31 Januari 2012

PERSOALAN & HUKUM: KHITAN WANITA

PERSOALAN & HUKUM: KHITAN WANITA

Pertanyaan:
Bagaimana  hukum  Islam  mengenai  khitan   bagi   anak-anak perempuan?

Jawaban:
Masalah ini diperselisihkan oleh para ulama bahkan oleh para doktor sendiri, dan terjadi perdebatan panjang mengenai  hal ini di Mesir selama beberapa tahun.

Sebagian  dokter  ada  yang  menguatkan  dan  sebagian  lagi menentangnya,  demikian  pula   dengan   ulama,   ada   yang menguatkan  dan  ada  yang menentangnya. Barangkali pendapat yang paling moderat, paling adil, paling rajih,  dan  paling dekat  kepada  kenyataan  dalam  masalah  ini  ialah  khitan ringan,  sebagaimana  disebutkan   dalam   beberapa   hadits - meskipun tidak  sampai  ke derajat sahih - bahwa Nabi saw. pernah menyuruh seorang perempuan yang berprofesi mengkhitan wanita ini, sabdanya:

"Sayatlah sedikit dan jangan kau sayat yang berlebihan, karena hal itu akan mencerahkan wajah dan menyenangkan suami."

Yang  dimaksud  dengan  isymam ialah taqlil (menyedikitkan), dan yang dimaksud dengan laa tantahiki ialah laa tasta'shili (jangan  kau  potong  sampai  pangkalnya).  Cara  pemotongan seperti yang dianjurkan itu akan menyenangkan  suaminya  dan mencerahkan  (menceriakan)  wajahnya, maka inilah barangkali yang lebih cocok.

Mengenai masalah ini, keadaan di masing-masing negara  Islam tidak sama. Artinya, ada yang melaksanakan khitan wanita dan ada pula yang tidak. Namun  bagaimanapun,  bagi  orang  yang memandang  bahwa  mengkhitan  wanita  itu  lebih  baik  bagi anak-anaknya,  maka  hendaklah  ia  melakukannya,  dan  saya menyepakati   pandangan   ini,  khususnya  pada  zaman  kita sekarang ini. Akan hal orang yang tidak  melakukannya,  maka tidaklah  ia  berdosa,  karena  khitan  itu tidak lebih dari sekadar memuliakan wanita, sebagaimana kata para  ulama  dan seperti yang disebutkan dalam beberapa atsar.

Adapun  khitan  bagi  laki-laki,  maka  itu  termasuk syi'ar Islam, sehingga para ulama  menetapkan  bahwa  apabila  Imam (kepala  negara  Islam)  mengetahui  warga  negaranya  tidak berkhitan, maka wajiblah  ia  memeranginya  sehingga  mereka kembali  kepada  aturan  yang  istimewa yang membedakan umat Islam dari lainnya ini

(Sumber: Fiqh Kontemporari: Dr. Yusuf al-Qardawi)

.: ASMA ITU INDAH :.

Salam semua... Hari ni rasa nak mencoret sbb dua tiga ari asyik dok skodeng blog2 org je... sebenarnya banyak tajuk entry nak coret tapi macam malas sikit, xde mood nak menulis... Tajuk entry tu gimik je.. jangan terpedaya dengan entry kali ni... kisah aku dan asma...
Beza peparu org normal dan pesakit asma
Asma yang aku mksudkan bukanlah kawan atau sahabat aku yang bernama asma, bukan juga Asma’ul Husna, mmg la Asmaul Husna tu indah, tapi asma yg aku maksudkan adalah penyakit aku iaitu serangan asma yang telah menyerang aku dan menjadi pendamping setia aku sejak aku melihat dunia hinggalah kini aku memiliki anak berusia 5 bulan, asma tu sentiasa menemani aku.. tapi dia x serang aku setiap masa Cuma sekali skala...

Kenapa aku katakan asma itu indah, sbb asma itu penyakit yang mmg x semua org akan dapat, aku syukur sbb Allah bg aku penyakit ni, kerana, aku sedar diri, yang aku lupa Allah ketika aku senang dan Allah ingatkan aku dengan memberi aku serangan asma... Asma yg aku alami adalah penyakit keturunan, iaitu warisan dari nenek belah mak aku... dan aku seramai 7 beradik mewarisi penyakit itu. Tetapi yang paling teruk, aku lah... sbb nenek aku meninggal masa umur aku baru 20 hari.. itu kata mak.. So, kira harta pusaka la, nenek aku tinggalkan...

Asma aku ni, dah bermacam-macam jenis ubat makan dan dah bermacam-macam petua diamalkan, kesannya Cuma dalam jangka masa pendek, bukan jangka masa panjang, paling lama aku x diserang asma selama setahun sewaktu aku stdy kat UTM dulu..  So, aku mmg malas nak layan lau org nak promote produk kat aku, sbb aku mmg redha sakit ni ada pada aku... dah imun dan dh x kisah...

Selepas kahwin, aku kena gak asma, tapi x teruk sgt, masih bertahan dengan inhaler, tetapi malam sabtu dan ahad baru2 ni, aku diserang dengan teruk, hingga waktu tu mmg x sedar dh, hanya ingat mati dan suamiku dah ajar mengucap smbil mengalir juga air mata lelaki melihat isterinya derita sakit begini.. Alhamdulillah, Allah masih bagi aku peluang untuk hidup, aku masih bernafas, tetapi hari isnin memang kena masukkan gas juga, ke hospital juga pagi isnin dan MC lah aku hari tu... suamiku pun terpaksa juga MC, tetapi dia dapat bos yg prihatin, siap bosnya dtg nk melawat aku lagi..
Tangan dicucuk untuk masukkan ubat, gambar kecil: ubat-ubatan sbg bekalan...
Ari ni, aku sihat sikit tetapi dgn bekalan ubat yg bertahun aku x penah sentuh, kali ni, aku kena telan sebanyak 12 biji ubat sekali makan, kenyang ubat lah aku pas ni... hehehe...

Fakta Penyakit Asma PICIT SINI

23 Januari 2012

Munakahat- Review Hak dan Tanggungjawab Suami Isteri

Salam...
Perkongsian ilmu rumah tangga atau ilmu munakahat... mungkin semua org dah tahu tapi sejauh mana kita faham tentang ilmu ni... Jom kita tengok n jengah ilmu2 yang berkaitan dengan alam rumah tangga, menjadi panduan untuk bakal2 pengantin, pengantin baru dan pengantin lama.. semoga, bumi Allah terus disinari dengan cahaya rahmat dan syurga Allah dipenuhi dengan pasangan yang soleh dan solehah hendaknya...

