31 Mac 2012

Kenapa Bayi bawah 6 Bulan Tak boleh Bagi Air masak???

Kenapa Bayi bawah 6 Bulan Tak boleh Bagi Air masak???

Informasi bermanfaat utk di war-warkan kpd mommies. Mungkin masih ramai mommies yg kurang pasti tentang bahaya dan keburukan memberi AIR MASAK kepada bayi yg berusia di bawah 6-bulan. Antara keburukannya adalah: 

MERENCATKAN 
Amalan memberikan air kpd bayi boleh merencatkan tumbesaran dan akal, mengancam nyawa dan menyebabkan sawan tarik. Tumbesaran bayi akan terencat jika selalu diberi air kerana perutnya yg masih kecil dan belum matang sepatutnya diisi dengan susu ibu yg penuh khasiat dan nutrisi penting utk tumbesaran bayi seawal 6-bulan yg pertama.*Air masak tidak mengandungi ape2 khasiat. Ia adalah semata-mata air KOSONG*

PENCEMARAN 
Air boleh menjadi pembawa kuman kerana pencemaran boleh berlaku pada pelbagai peringkat samada dari sumber air itu sendiri atau dari bekas yg digunakan untuk mengisi air. Ini akan mendedahkan bayi kpd cirit-birit.*Susu ibu diberi kpd bayi secara direct dari breast dan tidak ada possibility ianya dicemari DAN susu ibu yg diperah mempunyai anti-bacterial properties dan bakteria tidak akan mudah membiak di dalam susu ibu. CONFIRM selamat untuk bayi!* 

MENGHAKIS 
Air akan menghakis salutan pelindung penyakit yg terhasil daripada susu ibu dan ini akan mendedahkan bayi kepada pelbagai jangkitan.*Susu ibu build ups protection in baby’s stomach. That’s why bayi yg menyusu badan mempunyai imuniti yg kuat* 

JAUNDIS/DEMAM KUNING 
Bayi jaundis yg diberikan air masak yg banyak (konon-kononnye untuk meredakan jaundis) boleh merencatkan AKAL bayi tersebut. Untuk bayi yg berusia 5-minggu ke bawah, jika diberikan air masak yg banyak akan menyebabkan kandungan garam di dalam badannya cair. Apabila kandungan garam di dalam badan cair, suhu badan akan menjadi rendah dan ini akan mengakibatkan bayi kembung atau sawan tarik.*Ramai yg bagi petua kat saya semasa preggy dulu, kalau nak avoid anak kena jaundis, bagi baby minum air masak banyak2. Teori ini adalah SALAH sama sekali. 

 **********Ubat jaundis ada DUA shj –> SUSU IBU & PHOTOTHERAPY! Susukan bayi sekerap mungkin supaya bayi dapat menyingkirkan bilirubin dari tubuhnya melalui najis* Semoga kita semua menjadi parents yg prihatin! =) 

Sumber dari : Buku “Panduan Penyusuan Susu Ibu Bagi Ibu Berkerjaya” 

 +++++++++++++++++++++

28 Mac 2012

Our Own Bisnes

Salam dan selamat pagi...


Alhamdulillah, masih dipanjangkan umur pagi, dapat melihat alam ciptaan ILahi.. Kisah bisnes sndiri... 

Aku dan suamiku sama2 meminati dalam bidang bisnes... Aku sndiri, pernah menjadi agen perniagaan produk2 tertentu... produk luar negara yg beratusan ringgit dan produk tempatan yang harga puluhan ringgit. Tapi apa yg aku buat aku tak pernah capai satu kepuasan. Tekadku, jika aku nak buat bisnes, biarlah dari idea dan usaha sndiri.. bukan menjual barangan dan produk ciptaan org lain... Produk2 tu mmg bagus, tapi hanya utk diri sndiri, bukan utk cari pendapatan smpingan..

Kini, aku dan suamiku, mula menceburkan diri, dalam perniagaan kami sndiri.. Atas kemahiran, idea, minat yang sama, maka tertubuhkan satu bisnes yg dinamakan "Homemadestickerdesign"... Bisnes sndiri, kerana, terhasil dari teguran aku pada suamiku pada minatnya yg satu iaitu make-up kereta. Aku pernah marah sbb hanya buang duit je.. sbb mmg masa tu hujung2 bulan, duit2 cukup nk tggu gaji, tapi dia buat juga, tapi lepas dia buat, dia kongsikan di dalam Facebook, utk tatapan peminat2 kereta.. dalam tak sngaja, ada org minat dgn apa yg dia buat, dari situlah bermula...

Sekarang sudah hampir 4bulan bisnes ni dijalankan secara sampingan dihujung minggu dan cuti Am... Alhamdulillah dgn rezeki Allah dan usaha yg berterusan dan doa yg berpanjangan, kami beli Samsung Galaksi Y utk mudahkan bisnes dan nmpakkan hasil dari bisnes kami sndiri... 

Kami sangat2 bersyukur dgn rezeki yg Allah kurniakan... kerana anugerah akal yg smpurna... Minat suami dan aku sama.. mmg satu kelebihan.. sama2 minat kereta dan sama2 minta bisnes dan sama2 minat design.. Alhamdulillah... Syukur.. 

Kami buat sticker design menggunakan seni tangan.. tak menggunakan alat2 khas.. tak menggunakan alatan canggih, cuma perlukan kesabaran, kepakaran dan ketelitian... Kami juga, design mcm2 design utk kereta, laptop, label dll... 

Design bonet depan

Design Logo Company

Lining Sticker

Eye Lid

Design Kalimah dan Breastfeeding support

Bagi yg nak tengok hasil kerja tangan kami.. boleh layari blogspot ni: http://homemadesticker.blogspot.com/
atau layari page Facebook

27 Mac 2012

Keletah Faiqah 6 Bulan..

Salam semua..

Menaip entry dgn selaju yg mungkin, sbb dah nak g keje.. tapi tetiba de idea nk coret pasal si comei Faiqah.. pejam celik, pejam celik, dah setengah tahun dah umur Faiqah, dah besar dan dah makin banyak ragamnya... memang comei.. 

Sejak usianya menginjak, Faiqah dan banyak ragam dan keletah yg menghibur hati ummi dan abi dan tak kurang juga , geram gak kadang2... Faiqah adalah anak yg sangat2 manja dan aksi manja buatkan ummi dan abi sayang dan geram serta rindu Faiqah bila di tempat kerja.

Faiqah dah pnadai gerak ke depan, memang kejap je, dh hilang dari tmpat asal letak dia... dh kemana2 je dia bergerak. Faiqah juga, dh pndai buat2 menangis utk minta perhatian, tapi tak menangis pun, mengada je lebh,, geram je kadang2... 

Faiqah sangat2 suka jka ummi dan abi bawa dia jalan2, memang tak pernah meragam kalau bawa jalan2, dia seakan2 tahu, lau dia buat perangai, lain kali ummi dan abi tak nak bawa dia lagi..

Satu tabiat pelik Faiqah, suka sngat main bawah timbnan kain, abi dia la yg selalu buat gni, Angkat kain dari ampaian, timbun byk2 atas dia, jap g terus snyap dan kadang2 smpai tertido..

Itulah penghibur hati ummi dan abi, hilang tekanan balik kerja bila tgk senyman Faiqah.. DAn Alhamdulillah, Faiqah masih menysu dgn susu ummi dan Faiqah juga dan jadi anak susuan untuk ibu naz sbb dah lebih 5 kali Faiqah menysu dgn ibu naz... 

OK, jmpe lagi,,, nnt akan diupdate lagi kisah Faiqah ea... wassalam..~
Sebelum tu jom tgk kaletah2 Faiqah tomei:

Budak manja

Dengan 'kete' barunya...

Di bawah timbunan kain...

Hukum Beramal dengan Petua dan Pantang Larang Melayu

Hukum Beramal dengan Petua dan Pantang Larang Melayu

Salam pagi hari...


Dah lama tak mencoret.. rasa nak mencoret sesuatu yg boleh dikongsi bersama.. ILmu dan info semasa... Berkaitan hukum hakam islam... Dipetik dari alam maya, dan rasa patut sgt dikongsi bersama...

