07 Februari 2012

5 langkah Untuk Meningkatkan kadar Metabolisme Badan.

5 langkah Untuk Meningkatkan kadar Metabolisme Badan.

Memakan Secara Lebih Kerap
Anda perlu makan secara sedikit tetapi kerap. Kekerapan yang sesuai adalah 5-6 kali sehari. Ini akan membuatkan anda sentiasa fikir yang anda sentiasa kenyang disebabkan banyak kali makan. Ini akan membuatkan kadar metabolisme badan anda meningkat disenbabkan proses penghadaman anda sentiasa berjalan berbanding dengan hanya 3 makan berat dalam sehai.

Dianggarkan sebanyak 10% daripada Kalori yang diambil dalam pemakanan anda akan digunakan untuk proses pencernaan dan penyerapan makanan. Kesimpulannya, semakin kerap anda makan, semakin meningkat kadar metabolisme anda.

Memakan Makanan Yang Pedas
Makanan yang peddas mengandingi capsaicin yang mana akan meningkatkan kadar metabolisme sebanyak 50% dalam tempoh 3 jam selepas makan. Ini adalah disebabkan juga oleh meningkatnya kadar degupan jantung.

Memakan Ikan

Dengan hanya memakan ikan, anda berupaya untuk membakar hingga 400 kalori makanan. Protein dalam makanan menyebabkan badan anda terpaksa meggunakan kalori tang banyak untuk mencernakannya. Selain itu juga, kandungan Omega-3 dalam ikan juga amat bagus untuk jantung anda.


 Memakam makan yang Berunsurkan Fiber
Makanan yang berunsurkan fiber akan menyebabkan badana nda banyak menggunakan kalori untuk mencernakannya.

Bebarapa fakta penting berkenna fiber dan kalori adalah:

a)                  Untuk sesetengah makanan yang mengandungi fiber, badan memerlukan lebih atauapun hamper sama kalori untuk mencernakan makanan tersebut.
b)                  Sayuran yang mempuyai daun hijau yang gelap adalah sumber fiber yang bagus. Selain itu, buahak yang dikeringkan juga adalah merupoakan sumber fiber yang sangat bagus. Contohnya adalah Aduki, Fava beans, whole wheat, pasta, raspberries, bran dan barli.
c)                  Gunakan air yang secukuonya bila memakan makanan yang berunsurkan fiber. Jika tidak, fiber akan mengumpulkan air dan nutrient lain dalam badan anda.

Meminum air yang secukupnya.

Meminu air yg secukupnya akan membolehkan badan anda bekerja seoptimum yang mungkin. Bila proses pencerananberlaku semaksimum munkkin , tubuh anda akan menggunakan banyak kalori.

Anda boleh mencampukan sepotong lemon dalam air anfda bagi memverikan rsdkit rasa.

(Sumber: www.rmcent.com)

06 Februari 2012

:: FAKTA HAIWAN ::

:: FAKTA HAIWAN ::

