30 April 2012

Demam nk aktif rupanya...

Faiqah demam plak semlm.. baru pelan nak g jejalan.. bgun pg je dia merengek2.. bg susu tak nk.. mulanya ku rasa bdn dia, mcm pnas sikit.. pastu hubby ku lak rasa mmg pnas pun.. terus amik ubat  dan lap bdn dgn tuala basah.. dan aku bg susu byk2…


Ku pntau dia dlm 15-30minit sekali tkut suhu bdn dia naik lagi.. tapi wpun dmm dia x pnh dok diam ttp aktif… dlm tgh hari, suhu bdn dia dh kmbli ok.. Cuma still dibalut dgn tuala basah dan tak mndikn,, smp lah ke ptg.. bila dia dh ok baru lap2 dan pkaikn baju sbb nk g jln2 beli brg..

Lpas g beli brg, hubby ku kluar lg lps slt mgrib.. faiqah ngis2 nk ikut.. tp hubby tak bg ikut sbb nek moto je.. gpun dia nk g gunting rmbut je.. so, lpas pujuk2 n main2 dia ok.. gelak.. aku tinggl kejp kt ruang tmu.. lpas ambil wuduk.. tergamam aku tgk apa yg faiqah dh buat… arghhh.. dia pchkan satu botol oren sunquist yg baru beli tadi.. (dapur n ruang tamu sekali.. rumah kecik je)… kol suami ku, terkejut dia..

Balik je dari kedai, trus dia yg cuci botol n oren tu semua.. haha.. tnda protes ke Faiqah.. sbb abi tak bawa faiqah, faiqah dera abi cuci oren yg pech tu… sabar je lah… skrg ni mmg ummi dah risau nk tinggl dia wpun g blik air kejap je..

Itulah, demam nk aktif lagi rupanya.. sbb lau nk tmbuh gigi belum nmpk lagi, baru dok asah gusi je.. itulah kerenah anak.. sweet moment to remember,,, J

29 April 2012

Tahniah!!! Anugerah itu milikmu...

Selamat berhujung minggu...


Hari ni lepak kat umah je kot, tgk la ptg2 karang, lau rajin, ajak hubby g window shopping je kot... haha.. nma pun pmpuan mmg x hbis2 shopping la kn..
Mengenang memori silam...

semlm, hari yg pnt tapi gmbira.. aku bersama2 guru2 lain melaksanakn hari anugerah cemerlang di sekolh ku.. tahniah bg yg mnerima anugerah.. sedih dn terharu aku.. teringt memori aku trima ijazah dulu..

sedih sbnrnya, sbb aku terima hadiah hnya ditemani bakal suamiku... ibu dan bapaku tak sihat pda ketika itu.. tak boleh nk travel jauh dr utara ke selatan.. so, bakal suamiku menerima amanah keluargaku sbg wakil utk tamaniku di hari konvokesyenku.... 

sedih dan redha... mak la yg sedih sbb x dpt tgk aku trima ijazah.. mmg terkilan, tapi masa dh berlalu.. aku redha. krana sumenya telah tersurat dlm perancngn Ilahi.. 

tulah, bila lihat pljr2 kt sekolahku smlm terima anugerah dgn ditemani ibu ayah, ya Allah.. mmg nk menitis air mata... tmbh2 aku pun ada ankkn, naluri ibu tu kuat.. rasa nk ngis, tp tahan je... naluri seorg guru, wpun aku x mngajar, tp bangga dgn kejayaan tu... 

TAHNIAH KPD SEMUA PENERIMA ANUGERAH SMKDTHO ... 

27 April 2012

"I Love Your Smile"

Salam kawan blogger ku.. minta tlg sgt2, tlg la like pic ni ek.. pic senyuman my bbay Faiqah :

Ni linknye.. 
1) Like link ni dulu:

2)LIke my pic plak ok...

Lau ibu2 dan anak2 nk join pun blh.. syaratnya ada FB...

Jasa kalian amat2 dihargai... thank you very much...

P/s: sbnrnya sgt susah nk amik gmbar Faiqah tgh senyum.. mahal agaknye kan.. hehe..

Akhirnya Fasha Kahwin juga...

huhu.. aku ni x minat sgt hal2 artis.. tp tgh melyn fb smbil tgk galaksi kt tv9.. sbb x tahu nk tgk channel apa.. tetiba terdgr, fasha sanda dh edar kad khwin dah.. huhu.. tahniah la... moga bhgia.. aku xde la mnt kt dia pun.. tp sekurg2 dh khwin xde la org citer psal dia lagi..


lega la spekulasi pasal dia.. lega aku.. pnat dh dgr citer pasal dia.. bg la nama org lain lak naik kan.. tapi sbnrnya mmg aku x mnt sgt tahu hal dunia artis, tapi bkn aku xpeduli lgsung, hnya skdr dgr2 gtu je la.. tapi xde mnt benor.. dulu msa remaja mmg mnt gak dgn artis, tapi lepas khwin, xde mkna dh nk amik tahu.. tapi kna amik thu sbb mengikuti perkmbgn semasa gak tu kan.. 

ok lah nk makan lak.. lapor tahap gaban.. wassalam..

23 April 2012

Pemakanan Bayi Baru Lahir hingga 6 Bulan

Pemakanan Bayi Baru Lahir hingga 6 Bulan

Pemakanan yang paling SEMPURNA untuk bayi baru lahir hingga 6 bulan adalahSUSU IBU (SI) sahaja.
Bayi yang menyusu secara eksklusif selama 6 bulan pertama kurang mengalami JANGKITAN SALURAN PENGHADAMAN DAN SALURAN PERNAFASAN.

Susu pada 3-5 hari pertama adalah KOLOSTRUM (cecair pekat kekuningan yg dihasilkan lebih kurang 30ml sehari).

Kolostrum mengandungi:

  • Antibodi yang tinggi
  • Bertindak sebagai imunisasi pertama bayi bagi melawan bakteria dan jangkitan virus
  • Kaya dengan nutrien~ protein, vitamin larut lemak (vitamin A,E,K) dan mineral (natrium dan zink)
  • 88 peratus kandungan SI adalah air, oleh itu bayi yang disusui dengan SI TIDAK MEMERLUKAN AIR KOSONG ATAUPUN MINUMAN LAIN.

SI mengandungi:

  • Protein untuk tumbesaran dan perkembangan otak bayi
  • Lemak sebagai sumber tenaga
  • Zat besi bagi mencegah anemia

Bila waktu paling sesuai memberi makanan pelengkap kepada bayi

  • Bila bayi berusia 6 bulan bagi memenuhi keperluan tenaga dan nutrien yang diperlukan untuk pertumbuhan dan perkembangan bayi.
  • Pada usia 6 bulan, sistem penghadaman dan ginjal bayi sudah matang.
  • Risiko masalah penghadaman, jangkitan dan alahan dapat dikurangkan.

Kesan apabila memberi makanan pelengkap kepada bayi terlalu AWAL

  • Menyebabkan bayi kurang menyusu kerana kekenyangan
  • Sistem penghadaman dan ginjal belum matang; enzim penghadaman belum bersedia
  • Bayi boleh terdedah kepada risiko jangkitan, alahan, dan diarhea

Kesan apabila memberi makanan pelengkap kepada bayi terlalu LEWAT

  • Tumbesaran bayi boleh terbantut dan bayi kekurangan nutrien


Jenis-Jenis Makanan Pelengkap Bayi

  • Pilih makanan yang kurang memberi kesan alahan kepada bayi.
  • Perkenalkan makanan pelengkap satu per satu supaya bayi dapat membiasakan diri dengan rasa dan tekstur makanan itu.
  • Perkenalkan pelbagai jenis makanan dari setiap kumpulan makanan dalam kuantiti dan tekstur yang sesuai dengan tahap perkembangannya.

KUMPULAN BIJIRIN

  • Perkenalkan bijirin berasaskan beras kerana lebih mudah hadam dan jarang timbul kesan alahan.
  • Ubi kentang ataupun keledek boleh diperkenalkan apabila bayi sudah pandai menyesuaikan diri dgn bijirin berasaskan beras.

SAYUR2AN

  • Perkenalkan sayuran berkanji seperti labu, lobak merah, dan ubi kentang.
  • Perkenalkan pelbagai sayuran hijau seperti bayam dan sawi.
  • Perkenalkan juga sayuran dari jenis buah seperti labu air dan tomato.

BUAH-BUAHAN

  • Hanya diperkenalkan selepas bayi diperkenalkan dengan pelbagai jenis sayuran dan dapat menerimanya dengan baik. Ini kerana, buah-buahan mempunyai rasa manis yg semula jadi dan mudah diterima oleh bayi, berbanding rasa sayur-sayuran.
  • Pilih buah yg segar, ranum, dan lembut seperti pisang, betik, ciku, dan pear.
  • ELAKKAN memberi buah masam dan bergentian tinggi seperti limau dan mangga.
  • ELAKKAN buah-buahan di dalam tin kerana tinggi kandungan gula dan bahan pengawet.

KUMPULAN IKAN, AYAM, DAGING DAN SUMBER KEKACANG

  • Mulakan dgn sumber protein seperti ikan bilis, tauhu lembut (TIDAK BERPERISA)dan kacang pis sejuk beku.
  • Pada usia 6 bulan, simpanan zat besi dalam badan bayi semakin berkurangan. Oleh itu, berikan bayi ikan, ayam, hati ayam, dan daging lembut mengikut keperluan.

LEMAK DAN MINYAK

  • Penambahan minyak TIDAK DIPERLUKAN pada peringkat awal kecuali apabila bayi mengalami masalah kurang berat badan.

Alahan Makanan
Makanan yang dikenal pasti boleh memberi alahan ialah:

  • Putih telur
  • Kacang
  • Makanan laut
  • Gandum
  • Buah limau

ELAKKAN makanan-makanan ini semasa baru memperkenalkan makanan pelengkap kepada bayi.

  • Garam, Gula dan Bahan Perasa
  • TIDAK PERLU sehingga bayi berumur satu tahun.
  • Asingkan makanan bayi sebelum menambah sebarang perasa untuk ahli keluarga lain.

Cara Memberi Bayi Makan

  • Guna SUDU PLASTIK khas bagi menyuap.
  • ELAKKAN penggunaan botol bagi memberi bijirin.
  • Latih bayi menggunakan sudu ataupun tangan semasa makan

Makanan Semasa Sakit

  • Lebih banyak tenaga dan nutrien diperlukan.
  • Tanpa makanan yang mencukupi, tisu badan dan lemak tubuh akan digunakan sebagai sumber tenaga; menyebabkan bayi kehilangan berat badan.
  • Oleh itu, pemberian makanan berkhasiat semasa sakit amat diperlukan bagi membolehkan tubuh bayi melawan penyakit, tanpa menggunakan simpanan nutrien dalam tubuh.
Sumber asal: Facebook

22 April 2012

Bila Faiqah dah bergerak...

Faiqah dah tido, maka blh la update blog jap... kisah Faiqah tomei, yg makin lasak, aktif dan nakal manja... geram je ke dia.. geram sgt.. (geram manja la.. bkn gram marah tau..)

