan teman lelaki atau suami anda. Jangan sekali-kali menyorokkan kebenaran daripada mereka walaupun sesetengah kebenaran itu sememangnya pahit untuk ditelan.

21. Berikan sedikit kebebasan kepada si dia. Adakalanya lelaki juga mahu menghabiskan masa mereka bersama teman-teman mereka yang lain. Kalau anda boleh melakukannya, pasti si dia tidak teragak-agak untuk terus bersama anda.

22. Belajar menghormatinya. Selain dirinya, anda juga perlu bijak menjaga hati ahli keluarga serta teman-teman rapatnya. Jika ahli keluarga serta teman-temannya menyukai anda, itu merupakan satu petanda bahawa perhubungan anda akan berkekalan sampai bila-bila.

23. Jangan tunjukkan diri anda seperti seorang individu yang terlalu sempurna. Anda perlu terima hakikat bahawa di dalam dunia ini tiada seorang pun yang sempurna. Lelaki juga selalunya suka kepada wanita yang berani mengakui kelemahan dan kesilapan diri. Itu menunjukkan wanita tersebut sangat realistik dengan apa sahaja yang dilakukannya.

24. Belajarlah memasak. Apa gunanya anda menjadi seorang wanita sekiranya anda tidak pandai memasak. Tidak perlu memasak masakan yang terlalu rumit, cukuplah jika si dia mampu menelan masakan anda. Apa yang penting anda menunjukkan minat untuk belajar memasak masakan kegemarannya. Pasti si dia berbangga dengan usaha anda itu.

25. Berpendidikan. Anda tidak semestinya perlu mempunyai segulung ijazah daripada mana-mana universiti. Tetapi tonjolkan sikap individu yang mempunyai etika serta sikap yang menyenangkan apabila anda bersama si dia. paling penting sentiasa bertindak rasional dan berfikiran positif apabila anda mengalami sebarang masalah.
Awas.. Baby Saya tak cukup susu...

Awas.. Baby Saya tak cukup susu...

Tanda-tanda bahawa bayi anda tidak mendapat susu secukupnya selalunya termasuk perkara yang berikut:

• Bayi anda tidak mendapat balik berat lahirnya atau menambahkan berat badan selepas dua minggu.
• Payu dara anda tidak berasa lebih lembut selepas penyusuan.
• Bayi anda meragam atau sering letih.
• Pipi bayi anda lekung atau membuat bunyi berdecit semasa menyusu. (Ini adalah tanda yang bayi anda tidak menghisap dengan betul dan anda perlu mendapatkan nasihat pakar perunding penyusuan untuk memastikan anda menggunakan teknik yang betul.)
• Selepas hari kelima kelahiran, anda tidak menyalin lampin bayi anda sebanyak enam hingga lapan kali dalam masa 24 jam.
• Bayi anda tidak membuang air besar sekurang-kurangnya sekali sehari atau najisnya masih berwarna gelap lima hari atau lebih selepas kelahiran.
• Bayi anda semakin berwarna kekuningan, bukannya semakin kurang, selepas minggu pertama.
• Muka bayi anda tidak berisi dalam masa tiga minggu.
• Kulit bayi anda tetap berkerut selepas minggu pertama.

Jika anda risau mengenai sebarang tanda-tanda berikut, hubungi doktor atau ahli pediatrik keluarga anda.

Anda akan tahu yang anda menyusukan bayi dengan secukupnya apabila:
• bayi anda melekap pada buah dada anda dengan baik dan menyusu apabila terasa lapar;
• penyusuan adalah selesa dan tidak menyakitkan;
• dan, bayi anda akan menukar ritmanya semasa menghisap dan berhenti seketika semasa penyusuan, mula menyusu tanpa berhenti dan melepaskan hisapan secara spontan apabila sudah kenyang.

Jika bayi anda menunjukkan tanda-tanda berikut, anda menyusukannya dengan secukupnya. Salah satu perkara yang paling sukar semasa memulakan penyusuan ialah merasa yakin bahawa anda menyusukan bayi anda secukupnya. Memang anda menyusu dengan betul, tetapi jangan teragak-agak untuk mendapat nasihat dan bantuan daripada ahli pediatrik, doktor keluarga atau perunding penyusuan semasa peringkat awal penyusuan. 

3 Level Nafsu

3 Level Nafsu



3 Peringkat nafsu menurut Imam al-Ghazali:

1.Nafs al-Muthmainnah
merupakan nafsu yang tenang yang mana ketika iman menang melawan hawa nafsu, sehingga perbuatan manusia tersebut lebih banyak yang baik daripada yang buruk. Dengan kata lain mereka yang mampu menguasai terhadap hawa nafsunya.

2.Nafs al-Lawwamah
ialah nafsu yang gelisah dan menyesali dirinya sendiri. Keadaannya adalah ketika iman kadangkala menang dan kadangkala kalah melawan hawa nafsu, sehingga manusia tersebut perbuatan baiknya relatif seimbang dengan perbuatan buruknya. Mereka yang sentiasa dalam bertarik tali melawan hawa nafsu. Adakalanya dia menang dan ada kalanya kalah. inilah orang yang sedang berjuang (mujahadah). Mereka ini menunaikan apa yang diperintahkan oleh Nabi Muhammad melalui sabdanya yang bermaksud: ”Berjuanglah kamu melawan hawa nafsumu sebagaimana kamu berjuang melawan musuh-musuhmu.