Bagi anda yg mncintai alam dan haiwan.. jom lihat fakta2 menarik haiwan ciptaan Allah ni... hebat2 semuanya...
**********************************************************************************
  • Kucing boleh menjadi pemburu maut dan sangat suka menyelinap, apabila ia berjalan tapak kaki belakangnya hampir memijak tepat pada bekas tapak kaki hadapan sebelumnya, ini akan mengurangkan bunyi ke tahap minimum dan menghadkan kesan yang boleh dilihat.
  • Anjing mempunyai deria hidu yang luar biasa. Ia mampu membezakan bauan dalam tumpuan hampir 100 juta kali lebih rendah daripada manusia mampu lakukan.              
  • Anjing mempunyai deria pendengaran yang lebih tinggi daripada manusia, mampu mendengar bunyian pada jarak empat kali ganda.
  • Harimau merupakan perenang yang bagus dan boleh berenang hingga 6 kilometer. Harimau putih yang jarang dijumpai mempunyai gene yang hanya ada dalam kira-kira 1 dalam setiap 10000 harimau.
  • Sesetengah jerung sentiasa bergerak seluruh hidupnya. Ini memaksa air ke dalam insangnya, menghantar oksigen ke aliran darah. Jika jerung berhenti bergerak, ia akan lemas dan mati.
  • Seekor anak jerung yang baru lahir telah bersiap sedia untuk menjaga dirinya sendiri. Ibu jerung akan meninggalkan anaknya untuk menjaga dirinya sendiri dan anak itu biasanya cepat melarikan diri sebelum ibunya cuba memakannya!
  • Ikan Paus Pembunuh (juga dikenali sebagai Orca) adalah sebenarnya sejenis ikan lumba-lumba.
  • Ikan lumba-lumba merupakan haiwan karnivor (pemakan daging).
  • Singa merupakan spesies kucing besar yang kedua terbesar di dunia (selepas harimau)
  • Singa yang hidup liar mempunyai hayat hingga kira-kira 12 tahun dan berehat kira-kira 20 jam sehari.
  • Gorila merupakan haiwan herbivor. Ia menghabiskan masanya mencari makanan dan memakan buluh, tumbuh-tumbuhan berdaun dan kadang kala serangga. Gorila dewasa boleh makan hingga 30 kilogram makanan sehari.
  • Katak adalah haiwan amfibia. Haiwan amfibia boleh hidup di atas darat dan di dalam air. Katak boleh melihat ke depan, ke tepi dan ke atas semuanya pada masa yang sama. Ia tidak pernah tutup matanya walaupun ia tidur.
  • Cheetah adalah satu-satunya kucing besar yang tidak boleh mengaum. Ia boleh berkeruh dan biasanya berkeruh paling kuat apabila ia membersihkan diri atau duduk berdekatan dengan cheetah lain. Cheetah tidak boleh memanjat pokok dan mempunyai penglihatan yang kurang baik pada waktu malam.
  • Waktu minum adalah waktu yang paling berbahaya bagi zirafah. Semasa ia sedang minum, ia tidak dapat melihat dan mencegah penyerang dan dari itu ia mudah diserang.
  • Walaupun leher zirafah berukuran 1.5 – 1.8 meter, ia mengandungi bilangan vertebra yang sama seperti leher manusia.
  • Gajah adalah mamalia darat yang paling besar di dunia. Gajah boleh berenang – ia menggunakan belalainya untuk bernafas seperti snorkel di dalam perairan dalam. Gajah tidak mempunyai penyerang semula jadi.
  • Badan harimau bintang dijadikan untuk berburu. Ia mempunyai badan yang licin, teguh dan boleh berlari pada kelajuan hingga 57 kilometer sejam. Ia juga perenang dan pemanjat yang hebat dan boleh meloncat dan melompat pada jarak jauh.
  • Bibir bawah ikan paus yang melengkung menyerupai seolah-olah ia sedang senyum! Namun, ini bukannya senyuman “asli” kerana longgokan lemak di kepalanya menghalang otot-otot mukanya daripada mencecah permukaan air.
  • Serigala merupakan pemburu yang hebat dan tinggal di lebih banyak tempat di dunia daripada mamalia lain kecuali manusia. Serigala mempunyai kaki yang panjang dan banyak meluangkan masanya berlari berderap pada kelajuan 12 – 16 kilometer sejam. Sekumpulan serigala boleh berlari sekata berjam-jam dan telah diketahui bahawa mereka boleh meliputi jarak sejauh 90 kilometer dalam satu malam.
  • Tikus membiak dengan pantas hingga dalam 18 bulan, 2 ekor tikus boleh menghasilkan lebih 1 juta saudara mara.
  • Ikan paus biru boleh mengeluarkan bunyi paling kuat daripada mana-mana haiwan. Pada desibel 188, bunyi itu boleh dikesan sejauh lebih 800 kilometer.
  • Kuda dan lembu tidur sambil berdiri.
  • Ampai-ampai gergasi dari Artik mempunyai peraba yang boleh mencapai lebih 36 meter panjang.
  • Belalang juta mempunyai otot kaki yang kira-kira 1000 kali lebih kuat daripada otot manusia yang sama berat.
  • Burung berdendang (humming bird) sangat lincah dan mempunyai kawalan yang baik hingga boleh terbang ke belakang.
  • Jerung mempunyai rangka yang diperbuat daripada rawan, bukan tulang.
  • Serangga seperti lebah, nyamuk dan riang-riang membuat bunyian dengan menggerakkan kepak mereka dengan pantas.
  • Tanduk badak sumbu diperbuat daripada bulu yang dipadat bukannya tulang atau bahan-bahan lain.
  • Jerung mengeluarkan telur yang paling besar di dunia.
  • Walaupun ular pejamkan matanya, ia boleh melihat melalui kelopak matanya.
  • Tidak seperti manusia, kambing biri-biri mempunyai empat perut, setiap satu membantu menghadam makanan yang dimakan.
  • Walaupun beruang kutub kelihatan putih dan gebu, kulit sebenarnya ialah hitam.
  • Lalat rumah hanya boleh hidup selama 2 atau 3 minggu.
  • Nyamuk merupakan serangga yang menyakitkan tetapi adakah anda tahu yang hanya nyamuk betina menggigit manusia.
  • Kucing menggunakan misainya untuk memeriksa sama ada sesuatu ruang itu terlalu kecil untuk dia masuk ke dalam atau tidak.
  • Belut eletrik boleh mengeluarkan kejutan eletrik kira-kira 500 volt untuk perlindungan diri dan pemburuan.
  • Disebabkan bentuk kaki yang luar biasa, kanggaru dan emu sukar untuk berjalan mengundur ke belakang.
  • Arnab dan burung kakak tua boleh melihat belakang mereka tanpa mengerakkan kepala mereka!
  • Seekor badak air kelihatan besar tetapi ia masih boleh berlari lebih pantas daripada seorang manusia.


(Sumber: http://www.pskt.com.my/)

03 Februari 2012

:: UNIMOM vs S3 ::

Salam semua... lamanya x berbicara fasal hal penyusuan si tomei2 Faiqah... Tomei2 adalah pnggilan manja untuk si comel saya... dia mmg suka ummi dan abi panggil dia tomei2...
Stock yg x seberapa.. Alhamdulillah.. ada je rezeki Faiqah tomei2...
Ni susu tengah meriah... tu yang smpai byk ni...  Biasa sama je dgn unimom mezzo..