Faiqah dah boleh bergerak ke sana ke mari, merangkak ala2 komando... merentas bukit dan gunung ganang (bantal la tu, sbg penghadang)... segala halangan ditempuh jua..

Bila Faiqah bergerak...
Ummi risau nak "bersiram" lelama

Bila Faiqah bergerak...
Ummi risaukan kuah sup yg baru dihidang (maklumlah xde meje makan)

BIla Faiqah bergerak...
Ummi wajib pastikan suiz seterika tutup..

Bila Faiqah bergerak..
Ummi mesti ada disebelah dia..

Hahaha,, gitulah ragamnya bila Faiqah dah mula bergerak.. serba serbi kna waspada... tak boleh lalai.. Tangan dia cepat je nak mencapai sesuatu... aduh mmg dh pandai pun si tomei Faiqah ni.. pandai nangis pun ea jugak.. 

Lepas ni step dia merangkak plak.. dh start angkt2 bntot tu, lepas ni mmg kena lagi berwaspada.. dan sebab si Faiqah dh gerak, ummi nk beli meja makan kecik, sbb pnah dia buka tudung saji dan celup tangan dia dalam kuah kicap.. siap tepuk2 tu.. aduh... 

Lepas ni apa plak dia nk buat.. haahah.. tunggu dan lihat je lah ummi dan abi.. 
Mood Spoil

Mood Spoil

Huhu... buka FB pagi selepas selesai mengemop lantai.. smbil df Faiqah, mmg aku selalu layan FB.. tetiba cek notification.. byknye,,, tapi de satu notification yg x best.. org tag nama aku kat produk dia.. arghh.. tension2... geram sih.. 


Dah bagi warning dah 3 hari lepas.. rupa2nya dia buat dono je... mmg kena la dia pgi ni.. trus je remove dari friend aku.. tak perlu simpan sbg friend org mcm tu..

Tgk profile pakai tudung labuh.. so, fham2 la lau org tak suka.. nak buat bisnes jgn la smpai org lain maki hamun kat belakang.. tak berkat rezeki tu nanti kang..

Memang terganggu betul mood aku.. sabor je lah.. nasib ada kawan2 lain yg memahami.. layan group2 kt Fb t blh kurangkan mood aku spoil ni.. 

OK, tamat, Faiqah dah tertido plak,, baru nk mandikan dia..  nk smbung wat kerja umah plak.. wassalam..

20 April 2012

Short Cut Pada Keyboard yg jarang kita guna...

Short Cut Pada Keyboard yg jarang kita guna...

Bila da mouse, kita dh tak guna short cut pada keyboard lagi.. sbb lagi cepat.. just guna hujung jari telunjuk je nk tekan apa2 yg kita nak kan... tapi sbnrnya short cut keyboard yg dicipta lagi cepat sbnarnya... short cut ni kbnyakkan kita blh gunakan utk cpatkan bila kita menaip.. jom tgk apa short cut yg jarang kita guna semasa menaip...

Ctrl + A = Select All
Ctrl + R = Aligment Right
Ctrl + L = Aligment Left
Ctrl + E = Aligment Center
Ctrl + N = New document
Ctrl + O = Open new
Ctrl + J = Justify
Home = Utk kembali ke hadapan text
Pg UP = Untuk tgk page yg di atas
Pg Dn = Untuk tgk page yg di bawah
Tab = utk gerak ke kotak yg lain... terutama bila isi borang atau apa2 form..
Ctrl + Alt +Delete = Utk buka task manager.. (bila cmputer hang, blh wat gini)
tekan Start (gmbr window pada keyboard), kmudian tekan huruf U dua kali (tekan dua kali dgn pntas) = utk shut down pc... ni utk window xp je.. lau vista n w7 x pnh try g...
Right click = tekan simbol list yg de kt keyboard (sblh ctrl blh kanan)

yg lain2 mungkin da lgi, t akn dishare akn dtg.. blh juga lau de sape2 nk share blh la comment ok..





Tutorial: Cara delete gambar2 lama dalam blog

salam...

Hari ni saya nak bagi satu tutorial.. mungkin ada org yg dah tahu, tapi xpe lah saya nk kongsi juga ilmu ni.. sbb mungkin ada blogger2 baru yg masih belum xplore hal2 blogger ni kan..

Sebenarnya saya sndiri tak tahu, takde sape ajar pun.. saya yg xplore sendiri, sbbnya salah satu gambar yg x sepatutnya telah diuploadkan kat blog saya,.. mmg saya dah delete entry tu dan gmbr tu saya dh delete, tapi bila saya search kat google image, gambar tu masih ada lagi.. 

Saya mencari idea, macam mana nak buang gambar ni.. Caranya tak susah pun... meh sini saya ajar..

1. Buka google, dan taip "PICASA WEB ALBUM".. kmudian tekan search..
(album ni mmg akan ada bg sape2 yg buat blog, sbb semua gmbar yg diupload dlm blog akan tersimpan di picasa web album... )

2. pastu tekan ni:


3. klik aje gambar mana yg korang nk buang...

4. biasanya dlm masa 24 jam gmbar tu akan dibuang... 
5. Lepas 24 jam cuba korang search kat google image, masih ada ke tak lagi gambar yg korang nak buang tu... 

Selamat mencuba... 

P/S: lau x faham, comment ok.. ~sharing is caring~

Westren Food di Pagi Jumaat.. Apa Kes???

Salam jumaat semua..


Semoga diberkati dan dirahmati Ilahi hendaknya... pepagi ni rasa nk coret je.. smbil2 memasak sarapan.. layan di Faiqah kan.. 

Pagi2 perut keroncong, jadi isterikan, bangun pagi2 pikir dh, nak masak apa la pagi ni, tengah hari kang nk masak apa plak.. mlm nak makan apa.. gtu lah rutin isteri.. yg kerja ke tak kerja ke, sama je pikirnye.. nk masak apa...

Aku tgk da roti gardenia, kentang dan koktel ayam blck papper... ok.. get idea.. mkn western food la pagi ni... roti bakar disapu majerin... koktel dan kentang goreng.. dimkan bertemankan air horlick susu coklat suam... suamiku plak air oligo panas... 

Sedap tu.. nyam2... jom.. makan...

18 April 2012

Lebih 16oz setengah hari... aduh.. parah..

Lebih 16oz setengah hari... aduh.. parah..

salam semua...

Apa khabr di pagi hari Rabu??? harap ceria2kan diri anda di samping insan tersayang dan menjalani hidup hari ni lebih baik dari semalam.. 

Setiap hari ummi bekalkan bubur dan susu perahan setiap hari.. dari usianya 4 bulan ummi bekalkan sebanyak 16oz iaitu setiap botol sebanyak 4oz sebanyak 4 botol... kiranya 4oz x 4 botol = 16oz... banyakkan jika nak dibandingkan dgn badannya yg kecik je tu... Tapi kuat minum... 

Namun sejak akhir2 ni,, permintaan nya semakin bertambah,,, ummi saja2 je tmbhkan dari 4oz sebotol kepada 4.5oz dan kdg2 5oz sebtol.. anggaran botol yg keempat susu fresh dan tak habis la.. lau x habis mmg jimat sbb boleh gna lagi esoknya... tapi sangkaan ummi meleset... kesemua botol habis diminum Faiqah.. ha??? bnyk tu pun dia blh hbiskan.. 

tak pe la.. mgkin dia x kenyang kot masa hntr kat baby sitter kan.. esoknya ummi bekalkan dgn jmlah yg sama byk dgn smlam.. hasilnya, tetap sama, habis licin.. so, mmg betullah, Faiqah dah kuat minum.. stakat ni, ummi masih ada bekalan yg awal bulan 4, tapi dalam 2 minggu blh dihabiskan oleh si Faiqah tu.. 

Ni menunjukkan ummi kena lebih giat mengepam dan mengumpulkan stock... ummi kena lebih rajin dan lebihkan minum air suam... 10oz shja ummi dapat recover balik utk Faiqah setiap hari. iaitu ngepam di sekolah je.. dgn 2 sesi.. tak pe.. ummi tak putus asa sbb mmg tekad ummi nak fully bf Faiqah hingga 2 tahun tanpa cmpur dgn susu formula.. 

Ya Allah berikan aku kekuatan dan lapangkan rezeki utk Faiqah hingga aku dapat berikan sepenuhnya susu ku hingga umurnya 2 tahun... ameen...

17 April 2012

Terima kasih TV9

Terima kasih TV9

salam dan selamat pagi semua...


Terima kasih kat TV9 sbb dah jadi baby sitter kat Faiqah... ha??? kenapa????
Pagi2 aku akan buka TV9 dari jam 8-9pg utk Faiqah.. sbbnya ada rancangan kegemarannya.. jam 8 pg hingga 8.30pg.. ada rncgn Adik dan al-Quran.. memang x berkelip mata dia tgk rancngn tu.. past kul 8.30-9pg plak da rancangan Geng Bahasa Arab... waktu ni, ummi nak mandi ke, nak buat kerja2 rumah, nak siapkan bekal dan EBM utk dia mmg boleh sgt...

Terima ksih kat TV9 sbb terbitkan rncgan ilmiah mcm ni utk kanak2.. dan ku syukur juga sbb Faiqah minat rancangan ilmiah mcm ni.. yg kartun2 tu x minat sgt dia... iklan mmg la dia tgk.. tapi x minat sgt, kecuali iklan yg de musik dan iklan yg byk gerak2... 

Memang mudah kerja ada rncgn tu, ummi x risau sgt nk tgglkn dia g mandi.. ea lah dia dh pndai gerak ke sana ke mari.. mmg risau sgt nk tgglkn dia, takut di tarik wayar2 TV, takut g ke dapur ke... tapi dgn ada nye rncngn tu, mmg dia  ke mana, ngadp tv tu smpai tamat rncgn kegemaran dia tu...

So, mmg mudahkan kerja ummi la sbnrnya,,, ummi x risau lagi... sbb ada "pengasuh" utk Faiqah setiap hari.. cuma hari JUmaat je la.. xde rncgn menarik sgt... mmg susah gak nk tarik perhatian dia.. tapi.. bg mainan je la.. baru ummi buat kerja.. 

Itulah cabran bila Faiqah dah gerak sana sini.. ummi pun dh macam tarzan.. terpekik je cari dia.. kejap2 ke bilik la, selongkar sana sini.. hmmm.. tapi xpe la, dia x slerakkan brg.. cuma suka xplore..