********************************************************************************
Soalan; Assalamualaikum Ustaz, Saya ingin bertanya, apakah hukum mempercayai petua-petua, pesan dan pantang larang orang dahulu kala yang disebut 'kenan'. Sebagai contoh ada pesan orang tua mengatakan jangan menyapu rumah ketika waktu malam kerana ditakuti rezeki akan "disapu keluar".

Apakah kesan mempercayai kesan seperti ini kepada akidah kita dan apakah dalil yang ada untuk membenarkan atau menyangkal perkara ini?

Soalan tambahan saya, bagaimanakah caranya untuk kita mengenal pasti amalan orang terdahulu dalam budaya Melayu yang boleh diikuti serta tidak menjejaskan akidah dan amalan yang mana harus dielakkan?

Jawapan;

Semua jenis petua, pesan, pantang-larang atau seumpamanya harus diamalkan jika ia tidak bercanggah dengan ketetapan al-Quran dan as-Sunnah, antaranya;

1. Tidak membawa kepada kepercayaan khurafat dan karut-marut iaitu mempercayai perkara ghaib di luar dari skop yang diberitahu oleh Allah di dalam al-Quran atau melalui RasulNya di dalam as-Sunnah. Firman Allah (bermaksud): “Katakanlah; Tiada sesiapapun di langit dan di bumi yang mengetahui perkara yang ghaib melainkan Allah”. (an-Naml: 65)

2. Tidak memalingkan seseorang dari keyakinan bahawa segala yang berlaku -sama ada baik atau buruk- adalah dari ketetapan Allah (Qadarullah). Begitu juga, keyakinan hanya Allah yang mendatangkan mudarat dan manfaat kepada manusia. Firman Allah (bermaksud): “Katakanlah; Aku tidak berkuasa mendatangkan manfaat bagi diriku dan tidak dapat menolak mudarat kecuali apa yang dikehendaki Allah. Dan kalau aku mengetahui perkara-perkara yang ghaib tentulah aku akan mengumpulkan dengan banyaknya benda-benda yang mendatangkan faedah dan tentulah aku tidak ditimpa kesusahan. Tidaklah aku melainkan hanya pemberi peringatan dan penyampai khabar gembira bagi orang-orang beriman”. (al-A’raf: 188)

3. Tidak membawa kepada pengamalan yang bercanggah dengan al-Quran dan as-Sunnah atau terpaksa meninggalkan amalan yang disuruh al-Quran dan as-Sunnah kerana ingin beramal dengan petua atau pantang larang.

4. Tidak membawa kepada mengubah hukum Allah terhadap sesuatu iaitu sama ada mengharamkan apa yang halal atau menghalalkan apa yang haram. Ini kerana hak untuk menentukan halal atau haramnya sesuatu bukan milik manusia, akan tetapi milik Allah.

5. Tidak berupa kepercayaan kepada sial sesuatu kerana kepercayaan sebegitu dilarang oleh sabda Nabi; "Tidak ada sial sesuatu (di dalam Islam)" (HR Imam al-Bukhari dari Anas). Nabi juga bersabda; “Sesiapa yang sial sesuatu (yakni kepercayaannya terhadap sial sesuatu) menghalangnya dari menyempurnakan hajat (atau urusannya), maka sesungguhnya ia telah mensyirikkan Allah” (HR Imam Ahmad, at-Thabrani dan Ibnu Sunni dari Abdullah Ibnu ‘Amru r.a./ al-Jami’ as-Saghir, no. 8701)

6. Tidak berupa tilikan atau tenungan kerana ia dilarang oleh Nabi dalam sabdanya: “Sesiapa pergi kepada seorang kahin (tukang tilik/tenung), lalu ia mempercayai apa yang ia khabarkan, maka sesungguhnya dia telah kufur terhadapy apa yang diturunkan kepada Muhammad (yakni agama Islam)”. (HR Imam Ahmad dan al-Hakim dari Abu Hurairah r.a./al-Jami’ as-Saghir, no. 8285)

Oleh demikian, supaya petua dan pantang larang yang hendak diamalkan tidak bercanggah dengan agama ia mesti berlandaskan dalil-dalil yang diakui Syariat iaitu sama ada diceduk dari al-Quran atau as-Sunnah atau berdasarkan kajian atau pengalaman. Petua yang tidak berdiri di atas dasar yang tidak difahami (atau dikaitkan dengan kepercayaan tertentu tanpa dalil Syarak; yakni al-Quran dan as-Sunnah) hendaklah dielakkan dari beramal dengannya. Sebagai contoh, pantang larang bagi ibu-ibu selepas bersalin selama 44 hari yang membabitkan perkara berikut;
1. Tidak boleh bersama suami (berjimak) sepanjang tempoh itu
2. Tidak boleh makan makanan sesuka hati (ada makanan yang perlu berpantang)
3. Tidak boleh turun ke tanah kerana dikhuatiri diganggu oleh jembalang tanah.

Perkara pertama ada kaitan dengan dalil Syariat di mana tempoh paling lama nifas bagi wanita bersalin ialah 40 atau 60 hari mengikut perbezaan pandangan ulamak dan dalam tempoh tersebut sememangnya tidak harus berlaku jimak, oleh demikian pantang larang tersebut harus diamalkan. Perkara kedua (berpantang makanan), ia kembali kepada pengalaman dan ia juga harus diamalkan jika kita yakin dengan pengalaman orang-orang dulu. Perkara ketiga (tidak boleh turun ke tanah), ia berkait dengan kepercayaan tentang makhluk ghaib, tidak harus diamalkan kerana ia bersifat khurafat kerana tiada dalil al-Quran maupun as-Sunnah mengesahkannya.

Begitu juga pantang larang yang dikemukakan dalam soalan di atas (jangan menyapu sampah di malam hari kerana dikhuatiri rezki akan hilang); pantang larang ini dilihat dari segi dalil al-Quran atau as-Sunnah, tiada ayat al-Quran ataupun hadis mengesahkannya. Melihat kepada kajian dan pengalaman juga tidak kuat sandarannya. Oleh demikian, tidak usahlah pantang larang sebegitu dipercayai kerana dibimbangi kita akan terbawa-bawa kepada kepercayaan khurafat dan karut-marut atau mempercai sial sesuatu yang telah sabit larangan terhadapnya oleh ayat al-Quran dan hadis di atas tadi. Jika kita perlu menyapu sampah di malam hari kerana kebetulan ada sampah yang perlu dibersihkan, lakukanlah tanpa khuatir kepada pantang larang tersebut kerana tiada nas Syarak melarang perbuatan tersebut. Jika ditakdirkan kita mengalami kerugian selepas hari tersebut, wajiblah kita mengembalikan kerugian itu kepada qadha dan qadar Allah, bukan kerana kita telah melanggar pantang larang tersebut.

Petua dan pantang larang yang jelas bercanggah dengan Syariat (al-Quran dan as-Sunnah) haram diamalkan. Dari segi kesan, jika ia menafikan aqidah yang wajib diiktiqadkan, mengamalkannya mungkin boleh membawa kepada rosaknya iman dan pelaku/pengamalnya boleh terjatuh dalam dosa syirik yang tidak diampunkan Allah, dan lebih jauh dari itu ia mungkin boleh murtad dari agama -sama ada secara sedar atau tanpa sedar-. Jika ia menyalahi amalan yang diredahi Allah, ia berdosa. Perbuatan dosa -sama ada besar atau kecil- wajib dijauhi oleh seorang muslim yang bertakwa kepada Allah.

Untuk mengenal pasti amalan orang terdahulu dalam budaya Melayu sama ada boleh diikuti atau tidak, ia mesti dibentangkan secara khusus setiap satunya di hadapan al-Quran dan as-Sunnah. Dalam ungkapan lain, ia wajib dirujuk kepada alim-ulamak sebelum mengamalkannya jika berlaku keraguan tentangnya.


So, berpada2 dalam mengamalkan pnatang larang... sbb org tua2 dahulu keprcayaannya adalah animisme dan kepercayaan kepada alam sebelum kedatangan Islam.. memang tak hairan, diorg byk pntag larang.. tapi ada sesetengahnya ada kebaikan yg tersirat.. boleh amalkan selagi tak bercanggah dengan hukum hakam syara'... 

Selamat beramal.. wassalam~
Bayi susu ibu IQ tinggi

Bayi susu ibu IQ tinggi


SUSU ibu adalah anugerah pemakanan yang terbaik untuk setiap bayi. Pakar perubatan mengakui ia tidak boleh ditandingi oleh apa jenis susu formula sekali pun.