Ni kejap je ni.. dlm 10 minit x smpai...
Kali ni kisah, pump susu saya, Unimom dan Spectra 3... Saya ada 2 jenama pump yang digunakan setiap hari.. Unimom Mezzo dan Spectra 3... Unimom Mezzo saya gunakan ketika di tempat kerja.. antara sebab saya guna kan Unimom Mezzo adalah sebab mudah dibawa keran ringan sbb Unimom Mezzo adalah pump manual sahaja... Kenapa beli manual??? Sbb, snang, x perlu cari soket plug... Just pasang2 dan terus pump... setakat ni, Khidmat unimom mezzo sangat memuaskan hati...

Antara unimom mezzo dan Spectra 3, kedua-duanya sangat bagus.. dan menghasilkan kuantiti susu yang sama banyak, sbb bagi saya pump bukanlah faktor utama susu jadi banyak... So, x boleh nak kata susu sikit sbb pump, sbb kena teliti dulu, faktor2 lain...

Spectra 3 dah hmpir 6 bulan berkhidmat, dan unimom mezzo masih junior, baru sebulan pun x sampai lagi sbb sy gnakan di tempat kerja sahaja... Hasilnya setakat ni, 5 minit bleh dapat 6oz.. Ok lah tu kan... Alhamdulillah, rezeki Allah bagi...

Oklah, itulah kisah kedua2 pump susu saya, untuk Faiqah dan bakal anak2 saya yg akan datang.. sbb beli pump sekali je, anak akan dtg pump guna pump ni gak selagi x rosak...

~See u next entry~

*** Dinner di Jalanan ***

Salam semua...

Malam hari cuti wilayah, (1 Februari 2012), berjalan2 di malam hari mencari rezeki... Hari Wilayah, adalah cuti bagi semua yg kerja dan tinggal di Wilayah Persekutuan sama ada di Labuan, Putrajaya atau Kuala Lumpur... Aku juga x ketinggalan, tinggal di WP KL, dan kerja juga di WPKL.. so, mmg cuti lah.. Suami ku pun bercuti juga... Ari cuti 1 Februari aku rasa nak rehat sikit, memandangkan aku baru je baik dari asma, tetapi dapat MC sehari tu je... so, hari tu aku rehat, dan minta cuti memasak dari suamiku... so, dia pun ok je.. so, kami beli makanan luar je... malamnya, fikir plak, nak makan apa nih... masaknya tidak...

Dalam aku dok fikir2, suamiku dapat panggilan, nak siapkan tempahan sticker pelnggan...mulanya nak pos je, tapi disebabkan pelanggan tu dok KL je, xkan nak pos,, malasnya nak pos2 ni, so, deal la nak g tolong pasangkan... So, suami ajak aku keluar dan dia deal nak pasang kat cheras... aku menemankan aje.. Lepas pasang kami mengisi perut... Berkali suamiku sebut restoran ni... tapi malam tu aku dinner dgn suamiku di restoran tu... Namanya Restoran Cerana, belakang Petronas, Lebuh Raya Cheras-Kajang...

Masa tu dah jam 10.30 mlm... Faiqah tomei pun dah tido, so masuk la makan.. mula jejak kaki, rasa cam kekok sngt sbb aku dan suami dress simple je.. x planning pun melawa.. tapi bila masuk je, dgr bunyi air terjun, damai sngt. Hilang stress... Lepas duduk, order mkann, aku makan Nasi Goreng Cerana dan minum Jus Apple Hijau Suam, suamiku plak, order Mee Goreng dan Teh O Ais...
Comeikan backgroud di malam hari...

Faiqah yang mengantuk...

Ditemani air terjun buatan yang mendamaikan...

Menu special... Alhamdulillah...
Memang sedap mknn kat Restoran tu, harganya plak, standard la restoran yg blh wat majlis2 besar, nak buat mjlis kahwin pun blh kat situ... So, makanan sedap, harga standr dan tempat menarik memang berbaloi pun... Suamiku pun x kisah sbb bukan selalu kami makan mknan mcm tu... Ada rezeki blh bawa family plak makan kat situ... Insya-Allah...

Lepas makan, kami gerak pulang, jam 12 tgh mlm baru smpai rumah dengan perut yg kenyang... Alhamdulillah... Best sgt dapt dinner dgn yang tersayang... Bagi yg candle light dinner jom g Restoran Cerana... Laman webnya pun ada... www.cerana.com.my... Blh la nk booking utk smbut majlis atau event yg meriah2...

~Berhenti rehat sini dulu.. jumpa lagi di lain siaran~

02 Februari 2012

HAK ISTERI ATAS SUAMI

HAK ISTERI ATAS SUAMI

Pertanyaan:
Saya menikah  dengan  seorang  laki-laki  yang  usianya lebih  tua  daripada saya dengan selisih lebih dari dua puluh tahun. Namun,  saya  tidak  menganggap  perbedaan usia    sebagai   penghalang   yang   menjauhkan   saya daripadanya atau membuat saya lari  daripadanya.  Kalau dia  memperlihatkan  wajah,  lisan,  dan hatinya dengan baik sudah barang tentu hal  itu  akan  melupakan  saya terhadap  perbedaan  usia ini. Tetapi sayang, semua itu tak saya peroleh. Saya tidak pernah  mendapatkan  wajah yang  cerah,  perkataan  manis, dan perasaan hidup yang menenteramkan.   Dia   tidak   begitu   peduli   dengan keberadaan saya dan kedudukan saya sebagai isteri.