OKlah next time kita citer lagi hal si Faiqah ni... see u... wassalam... ~~~:)

15 April 2012

Faiqah anak bapak

salam pagi..


ingat kan dah tengah hari... sbb dh panas terik.. belum tgh hari.. sebelum nk g memask, coret2 la dulu jap... smentara si Faiqah ikut abi dia cuci kereta kat car wash...

memang anak bapa betul si faiqah.. anak pmpuankan, byk ikut bapa.. org tua2 kata, lau anak pmpuan ikut bapa sejuk, lau ikut mak panas, mcm tu gak lau anak lelaki, lau ikut mak sejuk, lau ikut bapa panas... entah lah apa yg sejuk panasnya... aku pun x faham... hahaha

Faiqah dari kecik mmg ikut suamiku... dari segi wajah, memang muka copy paste tak pun muka fotostat... kak ipar aku siap cakap, Firdzaus junior... mmg muka bapa.. muka aku xde lagsung.. faiqah ikut kulit aku je..cerah, tapi tak putih... cerah sikit dari abi dan gelap sikit dari ummi... kira cmpur la kan.. adil lah tu..

bila besar, mak mentua aku cakap Faiqah ikut gak abi dia, kaki dan tangan yg kuat berpeluh... haha mmg ank bapa kan.. dah tu, Faiqah mudah sgt snyum dgn abi berbanding ummi.. abi x buat lawak pun dia senyum dan gelak, lau ummi kena agah dulu la baru dia gelak... 

Faiqah nak kat ummi bila lapar dan ngantuk.. yg abi mmg xleh pujuk.. hehe.. tapi abi pakar gak bab nk tido Faiqah.. atas riba abi yg empuk, faiqah lena tido tanpa perlukan susu lagi.. hahaha.. mmg selamat la umi.. 

nanti tgk lagi, apa persamaan faiqah dgn abi... agak2 ada tak yg nak ikut ummi plak... 

Gotong Royong Rumah Tangga

Penat semalam membawa ke hari ni.. bukan pe, smalam bercuti, tapi melakukan aktiviti gotong royong perdana di rumah sndiri... 

Bgun pagi, buat2 sarapan dan suamiku plak buat design kat netbook kecik dan aku kemas2 dapur... gotong royong yg x dirancang ni, scara spontan... elok je si en.somi sudah mendesignkn laptop kecik tu, dia kemas la bhgian ruang tamu.. aku plak bahagian dapur..
Design pada net book
budak kena dera akibat "tolong" ummi dan abi kemas rumah...:)

Memang x berkemas sbulm ni.. ala kadar je.. kemas asal x sepah je.. kali ni kemas betul2, segala habuk2 di sapu bersih... smpaikan dapur gas umahku berkilat balik... 

Faiqah siap tolong umi mop lantai... smpai baju cntik yg dipakaikan dh jadi kain lap lantai... adoyai ankku... dia lagilah sibuk nak nolong... harap dah besor t pun rajin la nolong ea... 

Lepas gtong royong, aku masak, laps makan siap2 keluar jalan2 la setela pnt gotong royong... 

14 April 2012

Siapa yg ke-150???

Siapa yg ke-150???

salam semua...


Hari ni masuk setahun lebih blog ni terpapr dgn pelbagai ragam dan corak serta warna yg berubah... dan kini x berubah lagi konsepnya insya-Allah.. tak tahu lah akan datang... 

Sekraang blog aku dah de 149 pengikut setiap.. sangat2 berterima kasih bagi yg sudi mengikuti kisah aku, coretanku dan bebelan kau di blog ni... 

Siapa yg akan jadi follower yg ke 150??? kita tunggu dan lihat... siapakah yg bertuah tu ea... 
Sabtu Ahad yg hampir hilang

Sabtu Ahad yg hampir hilang

salam semua... selamat pagi dan selamat berhujung minggu... bagi yg kerja selamat berkerja...

Aku rasakan indahnya hujung minggu kali ni... nikmat hujung minggu yg hmpir hilang. bukan ape. blh dikatakan setiap hujung minggu hari sabtu aku berkerja... dan kalau aku tak kerja, suamiku plak yg kerja.. mcm xbest kan.. memang x best pun...

minggu ni, sabtu ahad kembali.. aku dan suami x kerja. pastinya dapat main dgn si permata hati kami Faiqah dgn sepuas-puas hati.. biasalah lau kerja, mmg x smpt nak main2 dgn dia.. 

Sabtu Ahad dinantikan utk jalankan aktivti keluarga bersama.. hujung minggu ni x pasti apa aktiviti yg nk dibuat... tak dirancang lagi.. cuma ingat nk g jalan2 kat One Baby World..cuci mata.. dan mungkin jalan2 kat tasik...

Hujung minggu juga aku nantikan sbbnya boleh masak utk Faiqah.. lau hari kerja, mask juga tapi buat puree je, x smpt nk buat bubur.... tapi hari ni dah rncang nk masak bubur kat Faiqah... dan msak special buat suami tercinta.. sbb tu sabtu ahad mmg dinantikan... 

Bestkan sabtu ahad, lau xde pape kami just lepaks2 je kat umah... x jalan2 golek2 depan tv bersama Faiqah.. layan dia main... sukanya... 

Oklah nk mulakan aktibiti kerje umah hari ni,,, see u later... ~

13 April 2012

Dia dah pandai apa???

salam semua...

Main cermin di kedai kasut.. suke bkn main lagi... :)

KIsah si comel Faiqah Mu'affah. dah masuk 7 bulan lebih dah si tomei ni... dia dah pndai apa ea...
haha..

=> dia dah pandai makan, 
=> pandai main sndiri,
=> pandai nangis kuat2, 
=> dan dah pandai nak berkepit je ngn ummi atau abi.. tak boleh ummi dan abi hilang dari matanya, nanti mula lah melalak cari.. mula2 suara simpati saje, tapi2 lama2 dgr suara tangis.. kadang2 ketawa lihat keletah si tomei ni...

kebolehan dia lagi yg boleh cuitkan hati, mudah senyum dan ketawa... dan sangat2 peramah, pakcik jual ikan kat pasar pun dia tegur, abg yg keje kat Econsave pun dia tegur.. aahhhh... ramah bebenor anakku sorang ni... 

Bagus peramah, tapi lau bsar pun gini, bahya pun ada gak.. tapi, mgkin x kot, kecik2 je ni.. besor2 pendiam agaknye... 

oklah.. jumpe lagi kisah akan datang... penat lak jari ni nk gerak.. 
see u later~..


Kenapa Aku Jadi Blogger???

Kenapa Aku Jadi Blogger???

Salam Jumaat...

Taip laju2 sbb nak g keje... hahaha.. smpat lagi tu... saje je., entry kisah hidup aku sbg blogger...
Aku bergelar blogger masa umur aku 22 tahun masa tu masih study di Universiti.. baru knal hal2 internet... dan ada subjek multimedia dan programming yg aku belajr kt u dulu, menyebabkan aku mula minat hal2 yg ada kaitan dgn komputer dan teknolgi maklumat ni...

Masa tu, biasa2 je.. coret2 biasa.. hal diri sndiri tu pun jarang update... blog mula2 aku buat, aku dh delete dh pun sbb mmg buruk je entry2 tu... bila mula khwin, aku dapat sokongan utk berblog dari suami.. utk kongsi hal2 kami bersama, terutama hal2 anak kami... sbb tu apa yg ada kt blog ni, adalah hasil idea suamiku juga.. cuma aku lah yg selalu update..tempalate dulu, byk download je, nmun skrg aku bljr dan terus belajr... dan aku guna tmplate yg ada, dan diubah suai codingnya je... sbb yg didownload aku x puas hati sbb org yg buatkn.. so, aku buat sndiri je... 

Kenapa aku jadi blogger, yg pertama, sekadar nk kongsi kisah ceriaku, kisah sedih aku mmg x suka kongsi sbb aku kongsi dgn suami dan Allah tmptku mengadu.. ku suka coretkan kisah2 suka2ku dan suami je.. nk sedih2 hnya Allah yg tahu... jarang lah aku coretkan kisah sedih.. 

Kenapa aku jadi blogger, sbb nk cari kawn2 yg sama minat dgn aku... skrg dh ramai follower.. Alhamdulillah... diorg follow aku, aku follow balik .. kira kunjungan balas la.. ibarat, org dtg umh kita melawat umh kita, kita kunjung la balik kn... tapi aku akn buat dari semasa ke semasa... 

Kenapa aku jadi blogger, sbb nak kongsi ilmu dan apa sahaja info yg bermanfaat yg aku ada, aku dapat.. sbb tu ada pages info kat blog aku... segala ilmu dan petua aku kongsikan... sbb aku rasa suka dan puas bila dapat kongsikan ilmu yg aku ada dgn org lain...

Kenapa aku jadi blogger, sbb nk hilangkan rasa boring juga kot... bila bosan sgt, mencoret je la...

Jika anda rasa blog saya ni bermanfaat, klik aje sbg follower...dan blh ikuti perkmbagan saya akan datang... dan sharelah entry2 di dalam serta manfaatkanlah ilmu dan info yg ada.. ilmu dan info, ada dari internet dan ada dari pmbacaan dan pengalaman saya sndiri... 

Oklah, ni je lah perkongsian entry kali ni... wassalam..



11 April 2012

Tsunami Melanda Malaysia...???

Tsunami Melanda Malaysia...???

Salam dan selamat ptg..


‎[TERKINI] Gempa dengan kekuatan 8.8 skala Richter kembali menggongcang Pulau Sumatera. Badan Meteorologi, Klimatologi, dan Geofisika (BMKG) menyebut, ia terjadi pukul 17.43 Waktu Indonesia Barat.

Gempa terjadi di Bengkulu, Lampung, Nangroe Aceh Darussalam, Sumatera Barat, dan Sumatera Utara. Kedalaman 10 kilometer. Masyarakat diminta meninggalkan daerah pantai. Menuju ke tempat lebih tinggi.Gempa yang terjadi sebelum ini adalah lebih rendah iaitu 8.5 SR. 

Gempa juga menyebabkan bekalan elektrik terputus. Siren berbunyi, dan suara azan bergema di mana-mana.

Sumber: Harian Metro
********************************************************************************
ni artikel yg aku cpy n paste dr fb je... blh baca selnjutnye di metro atau bh on9...

rasa gerun mnguasai diri... bila ni terjadi.. ku trut merasakn... tggl kt umh berdua dgn faiqah krana hubby ku kerja... sedih juga jika ajal dtg mnjmput tnp smpt jumpa yg tersyg.. nmun, ku mohon perlindungn dr Allah krna Dia yg Maha Berkuasa sgalanya..

tika ni, rasa kematian itu smkin hampir.. kiamat itu dekat je rasa.. rasa tkut dan gerun.. namun, moga Allah bagi kesemptn utk kita bertaubat... namun janji Allah itu pasti .. dan Allah berkehendak ats sgala sst... 

Ya Allah lindungilah suamiku, anakku, ibu bapaku, keluargaku, adik beradikku serta seluruh muslimin dan muslimat dimana mereka berada dr bala dan bahaya... moga Allah makbulkn doa kita.. ni lah peringatan bg org2 yg berfikir... 
Untuk Suami Isteri (Renungan Bersama)

Untuk Suami Isteri (Renungan Bersama)

Kata2 hikmah ni, selalu ku ulang bersama, ku tampalkan pada almari pakaian di bilik.. utk sentiasa ingat-mengingati.. Indah dan bahagianya  hidup jika kita ikhlas memberi dan menyayangi... kerana Ilahi... Inilah renungan bersama... Mari kita renung-renungkan...