HAK DAN TANGGUNGJAWAB SUAMI ISTERI

Hak dan Tanggungjawab Suami
* Melaksanakan hak Allah
* Nafkah:
   => Makanan halal dan baik.
   => Pakaian bersih dan menutup aurat 
        (sila ambil perhatian suami2 diluar sana, adakah isteri2 anda menutup aurat dengan sempurna???)
   => Tempat tinggal yang selesa 
        ( x perlu umah banglo lagi mahal, biar kecil tapi penuh rahmat)
  => Perubatan.
* Mendidik dan membimbing isteri melakukan perkara makruf (baik) dan meninggalkan perkara mungkar.
* Melayani isteri dengan makruf
* Memberi perlindungan keselamatan.
   Firman Allah: 
   
Hak dan Tanggungjawab Isteri
* Melaksanakan hak Allah (solat, puasa, dll)
* Taat suruhan suami dalam perkara yang tidak bertentangan dengan syara'
  (kalau suami suruh isteri pakai baju yang menampakkan bentuk tubuh, tak wajib ikut)
* Melayani suami dengan makruf (baik).
* Menghias diri untuk suami.
  (Memang wajib mencari ubat atau kaedah moden, untuk menampakkn tubuh cantik tetapi mesti berniat untuk suami shja.)
* Memelihara maruah, kehormatan diri dan harta suami.

Hak dan Tanggungjawab Bersama
* Kasih sayang
* Bekerjasama
  (Bukan tugas isteri seorang dalam melaksanakan kerja2 dalam rumah tangga spt memasak, membasuh dsbnya, tetapi tanggungjwab bersama)
* Amanah
* Istimta' dan hubungan kelamin
  (Istimta' iaitu gurau senda dan sewaktu dengannya)
* Menghormati pasangan dan persemendaan.
* Merancang bersama bagi kesejahteraan keluarga
* Perbincangan/mesyuarat
* Mendidik anak-anak
* Mengurus rumah tangga
* Hak pesaka
* Sabit nasab kepada kedua ibu bapa
* Menjaga maruah suami isteri
  (Suami juga wajib menjaga maruah isterinya)

(Sumber: Modul Kursus Pra Perkahwinan JAJ)

KHASIAT BUAH KURMA


Kurma buah yang biasa di makan oleh umat Islam waktu bulan Ramadhan.. Kalau bukan bulan puasa mesti jarang2 yang makan.. tapi kurma sangat baik utk kesihatan dan buah yang terbaik utk diet seharian.. Bagi ibu menyusu juga ada khasiat yg tersendiri. Sbb tu x hairan, ada pengeluar produk, mengesyorkan jus kurma untuk memperbanyakkan susu ibu... Jom kita lihat fakta tentang buah kurma hadis2 berkaitan buah kurma...

********************************************************************
Kurma adalah sejenis tumbuhan (Palma) atau dikenali dalam bahasa saintifiknya sebagai Phonex dactylifera yang berbuah dan boleh dimakan sama ada yang masak atau yang mentah. Kebanyakan pokok kurma tumbuh di negara-negara Arab dan mempunyai berbagai-bagai jenis. Antara kurma yang terkenal ialah kurma Makkah dan Madinah yang dikatakan mempunyai berpuluh-puluh jenis. Dikalangan penduduk di negara-negara Arab kurma adalah makanan utama mereka, malah dikalangan orang kita juga kurma sudah menjadi bahan makanan yang digemari. Selain rasanya yang manis dan tahan lama serta tidak perlu dimasak, kurma juga mempunyai khasiat yang banyak dan menjadi makanan utama Baginda Rasulullah s.a.w.
Diriwayatkan daripada Abdullah bin Jaafar katanya: "Aku melihat Rasulullah s.a.w memakan buah-buahan dengan kurma masak.

Rasulullah s.a.w telah menyebutkan tentang khasiat sejenis kurma yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari yang bermaksud :
Diceritakan oleh Jumaah bin Abdullah yang disampaikan oleh Marwan yang mendapat berita daripada Ibnu Hashim bahawa Amir bin Saad mendengar bapanya meriwayatkan Rasulullah s.a.w bersabda: "Sesiapa yang memakan 7 biji tamar ‘Ajwah’ dia akan terkawal daripada kejutan syaitan dan sihir pada hari itu".
Khasiat kurma "Ajwah" sebagaimana yang tersebut di dalam hadis di atas merupakan satu kelebihan yang dikurniakan Allah SWT sesuai dengan kemuliannya sebagai jenis kurma pertama yang ditanam sendiri oleh Rasulullah s.a.w .
Terdapat juga di dalam al-Qur’an ayat yang menyatakan tentang kelebihan buah kurma ini, yang dialami oleh Sayydatuna Maryam ketika beliau mengandung Nabi Isa a.s sebagaimana tersebut di dalam surah Maryam ayat 25 :

Tafsirnya : "Dan gocangkan batang kurma itu kepadanya, nanti ia gugurkan atasmu kurma yang masak.  (Surah Maryam : 25)

Ayat di atas menjelaskan tentang khasiat buah kurma kepada kaum wanita yang sedang dalam nifas, bila mana Allah memerintahkan Maryam memakannya sedang beliau dalam keadaan lemah selepas bersalin. Penemuan kajian sains tentang khasiat buah kurma yang kaya dengan unzur zat besi dan kalsium telah membuktikan bahawa perubatan cara Islam yang terkandung di dalam al-Qur’an dan hadis Rasulullah s.a.w bukanlah jenis perubatan yang semata-mata sesuai dengan keadaan iklim masyarakat Arab sahaja atau sudah ketinggalan zaman, tetapi ia adalah perubatan yang diiktiraf oleh dunia antarabangsa. Malah ia lebih baik daripada ubat-ubatan moden yang menggunakan berbagai campuran dadah yang boleh mengakibatkan kesan sampingan yang lain.
Unsur zat besi dan kalsium yang terdapat di dalam buah kurma adalah unsur yang paling tinggi bagi membentuk susu ibu. Bagi ibu-ibu yang mempunyai masalah kekurangan susu, maka dengan memakannya dapat menggalakkan pertambahan kandungan susu. Ianya juga berperanan dalam pertumbuhan kanak-kanak damit dan pembentukan darah dan sumsum tulang. Antara kajian lain yang dijalankan membuktikan bahawa kurma antara makanan yang paling pantas diproses sebagai bekalan tenaga. Kurma tersebut akan segera dibakar dan ia akan disalurkan ke bahagian anggota lain dan otak.