Hakikatnya susu ibu mengandungi segala kebaikan yang diperlukan oleh bayi dalam jumlah yang betul iaitu protein, karbohidrat, lemak, vitamin dan mineral.

Menurut Pakar pemakanan dari Universiti California, Dr. J. Bruce German, khasiat susu ibu terlalu banyak berbanding apa juga jenis susu formula.

Antaranya ia mempunyai kolestrum, iaitu cecair berwarna kekuningan yang keluar sebelum susu keluar, yang membantu sistem pencernaan bayi dan menambah baik sistem imunisasi badan bayi.

"Susu ibu adalah zat makanan paling ideal untuk bayi sekurang-kurangnya bagi tempoh enam bulan pertama.

"Ia cukup berkesan memastikan pembesaran sempurna, mengelak jangkitan penyakit, menggalakkan perkembangan kecerdasan anak dan menghindari obesiti serta penyakit,'' katanya dalam satu sesi yang diadakan di ibu negara baru-baru ini.

Katanya, bayi yang diberikan susu ibu kurang mengalami alahan, sakit usus, pencernaan dan asma kerana susu ibu juga mempunyai antibodi.

Menurut German lagi, susu badan sepatutnya diberi sebaik saja bayi dilahirkan dan perlu diteruskan sehingga bayi berusia enam bulan.

"Situasi ini penting kerana proses penyusuan badan juga dapat mengubah kehidupan wanita bergelar ibu pada kehidupan yang lebih bermakna,'' jelasnya.

Beliau yang berpengalaman dalam bidang nutrisi lebih dari 10 tahun memberitahu, selain kelebihan untuk bayi, ibu turut mendapat banyak manfaat daripada penyusuan badan seperti mengurangkan pendarahan selepas bersalin.

"Malah sesetengah ibu yang menyusukan badan tidak mengalami putaran haid selagi bayinya menyusu.

"Lebih menarik lagi bagi ibu yang menyusukan bayi dengan susu badan dapat mengembalikan berat badan seperti sebelum hamil dengan lebih cepat.

"Perlu diketahui bahawa setiap wanita akan mengalami penambahan berat badan sekurang-kurangnya 12 kilogram ketika hamil, malah ada juga mengalami sindrom metabolisme seperti obesiti, tekanan darah, penambahan glukosa dan sebagainya. Melalui penyusuan bayi banyak membantu situasi tersebut kembali menjadi normal

"Jadi menjadi satu kerugian besar apabila wanita yang bergelar ibu tidak menyusukan bayi dengan susu badan hanya kerana percaya dengan tanggapan bahawa ia boleh menjejaskan bentuk badan si ibu,'' tegasnya lagi.

Bukan setakat itu saja, menurut German, menyusukan bayi dengan susu badan juga dapat mengurangkan risiko osteoporosis atau kerapuhan tulang pada anak.

"Hal ini berlaku, sekiranya ibu menyusukan secara berterusan anak tersebut selama lapan bulan, tulang mereka akan menjadi semakin kuat," katanya.

Selain itu, menurut kajian yang telah dilakukan bayi yang diberikan susu ibu mempunyai tahap kecerdikan (IQ) yang lebih tinggi dan lebih bijak apabila membesar.

"Justeru bagi ibu bapa yang baru menerima kehadiran cahaya mata, pastikan bayi anda menerima susu ibu khususnya dalam sejam pertama kelahiran bayi.

"Ini kerana bayi khususnya yang mengalami kekurangan berat badan, sangat memerlukan kolestrum iaitu nutrien penting yang terdapat dalam susu ibu," katanya.

Kredit: Utusan Malaysia
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Yang x menyusu dgn susu ibu jgn pula terasa, tapi hakikatnya, setiap yg Allah jadikan ada kebaikannya.. Hargailah jika anda mampu menysu anak anda dgn susu ibu... 

22 Mac 2012

Susu ibu tidak dihargai

Susu ibu tidak dihargai

~Salam semua~


Ni lagi satu artikel yg berkaitan dgn susu ibu.. Susu ibu tak dihargai... Sejak akhir2 ni dapat juga rungutan dari org2 tertentu yg x menyokong breastfeeding... So, jom kita sama2 baca kenapa jadi macam ni... 
*******************************************************************

Susu ibu, anugerah dari Tuhan untuk anak yang mempunyai pelbagai khasiat. Ia diperlukan bagi melengkapkan tumbesaran seseorang bayi.

Setakat Julai ini, rekod budaya penyusuan ibu mencatatkan hanya 14 peratus bagi kaum ibu di Wilayah Persekutuan memberikan susu badan kepada bayi mereka dalam tempoh enam bulan pertama kelahiran.

Walaupun rekod itu sedikit meningkat berbanding hanya 12 peratus pada 2007, 2008 dan 2009 di negeri sama, namun ia masih belum membanggakan.

Lebih tepat, statistik itu menyedihkan seolah-olah kebanyakan ibu tidak menghargai anugerah Tuhan itu kepada kaum ibu terutama ibu muda zaman ini.

Justeru, sempena Minggu Penyusuan Ibu Sedunia pada 1 hingga 7 Ogos ini, sebuah badan bukan kerajaan (NGO) Persatuan Penasihat Penyusuan Ibu Malaysia (PPPIM), akan membantu memupuk kesedaran dan pengetahuan di kalangan ibu yang mempunyai bayi supaya aktif memberikan susu badan.

Misinya untuk menggalakkan budaya penyusuan badan supaya ia mampu melahirkan generasi lebih sihat pada masa depan.

Seorang ahli PPPIM yang juga bekas Ketua Jururawat Hospital Pusrawi, Marjinah Badli berkata, pada zaman moden ini, budaya memberi susu badan kepada bayi sering 'dipandang sebelah mata' di kalangan ibu yang baru melahirkan anak.

Katanya, hasil kajian yang dijalankan PPPIM menunjukkan kurangnya kesedaran dan pengetahuan mengenai kepentingan atau kelebihan susu ibu adalah faktor utama mengapa seseorang tidak aktif memberikan susu badan.

Marjinah berkata, ada yang enggan memberikan susu badan kerana tidak tahan dengan cabaran seperti rasa sakit apabila menyusukan bayi dan tiada masa akibat terlalu sibuk menjalankan rutin seharian.

"Segelintirnya pula terutama di kalangan ibu muda merasa malu untuk memberikan anak mereka susu badan lebih-lebih lagi ketika berada di luar rumah.

"Kebanyakan klinik swasta, tempat kelahiran bayi, akan memberi promosi susu tepung bayi secara percuma untuk tempoh tiga hingga enam bulan.

"Semua ini menyebabkan ibu lebih selesa dan tertarik untuk memberikan susu tepung kepada bayi mereka walaupun susu ibu adalah imunisasi pertama paling penting yang seharusnya diterima tubuh bayi selepas dilahirkan," katanya ketika dihubungi baru-baru ini.

Menurut Marjinah, bagi menggalakkan penyusuan badan, PPPIM pada tahun ini menggunakan pendekatan baru dengan memberikan khidmat nasihat dalam soal menyebarkan maklumat mengenainya.

Jelasnya, pada tahun sebelum ini, PPPIM sering menganjurkan acara di beberapa kawasan sasaran seperti di Putrajaya untuk menghebahkan maklumat berhubung kebaikan penyusuan badan kepada masyarakat.

Pendekatan PPPIM pada tahun ini adalah menghantar ahlinya yang terlatih untuk menyertai acara yang dianjurkan pusat perubatan dan hospital kerajaan serta swasta bagi mendidik pegawai perubatan di situ mengenai soal penyusuan badan.

"Didikan kami termasuk kepentingan susu ibu, cara betul menyusu serta faedah kepada ibu dan anak.

"Ada pakar dan doktor perubatan yang mengemukakan banyak persoalan kepada kami mengenai kebaikan sebenar penyusuan ibu kerana selama ini mereka tidak mengetahuinya.

"Harapan kami, dengan usaha yang kami jalankan tahun ini, ilmu itu dapat dikongsi bersama ibu yang melahirkan anak sekali gus menggalakkan lebih ramai yang aktif memberi susu badan," katanya.

Selain itu, Marjinah menasihatkan kaum ibu yang mempunyai bayi untuk turut bersama-sama menjayakan Minggu Penyusuan Ibu Sedunia bagi menggalakkan budaya berkenaan dalam masyarakat negara ini.