3.Nafs al-Ammaarah al-Suu’
iaitu nafsu yang mengajak kepada keburukan. Keadaannya adalah Ketika iman kalah dibandingkan dengan hawa nafsu, sehingga manusia tersebut lebih banyak berbuat yang buruk daripada yang baik. Mereka inilah yang hawa nafsu sepenuhnya telah dikuasai dan tidak dapat melawannya sama sekali.

Kredit: Facebook

24 Mei 2012

Terima kasih cikgu...

Salam dan selamat pagi blogger...


Dah terlmbt sehari update entry ni.. tapi nak update gak.. Semalam adalah hari sambutan untuk meraikan guru-guru peringkat sekolah di sekolahku... Bermula seawal 7 pagi.. acara persembahan yg menghiburkan dan permainan yg melucukan.. 

Aku diraikan oleh anak2 pelajar hari tu.. tahun ni tahun kedua ku menyambut hari guru.. jika tahun2 dulu aku yg meraikan cikgu, kini aku yg diraikan pulak... mmg x pnh terlintas dlm fikiranku ku jadi ckgu, tapi nilah suratan yg Allah tentukan... 

Ku sbg AJK, menjadi pembantu untuk menguruskn permainan, tapi lepas je urusan ku, ku pulak main acara lain.. Pelajar ajak aku join acara baling2 harmoni.. iaitu guru baling belon air, dan 2 org plajar smbut.. ku menang tempat ke-3.. ok lah kan.. 
Lagu tema tahun ni dan lagu rasmi Hari Guru

Sekitar sambutan hari guru...

Menu jamuan hari guru

Hadiah

Lepas acara main, acara persmbahan dan penyampaian hadiah... tahniah pada kawan2 ckgu yg menang,, dan tahniah kepada Kak Yat yg menang anugerah guru paling popular sesi petang... mmg dah dijangka pun Kak Yat menang, biasalah guru displin kan.. mana pelajar yg x kenal... hehehe...

Majlis habis tepat jam 1.10... lepas solat zohor, guru2 bergerak ke Restoran Sunda untuk menikmati jamuan makan tengah hari... Restoran tu dekat Carrefour Wangsa Maju je.. mmg puas makan, sbb lauk byk sgt dan sedap2 pulak tu... restorannye, biasa je.. tapi masakannya terbaek... 

Jam 3 petang majlis bersurai... memang release tension betul.. dan x pikir pasal keje sehari suntuk tu... Aku bawa balik hadiah2 dari pelajar2.. tak jangka pun dapat hadiah sebenarnya.. sbb ckgu2 lain mmg la lagi lama kn.. aku msih baru.. tapi penuh juga beg plastik hadiah2 dari pelajar... Terima kasih anak2 didikku.. cikgu tak harapkan hadiah (tapi lau bagi ckgu terima dgn terharunya)... cukuplah tunjukkan dan aplikasikan apa yg dipelajari dalam hidup ni.. cikgu nk tgk anak2 ddik cikgu berjaya... dunia dan akhirt... 

Terima kasih cikgu kerana mendidikku jadi cikgu juga akhirnya... tapi guru yg paling mula2 mengajar aku, ialah ibu bapaku... Terima kasih mak dan pak... kerana anakmu menjadi dewasa kini... :)

22 Mei 2012

Selamat Hari Lahir Sayangku...


Hari ni 22 Mei 2012.. adalah hari ulangtahun insan yang sungguh istimewa di hatiku... Ku diciptakan untuknya... menemani hidupku, pengisi kekosongan hatiku... 


Sayang...
Selamat hari lahir sayangku.. Maafkan diri ini kerana tiada hadiah yg istimewa dapat ku berikan untukmu.. hanya seorang zuriat pengubat dan pengikat kasih hati kita..

Sayang, terima kasih atas kasih sayang yang tiada belah bagi untuk permaisuri hatimu ini... Kau sungguh istimewa dihatiku selamanya...

Sayang, Ku doakan dikau terus bahagia disamping insan yg kau cintai dan sayangi... Kuatkanlah hatimu, teguhkan lah imanmu, dan sabarlah untuk hadapi ujian dan dugaan yg mendatang serta, ku mohon dikau terus sabar melayan karenah isteri dan anakmu ini..

Ku sayang mencintaimu kerana Allah.. Ku sayang kamu selamanya... 

I Love U ... buat suamiku...

20 Mei 2012

Faiqah bila hampir 9 bulan...

Pejam celik, pejam celik.. dh besar dh Faiqah tomei.. geram je kat dia sekarang.. dah makin banyak peel dia yg buat ummi geram manja kt dia.. Faiqah selalu gak "buli" ummi.. pntang ummi baring, mula lah aksi pnjat memanjat dia.. 


Faiqah dh pndai duduk sendiri dan mula nk berdiri.. lepas dh pndai bertatih dan berdiri, baru dtg skill merangkak dia.. mmg dh makin laju dia.. Yang paling ummi syukur sekali, ummi masih diberi rezeki oleh Allah untuk susukan Faiqah dgn susu badan ummi.. 

Faiqah jarang menangis.. mmg dari kecik dia ssh nk nagis kecuali sakit, dan lapar... lau tak mmg susah nk dgr suara dia..



Keletah Faiqah mmg byk dh skrg ni, suka gelak tu mmg dh kegemaran dia.. ramai org geram dgn dia, sbbnya dia mudah senyum dan ketawa dgn org.. ummi dan abi la risau sbb dia tak org... dan lau family pengasuh dia, semua org dia nk ngis nk ikut.. hehehe..