Berdasarkan ini juga Baginda Rasulullah s.a.w menganjurkan kita supaya berbuka puasa dengan buah kurma sebagaimana sabdanya daripada Anas bermaksud :
"Rasulullah S.a.wberbuka puasa dengan beberapa biji buah kurma sebelum sembahyang. Sekiranya tiada terpadat kurma, maka Baginda Rasulullah s.a.w akan berbuka dengan beberapa biji anggur. Sekiranya tiada anggur, maka Baginda meminum beberapa terguk air.
(Hadis riwayat Ahmad)

Sehubungan dengan hadis ini ada beberapa hadis lain yang menganjurkan agar kita berbuka puasa dengan kurma. Sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik, beliau berkata: "Rasulullah s.a.w berbuka dengan kurma dan barangsiapa yang tidak mendapatkannya maka hendaklah ia berbuka dengan air kerana sesungguhnya air itu pembersih.

Antara hadis lain yang menyatakan kelebihan buah kurma :
Maksudnya: Daripada Adiy bin Hatim, ia berkata : "Saya mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: "Hindarilah api neraka walaupun (dengan memberi sedekah) sebelah buah kurma.

Hadis ini menerangkan kemuliaan buah kurma, iaitu walaupun dengan hanya kita bersedekah sebelah buah kurma kita terhindar daripada api neraka.

Jadi bagi orang-orang yang mementingkan kesihatan mereka agar sentiasa dapat dijaga dengan baik, buah kurma adalah amat sesuai dijadikan sebagai salah satu makanan harian mereka khususnya di waktu pagi sebelum memulakan sebarang tugas harian. Khasiat kurma juga adalah sesuai dan baik bagi pertumbuhan kanak-kanak.

Mudah-mudahan dengan amalan memakan kurma yang berterusan, kita terhindar daripada berbagai kemungkinan dan dapat meneruskan tugas harian serta beribadat kepada Allah SWT.
*******************************************************
Fakta mengenai buah kurma (Tamar)

=> Buah Kurma dapat mencegah Penyakit Kronik Seperti Jantung & Kencing Manis , amalan memakan buah kurma setiap hari boleh mengurangkan risiko seseorang itu diserang penyakit kronik seperti jantung dan kencing manis kerana mengandungi zat galian seperti potasium, kalsium dan zat besi yang boleh menyihatkan sel darah merah.Berdasarkan kajian Kaum Arab Badui, yang makan buah kurma secara teratur, menunjukkan kadar pengidap penyakit kanser dan jantung yang sangat rendah.

=> Buah kurma mampu memanaskan badan dan merangsang kesihatan wanita hamil dan anak yang dikandung, memudahkan wanita bersalin dan memberi tenaga tambahan.

=> Saidina Ali r.a. meriwayatkan “Barang siapa yang memakan 7 butir tamar (buah kurma) setiap hari, ia akan membunuh semua kuman di dalam badannya”.

=> Kanak-kanak digalakkan memakan lebih banyak buah kurma kerana ia memberi khasiat dari segi proses pembesaran, sekaligus membentuk minda kanak-kanak yang sihat.

=> Membentuk Sifat Penyabar, Bersopan Santun Dan Cerdas Pemikiran Maksud hadis Rasulullah s.a.w. : “Berilah makan buah kurma kepada isteri-isteri kamu yang hamil, kerana sekiranya wanita hamil itu memakan buah kurma, nescaya anak yang bakal dilahirkan itu, menjadi anak yang penyabar, bersopan santun serta cerdas pemikirannya.” “Melentur buluh biar dari rebungnya.” Islam mengajar kita mendidik anak sejak dari dalam kandungan ibu agar anak yang bakal dilahirkan itu dibentuk mengikut rohaniah yang suci serta memiliki tubuh badan yang sihat dan minda yang cerdas. Buah kurma merupakan makanan yang mampu membentuk insan yang berperibadi luhur.

=> Mengambil Keberkatan Sewaktu Kelahiran. Diriwayatkan daripada Abu Musa r.a. katanya: “Anakku lahir, lalu aku membawanya kepada Nabi s.a.w. lalu baginda menamakannya dengan nama Ibrahim dan meletakkan pada lelangitnya dengan buah kurma.”

=> Buah Kurma Makanan Yang Paling Sempurna.Maksud Sabda Rasulullah s.a.w. : “Rumah yang tiada kurma nescaya penghuninya kelaparan.”

=> Melalui petua tertentu, buah kurma dimakan bersama badam dan madu untuk menyembuhkan penyakit. Buah kurma dikatakan menambah tenaga seksual atau batin. Jus buah kurma mungkin baru di negara ini, sebaliknya di negara pengeluar selain dimakan segar, kering atau salai, buah kurma dibuang biji dan diganti dengan kacang tanah, badam atau gajus bagi mengenakkannya. Buah kurma juga dibuat jem, sirap atau bahan tambahan dalam aiskrim.

=> Kandungan vitamin A dan C adalah amat tinggi apabila buah kurma di peringkat Rotab atau khalal

=> Buah Kurma kaya dengan serat yang dapat mencegah dari mendapat barah usus.”

Sumber:
- Artikel Koleksiku
ALERGI MAKANAN/ FOOD ALLERGY

ALERGI MAKANAN/ FOOD ALLERGY


Alergi makanan kian menjadi dan merunsingkan  ibubapa dan anak-anak mereka. Walaupun alergi makanan tidak dibatasi usia, namun lazimnya bermula pada tahun pertama hidup seseorang. Biasanya kanak2 bebas dari alergi apabila mereka mencapai umur persekolahan, namun ramai juga yang mengalaminya sehingga dewasa. Risiko paling tinggi terjatuh kepada mereka yang menpunyai sejarah keluarga yang mengalami alergi.