"Bagi saya, dengan segala kemudahan dan kelengkapan termasuk sudut penyusuan ibu di pusat membeli-belah, pam susu badan serta baju khas untuk ibu menyusukan badan yang ada ketika ini, tiada alasan kepada seseorang untuk tidak memberikan susu badan kepada bayi mereka," ujarnya.

Kredit: Utusan Malaysia, 03/08/2010
Susu ibu kurangkan risiko jangkitan kronik

Susu ibu kurangkan risiko jangkitan kronik

Salam semua..


Lama tak update blog... so ari ni den nk konsi satu artikel tentang kebaikan susu ibu... Jom kita sama2 baca utk tambah ilmu... 
************************************************************
KOTA BHARU 6 Ogos - Kajian menunjukkan bahawa susu ibu mampu mengurangkan risiko jangkitan penyakit kronik pada bayi, kata Pengarah Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, Datuk Dr. Zaidun Kamari.

Beliau berkata, kajian yang dijalankan oleh pakar-pakar sejak dahulu lagi membuktikan penyusuan susu ibu dapat meningkatkan tahap kesihatan bayi sekali gus mengurangkan risiko dijangkiti penyakit kronik.

Katanya, susu ibu juga didapati dapat mengurangkan jangkitan penyakit seperti paru-paru, ciri-birit dan alahan di kalangan bayi-bayi selepas mereka meningkat dewasa.

Justeru, katanya, ibu-ibu seharusnya menolak andaian bahawa mereka tidak boleh menyusukan bayi yang sedang menghidap penyakit kronik kerana ia sebenarnya membantu proses pemulihan bayi.

"Kecualilah dalam kes tertentu apabila kakitangan kesihatan mengenal pasti bahawa bayi mereka memang tidak boleh diberikan susu ibu," katanya ketika merasmikan Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia Peringkat HUSM di Dewan Utama Universiti Sains Malaysia Kampus Kesihatan di sini, semalam.

Menurut Dr. Zaidun, pelbagai kajian telah dijalankan mengenai kebaikan susu ibu dan hasilnya membuktikan penyusuan susu ibu dapat meningkatkan tahap kesihatan bayi dan ibu itu sendiri.

Sehubungan itu, katanya, kakitangan kesihatan seharusnya menunjukkan ibu dan wanita yang bakal bergelar ibu cara penyusuan terbaik serta menggalakkan mereka terus menghasilkan susu sekiranya terpaksa dipisahkan dengan bayi disebabkan masalah tertentu.

Jelasnya, kajian menunjukkan peringkat penyusuan terbaik adalah dalam tempoh enam bulan selepas kelahiran bayi.

Mengenai pengiktirafan HUSM sebagai Hospital Rakan Bayi oleh Pertubuhan Kesihatan sedunia (WHO) dan UNICEF pada 1988, beliau berkata, pihak hospital telah melaksanakan 10 langkah bagi meningkatkan kadar penyusuan di kalangan wanita yang melahirkan bayi mereka di sini.

"Antaranya, kakitangan HUSM memaklumkan kebaikan susu ibu, membantu mereka memulakan penyusuan selepas setengah jam melahirkan dan memperkenalkan kaedah sentuhan kulit ke kulit," katanya.

Selain itu, katanya, di bawah program 'rooming-in', ibu-ibu juga dibenarkan untuk bersama-sama bayi mereka selama 24 jam.

"Penyusuan susu ibu perlu dilakukan mengikut kehendak bayi iaitu sebaik sahaja bayi menunjukkan tanda-tanda lapar.

"Ibu jangan sekali-kali membuat jadual penyusuan dan puting tiruan tidak boleh diberikan kepada bayi," katanya.

******************************************************************
Haa.. bestkn tajuk berita ni... So, jom kita sama2 kempen penyusuan susu ibu.. Sampaikan kebaikannya utk semua.. Semoga perkongsian mendapat redha Ilahi hendaknya.. 

Ma'assalamah.. ^_^

18 Mac 2012

Pinggan Mangkuk Haram???

Salam petang semua..

Ni entry ke-3 aku utk hari ni..Kisah pinggan mangkuk, periuk belanga yang haram... Ni lah ilmu yg aku nk kongsi dgn semua.. Baru2 ni tengok Ejen Halal, satu rancangan di TV al-Hijrah.. Secara x lagsung tgk kt umah kak ipar aku.. kisah pinggan mangkuk yg halal.. 

Huh, x penah dipikirkan pun pasal ni.. rupa2nya, terdapat pinggan mangkuk yg halal dan haram. Pinggan mangkuk seramik, buatan cina kebanyakannya diperbuat daripada tulang haiwan termasuklah tulang khinzir (babi).. Ciri-ciri utama nk kenal pasti seramik yg diperbuat dri tulang, seramiknya halus licin dan berkilat.. 

Kalau pinggan mangku buatan plastik dan melamin pula bahaya utk kesihatan sbb mengandungi kandungan plumbum yg tinggi... Kesan jangka masa panjang plumbum adalah kanser. Plumbum ni keluar masa kita gunakan pinggan mangkuk ni panas2, sama ada ceduk air ke, buh nasi panas ke... so, bila panas, plumbum tu keluar dan menyerap ke dalam makanan kita.. so, hati2 bila guna barangan plastik..

Untuk langkah selamat, guna pinggan mangkuk kaca atau aluminium.. Kaca dan aluminium mmg dijamin selamat.. Kaca mmg risiko pecah, tapi aluminium cnfirm selamat.. so, lepas ni, kita jadi mcm kat kedai mamak, guna pinggan dan cawan aluminium... 

kat bwah ni ada info pasal fatwa kebangsaan pnggunaan pinggan dr tulng.. dan pasal plumbum..yg aku screen captured :





Semoga perkongsian ni beri manfaat utk semua.. wssalam..
Cartun Feeling

Cartun Feeling

Salam tengah hari..


hari ni rasa rajin nak coret2.. smbil2 layan si Faiqah...

entry ni ditulis lepas je melayan satu kartun kat TV al-Hijrah.. tak tahu lak tajuknya.. mula2 layan biasa2 je smbil bagi si Faiqah makan menyanyi2 depan dia sbb nk bagi dia makan susu dan nestum, sbb petang karang baru bagi makan puree carrot dan nasi... 

Tapi, tengok kartn tu mcam best plak.. kisah ibu dan anak2 burung... ibu burung jaga anak2 burung yang ada lebih kurang 10 ekor... masa dia bawa anak2 dia jalan2 anak2 burung ni nampak belalang lompat2, semua anak2 burung kejor belalang tu sampai kat umah peladang... peladang xde, tapi anjing peladang ada.. 

Belalang tu lompat atas hidung anjing peladang yg sedang tido... anjing terkejut, terus bangun dan kejar anak2 burung... Ada seekor tu dia nmpk belalng hingga atas batang penyodok simen.. so anakburung tu kejar dan berdiri atas btg penyodok tu.. Anjing tadi plak terjatuh atas pnyodok so melantun la anak burung tu tadi.. terbang tinggi hingga jatuh dalam kasut dan kasut tu plak dok betul2 tepi sungai.. elok jatuh dlm kasut, kasut tu msuk dlm air.. so, terayun2 la ank burung sekor tu dlm kasut dlm sungai ikut arus sungai tu... 

Mak si burung ni, cari2 dan jumpe anak2 dia, kecuali seekor tu.. so, bila adik beradik yg lain bagi tau, seekor dh ilang, mak si burung terus terbang dan cari dia ikut arus sungai dan jumpe.. elok smpai kt air terjun mak si burung dan cemas, tapi peladang ada selamatkan si anak burung.. 

Elok smpai part tu, tegendala la aku nk tonton, dok sibuk angkat kain lak.. pastu smbung part aku tgk mak burung dh terbakar, dan elok je anak2 dia keluar dr celah sayap mak dia.. anak2 dia semua selamat.. memang sedih sebb pengorbanan mak burung tu, nk selamatkan anak2 dia, dia korbankan diri. Tapi bagusnya, smpai la ke anak2 burung tu besar (anak2 burung tu dibela oleh peladang)... diaorg x penah lupa tempat mak dia mati tu.. ari2 diorg g tgk 'kubur' mak diorg.. memang kagum dan sedih sgt... Binatang yg tak de akal boleh hargai emak diorg, kita manusia yg Allah bg akal mesti boleh pikir kan sepatutnya.. 