Faiqah dh besor.. kejap je.. dah nak masuk 9 bulan.. kejap je kan... tak sabar nk tgk dia jalan plak.. 
KIsah orang tak dak iman

KIsah orang tak dak iman

Malam ni, malam minggu, maknanya ada cerekarama.. ha.. ni lah peluang aku nk layan drama TV, dh lma tak tgk drama TV.. mula2, suamiku layan bola la plak.. tak penah2 tgk bola mlm ni dia nk tgk bola.. Maklumlah.. Kelantan lawan Sime Darby... haha.. aku tak sokong mana2 k.. lau kedah lawan johor best gak la.. 

So, aku layan tenet je lah sbb suamiku nk layan bola, dh kul 10 terus kalih ke TV3, carekarama "SenandungCintaSemalam" dh start la.. hahaha.. mula2 macam lawak je.. ea lah Kamal Adli, Jalil Hamid yg berlakon, tambah dgn Wan Maimunah lagi.. mula2 tgk biasa2 je, sbb laki ku dok kalih2 tgk bola..

Tapi elok dh hbis bola, terus je tgk TV3 tu.. tgk smbil2 dok belek internet.. tapi bila part2 akhir tu, naik menyampah plak aku, sbb de babak mak mentua kamal adli tu, tak terima hakikat dan takdir.. ada ke dia kata si kamal adli tu bawak sial.. aduh pkai tudung tapi jahil.. (teremosi lak aku.. menjadi betul dia bawak watak tu.. kehkehkeh.. ;)

Tapi tu lah.. pengajaran tu sbnrnya, mmg ada pun dlm masyarakat kita, bila belaku sst musibah, kata org ni la  org tu la... padahal mmg semuanya dari Allah, sbb bab2 mati, jodoh rezeki Allah yg tentukan.. kita xde hak pun  nak ckp gtu.. mmg dh ajal dia gtu kan... sbb tu HARAM sebut perkataan "Kalau".. syaitan suka sgt la lau kita sbut kalau tu.. 

Last2 ending, kamal adli mati.. habis la citer bila hero mati kan.. tapi tu la.. mmg hangat hati gak, bila smpai part2 yg hina2 tu.. tapi mmg berkesan tul lakonan dia tu.. Orang xde iman je ckp gtu... sbb dia slh kan takdir dan percayakan sial.. Zaman moden tapi otak fesyen lama gak.. ada lagi ke org percaya sial2 sume ni????

19 Mei 2012

Periuk Belanga

Salam blogger... 


Rasa rajin nak conteng2 dinding blog saya... Tadi saja jalan2 petang, sbb nak g tukar tayar kereta yang dah merekah.. memikirkan nak balik kg minggu depan.. nak travel, dari K.Lumpur ke JOhor, JOhor ke Kedah, dan Kedah ke K.LUmpur, selama seminggu bercuti2 malaysia, maka kena la keringkan duit poket utk tayar kereta.. bkn apa untuk keselamatan...

Hujung2 bulan tukar tayar kete... haha.. mcm kelakar je.. tapi ada je rezeki kan.. Allah Maha Kaya dan Maha Luas... kita la kena usaha carikan... haha.. termelalut dh...

Lepas siap tukar tayar, jalan2 cari makan la plak.. So, singgah di Danau KOta... Jarang sgt jalan2 area tu.. Rupa2nya banyak sgt kedai2 makan dan restoran besar2 kat situ... mmg bnyk, nak makan ala arab, egypt, Chinese Muslim, omputih, sume ada... So, aku dan suamiku, jalan2 la cari makan.. Last2 nmpk restoran namanya "Restoran Periuk Belanga"... nmpk menarik restoran tu... dan tak ramai org sgt.. bersih dan kemas...

Aku order, Nasi Goreng Seafood dan Sirap LImau Suam, suamiku order Nasi goreng ayam kunyit dan Limau suam... yang kelakarnye, bila order dh smp, menunye terbalik.. Suamiku order, nk nasi yg pedas, tapi aku x pedas, tapi terbalik, last kami tukar la nasinye... tapi mmg sedap maskan kt situ.. resepinya lain dari yg biasa kita makan... 



Faiqah mula2 nangis, tapi bagi dia pegang keropok ikan senyap.. nagis sbb takut abi tinggal je... Lepas makan2, terus balik.. ok lah tu.. minggu ni x jalan2 sbb aku ke sekolah pagi tadi dan esoknye suamiku kerja plak.. so, mmg tak jalan2 sgt la.. gpun, minggu dpn mmg nk betul2 jalan2... 

Itu je lah.. jalan2 minggu ni.. but it make Faiqah n me n my hubby happy..b-coz we always togethers.. Alhamdulillah... 

17 Mei 2012

Perpisahan memang menyakitkan

Perpisahan memang menyakitkan

salam semua... 


Mata masih belum nk lelap... menghabiskan masa sebelum tido dgn berborak dgn rakan2 di internet... pastu terasa lak jari ni kongsi sesuatu.. 

Malam terasa sedih dan sebak dgn rakan2 aku yg nak posting guru di rantauan yg jauh dan terpisah dari insan2 yg disayangi... Kisah kawan2 ku... yang bujang tak kisah la sangat, cuma berpisah dari ibu ayah dan belum ada komitmen apa2... tapi yang dah berkahwin ni, tambah2 ada anak plak.. mmg sedih dan menyakitkan...

Ntah kenapa aku turut berasa sedih dan perit.. mungkin naluri sbg ibu tu kuat kan... ku tak snggup nak berpisah dgn anak dan suamiku lama2,.. pedih rasa hati ni... mula2 nk hntar Faiqah ke pengasuh pun sedih.. tapi tu la.. tu kejap je.. ni lama, berminggu2 dan paling sedih, dh tak de lagi mulut kecik yang menyusu dari ibunya... sedih itu pedih... 