Dia  memang  tidak  bakhil  dalam  memberi  nafkah  dan pakaian, sebagaimana dia juga  tidak  pernah  menyakiti badan  saya.  Tetapi,  tentunya  bukan  cuma  ini  yang diharapkan oleh seorang isteri terhadap suaminya.  Saya melihat  posisi  saya  hanya sebagai objek santapannya, untuk  melahirkan  anak,  atau   sebagai   alat   untuk bersenang-senang  manakala  ia  butuh bersenang-senang. Inilah yang menjadikan saya merasa  bosan,  jenuh,  dan hampa.  Saya  merasakan  hidup  ini sempit. Lebih-lebih bila saya melihat teman-teman saya yang  hidup  bersama suaminya   dengan   penuh  rasa  cinta,  tenteram,  dan bahagia.

Pada suatu kesempatan saya  mengadu  kepadanya  tentang sikapnya  ini,  tetapi  dia  menjawab  dengan bertanya, "Apakah aku kurang dalam  memenuhi  hakmu?  Apakah  aku bakhil dalam memberi nafkah dan pakaian kepadamu?"

Masalah  inilah  yang ingin saya tanyakan kepada Ustadz agar suami isteri  itu  tahu:  Apakah  hanya  pemenuhan kebutuhan  material  seperti makan, minum, pakaian, dan tempat tinggal itu saja yang  menjadi  kewajiban  suami terhadap  isterinya  menurut hukum syara'? Apakah aspek kejiwaan tidak ada nilainya  dalam  pandangan  syari'at Islam yang cemerlang ini?

Saya,  dengan  fitrah  saya  dan  pengetahuan saya yang rendah ini, tidak percaya kalau ajaran Islam  demikian. Karena  itu, saya mohon kepada Ustadz untuk menjelaskan aspek psikologis  ini  dalam  kehidupan  suami  isteri, karena hal itu mempunyai dampak yang besar dalam meraih kebahagiaan dan kesakinahan sebuah rumah tangga.

Semoga Allah menjaga Ustadz.
************************************************************ 
Jawaban:

Apa yang  dipahami  oleh  saudara  penanya  berdasarkan fitrahnya   dan  pengetahuan  serta  peradabannya  yang rendah itu  merupakan  kebenaran  yang  dibawakan  oleh syari'at Islam yang cemerlang.

Syari'at   mewajibkan   kepada   suami  untuk  memenuhi kebutuhan  isterinya  yang  berupa  kebutuhan  material seperti nafkah, pakaian, tempat tinggal, pengobatan dan sebagainya, sesuai dengan kondisi masing- masing,  atau seperti  yang  dikatakan  oleh  Al  Qur'an "bil ma'ruf" (menurut cara yang ma'ruf/patut)

Namun,   Syari'at   tidak   pernah    melupakan    akan kebutuhan-kebutuhan  spiritual  yang  manusia  tidaklah bernama     manusia     kecuali      dengan      adanya kebutuhan-kebutuhan  tersebut, sebagaimana kata seorang pujangga  kuno:  "Maka  karena  jiwamu  itulah   engkau sebagai manusia, bukan cuma dengan badanmu."

Bahkan  Al Qur'an menyebut perkawinan ini sebagai salah satu ayat diantara ayat-ayat Allah di alam semesta  dan salah    satu    nikmat   yang   diberikan-Nya   kepada hamba-hamba-Nya. Firman-Nya:


"Dan  diantara  tanda-tanda  kekuasaan-Nya  ialah   Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan  merasa  tenteram  kepadanya, dan  dijadikan-Nya  diantaramu  rasa  kasih dan sayang. Sesungguhnya  pada  yang   demikian   itu   benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berpikir." (Ar Rum: 21)


Ayat ini menjadikan sasaran atau tujuan hidup  bersuami isteri ialah ketenteraman hati, cinta, dan kasih sayang antara  keduanya,  yang  semua  ini   merupakan   aspek kejiwaan,  bukan  material. Tidak ada artinya kehidupan bersuami isteri yang  sunyi  dari  aspek-aspek  maknawi ini, sehingga badan berdekatan tetapi ruh berjauhan.

Dalam  hal  ini banyak suami yang keliru - padahal diri mereka sebenarnya baik - ketika  mereka  mengira  bahwa kewajiban  mereka  terhadap isteri mereka ialah memberi nafkah, pakaian, dan tempat  tinggal,  tidak  ada  yang lain  lagi.  Dia  melupakan  bahwa  wanita (isteri) itu bukan hanya  membutuhkan  makan,  minum,  pakaian,  dan lain-lain  kebutuhan  material, tetapi juga membutuhkan perkataan yang baik,  wajah  yang  ceria,  senyum  yang manis,   sentuhan   yang  lembut,  ciuman  yang  mesra, pergaulan yang penuh kasih  sayang,  dan  belaian  yang lembut   yang   menyenangkan   hati  dan  menghilangkan kegundahan.