Tetiba rindu sgt emak dan rasa kasih pada anak sendiri lebih mendalam.. memang menyentuh hati betul kartun tu... TV al-Hijrah memang byk ilmu yg dismpaikan... memang bagus utk tontonan umum... So, sama2 kita berhijrah... 

Ok.. stop here.. si Faiqah dah merengek... Wassalam...

Bercuti di akhir cuti

~ Salam dan selamat pagi~


Pepagi ni, aku mulakan segala kerja rumah dengan meng'update' blog... Lepas, mop lantai, ngadap lappy jap sblum menyiapkan segala kerja umah yg lain...

Semalam merupakan, waktu bercuti aku.. Orang lain mula cuti dah berjalan sana sini, aku x ke mana-mana sbbnya, suamiku MC sampai 2 minggu, gara-gara tergelincir dan jatuh tangga dkt umah kami.. Kesannya retak satu tulang rusuk belakang belah kiri... So, x kemana-mana, utk pastikan dia betul2 sembuh.. DAlam tempoh tu, semalam dia dah betul2 ok... Dan dah boleh mulakan kerja2 part time, 

Lepas hubby pasang sticker kat kete sorg customer, kami grak ke One Baby World.. Mencari cooler bag baru utk Faiqah. Cooler bag yg ada dah koyak plak.. Dlm perjalanan tu, dapat calling dari Abg Riz (abg ipar suamiku), ajak g tengok pameran Proton di Stadium BUkit Jalil..tapi petang...

Lepas beli cooler bag kt One Baby World... masa tu masih awl g, belum masuk Zohor pun, plan nak balik umah jap, tapi elok dh dekat nk sampai umah, Abg Riz, terus ajak g sana.. so, x jadi balik dan kami singgah di Petronas utk solat Zohor... Lepas solat terus gerak ke Stadium BUkit Jalil melalui Jln. Kuching dan naik L/raya NPE sbb nak elakkan jammed kat MRR2...

Sampai masa tu dan dekat kul 3.. memang ramai org... tapi mestilah kebanyakkan nya geng2 proton la kan..
So, cari abg riz n kak long.. diorg dekat dgn litar.. tgk persmbahan drift kereta.. Mulanye kete biasa2 je.. kte rally.. dalm kul 4 persmbhan F1 dari LOTUS... HUi.. bengit telinga.. aku peluk n pegg telinga Faiqah... ialah leh pecah gegendang ooo... tapi sikit pun x terkejut or nangis, aku tutup telinga dia blh nk tido plak.. Sabor je la si budak bertuah Faiqah ni.. 

Lepas letih tengok, kami balik dalam jam 4.30.. panas dan penat, maklumlah, Ari ahad suamiku kena duty.. so, smpai umah dlm jam 6 ptg...  

Jom layan beberapa pic yg aku amik...



Faiqah nk jalan2...

Ni je lah kesempatan cuti sekolah kali ni... Next cuti tak tahu lah ke mana pula.. Bergantung pada cuti suamiku la pula... 

Pen off here.. See u again.. Wassalam..~

16 Mac 2012

Teknik penyusuan susu ibu

Teknik penyusuan susu ibu

Permulaan awal
Menyusu bayi perlu dimulakan secepat mungkin sejurus selepas bayi dilahirkan. Kajian telah menunjukkan bahawa dalam masa 2 jam selepas kelahiran, bayi berada dalam keadaan peka yang disertai dengan refleks hisapan yang kuat. Pada masa inilah bayi tidak sabar untuk berada dalam pelukan anda di samping menggesel dan menjilat puting anda. Dia mungkin ingin terus menyusu dan akan melekap pada payu dara anda untuk merasakan kenikmatan susu yang pertama (kolostrum).

Penyusuan awal ini akan meninggalkan kesan yang mendalam dan ia membantu ke arah satu permulaan yang baik. Memulakan penyusuan lebih awal memanglah baik tetapi dalam keadaan tertentu ianya tidak dapat dilakukan dan anda tidak boleh memaksa bayi anda untuk menghisap susu anda. Jika ini terjadi anda tidak perlu merasa kecewa. Terdapat ramai ibu yang lewat memulakan penyusuan susu badan tetapi akhirnya berjaya menjalin hubungan yang baik dengan bayi mereka. Teruskan memberi bayi anda peluang untuk menyesuaikan diri dengan kemahiran baru ini.

Penyusuan pertama selepas kelahiran 
Selepas sahaja bersalin, letakkan bayi anda ke dada atau di atas perut anda, bersentuhan kulit ke kulit. Bayi sebenarnya sangat peka terhadap persekitarannya selepas dilahirkan, dan mereka juga selalunya lapar. Penyusuan pertamanya boleh diberi dalam masa 30 minit hingga sejam selepas dilahirkan. Susu manusia yang awal memberi perlindungan yang baik terhadap sebarang jangkitan. Susu ibu dapat membekalkan zat-zat makanan atau nutrien kepada bayi untuk mencegah paras gula yang rendah di dalam darah. Rasa awal susu yang dihisap itu akan merangsang bayi untuk menyusu dengan lebih baik pada masa akan datang.

Jika anda bersalin dengan normal, anda boleh menyusukan bayi di katil atau di atas kerusi dengan cara seperti berikut:
  • Berbaring mengiring dengan bayi menghadap anda. 
  • Dukung bayi dengan kepalanya berada di atas lengan anda. Sokong dengan lembut belakang badan dan punggung bayi. 
  • Ketika menyusukan bayi dengan cara ini, pastikan keseluruhan tubuh bayi menghala ke badan anda dan bukan ke arah siling. 
  • Jika anda melahirkan anak melalui pembedahan Caesarean, anda bolehlah menyusu seperti berikut:
  • Duduk dan letakkan satu atau dua biji bantal tambahan untuk menyokong bayi dan melindungi luka pembedahan anda. 
  • Berbaring mengiring dengan bayi menghadap anda. 
  • Gunakan teknik kedudukan mengiring dan pastikan anda sentiasa dalam keadaan selesa. 
  • Jangan merasa malu untuk mendapatkan pertolongan semasa mula menyusu kali pertama. Anda perlu melalui beberapa sesi penyusuan sebelum dapat menguasai kemahiran ini.

Tinggal sebilik dengan bayi anda (Rooming-in) 
Apabila bayi diletakkan bersama-sama anda dalam satu bilik selepas bersalin, ia memberikan banyak masa dan peluang untuk anda berlatih menyusukannya. Amalan tinggal bersama bayi ini telah terbukti boleh menyumbang kepada kejayaan sesuatu penyusuan. Jika anda menghadapi kesukaran, berjumpalah penasihat penyusuan atau jururawat. Semasa berada di hospital, anda perlu memaklumkan jururawat atau bidan supaya tidak memberi makanan lain (susu formula atau air) atau puting sedut kepada bayi anda. Susu formula dan air tidak perlu diberi. Ia boleh mengelirukan bayi kerana bayi sedang belajar menyusu susu ibunya.

Menyusu bayi lebih awal dan kerap 
Bayi anda perlu disusukan sekurang-kurangnya setiap 2 hingga 3 jam. Menyusu bayi lebih awal dan kerap dapat menbantu melembutkan payu dara dan memudahkannya untuk dipegang. Ia juga membantu mengurang atau mencegah payu dara dari membengkak. Awasi tanda-tanda bayi lapar seperti bunyi menghisap atau pergerakan bibir, pergerakan mata yang cepat ketika tidur dan perubahan riak wajahnya. Cuba ramalkan rasa lapar bayi anda melalui tanda-tanda ini. Menyusu berpandukan isyarat ini membantu menghasilkan lebih banyak susu. Lebih kerap bayi anda menetek lebih banyak susu akan dihasilkan.

Sumber: Facebook
Tips Banyakkan Susu Badan

Tips Banyakkan Susu Badan

Rahsianya mudah sahaja. Sudah semestinya anda memerlukan payu dara dan paling penting bayi untuk disusukan. Seperti yang umum sedia maklum, payu dara perlu mendapat lebih banyak rangsangan daripada bayi bagi meningkatkan penghasilan susu. Selanjutnya, anda perlu melakukan beberapa perkara penting lain dalam usaha membuahkan hasil seperti yang diimpikan.