Dulu ku juga pernah alami, tapi tak lama, sebulan je.,,, sbb suamiku usahakan juga dia posting ke KL, ikut aku.. sbbnya masa tu aku prgnant,. dan ada asma... nk tggu aku posting mmg xde harapan la sbb ckgu baru.. tapi bagiku, ujian ku masa tu tak sebesar dugaan buat kawan2 ku yg nk berpisah jauh, merentas Laut China Selatan... hanya telefon, email dan internet perantaranya... 

Ya Allah, mmg aku sedih, tapi ujian buat kawan2 ku itu, Allah mmg tahu kawan aku kuat sbb tu dia bg ujian tu kan... tapi bagiku, mungkin aku tak kuat sbb tu Allah tak bgi ujian tak sehebat tu kat aku.. Allah akan uji ssorg itu ikut kemampuannya... 

Pada kawan2ku.. teruskan perjuangan sbg pendidik... kamu lebih kuat dan jiwamu lebih kental dari kami disini.. ada hikmah disebalik dugaan ni... Allah bersama-samamu.. 
Bulan Memperingati Mei..

Bulan Memperingati Mei..

Salam semua...

orang lain dah sibuk2 wish sana sini.. hari guru dan hari ibu.. aku bukan tak ucap.. tapi sekdar ucapan dibibir dan tak dipublishkan pada umum... cukuplah org yg teristimewa yg menerima ucapan tu dariku..

Bulan mei, otakku berputar ligat sbb mcm2 hari aku nak kena ingat... aduh.. hari2 yg berlalu membuatkan satu hari jgn lah aku plak terlupa sbb kalau lupa, siaplah rajuk dia... 

Bulan Mei, hari ibu dan hari guru disambut dan diingati.. dulu bulan Mei berlalu begitu saja.. tidak ada apa istimewanya bulan Mei ni.. Namun, kini bulan yg aku ingati dan aku juga dihargai.. 

Tahun pertama aku dihargai sbg ibu kepada seorang puteri.. indahnya bila kita dihargai.. walaupun, hari2 yg kita lalui, tapi hari ibu hari untuk dihargai semua ibu2 dia dunia ni... kemudian, tahun ni juga tahun kedua aku smbut hari guru... jika dulu, tak pernah terlintas dibenak dan difikiranku nk jadi pendidik... sbb rasa cam tak layak je nak ngajar org kan.. sbb rasa diri ni, banyak dan selalu alpa dan buat silap, tapi itulah Allah Maha Mengetahui.. Allah tentukan aku jadi guru sbb untuk perbaiki diri aku juga sbnrnya..

Dari kecik aku dilatih, tak smbut apa2 hari istimewa sbb aku bknlah org kaya dan bkn org miskin, sedrhana sbh org kg... wlaupun raya, xdelah aku smbut bagai nk rak.. sekadar sedrhana, so, aku tak kisah org smbut ke tak.. ucapan kasih dan terima kasih adalah hadiah istimewa bagi tanda dihargai dan diingati..

Terima kasih, suamiku yg tlah merealisasikan hari untuk aku bergelar ibu dan pada keluargaku dan keluarga mentua kerana mendoakan dan ucapan yg diberikan.. 

~ Selamat Hari Ibu buat bondaku yg tercinta.. pengorbananmu tiada taranya~
~ Selamat Hari Guru buat guru-gurku, di SK Kupang, SMADI, SMK Baling, UTM, Skudai.. dan cikgu2 di SMKDTHO.. ~ Jasamu sntiasa ku kenang... 

16 Mei 2012

Diamuk Kerinduan

Diamuk Kerinduan

Malam yang sunyi dan sepi.. ku ditemani bunyi latar belakang musik dari drama TV... Melayan keletah si cilik Faiqah yang terjaga dari tido.. Mataku masih belum mampu ku lelapkan.. Masih segar setelah minum air horlick coklat susu suam.. Memang nikmat... minuman yg biasa menemani tekakku tika ku buat apa2 kerja rumah...

Arghhh... nape la skema nih.. Haha.. ishk3 :'((( sebenarnya.. ku menangis kerinduan.. rindu pada yang tersayang.. saat hari ibu, mmg aku rindu sgt2 pada ibuku di kampung... Tapi kini, ku gembira kerana da puteri menemani hari ibuku, kerana ku sudah bergelar ibu.. 

Saat ni, ku rindukan sayangku yg sedang berjuang... (kerja lah... duty malam)... rindu yg amat2 sgt... arghh... mcm baru bercinta gayanya... tapi mmg rindu tu tak pernah pudar dan berkurang... 

Rindu weyh.. nak buat apa nih... kalau dulu, aku dgr je lagu2 yg suamiku pernah utuskan pengubat rindu... tapi ku x dapat lagi dgr lagu tu sbb ku jadi makin sdih.. ku tak nak Faiqah tgk ku nangis... arghh... 

Sayang... rindunye... ku kirim doa buatmu yang jauh dimata.. rindunye kat sayang... walaupun de masa kita, tapi b tetap rindu sayang... 

Ku rasa rindu kekasih halal lebih indah sbb dapat pahala kan... ruginya bercinta kan.. sbb byk dosa, sbb tu aku nk kahwin cepat2 dulu, tapi mmg ditakdirkan aku khwin lepas hbis belajar... so, org2 yg sdang bercinta, niatkanlah utk cepatkan perkhwinan, sbb apa yg anda buat dgn psangan anda akan dibalas dgn pahala... arghh.. rindunye... 

tak sabar tunggu esok... 