Imam Ghazali mengemukakan sejumlah hak suami isteri dan adab   pergaulan   diantara   mereka   yang   kehidupan berkeluarga tidak akan dapat harmonis tanpa semua  itu. Diantara  adab-adab yang dituntunkan oleh Al-Qur'an dan Sunnah itu ialah berakhlak yang  baik  terhadapnya  dan sabar dalam menghadapi godaannya. Allah berfirman:


"...  Dan gaulilah mereka (isteri-isterimu) dengan cara yang ma'ruf (patut) ..., (An Nisa': 19)

"... Dan mereka (isteri-isterimu) telah mengambil  dari kamu perjanjian yang kuat." (An Nisa': 21 )

"...  Dan  berbuat  baiklah kepada dua orang ibu bapak, karib kerabat,  anak-anak  yatim,  orang-orang  miskin, tetangga  yang  dekat  dan  tetangga  yang  jauh, teman sejawat, ibnu sabil, dan hamba sahayamu ...." (An Nisa: 36)


Ada  yang menafsirkan bahwa yang dimaksud dengan "teman sejawat" dalam ayat di atas ialah isteri.

Imam Ghazali berkata, "Ketahuilah bahwa berakhlak  baik kepada  mereka  (isteri)  bukan  cuma  tidak  menyakiti mereka, tetapi juga sabar menerima keluhan mereka,  dan penyantun  ketika  mereka  sedang  emosi  serta  marah, sebagaimana diteladankan Rasulullah saw.  Isteri-isteri beliau itu sering meminta beliau untuk mengulang-ulangi perkataan, bahkan pernah ada pula  salah  seorang  dari mereka menghindari beliau sehari semalam.

Beliau pernah berkata kepada Aisyah, "Sungguh, aku tahu kalau engkau  marah  dan  kalau  engkau  rela."  Aisyah bertanya,  "Bagaimana  engkau  tahu?"  Beliau menjawab, "Kalau engkau rela, engkau berkata, 'Tidak, demi  Tuhan 
Muhammad,'  dan  bila  engkau  marah,  engkau  berkata, 'Tidak, demi Tuhan Ibrahim.' Aisyah  menjawab,  "Betul, 
(kalau   aku  marah)  aku  hanya  menghindari  menyebut namamu."

Dari adab  yang  dikemukakan  Imam  Ghazali  itu  dapat ditambahkan  bahwa  disamping  bersabar  menerima  atau menghadapi kesulitan isteri, juga  bercumbu,  bergurau, dan  bermain-main  dengan  mereka, karena yang demikian itu dapat menyenangkan  hati  wanita.  Rasulullah  saw. biasa   bergurau   dengan   isteri-isteri   beliau  dan menyesuaikan diri dengan pikiran mereka dalam bertindak dan   berakhlak,  sehingga  diriwayatkan  bahwa  beliau pernah melakukan perlombaan lari cepat dengan Aisyah. 

Umar r.a. - yang dikenal berwatak keras  itu  -  pernah berkata,  "Seyogyanya  sikap  suami  terhadap isterinya seperti anak kecil, tetapi apabila mencari apa yang ada disisinya  (keadaan  yang  sebenarnya)  maka dia adalah seorang laki-laki."

Dalam menafsirkan hadits: "Sesungguhnya Allah  membenci alja'zhari  al-jawwazh,"  dikatakan bahwa yang dimaksud ialah  orang  yang  bersikap  keras   terhadap   isteri (keluarganya)   dan   sombong  pada  dirinya.  Dan  ini merupakan salah satu makna  firman  Allah:  'utul.  Ada yang  mengatakan  bahwa  lafal 'utul berarti orang yang kasar mulutnya dan keras hatinya terhadap keluarganya. 

Keteladanan tertinggi bagi semua itu  ialah  Rasulullah saw.   Meski   bagaimanapun   besarnya   perhatian  dan banyaknya kesibukan beliau dalam  mengembangkan  dakwah dan  menegakkan  agama,  memelihara jama'ah, menegakkan tiang daulah dari dalam dan memeliharanya dari serangan musuh  yang  senantiasa  mengintainya dari luar, beliau tetap  sangat  memperhatikan  para  isterinya.   Beliau adalah manusia yang senantiasa sibuk berhubungan dengan Tuhannya seperti berpuasa, shalat,  membaca  Al-Qur'an, dan berzikir, sehingga kedua kaki beliau bengkak karena lamanya  berdiri  ketika  melakukan  shalat  lail,  dan menangis sehingga air matanya membasahi jenggotnya. 

Namun,  sesibuk  apa  pun beliau tidak pernah melupakan hak-hak isteri-isteri beliau yang harus beliau  penuhi.Jadi,  aspek-aspek  Rabbani  tidaklah  melupakan beliau terhadap aspek  insani  dalam  melayani  mereka  dengan memberikan  makanan  ruhani  dan  perasaan  mereka yang tidak dapat terpenuhi dengan makanan yang mengenyangkan perut dan pakaian penutup tubuh.