1. Kerapkan Menyusu
Susukan bayi sekurang-kurangnya setiap 3 jam pada siang hari. Jika bayi tidur lebih daripada 3 jam, kejutkan dia untuk menyusu. Pada waktu malam pula, kejutkan bayi untuk menyusu tambahan terutamanya jika dia tidur lebih daripada 4 - 5 jam.

2. Jangan tunggu payu dara penuh
Ada sesetengah wanita suka menjadikan payu dara penuh sebagai petunjuk bahawa bayinya perlu disusukan. Itu salah! Yakinlah bahawa payu dara sentiasa mengandungi susu dan apabila bayi disusukan, ia akan bekerja keras untuk menghasilkan lebih banyak susu. Kajian menunjukkan bahawa tahap lemak dalam susu adalah lebih tinggi apabila tempoh antara satu penyusuan dengan yang lain adalah singkat. Ini bererti, jika anda menyusukan bayi beberapa minit selepas selesai menyusukan bayi (ketika anda beranggapan payu dara “kosong”), dia akan memperoleh susu tinggi kandungan lemak yang dapat membantunya menambah berat badan.

3. Menyusu Lebih Lama
Jangan hadkan masa setiap kali menyusukan bayi di sebelah payu dara. Biarkan dia menyusu sebelah bahagian sehingga puas sebelum menawarkannya menyusu di bahagian payu dara yang lain. Ini akan memberinya peluang untuk mendapatkan susu berlemak tinggi (hindmilk). Jika anda terlalu cepat menawarkan payu dara sebelah lagi, dia hanya mendapat foremilk, di mana hanya perutnya sahaja penuh tetapi tidak memberi kalori mencukupi untuk tumbesarannya.

4. Penyusuan Dua kali
Selepas anda menyusukan bayi, sendawakan dia. Langkah ini menjurus ruang di dalam perutnya untuk memuatkan lebih banyak susu. Kemudian, susukan dia semula. Cara ini turut merangsang payu dara untuk menghasilkan lebih banyak susu.

5. Bogelkan Bayi 
Sewaktu menyusu, bogelkan bayi (kecuali lampinnya). Sentuhan kulit ke kulit membantu bayi kekal sedar daripada lena. Untuk memaksimumkan sentuhan kulit, buka coli dan pakai baju yang mempunyai butang di bahagian depan. Bagi mengelakkan bayi kesejukan pula, selimutkan dia ketika menyusu.

6. Penyusuan Malam
Amalan menyusukan bayi di waktu malam sangat bagus kerana ia merangsang peningkatan susu. Ini kerana di waktu malam, anda berdua lebih relaks lalu membolehkan bayi menyusu lebih lama dan kerap. Penyusuan malam turut merangsang hormon prolaktin yang memainkan peranannya menghasilkan lebih banyak susu.

7. Penyusuan Baby Sling
Bayi memang suka jika berada dekat dengan anda. Secara tidak langsung, ia boleh merangsang dia untuk kerap menyusu. Jadi, gunakan baby sling di antara waktu penyusuan walaupun ketika itu dia sedang tidur. Pasti anda terkejut apabila mendapati dengan cara ini dia menyusu dengan lebih baik.

8. Fikir Bayi, Fikir Susu
Ketika menyusu, belailah bayi. Amalan ini dikenali sebagai grooming. Langkah ini tanpa disedari merangsang penghasilan susu. Antara lain, di antara waktu penyusuan dan sejurus sebelum sesi penyusuan bayangkan bayi sedang menyusu di payu dara anda. Cara ini, akan merangsang payu dara untuk mengeluarkan lebih banyak susu.

9. Urutan
Teknik urutan payu dara yang betul akan membantu susu mengalir dengan lancar. Apatah lagi sewaktu anda mengalami bengkak susu ataupun sakit puting. Untuk itu, anda perlu menuam payu dara dengan tuala yang telah direndam di dalam sir suam. Anda boleh pelajari teknik mengurut menerusi www.breastfeedingproblems.com 

10. Minum Air
Pastikan anda minum banyak air sepanjang tempoh penyusuan mahupun pemerahan susu. Anda digalakkan minum 3.1 liter air iaitu kira-kira 13 cawan setiap hari.

sources: Majalah Pa & Ma, Julai 2011

Petua mudah untuk banyakkan susu ibu dengan melakukan amalan2 berikut.. Buat yang asas, pastikan buat yang asas, jika tidak berhasil, baru cari usaha lain seperti milk booster dan produk2 sampingan...  
Maklumat ni saya ambil dari Facebook melalui Group KIM.. untuk perkongsian bersama.. 
<sbb de ibu2 suka gugel, dari search doc dr group tu.. so, ada baiknya saya kecilkan skop kupasan dan kongsi kat blog saya ni... semoga ianya bermanfaat utk semua...>
Perlu Ke Stock Waktu Berpantang???

Perlu Ke Stock Waktu Berpantang???

Salam semua.. Salam Jumaat dan selamat tengah hari... 

Ketika kaum adam sibuk menambah pahala, menunaikan Fardhu Jumaat, aku pun nak tambah pahala dgn berkongsi ilmu sedikit hal penyusuan..

Perlu ke ibu2 buat stock seawal mungkin , maksudnya: masih dalam pantang.. ???

Jawapan yang sesuai ku berikan adalah, berdasarkan pengalaman dan pengamatanku, bagi ibu2 bekerjaya, usah terburu-buru mengejar untuk mengepam susu dan membuat stock yang menimbun, semata-mata, takut susu tak cukup bila nak bekerja nanti.. Apa yang harus dilakukan ialah, teruskan menyusu bayi anda, dengan sekerap mungkin. Kenapa??? Sebabnya, bayi yang baru dilahirkan perlukan sedikit masa untuk sesuaikan dirinya dengan persekitaran di luar... Di alam rahim, bayi berasa selesa dan selamat, tetapi di luar, dunia yang luas, bayi merasakan sesuatu yg baru baginya.. Sebab itu ada sesetengah bayi, berasa tidak selamat dan menangis. 

Perlu diingatkan... Bayi menangis bukan semata-mata sebab LAPAR. tetapi banyak faktor lain... Antaranya, perut yang tidak selesa, keadaan yang sunyi atau terlalu bising, persekitaran dan cuaca panas atau sejuk.... serta faktor2 spiritual... So, bagi masa utk bayi anda untuk mengenal anda sebagai ibunya, banyakkan bercakap2 dan bermain serta mengurut bayi anda sekerap mungkin... Boleh pump susu ketika bayi tidur dan selepas bayi menyusu kekenyangan...

Sya juga buat stock susu, tetapi bermula selepas hari yang ke-50... Saya mulakan dengan membuat Power Pumping, sebanyak 3jam dan setiap sesi selama 45minit. Hasil pertama saya perolehi, 3oz shaja.. Namun saya teruskan mengepam dan mengepam selama seminggu dan hasilnya lebih 100oz terhasil... 

Jangan terburu-buru mengejar stock, tetapi kasih sayang anda pada bayi sangat diperlukan ketika dalam pantang.. Lebihkan menyusu bayi dari mengepam, semakin kerap bayi menyusu anda secara tidak langsung mengosongkan breast dan ni menyebabkan lebih banyak susu akan terhasil... 

Biasanya, breast akan membengkak, selepas seminggu kelahiran dan bila pump xnak keluar dan susu yang keluar mungkin sikit, knapa begitu??? Sebabnya, susu itu hanya untuk bayi anda, anda boleh kurangkan bengkak susu dengan tuam dengan tuala yang dicelup air panas, ulang2 hingga bengkak surut.. dan mengurut air dari rambut ketika mandi, juga boleh mengurangkan bengkak susu... Ni antara petua org lama2 yang saya amalkan... Alhamdulillah berkesan...

Jangan cemas dan risau... sbb nnt lagi akan mengurangkan penghasilan susu.. Minda dan emosi perlukan kebijaksanaannya utk dikawal sebaik mungkin ketika dalam pantang...

Moment terindah adalah ketika kita mula bergelar ibu, setiap kesusahan dan kepayahn hnya sementara dan kenangan tu akan jadi yg paling indah utk diingati... 
Nutrisi Untuk Otak Bayi

Nutrisi Untuk Otak Bayi

salam semua..