15 Mei 2012

.:Cara Tradisi Redakan Selsema Bayi:.

.:Cara Tradisi Redakan Selsema Bayi:.

Hahaha.. buat keje giler cikit ni.. tgh busy giler, tapi tetiba de idea nk kongsi sst dgn kwn2 semua..  saja2 nak share something yang berlaku dan sama amalkan..

faiqah kena jangkit selsema dgn ummi. arghh.. mcm mana nak buat ni.. ummi tak panik, tapi abinye la yg risau lebih... so, relax je dulu... tapi aku dapat satu petua, mcm mana nk buat.. teringat kata-mak sedara belah suamiku... selalu urut2 tapak kaki baby utk elakkan dia demam.. maksudnya, badannya jadi kental dan tak mudah demam.. 

So, ummi ni dgn tak sengaja, saja la amalkan petua tu dgn buat urutan kat kaki Faiqah selepas mandi dan sebelum tido, gosok2 dan picit dengan minyak johnson lavender..  Faiqah suka je bila ummi urut2 dia satu badan.. 

Tapi ummi gosok dan urut smbil baca selawat dan baca Al-Fatihah dgn harapan Allah smbuhkan selsema dia.., ummi buat hari Ahad.. pagi Isnin tu masih da la selsema dia.. tapi lepas amik dia dari umah pengasuh, tnya pengasuh, ada lagi tak selsema dia, pengasuh bagitau, dah xde lah selsema dia... 

Owh... amzing.. ayat Allah kan.. dan doa ummi dimakbulkan secepat itu.. tapi itulah usaha ummi, cuma urutkan tapak kaki bayi... selepas mandi dan sebelum tido.. terpikir juga, mmg logik pun sbb tu adanya rawatan reflecsiologi kan... 

So, ibu2 diluar sana, yang masih risau jika baby kena selsema, cubalah dgn cara ni.. kita hnya usaha dan selebihnya doa dan tawakal...
Bila xde idea...

Bila xde idea...

Salam pagi selasa..


Dah kul 12 lebih kan.. sebanrnya aku xde idea nak coret.. bukan xde topik.. berserabut topik.. cuma xde idea je... ntah la.. pening tul n xde mood gak kot.. 

Nak update blog, tapi xde mood.. nak jalan2 blog orang ada mood tapi internet slow.. ni la agaknye cabaran nk jadi blogger kan.. tapi aku xde niat nk jadi blogger spenuh masa sbb aku blogger scara suka2 je... bkan nak cari wang atau glamer.. hahaha.. apa lah yang aku bebelkan ni... 

Ok lah.. stop dulu.. kang aku melalut kot lain lak kang... FUll stop.. Finish,, !!!! Nnti lah ade idea aku kongsi tajuk yg best2 ok.. korang leh request lau nk suruh aku tulis apa... 

09 Mei 2012

Teknik guna S3 untuk hasil yang maksimum

Teknik guna S3 untuk hasil yang maksimum

Macam mana nak dapatkan susu yg banyak hanya guna pump spectra 3... pump elektrik ni kena tahu teknik yg betul utk hasil yg maksimum... pump ni, bagiku mampu dimiliki bagi yg berpendapatan sederhana. aku guna pump ni sbb mmg tak mmpu nk beli pump2 yg berjenama mahal.. 


Tapi hari ke hari ku belajar, macam mana nak dapat susu yg banyak guna pump ni... Caranya... 

Kawal suction (Perlahan-Kuat), tu dari perlahan, dan bila susu dah keluar, baru laju sikit dan sikit shingga lah yg laju dan kita selesa.. maksud selesa, yg tak menyakitkan.. 

Jangan mula tekap corong tu, dh guna suction yg laju terus, susu mmg tak keluar sbbnya kita seolah2 memaksa susu tu keluar... Gunakan suction yg hmpir sama dgn kadar hisapan bayi kita sndiri.. 

Struktur badan mstilah tegak, dan jgn membongkok ketka mengepam.. 

Jangan tertekan masa nak pump.. yg ni sama je mana2 pump sbbnya berkaitan dgn emosi kan... tapi ni tips juga sebenarnya.. Saya kalau tgh tension, marah dan sikap2 negatif sy dtg.. sy mmg x akan mengepam.. sy pump ketika saya gembira, seronok dan bergurau dgn anak dan suami..

Jangn salahkan pump jika memula masih belum keluar susu, sbb memula pump memerlukan 5-10 minit utk pump serasi dgn diri kita... so, jgn putus asa dan usaha lagi...

Sambal Taun

Salam semua blogger2 di luar sana..

Entry nk update smlam lagi, tap dok tak dan ja… haha.. sekali2 loghat cek keluaq…
Kisah aku masak sambal taun.. smbal apa la ni. Sbb mula2 dulu aku pun tak tau smbal apa la ni. Makan nnt kena taun kang cmne.. rupa2nya, ni smbal popular bagi org Johor..