Buat para SUAMI,
renungkanlah...
Isteri yang kamu nikahi tidaklah semulia Khadijah,
tidaklah pula setaqwa Aisyah,
pun tidak setabah Fatimah...

Justeru,
isterimu hanyalah wanita akhir zaman,
yang punya cita-cita menjadi solehah...
Pernikahan atau perkawinan mengajarkan kita kewajiban bersama,
isteri menjadi tanah, kamu langit penaungnya
isteri ladang tanaman, kamu pemagarnya,
isteri kiasan ternakan, kamu gembalanya,
isteri adalah murid, kamu mursyidnya,
isteri bagaikan anak kecil, kamu tempat bermanjanya,
saat isteri menjadi madu, kamu teguklah sepuasnya,
seketika isteri menjadi racun, kamulah penawar bisanya,
seandainya isteri tulang yang bengkok,
berhati-hatilah meluruskannya...

Pernikahan atau perkawinan menginsafkan kita perlunya iman dan taqwa,
untuk belajar meniti sabar dan ridha kepada Allah SWT.
Kamu bukanlah Rasulullah SAW,
pun bukanlah Sayyidina Ali Karamallahhuwajhah,
kamu hanyalah suami akhir zaman yang berusaha menjadi soleh.

Buat para ISTERI,
renungkanlah...
pernikahan atau perkawinan membuka tabir rahasia,
suami yang menikahi kamu tidaklah semulia Muhammad SAW,
tidak pula setaqwa Ibrahim,
pun tidak setabah Ayyub atau pun segagah Musa,
apalagi setampan Yusuf.

Justru suamimu hanyalah lelaki akhir zaman
yang punya cita-cita membangun keturunan yang soleh...
Pernikahan atau perkawinan mengajar kita kewajiban bersama.
Suami menjadi pelindung, kamu penghuninya,
suami adalah nahkoda kapal, kamu pengemudinya,
suami bagaikan pelakon yang nakal, kamu adalah penonton kenakalannya,
saat suami menjadi raja, kamu nikmati anggur singgasananya,
seketika suami menjadi bisa, kamulah penawar obatnya,
seandainya suami bengis lagi lancang, sabarlah memperingatkannya...

Pernikahan ataupun perkawinan mengajarkan kita perlunya iman dan taqwa,
untuk belajar meniti sabar dan ridha Allah SWT...
Kamu bukanlah Khadijah,
yang begitu sempurna di dalam menjaga,
pun bukanlah Hajar,
yang begitu setia dalam sengsara,
kamu hanyalah wanita akhir zaman yang berusaha menjadi solehah.

Kerana itu,
wahai para suami dan isteri,
jangan menuntut terlalu tinggi,
seandainya diri sendiri jelas tidak berupaya...
Mengapa mendambakan isteri sehebat Khadijah,
andai diri tidak semulia Rasulullah?
Mengapa mengharapkan suami setampan Yusuf,
seandainya kasih tak setulus Zulaikha?
Tidak perlu mencari isteri secantik Balqis,
andai diri tidak sehebat Sulaiman,
dan,

Tidak perlu mencari suami seteguh Ibrahim,
andai diri tidak sekuat Hajar dan Sarah.
Yaa Latief.... wahai Yang Maha Lemah Lembut..
berlemah lembutlah kepada kami....
amin.
ADA APA DENGAN CINTA??????

ADA APA DENGAN CINTA??????

Cinta syahdu fitrah manusia,
Cinta pertama kepada Yang Maha Esa,
Tanpanya bisa merobek jadi sengsara,
Itulah tiang seri keindahan sebuah cinta.

Cinta sejati kekadang hanya sementara,
Walaupun janjinya sehidup semati bersama,
Cinta sejati dari mata turun ke hati,
Kehidupan susah dan senang tetap dihayati.

Adakalanya cinta membawa derita,
Ada juga yang membawa sinar bahagia,
Cinta boleh berubah bila-bila masa,
Ketika itu dua insan menjadi sengsara.

Cinta dalam hati boleh jadi gerhana,
Pabila terlerai kasih yang pernah dibisikkan,
Cinta suatu anugerah Allah Yang Maha Kuasa,
Tidak terungkap untuk mentafsirkannnya.

Cinta kudus mewarna kehidupan,
Cinta di bibir hanya melamun rasa,
Cinta kepada Islam akan berterusan,
Cinta sejati sanggup berjuang apa sahaja.

Ada insan cintanya pada harta benda,
Ada insan cintanya melepaskan nafsunya,
Ada insan cintanya membabi buta,
Ada insan memburu cinta di mana sahaja.

Karya asal: Hambali Aabdul Razak-Majalah NUR: Feb. ‘04
Cabaran Ibu & Isteri Bekerjaya

Cabaran Ibu & Isteri Bekerjaya

Salam semua reader n blogger...

Wanita, insan yang paling Allah sayang.... Allah jadikan wanita ni perhiasan yang cantik di dunia, dan perhiasan yg terindah seindah bidadari di syurga, tetapi wanita juga adalah makhluk teramai penghuni neraka... itulah wanita, yang baik ramai, yang jahat pun ramai... Allah dan Islam amat menitit beratkan martabat wanita bukan sperti zaman Jahilliyah dulu, bayi perempuan ditanam idup2, wanita dijandikan hamba dan gundik.. tapi islam x begitu...

Sekarang, ramainya wanita setanding lelaki, wanita juga mncari rezeki, wanita bujang tiada masalah, mencari rezeki utk diri sndiri dan untuk ibu ayah, tetapi wanita yang memegang title ISTERI juga bekerja demi menampung keluarga dan membantu suami.. namun hebatnya dugaan wanita yang bekerja.. wanita x pernah diam dan berenggang dengan kerja rumah tetapi yang bekerja, kerja rumah tetap dikelek, dan kerjaya tetap digalas...  

Seawal pagi sediakan hal2 si suami, dan mulakan kerjaya hingga ke malam.. sunyi sepi org tido, si isteri belum tentu tido... banyak kerja yang harus diselesaikan, basuh kain, lipat kain, jemur kain, memasak, membasuh pinggan, mengemaas dapur, mengemas rumah, melayan suami dan hanya sedetik tlang belakangnya dibetulkan... Isteri yang bekerjaya, x pernah lekang dengan tugas dirumah dan tempat kerja... Cabaran, dan halangan seberat mana pun kepenatan, dihadiahkan senyuman untuk si suami... Demi membantu suami, tulang 4 kerat dikorbankan... 

Wahai para isteri, setinggi mana pun kamu bekerja, ingatlah, dirumah si suami tetap Raja, wajib dihormati dan ditaati...
Wahai para suami, hargailah penat lelah istri mu, kerana tulang 4 keratnya dikorbankan untuk membantumu...
Oleh itu, para suami dan isteri, bekerjasama lah dan hargai pengorbanan pasanganmu, walaupun sebesar zarah sekalipun kerana itulah titik kebahagiaan hidupmu...

Puree Carrot

Salam tengahhari..



hari cuti hari ni.. aku berkesemptn msk buat faiqah.. mmg dah rncg dr semlm nk msk utk dia... smlm msak kentang utk bekl faiqah.. hari ni carrot plk... 

Cara yg mudah nk buat puree ni...
Potong carrot.. potong dadu utk mudahkan dia cepat empuk... masukkan air bg tenggelam je carrot tu.. kemudian rebus hingga empuk... cara nk tahu empuk ke tak, cuba ccuk dgn sudu... lau tekan dah lmbut tu, kira dh empuk la tu... 

Bila dah masak, biarkan dulu carrot yg direbus tu sejuk.. kemudian dh sejuk, kisar guna kisar pengering.. kisar hingga halus.. dah kisar, sedia utk dihidangkan. Faiqah suka jika dicampurkan dgn susu.. pastinya susu ibu.. mmg habis licin la.. 

Petang nnt, cdgnya nk buat puree buah lai pulak... 
 ok.. next entry, nnt aku update lagi ea.. pen off here~ wassalam...

09 April 2012

Kebaikan susu ibu

Kebaikan susu ibu

Susu ibu bukan sahaja menyediakan kesemua zat protein, gula, lemak dan vitamin yang diperlukan bayi untuk menjadikannya sihat tetapi faedah-faedah lain yang tidak terdapat dalam susu formula.

Ia membantu melindungi bayi daripada serangan sesetengah penyakit dan jangkitan. Disebabkan bahan-bahan perlindungan yang terdapat di dalam susu ibu inilah, anak-anak susuan ibu jarang diserang penyakit serta menghadapi masalah ini.

Antaranya, jangkitan dalam telinga, alahan, muntah, cirit-birit, radang paru-paru, bunyi ronkus, bronkitis dan meningitis.

Lain-lain kebaikan susu ibu, mudah dihadam bayi, tidak perlu disediakan malah boleh diberi pada bila-bila masa saja, tidak memerlukan perbelanjaan serta bagus untuk alam sekitar kerana tidak menggunakan botol, tin dan kotak.

Melindungi ibu & anak

Sementara itu, Dr. Syed Zulkifli pula menambah, apa yang menarik mengenai penyusuan ibu juga ialah sentuhan fizikal ibu dan anak yang mampu mengeratkan kasih sayang.
Beliau menambah, ia melindungi ibu dan penting untuk kesihatan ibu, menjarakkan kehamilan dan tiada kos bagi susu ibu.

Proses penyusuan ini juga mampu membakar banyak kalori dan membantu mengembalikan semula berat badan dengan lebih cepat, mengurangkan risiko mendapat kanser ovari dan membina kekuatan tulang.
Bagaimanapun menyusukan bayi sahaja tidak semestinya bermakna menghalang kehamilan. Selain itu, ia juga membantu rahim mengecut dan kembali kepada saiz asalnya dengan lebih cepat.

Menurut Dr. Zulkifli lagi, penyusuan susu ibu juga melindungi bayi daripada penyakit kronik seperti penyakit alahan dan asma.

Beliau berkata dengan penyusuan ibu ini, bererti wanita telah berjaya mengurangkan kos dalam perbelanjaan rumah tangga kerana tidak memerlukan modal.

Jelas Dr. Syed Zulkifli, ibu-ibu boleh meninggalkan susu sendiri di dalam botol-botol dan disimpan di dalam peti sejuk di bahagian bawah atau dingin beku bergantung kepada masa ia diperlukan.

Susu ini boleh digunakan oleh anak walaupun ibu berada di tempat kerja. Susu juga boleh dicairkan perlahan dalam bekas air suam. Dapatkan nasihat pakar atau kaunselor mengenainya.

‘‘Perlu diingat, susu ibu tidak boleh dicairkan dengan dididih atau direndam dengan air panas, kerana ia akan menghilangkan zat-zat yang tertentu,’’ jelas Dr. Syed Zulkifli lagi.

Susu ibu juga tidak boleh dicairkan di dalam ketuhar gelombang mikro atau di atas dapur kerana ia boleh menjejaskan khasiat susu dan kepanasannya pula mencederakan bayi.