Lama rasa x mencoret kan.. huhu.. bukan malas, tapi buka je new post hilang idea.. HAri jumaat ni, rasa nk berkongsi sesuatu hasil pembacaan di internet... Hal anak2.. Lepas bgi Faiqah makan susu tambah dengan nestum, baca pula hal pemakanan anak... Apa yg penting utk otak bayi??? JOm baca sini:
*****************************************************************

Otak kanak-kanak memerlukan nutrien yang mencukupi agar dapat berfungsi secara optimum. Pada peringkat awal usia, otak kanak-kanak berkembang dengan begitu pesat. Hasilnya, pada usia lima tahun, perkembangan otak mereka sudah mencapai 90 peratus dan kadar tersebut sangat berkait rapat dengan pemakanannya.

Untuk perkembangan otak, ada beberapa nutrisi penting yang diperlukan. Antaranya ialah DHA (asid dokosaheksaenoik), zat besi, zink dan asid folik.

DHA
DHA atau asid dokosaheksaenoik merupakan sejenis asid lemak omega-3 yang boleh didapati dalam setiap sel pada tubuh. DHA penting untuk perkembangan otak, mata dan sistem saraf pusat. Kajian yang dijalankan oleh Perbadanan Keselamatan Pemakanan Eropah (EFSA) mendapati kanak-kanak berusia enam bulan sehingga dua tahun memerlukan sebanyak 100 miligram DHA untuk perkembangan otak mereka.

DHA merupakan elemen utama yang diperlukan untuk membentuk sel membran neuron yang menjadi penghubung antara sel yang lain serta mempengaruhi fungsi neurotransimitter acetylcholine dan membantu sel otak berhubung. Memberi anak diet harian yang kaya dengan DHA akan menjadikannya lebih fokus dan dapat memberi penuh tumpuan ketika bermain dan belajar. Antara makanan yang mengandungi DHA ialah ikan, telur dan ayam.

Zat Besi
Zat besi sangat penting untuk memudahkan pembentukan hemoglobin dalam sel darah merah dan mencegah anemia. Ketahuilah bahawa otak kanak-kanak sensitif terhadap paras zat besi yang rendah. Kekurangan zat besi yang berlaku di kalangan kanak-kanak boleh merencatkan keupayaan pembelajaran mereka. Pada masa yang sama, kekurangan tersebut turut menyebabkan mereka hilang tumpuan, wujud simptom Attention Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD), pucat dan lesu. Penyelidik mendapati zat besi membantu meningkatkan aktiviti neurotransmiter di dalam otak. Sumber makanan yang kaya zat besi ialah seperti daging merah, hati, limpa, ikan bilis, tauhu dan tempe.

Zink
Zink penting untuk fungsi otak yang betul dan kekurangan zat besi dikaitkan dengan kelemahan kognitif. Kekurangan zink akan menyebabkan tumbesaran kanak-kanak terbantut, penurunan fungsi imuniti dan kurang selera makan. Daging dan makanan laut adalah sumber terbaik zink. Kekacang, germa gandum, bijirin penuh, makanan laut dan daging mempunyai kandungan zink yang tinggi.

Asid Folik
Asid folik yang juga dikenali sebagai folate merupakan mineral yang diperlukan untuk pertumbuhan sempurna bagi seseorang kanak-kanak. Asid ini penting bagi pembinaan DNA dalam setiap sel. DNA berperanan sebagai penyimpan maklumat bagi sel tersebut. Kanak-kanak yang kekurangan asid folik akan letih, lesu, kurang tumpuan, cepat marah dan pelupa. Sayur-sayuran hijau adalah sumber asid folik yang terbaik.

Makanan yang perlu dielakkan :

1. Makanan Bergaram
Makanan yang mengandungi terlalu banyak garam bukan sahaja menjadi pemangkin kepada masalah tekanan darah tinggi dan arteriosclerosis tetapi juga boleh merosakkan arteri. Keadaan ini seterusnya memberi kesan kepada bekalan darah ke tisu otak yang akan menyebabkan sel-sel otak mengalami ischaemia dan hypoxia yang menyebabkan hilang memori dan otak terencat. Keperluan garam bagi tubuh ialah 7 gram untuk orang dewasa dan kurang daripada 4 gram sehari bagi kanak-kanak. Oleh itu, ibu bapa dinasihatkan agar kurangkan memberi anak makanan yang banyak garam seperti jeruk dan makanan ringan.

2. Makanan Yang Mengandungi MSG
Kajian perubatan menunjukkan bahawa ibu hamil yang selalu makan makanan yang mengandungi MSG atau monosodium glutamate pada peringkat akhir kehamilan boleh menyebabkan kekurangan zink pada bayi yang dikandunginya. Kekurangan zink boleh menyebabkan gangguan otak, pertumbuhan terencat, disleksia serta daya tahan penyakit terjejas. Tanda seseorang kanak-kanak itu kekurangan zink dapat dilihat apabila mereka tiada selera, hilang deria rasa dan susah sembuh. Oleh yang demikian, World Health Organization menggalakkan agar wanita hamil dan kanak-kanak tidak diberi makanan yang mengandungi MSG.

3. Plumbum
Kandungan plumbum yang tinggi dalam tubuh sangat membahayakan. Plumbum boleh mengganggu fungsi otak manusia. Kanak -kanak yang terlibat dengan masalah ini boleh menjadi hiperaktif dan mendapat sawan. Umumnya, plumbum yang terdapat di persekitaran boleh diperoleh daripada tanah yang tercemar, serpihan-serpihan cat, debu yang mengandungi plumbum, air yang dimasak atau disimpan di dalam bekas yang mengandungi plumbum, buah-buahan terutama yang berasid yang diletakkan dalam bekas berplumbum dan pensel warna serta warna air (apabila dimasukkan ke dalam mulut).

Dari segi biologi, plumbum sebenarnya tidak mempunyai apa-apa nilai dalam tubuh walaupun di dalam kepekatan yang paling kecil. Oleh itu kepekatan yang paling sesuai bagi kandungan plumbum dalam darah ialah sifar. Kanak-kanak lebih terdedah kepada bahaya dan keracunan plumbum kerana plumbum mudah diserap oleh tubuh yang sedang berkembang. Pengumpulannya di dalam badan yang sedang membesar akan mengganggu pertumbuhan semula jadi sel-sel di dalam tubuh.
Kanak-kanak mudah terdedah kepada kandungan plumbum tinggi terutama bagi yang gemar memasukkan apa juga barangan ke dalam mulut mereka. Kanak-kanak juga berupaya menyerap 50 peratus plumbum lebih tinggi berbanding orang dewasa. Kadar penyerapan ini meningkat sekiranya seseorang kanak-kanak itu mengalami kekurangan zat makanan. Kajian perubatan menunjukkan bahawa plumbum boleh membunuh sel otak dan merosakkan otak.

Sumber: Majalah Pa&Ma

10 Mac 2012

Bubur Faiqah

Salam.. selamat bercuti  bg yg bergelar guru... 


Aku turut bercuti.. ditemani suami yg MC x habis lagi akibat jatuh tangga, dan ditemani si comel Faiqah.. Mula cuti, aku dah tekad, nak masak bubur kat Faiqah... So, aku menggodek2 gugel, mencari resepi memasak bbur. Mula dulu mmg aku de bgi mkn bubur sblum bgi Faiqah makan biskut Farley... Tapi tak menepati cita rasa Faiqah... Siap tanak, buh ayam dan carrot lagi.. tapi terbuang gtu je... 

So, ku mencari lagi resepi lain... Akhirnya aku jumpe satu resepi nak buat bubur yg snang dan agak jimat masa. Caranya:

Goreng beras tanpa minyak, 
goreng hingga kekuningan,
Kemudian, dah sejuk sikit, kisar hingga halus menggunakan mesin pengisar kering,
Nak bagi bby makan, amik jumlah yg biasa bby makan, masak dgn air di atas api yg sederhana hingga mendidih.. Kemudian, dh didih, blh angkat dan bg bby mkn,,, blh juga cmpur dengan susu utk buat nasi perisa susu... 

Cara ni aku buat mmg Faiqah makan.. Alhamdulillah.. kenyang gak dia.. Lepas mkn nasi kasi makan anggur pula.. Memang berselera.. Lepas makan anggur, msti dia nk juga ngempeng kejap ngn ummi.. so, ummi layan kan aje..