Aku selalu gak masak sbb wajib ada bila nak makan nasi bagi suamiku.. dia mmg suka la sbb dia org Johor. Dulu tak reti, la ni reti dah masak smbal taun. Nak masak tak susah mana pun sbb bahan2 dia yg sikit je kita guna.. apa dia bahan2 dia:
-          Cili padi hijau
-          Ikan bilis
-          Bwang putih
-          Minyak
-          Cukup rasa (jika perlu)

Ada 2 cara nk masak smbl taun ni.. Cara yg pertama:
-          Goreng ikan bilis smpai garing
-          Tumbuk cili padi hijau hingga lumat
-          Dah lumat, masukkan bawang putih dan tumbuk sekali, dan masukkan sekali dgn cukup rasa, kalau rasa nk tmbah la..
-          Pastu tumbuk plak ikan bilis hingga agak lumat, jgn lumat sgt, nnt tak sedap sbb halus sgt tak sedap..
-          Lepas dh tumbuk2 semua, goreng dlm minyak yg sedikit hingga naik baud an kering…

Cara kedua:
-          Goreng cili, ikan bilis dan bawang putih
-          Lepas dh greng, tumbuk semua hingga lumat..

Antara cara pertama dan kedua, aku suka lagi cara pertama, sbb lebih sedap dan smbal tu betul2 masak dan kurgkan risiko nk sakit perut sbb mmg pedas smbal ni.. Makan dgn nasi yg panas dan nk makan amik sikit2 je sbb pdas…
Nilah rupanya smbal taun yg aku buat.. :) 
Senang kan.. ni menu wajib dlm hidang tgahhari dan malam.. sapa nk try blh je try.. lau tak faham.. komen je kat bawah.. t aku reply k..

P/S: Lau nk blend pun blh, tapi rasanya lebih sdap lau tumbuk guna lesung batu.. J

08 Mei 2012

Hari ibu haram???

Hari ibu haram???

Hari ni 10 Mei org ramai ucapkan selamat hari ibu.. aku juga tak ketinggalan...

Semalam aku ada bca satu artikel ttg hari ibu yg dikatakn haram... betulke haram...???

menurut artikel yg aku bca tu.. haramnya hari ibu sbb org kristian smbut ibu2 diorg.. ibu tu mksudnya dewa2 diorg lh... dlm artikel tu sial sertakn hadis tu... Aku pnah tanyakan kawan2 seangkatan yg ada ilmu agama gak.. yg seangkatan dgnku..

Sebenarnya, kenapa nak haramkan Hari IBU?? perlu ke??? bagiku tak perlu.. sbb apa yg dimaksudkan hari ibu org kristian tu berbeza sama sekali dgn hari ibu yg kita smbut tu.. Kita menghargai ibu kita sndiri,, bkn dewa atau patung.. bezakan.. dan berkaitan dgn hadis yg disertakan tu.. org yg tak arif dlm hal hadis, jgn nak takwil hadis dgn sewenang-wenangnya..

Jika, kita nk kiaskan.. itu adalah dari org kristian, maka kita juga tak blh guna teknologi, kereta dan segalanya peralatan canggih yg diorg reka.. semua tu kn dari Orang Islam.. tapi org Barat yg mulakan dan cipta.. so, x blh la kita gunakan teknologi, Facebook, blog, kereta kan..

Jangan beratkan hal ni.. elok2 org yg bukan Islam tak jadi masuk ISlam.. sbbnya, dia akan nmpk semuanya tak boleh.. cuba kita bayangkan .. jika xde hari ibu... setiap tahun.. adakah anak2 muda sekarang ingat kat ibunya.. Memang lah sepatutnya wajib kita ingati ibu setiap hari.. tapi, hari ibu, adalah hari istimewa bagi ibu.. sama la mcam hari lahir, hari istimewa bagi kita... Lau ikut hukum ni, so, x blh kita smbut hari lahir dan tak blh ingt hari lahir sbb xde pun dlm Islam.. tapi kita buat juga sbb selagi cara smbutan tak bercanggah dgn lunas2 Islam.. harus hukumnya...

So, jangan lah berat2kan benda2 yg remeh ni.. cuma jika smbutan hari ibu tu, dh smp tahap membazir dan ada unsur2 maksiat.. cntohnya ada arak, judi dan segala yg bertentangan dgn Islam.. mmg sah2 lah jatuh hukum HARAM.. tapi jika smbut, dgn kirimkan kad dan ucapan.. beli kek dan gembirakan hari itu dan anggap hari tu lebih istimewa dr hari2 biasa kita bersama ibu.. it's ok.. Islam ni mudah tapi jgn mudah2kan Islam.. 

Selamat hari Ibu buat Mak dan mak mentuaku... 
TQ to my hubby coz wish me happy mother day to me... :)... hadiah xde ke cayang.. (hehehe.. gurauje.. kasih sayangmu, hadiah paling berharga buatku sayang.. )

07 Mei 2012

Musim Kahwin dah menjelang tiba

Salam blogger semua... sihat n ceria selalu...


Wah dah menjelma bulan Mei .. bulan 5, hjung bulan ni, cuti sekolah 2 minggu.. Yahooo... bestnye blh balik kg.. Dalam perancangan dan harapan segalanya terlaksanan dgn lancar... Travel balik dari KL ke Johor, menghadiri kenduri kahwin sepupu belah suamiku.. dan lepas 2-3 hari di Johor, travel dari Johor ke Kedah pulak.. balik kg belah aku la plak.. dan lepas habis cuti suamiku seminggu barulah balik ke KL...

Bila sebut je cuti sekolah, kenduri kahwin, sebut kenduri kahwin mesti masa cuti sekolah.. mmg dh sinonim kan. ibarat irama dan lagu... nak wat kenduri msti time cuti sekolah, sbb org bercuti dan msti balik kg.. aku sndiri, dapat banyak jemputan kahwin... belah kg kelahiranku ada gak.. tapi balik kg suamiku dulu, sbb sepupu rapat dia kan.. dan masa ni gak aku nk kenal2 sedara mara belah suamiku.. sbb mak mentuaku dan 12 beradik tu.. yg tinggal sekarang 9.. haa.. kn ramai tu nak kenal... tu belum cmpur, sepupu, sepapat dan anak2 sedara semua lagi... maklumlah mak atok suamiku masih panjang umur dan ramai dh cicit nye.. dh dapat piut kot rasanya.. msti meriah kan...