Dalam  menjelaskan sikap Rasulullah dan petunjuk beliau dalam mempergauli isteri, Imam Ibnu Qayyim berkata:

"Sikap Rasulullah saw. terhadap isteri-isterinya  ialah bergaul dan berakhlak baik kepada mereka. Beliau pernah menyuruh gadis-gadis Anshar  menemani  Aisyah  bermain. Apabila  isterinya  (Aisyah)  menginginkan sesuatu yang tidak terlarang menurut agama, beliau menurutinya. Bila Aisyah  minum  dari  suatu  bejana,  maka  beliau ambil bejana itu dan beliau minum daripadanya pula dan beliau letakkan  mulut  beliau  di  tempat  mulut  Aisyah tadi (bergantian minum pada satu bejana/tempat), dan  beliau juga biasa makan kikil bergantian dengan Aisyah."

Beliau  biasa  bersandar  di  pangkuan  Aisyah,  beliau membaca  Al  Qur'an  sedang  kepala  beliau  berada  di pangkuannya.  Bahkan pernah ketika Aisyah sedang haidh, beliau  menyuruhnya   memakai   sarung,   lalu   beliau memeluknya.  Bahkan,  pernah  juga  menciumnya, padahal beliau sedang berpuasa.

Diantara kelemahlembutan dan akhlak  baik  beliau  lagi ialah   beliau   memperkenankannya  untuk  bermain  dan mempertunjukkan kepadanya permainan orang-orang  Habsyi ketika  mereka  sedang  bermain di masjid, dia (Aisyah) menyandarkan kepalanya ke pundak beliau  untuk  melihat permainan  orang-orang  Habsyi  itu. Beliau juga pernah berlomba lari dengan Aisyah dua kali, dan  keluar  dari rumah bersama-sama.

Sabda Nabi saw:

"Sebaik-baik  kamu  ialah  yang  paling  baik  terhadap keluarganya, dan aku  adalah  orang  yang  paling  baik terhadap keluargaku."

Apabila   selesai   melaksanakan   shalat  ashar,  Nabi senantiasa mengelilingi (mengunjungi)  isteri-isterinya dan beliau tanyakan keadaan mereka, dan bila malam tiba beliau pergi ke rumah isteri beliau yang pada waktu itu tiba  giliran  beliau  untuk  bermalam. Aisyah berkata, "Rasulullah  saw.  tidak   melebihkan   sebagian   kami terhadap  sebagian  yang  lain dalam pembagian giliran. Dan setiap hari beliau mengunjungi kami semuanya, yaitu mendekati  tiap-tiap  isteri beliau tanpa menyentuhnya, hingga  sampai  kepada  isteri  yang  menjadi   giliran beliau, lalu beliau bermalam di situ."1

Kalau  kita  renungkan apa yang telah kita kutip disini mengenai petunjuk Nabi saw.  tentang  pergaulan  beliau dengan  isteri-isteri  beliau, kita dapati bahwa beliau sangat memperhatikan mereka, menanyakan keadaan mereka, dan   mendekati  mereka.  Tetapi  beliau  mengkhususkan Aisyah dengan perhatian lebih, namun ini bukan  berarti beliau   bersikap  pilih  kasih,  tetapi  karena  untuk menjaga kejiwaan Aisyah yang beliau nikahi ketika masih perawan dan karena usianya yang masih muda.

Beliau  mengawini  Aisyah ketika masih gadis kecil yang belum mengenal seorang  laki-laki  pun  selain  beliau. Kebutuhan  wanita  muda  seperti ini terhadap laki-laki lebih besar dibandingkan dengan wanita janda yang lebih tua dan telah berpengalaman. Yang kami maksudkan dengan kebutuhan disini bukan  sekadar  nafkah,  pakaian,  dan hubungan biologis saja, bahkan kebutuhan psikologis dan spiritualnya lebih penting  dan  lebih  dalam  daripada semua  itu. Karena itu, tidaklah mengherankan jika kita lihat  Nabi  saw.  selalu  ingat  aspek  tersebut   dan senantiasa   memberikan   haknya   serta  tidak  pernah melupakannya  meskipun  tugas  yang  diembannya  besar, seperti  mengatur  strategi dakwah, membangun umat, dan menegakkan daulah.

"Sungguh pada diri Rasulullah itu terdapat teladan yang bagus bagi kamu."

Mahabenar Allah dengan segala firman-Nya.

Catatan kaki:
1.Zadul Ma'ad 1:78-79, terbitan Sunnah Muhammadiyyah. ^

(Sumber: Fatwa Kontemporari Yusuf al-Qardawi)

01 Februari 2012

.: RAHSIA PEMAKANAN GENIUS-GENIUS ISLAM :.

.: RAHSIA PEMAKANAN GENIUS-GENIUS ISLAM :.


1) MADU
Madu adalah makanan yang sangat berkhasiat. Al-Quran mengiktirafkannya sebagai "shifa'" iaitu penyembuh penyakit. Manisan madu digelar "Raja Ubat", dapat menyembuh kebanyakkan penyakit. Ia adalah makanan untuk kesihatan keseluruhannya. Ia mengandungi pelbagai jenis vitamin, mineral, protein, antiseptik dan enzim yang meningkatkan ingatan dan kecerdasan mental individu. Madu juga mengandungi pelbagai zat galian yang penting seperti kalsium, sulfur, fosforus, zat besi, karbon, magnesium, potassium (kalium), kuprum, silika, klorin, mangganese dan belerang untuk memupuk tenaga dan kesihatan fizikal-mental. Rasullullah s.a.w bersabda, "Siapa ingin hafal, hendaklah ia minum manisan madu". Madu didapati berkesan untuk merawati penyakit - penyakit mental di mana ia boleh menghindarkan kepenatan kerja otak seperti berfikir, membaca, merancang dan bermesyuarat.
CARA MINUM : 2 sudu teh pada waktu pagi dan malam.
PANTANG : Jangan makan tembikai semasa menggunakan madu. Sangat merbahaya !