Bagaimanakah alergi makanan terjadi?
Lazimnya sistem imun menyerang bakteria yang merbahaya, virus dan bahan-bahan asing dalam tubuh, sedangkan makanan dianggap tidak merbahaya. Akergi makanan terjadi apabila sistem imun tersilap dan menganggap satu kompenan makanan tertentu, biasanya protein sebagai merbahaya lalu menyerangnya.


Apakah tanda-tanda alergi makanan?
Tanda-tandanya termasuklah gatal, ekzema, dermatitis, loya, muntah, cirit-birit, lelah, asma dan bronkitis. Kebanyak reaksi adalah ringan tetapi ada juga yang boleh membawa maut.


Apakah makanan yang boleh menyebabkan alergi?
Apa jua makanan boleh namun sesetengah maknan adalah yang lebih alergenik. Termasuklah susu lembu, putih telur, kacang soya, ikan, kerang-kerangan, ketam, udang, udang karang atau udang krai, dan kacang tanah. Alergi terhadap susu lembu biasanya berlaku di kalangan bayi.


Cara Mencegah Alergi
Cara yang paling baik adalah dengan menyusui bayi anda secara ekslusif selama sekurang-kurangnya 6 bulan. Susu ibu merupakan susu hipoalergenik yang unggul dan sumber anbodi yang dikenali sebagai imunoglobulin (IgA).

20 Januari 2012

DINGIN...



     Jam dh hampir pukul 1 pg tapi aku masih tak dapat melelapkan mata aku. Badan2 semua sengal2 tapi tak sampai hati nak minta tolong isteriku picitkan. Aku tahu dia juga penat dengan kerja kat sekolah yang menimbun sampai sekarang tak siap2 lagi. Semua benda nak cepat...

     Aku tak tahu kenapa kedinginan sering berlaku antara aku dan isteriku... Masing2 ego bila skit salah faham. Tapi aku cuba juga beralah... Aku tahu banyak dosa yg telah aku lakukan terhadap dia. Ya Allah, kenapa hatiku tidak tenang, walaupun aku sedang melakukan perintah Mu... Apakah dosa penuh dalam jiwa ku??? Kau ampunilah aku Ya Allah...

     "B, ayang tahu banyak kesilapan dan kesalahan yg ayg lakukan terhadap B... Ayg sedar Ayg berubah... Lagi2 sejak Ayg tahu yang Ayg akan berjauhan dengan B, Walaupun terpaksa Ayg relakan... Walaupun berat hati ini tetapi ayg tetap izinkan B... Ayg tak nak menjadi penghalang atau memutuskan silaturahim antara keluarga..."

     "B, maafkan segala dosa yg telah Ayg lakukan selama kita menjadi suami isteri... Ayg nak B tahu, hanya Keluarga kita yang berharga buat Ayg, apa yg Allah anugerahkan pada Ayg itulah yg akan menjadi tanggungjawab Ayg sampai Ayg menghembuskan nafas terakhir... Ketahuilah B, bahawa Kaulah Permaisuri Hati Ku dan Faiqah Cahaya Hati Kita... Wassalam...

17 Januari 2012

Kelas Setia vs Sayang

Kelas Setia vs Sayang

Salam dan selamat malam...

Cikgu Ramlee... (TQ P.c Gugel)
Sesaja mencoret sebelum bertungkus lumus menyiapkan kerja sekolah yang menimbun nak disiapkan... Hari ni aku sangat2 suka sebab hari yang bahagia kerana ku keluar dari kelas akhir dan di waktu akhir dengan senyuman... Sebelum2 ni, jika sebut sahaja kelas akhir dan waktu akhir mesti tension, rasa malas dan penat serta sakit tekak yang melanda... Namun, untuk hari ni, sbelum ke kelas, aku solat fardhu asar di surau, di dalam doa, ku pohon Allah permudahkan untuk aku menguruskan kelas ni dan kuatkan semangatku untuk mengajar kelas terakhir ni... 

Memang ramai yang merungut, sbb kelas yang selalu menimbulkan kecoh serta boleh menyebabkan sesiapa shja yang darah tinggi, makin naik darah tingginya... Tetapi disebalik doa, yang ku pohonkan, aku setting minda, jangan fikir negatif... Aku sentiasa sebut, kelas yang paling ku sayang...kali ni ku masuk ke kelas dengan senyuman... bukan dengan jelingan tajam...

Hayati caraku manage kelas akhir ini dengan seloka yang ku coretkan...
Doa yang dipohonkan dari Rabbal Alamin...
Ubah pemikiran;
Serta doa dipohonkan;
Moga dipermudahkan segala urusan;
Kuatkan semangat dan keyakinan;
Untuk anak didik kesayangan...

Masuk ke kelas dengan senyuman;
Bukan lagi dengan jelingan tajam;
Selepas salam, doa dikirimkan;
Serta diaminkan dengan penuh harapan;
Anak didik anak kesayangan;

Ditulis nota, dengan pujukan;
bukan lagi dengan tengkingan;
Penat badan tidak dihiraukan;
Satu kelas, berpuluh pusingan;
telah ku tawafkan;
demi melihat anak didikan;
menulis nota di setiap barisan;

Tiada pen cikgu sediakan;
Janji anak didik, menulis bukan menendang;
akhirnya pujukan ditambahkan dengan senyuman;
nada lembut dan pujian;
bukan lagi dengan tengkingan;

Anak yang nakal bukanlah jahat;
hanya perlukan lebih perhatian;
jangan dibenci anak sebegini;
kerana mereka mempunyai hati yang suci;
tetapi mereka disalah erti...

Itulah seloka yang entah apa2 ku reka... hahahaa... tetapi kesimpulannya, anak2 yang nakal mmg x boleh dimarah, tetapi gunalah pendekatan psikologi dan pujukan serta tunjukkan kasih sayang... kita x tension dan mereka sangat suka... insya-Allah aku akan gunakan pendekatan ni untuk semua kelas... Alhamdulillah, semua kerja dan nota yang ku suruh salin berjaya mereka salin dan ada yang lambat salin, sanggup tunggu hingga siap salin, baru kemas beg dan balik... huhu... ku sungguh  x sangka dengan bantuan Allah kali ni... Alhamdulillah ku panjatkan kerana dipermudahkan segalanya... 

Sekian~

15 Januari 2012

Halangan & Cabaran Buat Ibu Menyusu

Salam dan selamat petang...


Lama gak x mencoret hal2 pasal penyusuan... Bukan xde topik, tapi bila buka je blog xde idea nk coret.. Lagi pun tengah cari idea baru nak modified blog ni.. Untuk lebih menarik dan mudah dibaca oleh peminat2 blog... 