Artis pun nak buat kenduri time cuti sekolah gak.. tapi ada yg dh buat dulu, Fasha Sanda dan Awal Ashaari & Scha... Moga bahagia lah artis2 ni.. tok sah lah wat citer cerai berai lagi.. x syokk la rasanye sbb khwin cerai, kahwin cerai... t org ingat khwin ni main2 plak kan.. so, biarlah berkat dalam perkahwinan... 

So, mmg tak sabar nk hadiri mjlis khwin org sbb ianya mengimbau kenangan manis ku kudisatukan dgn si suamiku.. arghh.. rasa nak bersanding balik je.. blh tak... hahaha... rindunya saat2 indah tu... (^_^)..
Mengimbau kenangan manis... 

Kiamat dah dekat???

Kiamat dah dekat???

Salam semua.. merajinkan diri mengupdate blog yg dh nmpk sawang2 sikit2 ni... seblum jam 9.45 mlm... selepas 9.45 mlm.. masa utk siapkan kerja umah dan kerja sekolah plak... sbb esok seharia aku kat luar, dan suamiku plak ada smbutan Hari Jadi MK Medan tempat kerjanya... 


Kiamat dh dekat, Jumaat ni kiamt tau hati2.. haha.. jgn la cemas weyh,.. ni soalan2 yg selalu aku muhasabahkan anak2 muridku.. bior diorg insaf kejap... bila sebut mati n kiamat je... mmg diorg diam kejap la..  So, tadi masa pandu kete nak balik umah, mmg rutinku layan IKIM.FM... radio pilihanku dan suami selepas kami khwin.. dulu layan jiwang2, tpi lepas ada anak2 dh kurang nk dgr lagu2 gtu., bila dgr je, rasa cm serabut je.. 

Aku tak la fokus sgt, sbb smbil drve dok layan Faiqah di sebelah tu.. cuma tadi de tazkirah pagi (siaran ulangan), kisah pasal akhlak Rasulullah kot.. aku tak sure la.. cuma bila ustaz tu baca sebuah Hadis, ttg seorg lelaki yg bertanyakan "Bila Kiamat???" Maka Rasulullah s.a.w tak jawab soalan tu... Rasulullah balas dgn soalan... "Apakah dah cukup ke bekalan sbg persdiaan kamu menghadapi Kiamat???".. simple kan.. soalan di blas soalan... 

Aku rasa sgt menarik dgn akhlak Rasulullah tunjukkan.. betullah tu.. buat apa kita sibuk2 nk tahu bila kiamat.. kata kiamat berlaku 2012 la.. tapi tnyakan diri kita dh cukup ke bekalan kita nak hadapi kematian/kiamat??? Macam dh ready sgt je kan bila tnya soalan mcm tu.. lagi pun soalan tak penting pun.. sbb bukan keje kita nk tentukan kiamat bila.. dan bukan blh minta2 kiamat tu bila kan.. 

Bila dgr je, rasa insaf dan tersedar dari lamunan yg panjang... jawapan Rasulullah simple tapi menusuk ke kalbu... 

So,,, "DAH SEDIAKAH BEKALAN KITA UNTUK HADAPI KIAMAT???"
~Renung2kan dan selamat beramal~

05 Mei 2012

10 CARA UCAPKAN I LOVE U

10 CARA UCAPKAN I LOVE U


1.Letakkan catatan 'aku cinta padamu' di meja makan ketika kamu dan si dia makan bersama. 


2.Kirimkan sebuah e-mel pada si dia yang berisi sebuah puisi cinta. 

3.Kirimkan kad ucapan cinta pada si dia. lebih romantis lagi andainya kamu melakukannya setiap hari. 

4.Kirimkan bunga dengan catatan ringkas 'aku cinta padamu'. 

5.senaraikan semua sebab-sebab mengapa kamu mencintainya dan kemudian serahkan padanya untuk dia membaca sendiri isi hatimu. 

6.Luangkan waktu khusus hanya untuk berduaan dengan si dia dan luahkan perasaan kamu padanya. 

7.Birpun mungkin suara kamu agak sumbang namun tidak salahnya kamu menyanyikan lagu cinta untuknya ... 

8.Masakan makanan kegemaran si dia. 

9.Saat menemuinya,berikan senyuman kamu yang paling manis dan tatap matanya dalam- dalam. biarpun kamu tidak suarakan cinta kamu padanya namun pandangan mata kamu sudah cukup menjelaskan segala-galanya... .. 

10.Jika kamu dan si dia terpisah jarak, lakukan kunjungan kejutan... .

04 Mei 2012

Apasal Kemetot.. ^_^

Salam jumaat semua blogger...

Faiqah saya.. sehari sebelum genap 8 bulan.. 
Rajin nak update blog pepagi yg tak pagi sgt ni.. lpas tidokn faiqah... layan lappy jap la.. nk g wat keje dapur lak pasni.. botol2 faiqah lum basuh g pun.. hihi..