2) KISMIS
Mengandungi zat besi yang amat diperlukan untuk membina darah bagi memastikan bekalan oksigen yang mencukupi untuk disalurkan ke otak. Kekurangan oksigen menyebabkan seseorang mudah mengantuk, pelupa, lembab dan mengalami kelemahan dalam berfikir.
CARA MAKAN :
i)Menghadap Kiblat
ii)Baca "Bismillah" dan selawat ke atas nabi (3 kali)
iii)Baca doa penerang hati
iv)Makan secara kemam seperti makan gula-gula. Tidak berkesan jika dikunyah seperti makan kacang.
v)Makan sebiji-biji sebanyak 21 biji setiap hari.

3) SUSU SEGAR
Susu berguna untk kesihatan otak, mempertajamkan ingatan, membekalkan tenaga mental dan fizikal. Susu mengandungi tiga unsur semulajadi iaitu keju, lemak dan air yang amat diperlukan untuk pertumbuhan badan dan otak. Susu adalah makanan yang paling lengkap dan berkhasiat. Ia mengandungi enam kelas makanan yang amat diperlukan oleh tubuh iaitu karbohidrat, lemak, protein, semua jenis vitamin, mineral dan air. Ia berkhasiat untuk merawati kesihatan umum dan merupakan penawar kelupaan yang berkesan. Rasullullah s.a.w menerangkan susu boleh menguatkan belakang, menambahi akal, memperbaiki penglihatan dan menghindari penyakit lupa. Susu yang terbaik untuk ketajaman minda ialah susu kambing, biri - biri dan lembu yang segar. Susu hidup lebih berkhasiat dari susu debu.
CARA MINUM :
i)Sekurang-kurangnya segelas pada sebelah pagi dan malam
ii)Baca "Bismillah" dan doa minum susu seperti yang dibaca oleh Rasullullah s.a.w

4) TELUR
Bermanfaat untuk menambah kekuatan otak, badan dan menjaga kesihatan keseluruhannya. Ahli - ahli kesihatan mengakui ia merupakan makanan yang lengkap dan berkhasiat. Ia mengandungi protein, mineral, vitamin, kalsium, kuprum, magnesium, fosforus, kalium, sulfur, natrium, klorin, zat besi, air, choline dan bahan ekstraktif. Sabda Nabi s.a.w, "Sesungguhnya seorang nabi a.s mengadu kepada Allah (kerana dia)lemah badan. Maka Allah s.w.t memerintahkannya supaya memakan telur". Telur terutama telur kuning, berupaya mengatasi masalah kelemahan tenaga fizikal dan minda sekaligus. Telur yang terbaik ialah telur ayam kampung dan yang masih baru.

5) HALIA
Ianya sangat mujarab untuk gejala kelupaan. Ia boleh dimakan mentah atau dibuat halua. Halua ialah halia yang dijadikan manis - manisan dengan merebus dan mencampurkannya dengan gula.
CARA MAKAN : Dimakan sedikit sahaja pada waktu pagi.

6) LIMAU OREN
Berkhasiat untuk mengemaskan urat-urat jantung dan menambah kekuatan fikiran menurut hadis Nabi s.a.w. Limau - limau jenis lain juga elok untuk diamalkan.

7) BUAH DELIMA
Untuk penerang hati. Sabda Nabi s.a.w, "Barangsiapa yang memakan buah delima keseluruhannya, sesungguhnya Allah menerangkan hatinya selama 40 hari."

8) DAGING BURUNG MERPATI
Ianya banyak digunakan oleh bijak pandai Islam dan Melayu dahulukala. Ia mengandungi protein, lemak, kalsium, fosforus dan kalori. Sangat efektif untuk meningkatkan kecerdasan terutama kanak - kanak. Kaedah ini sangat popular dan berkesan. Kanak - kanak yang diberi telur burung merpati didapati dapat bercakap lebih awal dari kebiasaannya.

9) OTAK AYAM
Boleh dibuat sup dan dicampur dengan halia. Otak ayam yang segar juga boleh dibuat penawar sementara bagi gigitan ular. Perlu diamalkan memakannya.

10) DAGING AYAM
Berbanding dengan semua jenis daging, ayam dianggap mengandungi kadar zat pemakanan yang paling tinggi. Daging ayam betina dara terutamanya berkhasiat meningkatkan prestasi otak dan membaiki darah. Abu Musa r.a meriawayatkan bahawa Nabi s.a.w memakan daging ayam betina.

11) DAGING BIRI-BIRI
Menambah darah, sesuai untuk orang aktif dan bekerja berat serta dapat meningkatkan kekuatan hafazan.