Kali ni kisah cabaran dan halangan yang kerap dan selalu dihadapi oleh ibu2 menyusu bayi.. Menyusukan bayi x semudah yang disangka.. Orang sangkakan ibu yang memberi susu botol je, susah sbb nak kena buat preparation yang banyak dengan botol susu, susu tepung, air panas dah tu kena bancuh, cmpur plak dgn air sejuk.. memang susah sikit, tapi menyusu badan tak susah cuma diberikan sedikit ujian dari Allah sebab susu ibu tak payah nak beli cuma, ujian Allah utk melihat sejauh mana keikhlasan, kekuatan dan ketabahan ibu menyusukan anaknya dan niat utama menyusukan anaknya...

1) Susu yang tak keluar sebaik sahaja melahirkan
Cabaran ni mmg rata2 ibu mengalaminya dan jarang ibu2 yang menyusu dapat menyusukan bayi sesudah kelahiran... Namun amalan, doa dan niat serta azam dan kekuatan, ibu2 dapat merasakan susu ibu keluar semasa mengandung lagi. saya Alhamdulillah dapat menyusukan Faiqah sebaik sahaja kelahiran... dan susu keluar masa kandungan berusia 4 bulan lebih... Alhamdulillah... rezeki kita tak sama, tetapi DOA senjata yang amat berguna...
Doa banyakkan susu.. Surah al-Baqarah: Ayat 60

2) Nipple crack
Yang cabaran yg sangat menguji.. dialami ketika dalam pantang dan semasa baby menyusu terlalu kuat dan apabila baby dah tumbuh gigi awal... Biasanya 7 hari selepas breastfeeding baby kita akan alami nipple crack... memang kena tahan sakit dan kuatkan semangat nak susukan baby masa tu.. xde sapa yang dapat tolong, dan boleh mencuba ubat-ubatan dan cream utk lega kan sakit dan luka tu... sya juga alaminya dan memang kuatkan smangat dan x sapu apa2 ubat sbb saya yakin ianya hanya sementara sahaja...
nipple sheild
sumber: google images

3) Nipple tenggelam
Yang kadang-kadang dialami kerana faktor2 semula jadi... Masa mengandung lagi kita patut urut semasa mandi... dan nurse pun da cakap hal ni... untuk elkkan nipple mengecil dan tenggelam... tapi masalah ni boleh diselesaikan dengan mengepam susu atau memakai nipple sheild... ianya membantu.. namun kekuatan utk atasi masalah sebegini haruslah kuat dari ibu dan sokongan suami...

sumber: google images
4) Kurang sokongan
Kurangnya sokongan dari keluarga terdekat dan orang sekeliling... Banyak info yang saya dapat, keluarga terdekat yang x menyokong breastfeeding contohnya suami, ibu, ibu mentua, kakak, ipar duai dan seumpamanya.. termasuk juga rakan sekerja dan org sekeliling... Orang yang berckap-cakp ni memang blh lemahkan semangat dan buatkan ibu2 menyusu tension... tapi fikir positif dan pekak kan telinga... untuk ahli keluarga, cari info2 pasal ilmu penyusuan moden, seprti cara pengedalian EBM, dan penyimpanan susu ibu, atau belikan buku Info pasal susu ibu dan ibu menysu yang bekerja... untuk pembacaan suami, ibu dan ibu mentua... Hal cakap2 org sekeliling lebih baik jgn amik kisah.. masuk telinga kanan keluar telinga kiri... 
Kump. Ibu2 Menyusukan (KIM) @ Facebook

5) Kurang Ilmu dan Persediaan
Inilah cabaran utama bagi ibu menyusu... tidak ada ilmu dan persediaan utk susukan bayi.. akhirnya bila berlaku semua masalah yang saya senaraikan di atas, mula mengalah dan patah semangat.. Cari dan galilah ilmu.. jika malas membeli buku, cubalah cari masa, gunakan hujung jari utk cari ilmu breastfeeding... saya cari gali ilmu breastfeeding melalui facebook melalui Kumpulan Ibu2 Menyusu... dan blog2 ibu menyusu dan memanfaatkan penggunaakn browser search pada google sepenuhnya... tiada alasan untuk berjaya bagi orang berkehendak...

Usahalah selagi daya utk beri yang terbaik untuk si kecil... Kenapa org sangat war-war kan susu ibu.. ibu2 zaman dahulu pun susukan juga anak mereka, tapi xde rasa dan famous pun? sebabnya sekarang susu ibu ada persaingan dengan susu formula dan setelah kajian2 dibuat, ternyata, susu ibu lebih hebat dari susu formula... dan sedarlah, susu ibu anugerah semula jadi dari Allah, dan setiap ciptaan Allah ada kebaikannya... 

12 Januari 2012

Rencah Rumahtangga Bahagia

Rencah Rumahtangga Bahagia


1. Puas Hati
Terimalah pasangan anda dengan redha dan puas hati. Bersangka baiklah terhadap Allah s.w.t Maha suci yang telah menentukan jodoh kita. Jangan diungkit-ungkit kekurangan pasangan anda. Yakinlah bahawa tiap sesuatu itu sudah ditentukan oleh Allah dan mempunyai pelbagai hikmah yang kadang-kadang kita tidak faham. Rasulullah bersabda maksudnya: "Janganlah seorang lelaki mukmin membenci isterinya yang beriman. Bila ada perangai yang tidak disukai, dia pasti redha ( menyenangi) perangainya yang lain (kebaikan)". Kita sebagai hamba tidak berhak memprotes ketentuan Allah s.w.t. Apa sahaja yang datang kepada kita semuanya ada kebaikan di sisi Allah walaupun kelihatan negatif pada pandangan manusia. Apa yang lebih penting ialah bagaimana kita menangani sesuatu itu dan dapat pula dijadikan ibadah atau saluran medapat keampunan daripadaNya.