Semua wanita boleh menyusukan bayi mereka dan pastikan 1 jam pertama dan seterusnya itu tidak dipersiakan begitu sahaja sahaja kerana khasiat susu awal itu atau kolostrum.

Beliau juga berharap pihak majikan menyediakan ruang atau tempat ‘mesra wanita’ bagi ibu-ibu memerah susu dan menyimpan di peti sejuk sebelum pulang ke rumah.

‘‘Ini juga membuat pekerja wanita berasa selesa dan tenang dalam menjalankan tanggungjawabnya di pejabat,’’ kata Dr. Syed Zulkifli lagi.

Kepada wanita di luar sana, beliau menasihatkan mereka agar mengamalkan gaya hidup sihat, makan makanan yang berkhasiat, elak minuman berkafein dan alkohol serta tidak merokok.

Polisi penyusuan susu ibu Malaysia
Semua ibu digalakkan menyusui anaknya dengan susu ibu sahaja dari lahir sehingga berumur enam bulan dan meneruskannya sehingga mencapai umur dua tahun. Makanan pelengkap perlu dimulakan semasa anak berumur enam bulan.

Sumber: Arkib Utusan Malaysia
Penyusuan Susu Ibu: 1 Jam Pertama, Menyelamatkan 1 Juta Bayi

Penyusuan Susu Ibu: 1 Jam Pertama, Menyelamatkan 1 Juta Bayi

Kepentingan 1 jam pertama

* Kolostrum mengandungi kesemua nutrien termasuk IgA yang diperlukan bayi (bayi memerlukan khasiat kolostrum walaupun dalam jumlah yang sedikit di saat kelahirannya) serta bertindak sebagai imunisasi pertama bayi.

* Membantu menghasilkan susu yang secukupnya kepada bayi bagi keperluan penyusuan yang seterusnya.

* Tindakan refleks semasa proses penghisapan (yang amat kuat dalam tempoh satu jam pertama selepas kelahiran) membantu bayi melekap ke payudara dengan sempurna.

* Menghalang ibu daripada mengalami pendarahan selepas bersalin.

* Sentuhan kulit ibu dan bayi semasa proses penyusuan ibu membantu mengekalkan suhu badan bayi terutama yang lahir pramatang dan kurang berat lahir.

Dr. Jamiyah memetik kata-kata yang dibentangkan oleh Prof Madya Syed Zulkifli, ‘‘Janganlah hari ini kita menangguh hasrat menyusukan bayi. Biarpun banyak perkara boleh ditangguhkan tetapi tidak untuk anak-anak kerana pada masa inilah tulangnya terbentuk, darahnya terhasil dan derianya merasa.’’


Sumber: Utusan Malaysia
“Membudayakan Pemakanan Al Quran dan Sunnah Nabi Muhammad SAW”

“Membudayakan Pemakanan Al Quran dan Sunnah Nabi Muhammad SAW”

Amalan yang baik diamalkan :

1. Menjaga silaturrahim
2. Sedekah walaupun sedikit yg penting ikhlas – istiqamah
3. Baca Al-Quran selalu
4. Doa – di penuhi dengan selawat ke atas nabi
5. Puasa – 2 kali seminggu puasa sunat etc Isnin & Khamis

Semua amalan di atas jika di amalkan secara istiqamah boleh mendapat keberkatan hidup juga dipanjangkan umur.

Bagi yang pregnant, amalkan makan kurma 7 biji setiap hari, pastikan takde pengawet setakat yang telah diperiksa (Prof Diraja Ungku Aziz) kurma nabi ajwa & kurma maryami… selain dari tu jika dapatkan pastikan takde pengawet boleh jer makan….

Bagi yang hendak dekat saat melahirkan makanlah 7 biji kurma rotab sahaja (tujuan nak banyakkan susu nanti ) sebelum tempoh bersalin….

Bila sudah melahirkan sebelum baby diberi susu ibu tahnidkan atau pecah mulut dulu di mulut baby kurma @ madu asli….. selepas dibersihkan sekiranya ada air zamzam boleh di mandikan dengan air zamzam…
Jika bayi yang lahir lelaki walaupun sudah diberi nama contohnyer Adam ker Daniel ker 7 hari pertama panggil dengan nama MUHAMMAD. Begitu juga dengan bayi perempuan 7 hari pertama panggil dengan nama FATIMAH.

Amalan permakanan yang baik & elok diamalkan…..

1. Gunakan garam bukit kerana kurang sodium – cth produk garam bukit Halalgel. Garam laut mengandungi banyak sodium yang boleh menyebabkan kerosakan buah pinggang & darah tinggi. Ujian ke atas garam laut : sedikit garam laut + air panas = akan ada lapisan minyak yang terapung.

2. Buah Tin – bagus untuk mengurang pesakit yang menghadapi kencing manis kerana mengandungi fiber/serat yang tinggi.

3. Labu merah bagus untuk kesihatan kerana mengandungi anti oksiden berbanding labu kuning kerana menyebabkan angin.

4. Resipi sarapan yang bagus : campurkan labu merah + kurma + buah tin + madu + minyak zaiton + susu kambing + delima= dimasak untuk dijadikan sup / pengat / bubur. Tak bubuh semua pun takpe leh tukar2 la depends pada bahan.

5. Ikan & susu merupakan lemak yang baik akan tetapi kite tak boleh makan ikan serentak dengan susu boleh jadi asid. Jika makan ikan 2 @ 3 jam selepas itu baru boleh minum susu.

6. Sotong, kerang, siput, udang kurang elok kerana mengandungi kolesterol yang tinggi.

7. Ikan yang tidak bersisik seperti ikan keli mempunyai kandungan merkuri yang tinggi yang boleh menyebabkan anak down sindrom.

8. Soya bean telah dinobatkan tidak elok untuk kesihatan oleh Kementerian Kesihatan Israel kerana boleh menyebabkan kanser. Kajian telah dijalankan seorang lelaki minum air soya secawan sehari dalam masa 3 bulan telah didapati kandungan sperma rosak sebanyak 50%. Selain itu, kesan jangka panjang sekiranya meminum soya boleh menyebabkan kecelaruan hormon. Contohnyer : lelaki ingin menjadi wanita & sebaliknyer. Produk soya seperti kicap, tauhu, minyak tidak bagus untuk kesihatan, akan tetapi tempe elok di makan.

9. Susu yang terbaik selepas susu ibu adalah susu kambing

10. Daging yang terbaik adalah daging kambing.

11. Minyak zaiton (boleh tengok dalam surah An-Nur ayat 35) kebaikan sangat banyak antaranya boleh mengelakkan sakit jantung,semua jenis barah/kanser, kencing manis, darah tinggi, elak @ hilangkan sirih dengan amalkan dengan makan 1 sudu pagi & 1 sudu malam setiap hari. Bagi wanita yang mengalami keputihan/fibroid boleh menggunakan tampon yang telah disapu dengan minyak zaiton dimasukkan ke dalam vagina. Amalkan selama 3 hari insya-allah masalah tersebut dapat di atasi. Bagi pasangan yang telah berumahtangga, ambil dalam 2 sudu minyak zaiton, semasa ingin bersama sapukan minyak zaiton pada lelaki semasa bersama boleh mengelakkan kanser payudara & pangkal Rahim. Selain itu, minyak zaiton boleh disapukan pada luka & digunakan sebagai minyak urut. Untuk mendapat raut wajah yang cantik campurkan 3 sudu minyak zaiton + 3 sudu minyak habattus sauda sambil membaca selawat, simpan semalam, lepas tu boleh digunakan sebagai masker pada wajah, hasilnyer insya-allah wajah akan cantik.

12. Minyak zaiton merupakan minyak paling baik, boleh digunakan sebanyak 5 kali jika digunakan untuk menggoreng. Simpan dalam bekas kaca. Kedua terbaik ialah minyak kelapa kampung. Kesan menggunakan minyak kelapa boleh menurunkan kadar darah tinggi & sakit jantung. Ketiga terbaik minyak bunga matahari tapi semasa beli pastikan tengok label & pastikan 100% minyak bunga matahari sebab ada yang campur 30% minyak bunga matahari + 70% minyak sayuran di mana terdiri dari minyak kacang soya @ minyak kacang tanah… so be carefull.

13. Cili boh juga tak elok kerana mengadungi 60% bahan pengawet.

14. 7 biji kurma sehari + 2 sudu madu (1 sudu pagi & 1 sudu malam) boleh menggantikan segala multivitamin yang kita amik.. kesan multivitamin boleh menyebabkan pelbagai jenis penyakit & memendekkan umur so mari kite tukar & amalkan apa yang elok.

15. Buah kurma dari US agak besar sebab mengandungi GM (Gen Modified ).

16. Minyak jagung juga kurang sebab mengandugi GM (Gen Modified ).

17. Panau boleh disebabkan cicak. Haaaaaaaa… sila pastikan bekas menyimpan garam ditutup dengan rapat jika tidak cicak akan mandi dalam garam…. Cicak sangat suka mandi dalam garam. Jaga2 yer…

18. Jika mengalami tonsil @ tirod – elakkan terus makanan berunsurkan soya.

19. Mendapatkan penglihatan yang terang, colekkan cotton bud dalam minyak zaiton & sapukan pada bawah mata seperti kite memakai celak mata. Boleh bersihkan telinga dengan minyak zaiton jugak.

20. Seeloknyer makan buah-buahan yang segar. Jika susah hati makan buah anggur. Makan buah delima jika terdengar suara halus. Leukemia makanlah buah zaiton. ** jika makan buah delima pastikan jangan buang walau seulas, boleh dikongsi, kulit buah delima mengandungi khasiat, kulitnyer dikeringkan, direbus & diminum.

21. Air Mustofa yang mengandungi zafran @ saffron boleh menjadikan daya ingatan kite luar biasa.

22. Minyak kelapa sawit kurang elok kerana mengandungi solvan yang digunakan untuk mencairkan minyak kelapa sawit yang beku seperti apa yang kite lihat seperti yang dijual. Solvan boleh menyebabkan jantung kite rosak.

23. Gamat @ mentimun laut tidak bagus kerana mengandungi merkuri yang tinggi. Baik makan atau digunakan untuk sapu cth minyak gamat sama sekali tidak elok. Sekiranya luka boleh menggunakan madu @ minyak zaitun, sapukan pada luka tersebut.

Info ni sya dapat dari internet.. tapi tak sure dari mana sbb saya buat sbg koleksi info saya, tapi ada baiknya saya kongsikan bersama.. moga ianya memberi manfaat buat semua..

Sumber: Internet

08 April 2012

Ad Hock to Genting

Ad Hock to Genting

Salam... 


Taip dgn laju2 sbb mmg mlas nk taip slow.. hahaha..
Malam baru smpat update blog sbb siangnye kerjanye jalan2, makan2 dan enjoy dan release tension je... jam 5 ptg baru smpa umah dgn selamatnya... Alhamdulillah..