12) HATI
Terutamanya hati ayam dan lembu. Mengandungi pelbagai jenis vitamin dan bermanfaat untuk kesihatan mental dan fizikal.

13) KEKACANG
Beberapa jenis kacang seperti gajus, berangan, kacang soya, pistachio dan lain-lain. Kacang pistachio dipercayai sangat efektif untuk meningkatkan kecerdasan terutamanya kanak-kanak. Memakan kacang pistachio merupakan amalan pemakanan seorang pelajar genius berbangsa Melayu yang tinggal di Melaka. Kekacang mengandungi nilai protein yang tinggi.

14) BUAH BADAM
Untuk meningkatkan kecerdasan.

15) ZA'FARAN : KOMKOMA (CROCOS SATIVUS)
Sejenis bahan berambu merah. Dimakan sedikit sahaja. Dijual di kedai-kedai runcit India dan sesetengah kedai runcit Melayu.

16) KEMENYAN PUTIH (kemenyan serani/luban/kundar)
Ditumbuk halus-halus dan dimakan dengan gula.

17) BUNGA KOBIS
Terdapat sejenis asid amino untuk tenaga mental.

18) BUNGA CENGKEH
Ditumbuk sehingga halus lalu diamakn sedikit sahaja.

19) LABU
Berfaedah menambahkan keupayaan fikiran dan akal. Sabda Nabi s.a.w., "Makanlah labu kerana ia mencerdaskan akal". Baginda juga berkata, "Jika kamu membuat sup (atau kuah), dianjurkan memasukkan labu ke dalamnya kerana ia menambahkan kemampuan fikiran dan akal.

20) BUAH KEDEKAI (MAJALAWI)
Menguatkan hafalan dan menguatkan kekuatan badan.

21) MINYAK SAPI
Dimakan terus atau dicampurkan dengan masakan dalam kuantiti yang kecil.

22) SAYUR-SAYURAN DAN BAUH-BUAHAN SEGAR
Juga membantu meningkatkan akal dan memori

BERKHASIATKAH SUSU ITU???

BERKHASIATKAH SUSU ITU???


Salam semua.. di pepagi buta ni, terasa nak mncoret... mata tak pula menunjukkan tanda nak pejam.. so, aku terus celikkan mata dengan mengepos entry2 yang bernas... J

Berkhasiatkah susu itu??? Tajuk entrynya mestilah fasal susu, bukan susu cap junjung, atau susu santan kelapa, atau susu tin, tetapi SUSU IBU.... Susu ibu anugerah bagi setiap wanita bergelar ibu... Nikmat dan rahmat serta rezeki bagi seseorang insan bernama wanita yang terpilih untuk menyusukan bayinya... sebab x semua wanita mampu dan mendapat nikmat dan rahmat untuk menyusukan bayinya sendiri.. Aku Alhamdulillah, hingga kini, masih mampu menyusukan anak kesayangan ku dengan susuku sendiri...

Berkhasiatkah susu yang kita beri pada anak kita??? Berkhasiat yang aku tekankan di sini, bukan dari segi nutrisi untuk badan, tetapi adalah khasiat untuk nutrisi hati, iman serta akhlak anak kita setelah dewasa... Susu yang mengalir dari tubuh badan ibu, juga berperanan membentuk akhlak anak kita sebenarnya... Jika waktu mengandungkan, pelbagai, doa, surah dan pantang larang yang kita amalkan semata-mata nakkan niat kita dan impian kita untuk melihat anak kita menjadi anak yang soleh solehah.. tetapi adakah amalan itu berterusan hinggalah dia mencapai umur yang boleh ditaklifkan oleh hukum syarak???

Sebenarnya, sewaktu menyusukan bayi, dan semasa proses penyusuan kita kepada bayi, selama mana kita memberi susu bdan kepada bayi kita, dan selama mana kita mendidik dan bertanggungjawab sepenuhnya pada anak kita, selama itu juga, ibu wajib menjaga, akhlak, tutur kata, amalan, pemakaian, cara hidup yang berlandaskan syarak jika benar2 inginkan anak yang soleh solehah.. Contohnya, jika ibu sendiri tak menutup aurat, bagaimana kita nak membentuk akhlak ke arah anak soleh solehah??? Jika ibu bapa sndiri bercakap tidak sopan, bagaimana kita nak membentuk anak menjadi orang bersopan??? Ini sesuai dengan pepatah lama “Ibarat ketam mengajar anaknya berjalan betul”..

Jadi, jika kita ingin susukan bayi, pastikan susu kita berkualiti dari segi moral, akhlak dan aqidah Islam subur lahir dari kita sendiri.. kerana, susu yang diminum membentuk darah dan daging... dan dari itu akhlak akan terbentuk di smping pembentukan perkembangan mengikut fitrah.... apa yang ku perhatikan ramai yang berlumba-lumba nak susukan bayi tetapi alangkah baiknya jika kita niatkan susu yang kita berikan dapat membntuk peribadi dia lebih baik dari kita sndiri supaya anak kita nanti dapat mendidik diri kita juga suatu hari nanti...

Artikel dan coretan ni sy tulis berdasarkan satu ceramah di Radio.. waktu tengah memandu ke tempat kerja... so, apa yang sy fikirkan baik, sy kongsikan... wassalam...

~Pen off here~