Semalam g KKIA, ... hmmm.. KKIA??? apa tuh?? Klinik Kesihatan Ibu dan Anak la... yg hmpir dgn umah ku.. GOmbak Setia.. untuk pemeriksaan bulanan Faiqah. lepas usia dia 6 bulan, dh x pergi setiap bulan, pergi 2 bulan sekali je.. so, semalam lepas 8 bulan usia Faiqah, kena la check-up.. Kali ni ditemani hubby ku.. dia buat pas keluar maknanya, msuk pejabat lmbat sikit la.. 

Pepagi lagi kami g, tapi ada lagi yg lebih awal.. sbb dapat no.4.. huhu... tapi xpe.. sekejp je ni., kul 9 msti siap dh.. 

Hasil check-up:
Tinggi: 66cm
Berat: 7.8kg
Lilitan kepala: 44cm..

Lepas check sume, n jumpe nurse.. semuanya ok.. faiqah sihat dan aktif... kuat menyusu dan dh boleh makan 3 kali sehari.. pagi, tengahari dan petang.. 

Tapi balik je umah ku tgk balik buku merah dia tu.. la.. tgk2 knapa sama je tingginye.. haha.. kemetot sikit anakku ni.. ikut belah suamiku la kot sbb lau belah ku semuanya tinggi2.. tapi tak kisah la kan.. janji sihat.. lau dia kemetot tapi tetap comei... 

Ok, next kita citer Faiqah lagi.. nk g basuh botol2 dan masukkan susu dalam botol utk bekalannya hari ni.. 

See u again.. wassalam  ~~~

02 Mei 2012

Macam Belangkas...

Macam Belangkas...

Macam belangkas, tu kot perumpamaan yg sesuai bg ku dan suami.. hahaha... sbb mmg x leh renggang la.. lau renggang je, mula la penyakit angau kami datang... makan tak lalu, tido x lena, mandi tak basah.. serba serbi tak kena... pernah kami berjauhan selama sebulan sbb aku kna mengajr kt KL, suami kt phang.. angau kau.. serba tak kena hidup.. carca merba... terus suamiku mohon, ikut aku g KL, sbb nk tggu aku minta mmg ssh nk dapat sbb aku mula keje kn... 


Minggu lepas, minggu yang sibuk bagiku dan suamiku... mmg busy giler... mmg nk jumpe tu, blh kira ngan jari la brpa jam kami jumpe... nasi kadang2 tak masak pun... lau masak, esoknya buang.. penah smpai satu tahap, aku masak nasi tahan 4 hari tu.. nasinye tak basi sbb hari2, tekan suiz je panaskan.. pastu tutup suiz bila nak g kerja... masing2 makan kat tempat kerja... busy kan...

Tapi minggu ni, bila masing2 sibuk, aku dh mula angau, suamiku pun sama, mula la sakit kepalanya datang balik.. serba serbi tak kena, buat kerja pun macam org tak tentu arah je.. itulah ikatan kasih kami.. ku syukur sbb hingga kini, tautan hati kami masih kuat...Alhamdulillah.. 

Nak g mana, msti berdua dan sekarang bertiga la kan.. Faiqah tak kan tinggalnye... dia cinta hati kami.. Faiqah suka lau tgk abi dan ummi ada bersama-sama dia.. lau salah sorg tak de kat dia, mula la dia wat perangai... 

Harapan, hujung minggu ni takde pape aktiviti.. aku dan dia harap2 cuti sabtu ahad ni.. sbb mmg nak luangkan masa bersama suami dan anak je.. nak release tension, g jlan2 ke, g shopping2 ke.. ikut lah g mana2 pun tapi yg pasti mesti bersama en.suamiku syang.. mmm... itulah kami ni mcam belangkas kan... 

01 Mei 2012

Bayi demam... Apa nak buat???

Bayi demam... Apa nak buat???

Ibu mmg risaukan lau bayi demam.. smpai tak tido malam.. nak makan pun kadang2 risau dan tak lalu nk makan kan.. mcm tu gak yg ku hadapi baru2 ni.. badan Faiqah sdikit pnas tapi alhamdulillah dgn ilmu dan pengalaman yg ada, sumenya aku aplikasikan..

Langkah awal lau bayi demam:
=> Buka baju, biar tinggal pampers je atau pakaikan cloth diapers je..
=> Basahkan tuala, dan lapkan seluruh badan bayi dgn tuala tersebut..
* Buat berulang2 kali dismping tu, bagi susu banyak2 dan kerapkan penyusuan.
* Bagi bayi yg dh mula makan, boleh bagi air masak banyak2, sbb makin kerap dia minum, makin banyak    dia buang dan makin surut demam sbb panas dibuang melalui air kencing.

Petua orang2 lama cara nak redakan demam. Petua ni juga boleh diaplikasi bagi orang dewasa:
+ Ramas asam jawa, dan jelum kepala dan badan dgn air asam jawa.
+ Air ramasan daun bunga raya, amik daun bunga raya muda, sbb daun yg muda byk lendir, ramas smp berlendir, dan sapukn dikepala..
+ bykkn minum air bila demam.. 

Akhir sekali, pergi la jumpe doktor jika demam masih berlarutan.. petua2 tu hnya rawatan kecemasan je, utk meredakn demam.. jika x lega juga, kna g jumpe doktor lah ea.. 

itulah yg sy buat bila faiqah demam.. alhamdulillah.. pg dia demam.. petang tu dh kebah dah... yg pnting, wpun dia dmm, dia ttp aktif, tu buatkn demam dia cepat reda.. sbb peluh keluar dgn cepat.. mungkin juga keajaiban susu ibu kan. antibodi jadi kuat utk menentang penyakit... 

blh la, sapa2 nk cuba petua2 diatas... selamat beramal...:)