Cuti hujung minggu kali ni, mmg x dirancang pun.. dijalankan secra ad hock... x de planning nak g satu tmpat yg menarik... ianya terjadi scra tiba2.. huwaaa.. misterious sungguh kan... 

hari sabtu, aku de LDP kt Kem Sg. Besi... (spt yg aku ceritakan pada entry sblumnya).. habis je jam 12 tgh hari, teman si en.suamiku pergi pasang sticker lining yg ditempah pelanggan kat cheras... habis dalam jam 5ptg.. pastu, hubby cakap, jom g genting.. jalan2, Faiqah tak pernah lagi ke sana.. so, memikirkan Faiqah asyik ditinggalkan dan jarang bersama kami ketika hari kerja, so, ni lah masa nk bersama Faiqah... 

So, balik rumah dulu, kemas2 ala kadar amik barang, baju bagai.. dan lepas maghrib terus gerak.. singgah di Shell jalan menghala Highway karak... lepas makan, mulalah perjalanan ke Genting... kerjaku snap gambar, faiqah plak tido aje... dalam setengah jam je, smpai di puncak genting... lepas amik angin di puncak, badan dah penat, mulakan misi mencari tempat nk beradu... mula search di internet, last cari kat First World Hotel... g tanya, semua hotel penuh...sbb dh dibooking kerana Anugerah Bintang Popular Berita Harian... 

Aduh, jom lah trun, kita g budjet hotel je.. kat kaki bukit tinggi genting... masa tu jam dh 11 mlm lebih.. g tanya, Full juga... Jom lah kita g pekan bentong... memusing2 mencari... semua hotel2 murah tu pun full juga.. aduh, teruk betul.. last2 ternmpak satu hotel dkat dgn Taman perumahan sblum smpai ke pekan bentong lagi.. g tanya ada la hotel murah kat situ... Alhamdulillah de kosong.. so, bermlmlah kami kat situ.. dgn murah, tapi ok lah utk lelapkan mata...

Setelah penat seharian, esoknya jam 11pg kami check-out.. Cari sarapan, dan teruskan shopping2 di pekan bentong... tapi sedikit terkilan sbb barang yg dicari tak jumpe, dan barang yg aku berkenan tak dapat.. uhhh... sdih sgt, tapi redha, mmg bukan rezekiku... Jam 4ptg, lepas mkn, terus gerak pulang... 

Memang enjoy dan relax sbb bbs dr kesibukan kota... ok lah pnt dh menaip... 
see u again in next entry... wassalam~
p/s: next time baru uploas pic, internet slow.. hope u all enjoy...
PPDK: Menginsafi dan Mensyukuri

PPDK: Menginsafi dan Mensyukuri

Salam dan selamat pagi semua blogger dan pembaca... Saya bersiaran dari Bentong, Pahang... Sebuah hotel di sini... knapa berada di sini,,, nntkan entry seterusnya, sy akn ceritakan kenapa berada di sini...

Semalam, hari sabtu sekolah ku menganjurkan LDP, iaitu Latihan Dalam Perkhidmtan yg wajib diadakan bg semua guru2... LDP kali ni di luar kwsan sekolah, bukan ceramah tapi lebih kepada aktiviti masyarakat. Untuk mewujudkan guru penyayang, Pengerusi kelab guru di sekolah saya megajak, rakan mengadakan aktiviti melawat Pusat Perkhidmatan Dalam KOmuniti.. (PPDK) di Kem Sg. Besi.

Saya pergi dgn suamin saya.. dia hntar... yg lain2 naik bas dari sekolah... lebih kurg jam 9 lebih sy smpai, terlmbt sdikit dr kawan2 yg lain... Sebaik smpai dgn dulu taklimat dr pengetua PPDK... Lepas dgr taklimat baru kami bersama dgn anak2 istimewa di situ... Rasa nak menangis tapi tahan je.. Yang pertama nak menangis sbb kasihan melihat kesusahan yg ditanggung oleh anak2 tersebut dan ibu2 serta petugas yg di amanahkan utk menjaga mereka.. yang kedua sedih kesyukuran, kerana Allah kurniakan kita kesempurnaan akal dan seluruh anggota badan utk beribadah kepada Allah... dan saya bersyukur Allah kurniakan zuriat yg smpurna segalanya...

Lepas beramah mesra, sarapan dan lepas tu buat aktiviti yg dirancangkan, seperti gotong royong, berkebun, bersama pelatih dan mengemas dapur di PPDK... kemudian ada sedikit hiburan ringan, menari chicken dance dan poco2 bersama pelatih dan petugas di situ...

Dalam jam 12 tgh hari majlis kami bersurai.. mmg seronok dan byk manfaat akiviti LDP kali ni... Alhamdulillah, melihat kekurangan yg ada menandakan kita dekat dgn ILahi dan menginsafi diri sndiri...

oklah.. si Faiqah dh berbunyi mcm2, pen off here... wassalam..
p/s: nnt baru aku upload pic ok.. :)

06 April 2012

Tumpang Gembira

Tumpang Gembira

Salam dan selamat malam kengkawan...

Hari ni dapat lagi satu berita gembira, rakan sekerja ku telah selamat melahirkan cahaya mata yg kedua... Yang sulung puteri, yang kedua putera... Alhamdulillah... aku tumpang gembira... Putera tu lahir 06042012 jam 3++ lbih... dgn berat 2.58kg... bersalin normal dan awal dari tarikh jangkaannya sbb darah tinggi... 

Seminggu sebelum tu, ku turut tumpang gembira, kerana rakan sekerja ku juga, menimang cahaya mata pertama..iaitu seornag puteri yg diberi nama Anis Atifah... Kelahiran secara c-zer... xpe la, janji selamat..

Seronok dan tumpang gembira... ramai lagi kawan2 sekerjaku bakal menimang cahaya mata tahun ni.. memang berderet2 juga la... bersambung2 je cutinye... 

Tak kurang juga, rakan2 aku yg sama belajar di universiti dulu, yg akan menimang cahaya mata tahun ni.. Haziyah, Fairuz, Samira... sape lagi ek.. setakat tu je la yg ku tahu, sbb yg lain2 masih belum kahwin lagi... ada yg dah nk khwin pun.. 

Gembira sgt sbb org dapat baby, terasa nk mengandung dan nk melahirkan lagi.. tapi sabaarrr... tunggu badan2 betul2 sihat dan nk fully breastfeed Faiqah hingga 2 tahun insya-Allah... 

Memang nikmat buat wanita, mengandung dan melahirkan, wlaupun sakit, tapi tetap tak serik.. serik kejap je.. lau yg tak nak tu pun bkn sbb skit nk bersalin, tapi sbb tak snggup nk tanggung alahan yg teruk... tapi setiap dugaan tu ada hikmah dan ganjarannya... 

Ok lah.. mata pun dh mkin kecik dh ni.. see u next entry... Wassalam..~~~

Puree Epal untuk Bekalan Faiqah

Puree Epal untuk Bekalan Faiqah

Salam...

Curi2 masa update blog .. hari ni, sempat buat bekal untuk si comel Faiqah.. but simple je.. Puree apple merah..

Cara-caranya:
Kupas epal, kemudian rebus dgn air, air tu ngam2 je ngn epal, kira bg tnggelam sikit.. elok dh empuk, padamkan api dan tunggu hingga sejuk, kisar guna pengisar kering...

lepas tu blh lah bg bby mkn sma ada nk cairkan sikit dgn air atau susu badan..

Faiqah mkn dgn selera jika dicmpur dgn susu.. mstilah guna susu bdn, sbb Faiqah masih fully breasrfeeding... Alhamdulillah...

Kadang2 rajin juga ummi Faiqah cmpurkan dgn sedikit (kira hujung sudu kecil) beras goreng yg dikisar.. mmg selera dia mkan... Alhamdulillah...

Puree kurma pun dia mkn juga... dan mmg kegemarannya la kurma dan anggur...

Oklah see u next entry.. nk smbung buat kerja lak...~ see u..

p/s: x smpat nk snap pic tadi... korg imagine je lah gane puree tu ea.. atau blh try sndiri.. sngt mudah dan cept disediakan...

05 April 2012

Masalah penyusuan susu ibu

Masalah penyusuan susu ibu

Penyusuan ibu adalah proses semulajadi. Walau bagaimanapun dalam 2 minggu pertama, penyusuan mungkin sukar bagi ibu terutama jika ini adalah pengalaman pertama anda. Berikut adalah beberapa masalah biasa yang dialami oleh sesetengah ibu :
  • Kebengkakkan payu dara
  • Puting melecet
  • Tidak cukup susu
Kebengkakkan payu dara
Sebab-sebab:
Kebengkakkan payu dara adalah disebabkan peningkatan isipadu susu yang mengakibatkan kongesi salur darah di dalam payu dara. Ia berlainan dengan kepadatan payu dara. Payu dara yang padat masih boleh ditekan, lembut dan fleksibel.