2. Kenang Jasa, Lupakan Kejahatan.
Sejarah yang agak popular ialah apabila ada seorang lelaki ingin menemui Khalifah Sayidina Umar al-Khattab r.a. Dia ingin mengadu tentang karenah isterinya. Sampai di halaman rumah dia terdengar suara rungutan isteri
Khalifah Umar. Dia berhasrat membatalkan niat asalnya, namun terhenti apabila dia dipanggil oleh Umar. "Ada apa urusan engkau hendak menemui aku?" tanya Saiyidina Umar. Jawab lelaki itu, "aku bercadang hendak mengadu karenah isteri aku, tetapi aku terdengar tuan pun mengalami perkara yang sama, inikan pula aku rakyat biasa". Saiyidina Umar menjelaskan, "aku tetap bersabar dan berterima kasih kepadanya kerana dia banyak berbuat baik dan berjasa. Dia menjaga anak-anak aku memasak makanan untuk aku, membersihkan pakaian aku dan membuat urusan rumah bagi pihak aku". Manakala isteri pula perlu mengenang jasa dan kebaktian suami dalam pelbagai aspek - makan, minum, pakaian, tempat tinggal, perlindungan, didikan dan tunjuk ajar.

3. Perkongsian
Selain harta benda, ada aspek perkongsian yang tidak boleh diabaikan agar kehidupan suami isteri sentiasa meriah dan mesra walaupun telah meningkat usia. Perkongsian ini perlu dikekalkan hingga akhir hayat.

a. Perkongsian fitrah
Apa saja yang kita suka orang lain berbuat kepada kita, maka itu juga yang orang lain suka kita berbuat kepadanya. Oleh itu masing-masing mesti andatoleransi. Dengan sendirinya berlaku perkongsian. Maka kedua-dua pihak tidak terlalu menuntut hak masing-masing dan saling tuduh menuduh.

b. Perkongsian emosi
Sayidina Umar Ibnu Khattab r.a. boleh saja mendakwa isterinya yang merungutitu tidak memahami perasaan suami. Dia juga boleh menuduh isterinya tidakwajar merungut kerana dirinya seorang khalifah yang memikul urusan umat.Dan dia juga boleh menuntut agar dirinya dilayani dan tidak perlu melayani karenah isterinya kerana dia seorang suami. Namun beliau memilih untukmenyebut kebaikan -kebaikan isterinya kerana dia sebenarnya berkongsi perasaan dengan isterinya. Beliau dapat merasakan keperitan dan kesusahan isteri. Tentulah tidak patut kegembiraan dikongsi, manakala penderitaan ditanggung sendirian. Suami tidak patut menuntut agar isteri memahami perasaannya sahaja dan begitu juga sebaliknya. Rumah tangga tidak ubahseperti pelayaran kapal di lautan. Tidak selamanya lautan tenang atau tidak selamanya bergelora. Dalam satu kapal mana mungkin tidak mengalami tenang dan gelora bersama. Ketika suami pulang dengan bahang kemarahan maka isteri letakkan dirinya sebagai air yang dingin, demikian sebaliknya. Suami keletihan dan kelesuan kerana urusan di luar rumah. Pada waktu yang sama isteri juga penat dengan urusan rumah dan anak-anak. Kalau demikian ertinya sama-sama keletihan atau sama-sama berkongsi kepenatan. Lantaran itulah Saiyidina Umar menunjukkan contoh betapa beliau memahami emosi isterinya. Suami sedia mendengar rintihan isteri dan berkongsi rasa.

c. Perkongsian jiwa
Rasulullah s.a.w masih mengenang dan menyebut nama  Khadijah walaupun isterinya sudah lama wafat. Di mana letaknya keistimewaan  Khadijah? Rasulullah s.a.w mengalami beban jiwa yang erat setelah menerima wahyu yang pertama. Bukankah baginda adalah seorang rasul yang Allah s.w.t bekalkan dengan jiwa yang kuat? Namun beban wahyu itu lebih berat berbanding kemampuan jiwanya.  Khadijah r.ha telah memberi 'input' yang besar kepada jiwa baginda sehingga baginda pulih seperti sediakala.  Khadijah yang memberi peransang, suntikan semangat dan pertolongan. Dalam konteks kehidupan Rasulullah s.a.w dan Khadijah itu tentu ada proses timbal balik yang hebat antara keduanya. Tentulah tidak dinafikan peranan Rasulullah s.a.w sebagai seorang suami dalam mendidik  Khadijah sebagai isteri. Namun ada saat-saat tertentu yang sumbangan isteri tidak dinafikan begitu sahaja terutama dalam pengisian jiwa. Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Sesiapa berkahwin maka dia telah melindungi separuh agamanya. Oleh itu hendaklah dia bertakwa kepada Allah dalam memelihara yang separuh lagi." (Riwayat al-Hakim) Sabda Rasulullah ini membuktikan bahawa perkongsian jiwa itu sebenarnya memelihara sebahagian daripada agama. masing-masing sandar-menyandar, saling teguh-memperteguh, pendorong dan benteng kekuatan jiwa.

11 Januari 2012

PANDUAN UNTUK IBU MENYUSUKAN BAYI YANG BEKERJA

PANDUAN UNTUK IBU MENYUSUKAN BAYI YANG BEKERJA

Happy Breastfeeding
* Bincangkan rancangan untuk menyusukan bayi sebelum mula bekerja.
Pastikan penyelia anda faham betapa pentingnya penyusuan bayi diteruskan. Ini kerana bayi yang menyusu badan kurang mendapat jangkitan penyakit dan anda mungkin kurang mengambil cuti kecemasan disebabkan bayi sakit. Anda boleh menentukan bagaimanakah jalan terbaik untuk menyesuaikan jadual penyusuan dengan jadual kerja. Saya aturkan setiap jam 3-4 petang adalah likungan waktu mengepam saya ditempat kerja.

* Bincangkan masa
Anda perlukan masa untuk mengepam payu dara anda, tegaskan bahawa anda hanya akan menggunakan masa rehat dan tidak akan mengambil masa bekerja. Jika pada kebiasaannya bekerja lapan jam, rancang masa rehat lebih kurang 15 minit untuk mengepam.

Menjarakkan waktu-waktu rehat dalam sehari dengan sekata adalah lebih baik, tetapi bukanlah terlalu kerap. Apa yang lebih penting ialah memastikan ia berterusan. Sebagai contoh, dalam masa lapan jam bekerja, pastikan berkesempatan mengepam sekurang-kurangnya dua kali - bagi memastikan produksi susu berterusan. Jika terlepas satu sesi, cuba pastikan akan melakukannya selepasnya. Mintalah pada majikan untuk menggunakan satu bilik yang berkunci dan tertutup di mana ibu-ibu yang menyusukan boleh memerah susu mereka.