Memang best, dan puas hati buat bubur, dan baby makan dgn selera skali.. 

Cuti2, golek2 ngan baby mmg best dan rasa nikmat jadi ibu dan isteri... hehehe...
cukup lah smpai kat sini bebelan ku kali ni.. dah x tahu nk bebel pe lgi.. 
~jumpe lagi~ Wassalam... 

P/s: Nak lain2 resepi dan cara memasak bubur bayi blh Klik Sini

09 Mac 2012

Mendidik Anak Menurut Cendiakawan Islam

Mendidik Anak Menurut Cendiakawan Islam

Ibn Sina: ibu bapa hendaklah menumpukan sepenuh perhatian mereka kpd anak2. Jangan sekali-kali menjadikan anak2 mangsa kpd kemarahan dan ibu bapa perlu mengetahui waktu yg disenangi oleh anak2 untuk menerima nasihat serta menjauhkan mereka daripada perkara yg dibencinya.

Ibn Jazzar Al-Qairawi dan Abu Abdullah Al-Khatib melarang menakutkan anak2 dengan gambar2 yang mengerikan. Sebab tu jgn galakkn knk2 tgk citer2 seram yg de kat TV atau wayang atau VCD dll sumber hiburan...

Ibn Khatib: jauhilah daripada menggunakan suara-suara yang menakutkan seperti bunyi petir, pekikan, suara guruh, marah dan sebagainya. Menjerit atau memarahinya dgn suara yg kuat juga memberi kesan negatif apabila dewasa.

‘Arib Bin Said: menguatkan teorinya “Anak2 akan menjadi lemah badannya, mudah layu, penat dan mungkin menjadi “bebal” bila kerap ditakut-takutkan.”

Imam Al-Ghazali: tidak sepatutnya anak2 dihukum atas kesilapannya yg pertama kali dilakukan, sebaliknya ibu bapa perlu berbuat tidak tahu lebih2 lagi apabila si anak berusaha menyembunyikannya.
Jika anak2 terus melakukannya boleh lah menghukumnya secara sembunyi dan elakkan dari diketahui oleh org lain. Jangan sekali-kali mengeluarkan kata2 pencelaan supaya tidak membiasakan anak mendengar perkataan itu dan mengikutinya.

Imam Al-Qobisi: Kemaafan lebih baik dari daripada hukuman. Beliau berkata: “Para pendidik juga dinasihatkan tidak menghukum anak2 dgn cara melarang mereka daripada makan dan minum atau drpd bermain kerana ia adalah satu hukuman yg keras.”

Anak2 tidak mampu mengahdapi hukuman itu kerana makanan adalah keperluan utamanya dan larangan sedemikian akan menjadikannya gelojoh dan mencuri bagi memenuhi hajatnya apabila dewasa. Menghalang anak daripada bermain walaupun sebentar pula akan mengakibatkan kelambatan tumbesarannya.
*********************************************************************************
Hasil pembacaan saya dari buku karangan Ustaz Zahzan Mohamed yang bertajuk “Anakku Hebat, Anakku Soleh”, terbitan Telaga Biru Sdn. Bhd. Buku ni memang bagus utk panduan ibu bapa dan bakal bergelar ibu dan bapa serta para pendidik.. Sya suka buku ni sbb saya ada anak dan mendidik anak org lain juga... Semoga perkongsian ni bermanfaat utk semua..:) 

06 Mac 2012

Suatu Ketika Dahulu

Suatu Ketika Dahulu

salam semua..


Memalam rasa nk mencoret ja... Hehe..

Ada kisah lucu sebenarnya.. Idea entry ni dapat dari status FB, kwn ku... yg ku pggil kak ha... kak ni de blog gak, Kisah Cikgu Farha...

Apa yg lucunya, status dia pasal sedang stdy pasal nk kena interview SPP, aku mmg dh lepas lama dh interview ni.. waktu dapat interview, aku sdg sarat prgnant nak masuk 7 bulan... 

Memang rezeki aku awal sbb aku x jgka kena interview awal sbbnya aku isi borg permohonan on9 tu lmbat, lebih 2 bulan lpas posting baru mohon, so, aku budjet dalam bulan 8 atau 9 baru dapat pggilan interview, tapi x sangka lak, bulan 7 dah dipanggil interview... 

Yang lucunye, org x perasan aku prgnant, dan penemuduga anggap aku x khwin g sbb group yg diinterview tu mmg semua x khwin g.. msa tu aku pkai jubah n tudung labuh.. mmg x perasan sbb tubuh aku kecik je.. 

Memang lucu sgt, smp org ingat aku ank dara lagi... Bila kenang2 balik mmg lucu sikit kn.. Selepas interview, tggu result juga satu cbran... mendebarkn... Namun, masa aku berpantang, Alhamdulillah, aku lulus dan di sahkan tetap.. dan sebb tu juga, usia Faiqah x smp seblan aku dh bawa dia jalan2 kt KL... utk urusan pengesahan jawatan tetap... sekrang alhdmdulillah dah stabil kerjayaku... 

Alhamdulillah...
Kepada kak ha, ku ucapkan semoga berjaya dlm temuduga SPP, insya-Allah rezeki anak akan ada nnti insya-Allah.. buat yg terbaik... 

05 Mac 2012

Rancangan Kegemaran Faiqah

Salam petang..

Petang2 ni, hujan lak tu, smbil menikmati keropok ikan, terasa jari ni nak menari atas keyboard, meng’update blog yg x seberapa ni.. blog ni dalm proses nk wat design header baru… tggukan kemunculannya…

Kali ni kisah Faiqah, si comei kami yg dah masuk 6 bulan.. Alhamdulillah 6 bulan juga dia membesar dgn susu badan… Sekarang bukan main keletah dan aktif serta sangat2 ceria.. mudah sangat tersenyum.. Bangun tido senyum dan ketawa.. sbb mmg aku dh pesan dr kecik, bangun tido kena senyum ea sayang, jangan nangis… so, mmg dia senyum je…

Faiqah dididik dlm persekitaran yg sedrhana, ku dan suami bagi juga dia tengok rancangan2 menarik di Tv, dan sekarang dia ada rncngn yg mmg dia suka… Antaranya,
1) Jam 8.00pg, rancangan Adik & Al-Quran di TV9 setiap Isnin - Khamis
2) Jam 8.30pg, rancangan Geng Bahasa Arab di TV9 setiap Isnin – Khamis

3) Upin Ipin, yang ni aku dah download je dari YouTube
4) Kartun di TV Al-Hijrah
5) Kartun Spongebob
6) Kartun Wonder Pets
7) Kartun Boboiboy

Itu antara rancangan kegemaran Faiqah… yg berunsur pengajaran dan kartun2 utk kanak2, rancangan hiburan dan berunsur ganas langsung x bg tengok, wlaupun drama berunsur cinta, kami pastikan dia tido baru aku dan suami tgk.. sbb xnk dia terpengaruh.. umr seusia dia mmg dh nmpak dan mudah dirakam dalam mindanya apa yg dia lihat…

Rancangan berunsur keagamaan mmg selalu dibuka.. Lau hiburan mmg ummi dan abi Faiqah pun x minat…

So, itu je lah perkongsian entry ku ptg ni… layannnn… W’salam… 

04 Mac 2012

Kebaikan susu ibu kepada suami

Kebaikan susu ibu kepada suami


1) Pasti tidak memerlukan kos membeli susu tepung, jika beli alatan mengepam hanya sekali tapi blh digunakan berulang-ulang kali utk anak seterusnya... Maksudnya pelaburan sekali shja..

2) Tidak perlu bangun malam2 nk bancuh susu

3) Tidak perlu bawa berbakul2 dan peralatan membancuh susu, mgkin yg perlu dibawa hnya termos atau warmer shja, jika isterinya df lgsung x pyh bawa apa2 kecuali nursing cover

4) Insya-Allah tidak perlu keluarkan kos perubatan yg tinggi... sbb terbukti dan kebanyakan anak2 yg menyusu bdan kurang dan jarang diserang penyakit...

5) Insya-Allah, isteri2 anda sihat dan x mudah sakit dan dilindungi dari sakit kanser payudara dan sakit kanser pangkal rahim...

Jadi sokong lah isteri2 anda menyusu badan.. Anugerah yg x ternilai... :)
Apa lagi alasan suami2 jika tak nak isteri menyusukan anak2 sndiri... :)