Tanda-tanda dan gejala:
Tanda-tanda kebengkakkan payu dara:
  • Payu dara menjadi keras dan sakit, kelihatan berkilat.
  • Bahagian areola kelihatan pejal.
Komplikasi/kesan sampingan:
Kebengkakkan payu dara boleh menyebabkan:
  • Kesukaran untuk bayi menyusu
  • Kesukaran untuk mengeluarkan susu
Rawatan:
Perkara- perkara yang boleh dilakukan untuk mengurangkan kebengkakkan payu dara:
  • Jangan berhentikan penyusuan.
  • Periksa jika anda menggunakan teknik yang betul. Betulkan jika salah.
  • Susukan bayi anda dengan kerap.
  • Sebelum penyusuan dimulakan, keluarkan sedikit susu untuk melembutkan payu dara supaya mudah untuk bayi menghisapnya.
  • Selepas penyusuan, jika payu dara masih bengkak, keluarkan susu yang ada.
  • Tuam payu dara dengan menggunakan tuala dan air suam untuk melancarkan pengaliran susu.
  • Gunakan tuaman sejuk di antara penyusuan untuk mengurangkan sakit dan kebengkakkan.
Pencegahan :
Kebengkakkan payu dara boleh dielakkan dengan:
  • Menyusukan bayi dengan kerap, sekurang-kurangnya 10-12 kali sehari.
  • Teknik penyusuan yang betul.
Puting melecet
Sebab-sebab:
  • Meletakkan bayi dalam posisi yang salah.
  • Teknik penyusuan yang tidak betul.
  • Penjagaan puting yang tidak betul.
  • Faktor-faktor lain;
    • Ekzema puting: Apabila ekzema berlaku, puting menjadi merah kehitaman, gatal, meleleh dan bengkak.
    • Seriawan: Jangkitan kulat disebabkan oleh Candida Albicaus juga boleh menyebabkan puting melecet. Ia bermula dengan rasa sakit, gatal dan pedih. Puting akan bertukar warna dari merah jambu ke merah.
Rawatan
  • Jangan hentikan penyusuan
  • Periksa samada anda menggunakan teknik yang betul semasa melekapkan bayi ke payu dara. Lakukan teknik yang betul jika salah.
  • Perahkan sedikit susu dan sapukan pada puting. Ini boleh memulihkan puting yang melecet.
  • Tidak perlu gunakan losyen.
  • Sekiranya tiada perubahan, jumpa doktor untuk memastikan samada terdapat jangkitan kulat atau ekzema.
Pencegahan
  • Pastikan posisi ibu dan teknik meletakkan bayi ke payu dara adalah betul.
  • Jangan menggunakan pelindung plastik pada payu dara kerana bahan tersebut tidak meresap peluh.
  • Elakkan menggunakan coli yang diperbuat dari bahan sintetik kerana ia meningkatkan perpeluhan dan kurang aliran udara.
  • Bersihkan payu dara dengan air sahaja, jangan guna sabun kerana boleh mengeringkan kulit.
Tidak cukup susu
Tidak cukup susu adalah alasan yang sering diberikan oleh ibu untuk berhenti menyusukan bayi atau menambahkannya dengan susu botol Kerap kali ini adalah tidak benar . Penghasilan susu ibu akan berkurangan disebabkan oleh kurang stimulasi akibat perkara-perkara berikut :
  • Ibu tidak membenarkan bayi menyusu seberapa kerap dan mengikut kehendak bayi.
  • Bayi tidak melekap dengan betul dan bayi tidak dapat menyusu dengan berkesan.
  • Ibu berhentikan penyusuan di waktu malam lebih awal.
  • Ibu memberikan makanan lain atau susu botol lebih awal.
  • Ibu menyusukan bayinya dengan sebelah payudara sahaja.
  • Ibu kurang yakin dengan kebolehannya untuk menyusukan bayi.
  • Ibu mengalami tekanan emosi.
Berikut adalah beberapa cara untuk mengatasi masalah tidak cukup susu :
  • Susukan bayi sekerap yang boleh mengikut kehendak bayi.
  • Pastikan masa antara penyusuan tidak melebihi 2 jam.
  • Pastikan bayi melekap dengan betul.
  • Menyusu dari kedua-dua belah payu dara.
  • Perbaiki pengambilan makanan anda. Makan makanan yang tinggi protein seperti ikan, ayam, daging, telur kekacang dan makanan yang tinggi vitamin seperti buah-buahan dan sayur-sayuran.
  • Yakin pada diri sendiri . Anda boleh menyusukan anak anda.
  • Dapatkan rehat secukupnya dan cuba bertenang semasa menyusukan bayi.
Untuk memastikan bayi anda mendapat cukup susu, perhatikan tanda-tanda berikut :
  • Bayi menyusu sekurang -kurangnya 8 kali dalam masa 24 jam.
  • Corak penyusuan bayi berubah-ubah, ibu boleh mendengar atau melihat bayi menelan.
  • Bayi mempunyai otot yang pejal dan kulit yang sihat.
  • Bayi membuang air kecil sebanyak 6 kali atau lebih, air kecil berwarna kekuningan dan membuang air besar berwarna kekuningan 3 ke 8 kali dalam masa 24 jam.
  • Berat badan bayi meningkat secara konsisten selepas berumur satu minggu dan mengikut graf pertumbuhan.
  • Payudara anda mungkin rasa ringan selepas menyusu atau susu meleleh keluar dari payudara yang sebelah apabila bayi menyusu pada yang sebelah lagi.
  • Bayi cergas dan kelihatan puas antara penyusuan.
Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia

04 April 2012

Cabaran penyusuan bagi ibu bekerja

salam pagi... 


Satu artikel tentang kebaikan susu ibu dan memberi kesedaran kepada kita tentang kebaikan susu ibu kpd bayi, ibu dan bapa...
Kump. Ibu2 Menyusukan di Facebook... panduan pantas dan mudah bg ibu2 yg inginkn ilmu dan info ttg breastfeeding...

*****************************************************************************
"TAK cukup masa dan melecehkan,” itu antara alasan yang selalu diberikan oleh ibu- ibu bekerja ketika ditanya mengapa tidak memberi penyusuan badan kepada bayi mereka.

Bukan tidak cukup pengetahuan, siapa jua tidak menafikan kebaikan susu ibu yang tidak ternilai ini. Namun begitu, tuntutan kerja membuatkan kebanyakan ibu mengambil keputusan bertukar kepada susu formula.

“Bekerja bukan masalah untuk meneruskan penyusuan badan. Berapa ramai ibu yang bekerja telah berjaya menyusukan anak mereka, malah ada antaranya bekerja dalam sektor yang lasak namun tidak mempunyai masalah untuk terus memberi penyusuan secara eksklusif,” kata Ketua Jururawat dan Kaunselor Penyusuan, Pusat Rawatan Islam (Pusrawi), Jalan Tun Abdul Razak, Kuala Lumpur, Marjinah Badli.

Menurutnya, tuntutan kerja bukanlah penghalang untuk ibu-ibu meneruskan penyusuan selepas habis berpantang asalkan mereka mempunyai niat dan keinginan yang tinggi.

Kemudahan yang ada ketika ini katanya, amat berkesan untuk membantu ibu-ibu meneruskan penyusuan biar pun mereka terpaksa berjauhan dengan bayi untuk beberapa ketika.

Katanya, masalah seperti susu tidak mencukupi, sukar melakukan penyimpanan dan pelbagai lagi boleh diatasi sekiranya ibu memperoleh pengetahuan yang sewajarnya.

“Perlu diingat, pengeluaran susu ibu adalah mengikut permintaan. Apabila tinggi permintaan, maka pengeluaran juga akan banyak.

“Sekiranya dari awal lagi kita memilih untuk memberi susu formula kepada bayi, maka badan telah memberi isyarat bahawa permintaan susu rendah lalu pengeluarannya pun menjadi berkurangan,” kata Marjinah yang telah terlibat dengan aktiviti penyusuan melebihi 20 tahun.

Bagi ibu-ibu yang bekerja, beliau menasihatkan mula melakukan penyimpanan stok susu dalam masa dua atau tiga minggu sebelum kembali bertugas. Ketika ini juga katanya, ibu perlu melatih bayi mereka menerima penyusuan bukan daripada payudara untuk membiasakan keadaan apabila ibu mula bekerja kelak.

Namun, penyusuan ini harus diberi oleh orang lain (bukan ibu) kerana ingatan dan sensitiviti bayi sangat tinggi terhadap ibu mereka.

“Kalau ibu yang berikan, memanglah bayi tak akan minum,” jelas beliau.

Proses mengepam susu harus dilakukan oleh ibu bagi menyediakan stok sepanjang ketiadaan mereka kelak. Untuk permulaan kata Marjinah, jika ibu berjaya mengumpul tiga botol kecil susu sudah mencukupi.

Aktiviti mengepam perlu diteruskan oleh ibu sepanjang waktu bekerja bagi menghalang proses pengurangan susu. Ketika ini, pengetahuan dan kelengkapan yang mencukupi mampu menjayakan hasrat ibu untuk terus memberi penyusuan secara eksklusif.

“Sediakan peralatan yang mencukupi seperti alat mengepam susu, botol penyimpan, beg penyejuk (cooler) dan pek ais beku,” katanya.

Menurut Marjinah, Pusrawi sangat menggalakkan ibu-ibu yang melahirkan bayi untuk memberi penyusuan anak secara eksklusif. Sekitar 60 peratus ibu yang memilih untuk bersalin di pusat rawatan itu katanya, berjaya melakukan penyusuan secara eksklusif selama enam bulan dan diteruskan sehingga dua tahun. Malah kakitangan Pusrawi juga digalakkan memberi penyusuan badan di mana bilik khas untuk mengepam susu turut disediakan.

Mengapa susu ibu?
Susu ibu adalah manisan syurga kurniaan Allah SWT pada ibu-ibu untuk diberikan kepada anak mereka. Ia mengandungi kolostrum bermanfaat yang bertindak sebagai imunisasi bagi bayi dalam masa satu jam pertama selepas dilahirkan,” kata Marjinah.

Malah dalam surah al-Baqarah ayat 233, Allah SWT berfirman bahawa, “Para ibu hendaklah menyusukan anak- anak mereka selama dua tahun penuh iaitu bagi yang ingin menyempurnakan penyusuan.”

Polisi Kebangsaan Penyusuan Susu Ibu turut menggalakkan semua ibu menyusukan anak dengan susu ibu selama enam bulan dan meneruskannya sehingga dua tahun.

Menurut Marjinah, susu ibu adalah makanan istimewa yang menjadi penyambung silaturahim antara bayi dan ibu, membuatkan bayi berasa selamat dalam dakapan ibu dan mengesahkan bahawa itulah ibu yang melahirkannya.

“Pertama kali menyentuh puting payudara, mulut bayi akan menolak ke kanan ke kiri lalu meluahkan semula. Tapi ibu jangan berputus asa, teruskan memberi penyusuan dan selepas itu bayi akan menerima, ketika itulah kasih sayang antara ibu dan bayi terjalin,” katanya.

Keistimewaan susu ibu, kata Marjinah memanglah tidak ternilai. Ia jauh lebih baik dan selamat berbanding susu formula yang boleh mengundang pelbagai masalah kepada bayi. Pelbagai khasiat yang diperlukan oleh bayi sepanjang tumbesaran terdapat dalam susu ibu. Menurut penyelidikan yang dijalankan, anak-anak yang diberi susu ibu secara eksklusif dan meneruskannya sehingga dua tahun mempunyai tahap IQ yang tinggi serta mempunyai antibodi melawan penyakit yang kuat.

Berbanding susu formula yang penyediaannya merumitkan, susu ibu sedia diberi tidak kira masa memandangkan suhunya yang terkawal dan kebersihannya yang terjamin.

Selain manfaat kesihatan untuk bayi, penyusuan badan juga berupaya mengecutkan rahim ibu sekali gus membantu mereka menguruskan badan dengan berkesan.

Dari segi ekonomi pula kata Marjinah, dalam keadaan semasa yang memaksa kebanyakan keperluan harian meningkat, harga susu formula yang terdapat di pasaran juga turut melambung.

“Bayangkan satu tin susu formula dengan berat satu kilogram berharga sekitar RM50. Setiap bulan sekurang-kurangnya empat tin diperlukan, itu sekiranya mempunyai seorang bayi, bagaimana jika lebih?” soal beliau.

Bagi ibu bekerja yang ingin menyusukan anak mereka, Marjinah menasihatkan agar pertama sekali memasang niat yang betul dan perlu yakin dengan kemampuan diri.

“Dapatkan nasihat daripada mereka yang pakar dalam bidang ini dan perlu jaga pemakanan. Sekarang ini bukan lagi zaman ibu berpantang makan ikan masin salai dengan nasi bersama lada hitam. Ibu perlu pemakanan seimbang untuk menyusukan bayi,” katanya. "TAK cukup masa dan melecehkan,” itu antara alasan yang selalu diberikan oleh ibu- ibu bekerja ketika ditanya mengapa tidak memberi penyusuan badan kepada bayi mereka.

03 April 2012

Aura Warna ikut Hari

Aura Warna ikut Hari

Salam dan selamat pagi...