* Beli pemerah anda sendiri atau sewa.
Tidak digalakkan berkongsi pemerah dengan orang lain. Secara umumnya pemerah susu elektrik adalah lebih efektif jika dibandingkan dengan pemerah tangan. Pemerah berkembar adalah lebih cepat - ia membolehkan anda memerah kedua-dua belah payu dara serentak berbanding satu pemerah dan ia membantu mengekalkan penghasilan susu. Carilah satu tempat atau ruang di dalam pejabat di mana bukan sahaja dapat memerah susu, tetapi dapat menyimpan pemerah susu dan juga barang - barang lain. Saya menggunakan pam manual "Unimom Mezzo" ditempat kerja dan di rumah menggunakan pam eletrik Spectra 3... Sebabnya, di tempat kerja, saya kerja tak sampai 8 jam sehari dan hanya sekali mengepam dalam tempoh bekerja untuk mengosongkan breast dalam tempoh saya berkerja...

* Rancang cara untuk menyimpan dan menghantar susu sebaik sahaja ia diperah.
Sebagai contoh, gunakan beg kedap haba yang telah diisi dengan bungkusan penyejuk. Susu akan kekal segar dan selamat sehingga enam jam dalam suhu bilik, lapan hari jika di dalam peti sejuk, tiga bulan jika didingin beku atau enam bulan jika dibekukan.

Minta pengasuh agar tidak memberi makan bayi beberapa ketika sebelum anda datang untuk membawa pulang bayi. Dengan cara itu, anda akan dapat terus menyusukan bayi sebaik sahaja pulang ke rumah.
Bagaimanapun usaha tersebut tidak akan berjaya, sekiranya ibu itu sendiri tidak mempunyai kemahuan menyusui bayi mereka.

Jika mereka diberi cuti yang panjang sekalipun tetapi tidak mempergunakan cuti yang diberikan termasuk enggan menyusui bayi mereka, ia bukan satu tindakan bijak.Berdasarkan kepada pengalaman para ibu, hari ini ramai ibu bekerja tetapi masih boleh menyusui bayi mereka dengan adanya sokongan ahli keluarga serta majikan. Saya mendapat sokongan sepenuhnya dari ahli keluarga dan rakan2 sekerja... Alhamdulillah...

Alternatif penyusuan bayi untuk ibu bekerja
* Memberikan susu perahan kepada bayi.
* Kerja memerah boleh dilakukan menggunakan tangan atau pam yang banyak dijual di pasaran sama ada   pam manual, bateri ataupun elektrik.
* Susu itu perlu disimpan di dalam pembeku dengan suhu 20 darjah Celsius.
* Seeloknya sediakan satu ruang khas dalam pembeku untuk menyimpan susu kerana ditakuti berlaku pencemaran jika disimpan bersama barang-barang lain seperti ikan atau ayam.
* Susu beku boleh dicairkan dengan meletakkan susu tersebut di dalam rak peti sejuk semalaman dan direndam dalam air suam apabila diperlukan. Jangan panaskan dalam ketuhar atau di atas dapur.
* Susu perlu disimpan dalam kuantiti kecil, cukup untuk satu penyusuan sahaja.
* Menulis tarikh perahan pada bekas simpanan supaya susu yang paling lama dapat digunakan dahulu, simpan dalam bekas yang bersih dan bertutup serta memastikan bekas simpanan tidak terlalu penuh bagi susu yang ingin dibekukan.
* Seeloknya susu mula diperah tiga minggu lebih awal dari tarikh anda akan mula bekerja supaya stok susu mencukupi.
* Apabila telah bekerja, susu boleh diperah di pejabat iaitu pada waktu-waktu yang bayi biasanya menyusu, di rumah pada waktu malam atau pun semasa menyusukan bayi iaitu dengan menyusukan bayi pada sebelah payu dara dan mengepam pada sebelah yang lain.

Tip2 di atas diperolehi dari pmbacaan pelbagai sumber dan juga sumber internet... 
If you want to share, please click share button below the entry... TQ...

06 Januari 2012

Lapang sebelum Sempit

Salam... lamanya x bersiaran... hehe, tapi rasanya baru 2 hari x mencoret... kesibukan telah bermula... Rutin, tugas dan amanah serta tanggungjawab ku sbg pendidik telah bermula sejak sesi persekolahan bermula... Aku agak penat sbbnya cuti lama sangat 4 bulan tu... tetapi minggu dpan mst dah ok balik, bdan dan otak dah stabil sikit dgn keadaan di sekolah...


Awl persekolahan mmg pelbagai ragam pelajar tingkatan satu.. ramai juga pelajar tahun ni... lelaki dan perempuan sama je ramainya... ada yang nakal, ada aktif dan ada yg pasif... x kurang juga, ada yg kurg bernasib baik, membuatkan sayunya hati.. tetapi pelajar2 yg kurng upaya ni , adalah pljr yg kuat, sbb dia x smpurna tetapi  mmpu hidup dgn org yg smpurna...


Antara komen2 di FB.. tntg isu x smpat pam yg aku postkn...

Aku mengajr sesi ptg, masa yg padat dgn jadual full smpai 6.45ptg... jadinya jam 10.30 pg aku kuar umah, hntr ankku ke umah pengasuh di keramat, kemudian bru g sekolah... smpai umah jam hmpir jam 7.30mlm... jika suamiku yg amik Faiqah, mmg awallah ku balik, lau x dekat kul 8mlm baru smpai umah... 

Jadual yg pdat di sekolah, mmbuatkan aku xde masa nk pam susu utk Faiqah, semuanya ku lakukan bila balik umah,,, mmg bngkak susu juga la, dan sekali pump mmg byk.. Alhamdulillah, rezeki Faiqah sntiasa ada.. Aku penah post pasal ketidak smpat aku mengepam di FB, byk juga komen yg menyuruh aku x skip wktu pam.. Terima kasih aku ucpkn pada akak yg komen2 tu, tetpi bgku, aku mmg dh setting minda aku ni, aku x pnh pump wktu siang, 3 waktu je aku pump, awl pg, ptng dan mlm... so, xde mslh lau aku x pump tengahari atau ptg... lagi pun, aku pump susu bkn nk wat stok, tapi sekadar bekal utk ankku hingga 2 tahun.. 