Hari2 sebelum nak g kerja, malamnya mesti dh fikir, esok nk pakai baju wrna apa plak ek... mcm pening kepala je... tapi, saya pernah belajr, pakai pakaian ikut wrna yg tertentu mengikut hari tertentu... Aura warna, akan menghasilkan gelombang positif pada diri kita jika kita pakai pkaian yg kenadgn aura warna hari tersebut... 

mengikut The Low of Repeatition of Cronology 
("Hukum Kronologi Berulang )
setiap hari akan membawa vibration (visual light)  yg mendominasi hari tersebut

vibration ini disukat menyamai frekuensi warna
Jadual di bawah menunjukkan  ketetapan vibration yg dikesan setiap hari..

ISNIN      =PUTIH (Gabungan / istirehat / pertahanan) 0- 279 nanometer
SELASA  =PINK / VIOLET(Kesucian rohani) 380- 489 nanometer
RABU      =BIRU (Kasih sayang / tumpuan) 490- 544 nanometer
KHAMIS =KUNING / OREN (Pemikiran / tenaga) 555-729 nanometer
JUMAAT =HIJAU (Keseimbangan / iman) 545- 554 nanometer
SABTU    =MERAH (Keberanian / tuah / kemewahan) 730- 780 nanometer
AHAD     =HITAM (Keberanian / tuah / kemewahan) 0- 279 nanometer

Dengan menggunakan beberapa peratan canggih, vibration visual light yg tersebar dalam atmosfera setiap hari ditentukan

Hasil daripada kajian ini, ia menunjukkan terdapat warna yang resonan terhadap sesuatu hari.
Penemuan ini diterangkan dalam bentuk Human Physiology

di bawah adalah penerangan untuk hasil kajian itu moga ia dapat memberi manfaat  kepada kita dalam membantu memperbaiki mood & hari2 yg kita jalani ^^


ISNIN
Warna PUTIH adalah warna perangsang Kelenjar Pineal dan Kelenjar Pitutary. Warna putih akan diserap oleh saraf sekiranya tubuh berada dalam keadaan hening. Salah satu cara untuk mendapatkan keheningan ialah dengan tidur awal. Mereka yang tidak mendapat waktu tidur yang betul akan menjadi lemah semangat, letih dan tidak bersedia menghadapi hari Isnin. Biasanya mereka yang tidak mendapat warna perangsang ini akan merasa malas untuk ke tempat kerja setiap hari Isnin.

Jika kita mendapat tidur yang mencukupi, hari Isnin sepatutnya ialah hari yang paling sesuai untuk mencetuskan idea baru, merangsang semangat dan melahirkan keazaman yang baru. Isnin ialah hari terbaik untuk menyelesaikan segala masalah yang tertunggak kerana penyelesaian pada hari Isnin adalah lebih kreatif dan efisyen pada hari ini.
Bunga warna putih jauh lebih mekar pada hari Isnin berbanding hari lain. Pokok bunga putih yang ditanam pada hari yang lain biasanya sukar untuk hidup atau berbunga tetapi masalah ini boleh diatasi sekiranya ia ditanam pada hari Isnin.

Rawatan yang sesuai dijalankan pada hari Isnin ialah penyakit seperti lemah semangat, kelesuan, hilang keyakinan diri, halusinasi, pelupa, epilepsi, amnesia (nyanyuk) dan beberapa penyakit lain yang berkaitan dengan Kelenjar Pineal dan Kelenjar Pitutary. Mereka yang mendapatkan rawatan seperi yang dinyatakan di atas didapati akan lebih cepat sembuh berbanding dengan hari lain, Insya Allah.

SELASA
Warna PINK ialah warna kasih sayang dan menyamai dengan vibration bahagian Thalamus. Mereka yang mengalami migrain akan merasa kelegaan setiap hari selasa.

Thalamus berperanan menjaga kasih sayang dan penghayatan. Hari ini ialah hari yang paling sesuai untuk beremosi, meluahkan perasaan kasih sayang kepada pasangan masing-masing. Ini juga adalah hari yang sesuai untuk mengembara atau bermusafir ke destinasi yang jauh kerana masalah tersesat atau keletihan setika sedang mengembara diimbangi dengan tahap penghayatan yang tinggi pada hari ini.

Dengan berpakaian pink, kuasa pujukkan terhadap anak atau pelajar yang degil bertambah kuat. Begitu juga pujukan terhadap pesakit atau orang yang ingin membunuh diri. Elakkan memakai pakaian merah untuk memujuk meraka kerana mereka akan menentangnya dengan serta merata dan akan meneruskan hasratnya untuk membunuh diri dengan sekelip mata. Anggota bomba perlu menukar pakaian ke warna pink sebelum memujuk orang yang mahu membunuh diri.

Rawatan yang sesuai dijalankan pada Selasa ialah migrain, Attention-Deficit / Hyperactivity Disorder ADHD (kanak-kanak bermasalah) atau yang berkaitan dengan bahagian otak Thalamus.

RABU
Warna BIRU ialah warna perangsang kelenjar Tyroid. Biru ialah warna yang menjadikan gelombang dalam bentuk bunyi lebih resonan. Pada hari Rabu didapati kicauan burung lebih merdu (resonan dan bermomentum, tidak terputus-putus garisan gelombangnya).

Pada hari Rabu, didapati paras hormon thyroxine (T4) yang dirembeskan oleh Kelenjar Tyroid berada pada tahap optimum. Paras thyroxine yang optimum menjadikan segala yang dihasratkan oleh hati dapat diluahkan dengan berkesan melalui kata-kata. Oleh itu, hari rabu ialah hari yang paling sesuai untuk berucap, berkata-kata, berhujah, bersidang, bermesyurat, berpidato dan sebagainya.

Berbanding dengan hari yang lain, penyakit yang berkaitan dengan Tyroid seperi goiter (beguk), tongsel, penyakit kerongkong dan sebagainya akan mudah pulih sekiranya mula dirawat pada hari Rabu.

KHAMIS
Warna KUNING ialah warna rangsangan sistem penghadaman dan warna oren ialah warna kesuburan, hormon dan sistem reproduksi.

Kemuncak warna kuning ialah sepanjang siang hari. Pada hari ini dinasihatkan agar kita tidak makan terlalu banyak pada waktu siang untuk memberi peluang sistem penghadaman menjalankan fungsi dengan sepenuhnya. Sistem penghadaman yang amat bertenaga pada hari ini sesuai untuk menghadamkan segala sisa makanan di dalam tubuh untuk menjadi zat dan tenaga yang amat diperlukan. Pada hari Khamis, asid folik yang amat sukar dihasilkan pada hari biasa didapati dapat dihasilkan dengan banyak dalam tubuh. Bagi mereka yang berdiet pada hari Khamis, didapati kandungan urik asid, lemak dan protein dipecahkan dan ditukar menjadi tenaga dalam kuantiti yang banyak.

Warna oren merangsang sistem kesuburan lalaki dan wanita. Oleh itu, hari khamis ialah hari yang terbaik untuk merancang zuriat yang sihat. Pada hari Khamis, penyakit yang berkaitan dengan sistem penghadaman dan sistem reproduksi mudah dirawat dan mencapai tahap penyumbuhan yang pantas berbanding apabila ia dirawat pada hari yang lain.

JUMAAT
HIJAU ialah tahap vibration yang menyamai tenaga yang merangsang fungsi Jantung dan Paru-paru.

Pada hari Jumaat, didapati aktiviti klorofil sangat aktif dan membebaskan oksigen pada tahap yang paling maksumum. Kemuncak aktiviti klorofil berlaku pada waktu tengah hari iaitu sejam setelah matahari tergelincir ke barat (sejam setelah solat Jumaat).

Hari Jumaat ialah hari yang sesuai untuk menjalankan senaman pernafasan, bersenam dan beriadah di taman-taman bunga. Senaman pernafasan yang dijalankan pada hari Jumaat akan memeri kesan menakjubkan pada hari ini berbanding hari-hari yang lain.

Biasanya pada hari-hari yang lain kita akan merasa lemas apabila berada dalam himpunan orang ramai. Tetapi amat menghairankan kerana setika di dalam masjid pada waktu solat Jumaat didapati kita tidak merasa lemas atau rimas walaupun saling berhimpit-himpit dengan kesesakkan.

Hari Jumaat ialah hari yang paling sesuai untuk menjalankan rawatan berkenaan penyakit kardiovaskular  dan respirasi kerana paras oksigen dalam atmosfera berada pada tahap yang tertinggi pada hari ini.

SABTU
MERAH ialah warna yang menyamai vibration bahagian Usus, Otot, Darah, Tulang dan Saraf. Organ yang berwarna merah ini banyak menjalankan aktiviti fizikal tubuh.

Hari sabtu ialah hari yang paling sesuai untuk keluar bersosial, berjumpa rakan-rakan dan saudara mara di samping menjalankan pelbagai aktiviti seperti bersukan, menjalankan aktiviti lasak dan sebagainya.

Bagi mereka yang mengalami penyakit yang berkaitan dengan Usus Darah dan Otot atau Tulang dan Saraf, amat sesuai memulakan rawatan pada hari sabtu. Memulakan rawatan bagi penyakit yang berkaitan dengan organ merah ini pada hari yang lain selain sabtu biasanya akan memberi implikasi kesan pembongkaran di mana pesakit akan merasa kesakitan dalam proses penyembuhan.

AHAD
Tenaga spektrum pada hari Ahad adalah menyamai pada hari Isnin. Perbezaannya ialah gerakkan zarah pada hari ahad didapati lebih tertumpu kepada sesuatu kawasan berbanding dengan semua hari yang lain di mana pergerakan zarah adalah rawak. Gerakkan zarah dalam atmosfera amat pelik kerana menyamai keadaan zarah dalam air.

Gabungan semua warna dalam udara akan membentuk warna putih, tetapi gabungan semua warna dalam air akan membentuk warna kegelapan atau hitam. Hari Ahad adalah gabungan semua warna dalam keadaan zarah yang menyamai sifat air.

Gabugan semua warna akan mempertenagakan seluruh tubuh. Tetapi kewujudannya dalan keadaan zarah yang hanya bergerak dalam kawasan setempat menjadikan tenaga ini separa matang (magnitud) dan masih belum mampu mempertenagkan mana-mana bahagian tubuh.

Oleh itu, hari Ahad ialah hari yang sesuai untuk beristirehat. Sebaik-baiknya bercutilah pada dari Ahad. Hari rehat ini ialah hari terbaik untuk bersama keluarga tercinta. Menjalankan sebarang aktiviti teruatamanya aktiviti lasak hanya akan mendatangkan kemudaratan terhadap tubuh.

Memandangkan hari Ahad mempunyai penyerakkan zarah yang tidak stabil, pakaian berwarna hitam mengelakkan dari daripada terdedah kepada golombang asing yang boleh memudaratkan. Pengamal seni mempertahankan diri yang mengenakan mengenakan tali pinggang hitam dan pakaian hitam akan merasa bebas dari kongkongan atau pengaruh gangguan tenaga asing.