Setiap org de pengalaman tersndiri, kita boleh share dgn org tapi kita x boleh ckp dan suruh org apa yg kita wat tu utk jdi ikutan orng lain... sbb sgla2nya dah ditentukan Allah, dan setiap org x sama rezekinya... Namun aku hargai nasihat2 org yg tegur tu.. Minggu depan baru aku nk atur masa mengepam di sekolah... insya-Allah, moga dipermudahkan... 

03 Januari 2012

Hari Terakhir

Hari Terakhir

Salam dan selamat pagi...


pepagi buta mencoret entry baru, di blog picisan nni... Hari ni tanggal 3 Januari 2012, melabuhkan tirai aku bercuti secara rasminya... Hari ni hari terakhir aku bercuti... namun hakikatnya dah lama aku tamat bercuti, tapi secara rasminya aku akan mulakan kerjaya setelah bercuti selama 4 bulan lebih. sbb bersalin + cuti sekolah... 

Memang lama, mengadap si comel faiqah ni, dan lepas ni, mmg aku agak sibuk kerana rutin harian bertambah.. ibu dan isteri bekerjaya.. walaupun kerja sebagai pendidik, org ckp, senang sbb keje setengah hari, tapi perlukan kekuatan tersendiri nak jadi pendidik ni.. sbb bukan semua org mampu menjadi pendidik, tetapi pengajar mmg boleh sangat,...

Rasa sayu dan sedih sebab lepas ni akan meninggalkan Faiqah pada pengasuh... mmg rutin harian akan berubah sepenuhnya... menjadi ibu bekerjaya dan menjadi ibu menyusu yg bekerjaya sememangnya perlukan kesabaran, kerajinan dan kekuatan dalaman... sbab mmg perlu rajin, hari2 perlu pam susu, untuk bekalan si kecil, perlu basuh botol yg berlambak2, perlu strill... dan pelbagai perkara ynag agak remeh bagi org yg x kuat utk teruskan breastfeeding... 

moga aku terus diberi kekutan dan semangat baru utk thun baru ni.. moga dapat melaksanakn nya dgn jayanya... moga Allah permudahkn urusanku.. ameen,.... 

01 Januari 2012

Berpantang Lepas Bersalin... Penting Ke???

Berpantang Lepas Bersalin... Penting Ke???

Salam... dh lama nk tulis pasal ni, tapi cm xde masa je...
Dr pak cik gugel... ;)

Berpantang lepas bersalin, ibarat satu penjara bg wanita lepas bersalin, ea lah, x leh kuar umah, xleh shopping, x jalan laju2, jalan berkepit, x leh angkat2 brg sebarangan dan yang paling fobia, xleh makan itu, xleh makan ini... Hai... segalanya TAK BOLEH!!!... aku juga melalui semua tu... tapi penting sangat ke berpantang ni... 

Sebenarnya orang2 tua dahulu amat menitik beratkan penjagaan diri wanita selepas bersalin. NI kerana, struktur badan wanita x seperti sebelum bersalin lagi sbb tu, kena jaga, berpantang, berbengkung, bertungku dan berurut. Semuanya dijaga untuk mengembalikan tenaga dalaman dan kecantikan luaran dan dalaman... 


Antara pantang larang wanita selepas bersalin dan kepentingannya:
1) Jalan Berkepit dan perlahan2:

Yang ni utk menjaga jahitan supaya x terkoyak... Lau dah terkoyak, nk jahit balik tnpa ubat bius, dah jadi 2 kali sakit... Jalan perlahan2 utk jaga rahim, sbb rahim masih kembang dan belum kembali ke bentuk asal... Lau jalan laju2, kemungkinan boleh sebbkan jatuhnya peranakan,,,

2) Elakkan duduk lama2..
Untuk elakkan sakit pinggang dan belakang... Masa meneran dan melahirkan, banyak guna tenaga, dan utk pulihkan tenaga, ibu mmg kena banyak baring dan urat belakang masih belum stabil sepenuhnya..

3) Elakkan makan-makanan sejuk dan berangin:
Makan sejuk dan berangin boleh beri kesan pada rahim... Rahim boleh mengembang dan urat2 juga boleh mengembang. Makanan sejuk seperti ais batu, boleh sbbkan sakit pada tulang... Mkanan berangin, boleh beri kesan pada kepala dan perut... Mengelakkan ibu pening dan sakit perut.

4) Elakkan memberi tekanan pada perut
Untuk menjaga rahim.. supaya x berganjak dari tempat asal.. rahim selepas bersalin tidak seperti sebelum bersalin. segalanya berubah.. sbb tu berurut dan bertungku utk jaga rahim...

Aku penah dengar dalam satu ceramah di Radio IKIM satu ketika dulu, suami wajib juga berpantang ketika isteri dalam nifas dan berpantng.. suami wajib kawal nafsu, dan banyakkn puasa sunat.. Suami juga perlu berpantang dari memakan makanan yg memberi kekuatan kepada tenaga batin lelaki, contohnya daging kambing, madu lebah dan sebagainya... 

Aku masih berpantang, hal2 mkanan sejuk dan mengelakkan makanan berangin... Sbb tu lau g umah org, biasa org hidangkan air teh dan penah aku pergi ziarah sebuah rumah, dia hidangkan kueh teow goreng, aku x makan, sbb msih berpantang... kueh teow mmg sejuk.. mak bidan yg pesan padaku, lau bihun goreng tu ok lagi lah... org tu mcm pelik je.. 

Sbenarnya, ibu2 muda zaman sekarang majoritinya kurang titik beratkan hal berpantang makanan ni. Mereka hanya berpantang sekadaar 44 hari.. selepas tu makan macam biasa... Memang x memudaratkan sebab pemakanan kita memberi kesan jangka masa panjang... So, terpulang pada individu... nak badan sihat hingga tua, nak yang terbaik utk suami, wajib jaga badan.. Aku berpantang berpada2 juga, aku hnya mengamalkan pemkanan seimbang, yang sememang aku x makan, aku x mkan lah, dan selagi boleh pantang, aku akan pantang,, kita sihat, kita jga senang, bukan utk org lain,, untuk diri sendiri juga...

Untuk ibu2 muda, selamat berpantang, berpantanglah demi kebahagiaan rumah tangga anda... saya berpantang, sbb saya pgg pada perinsip "Mencegah lebih baik dari Mengubati"

~See u again~ Wassalam....

Sambutan Hari Lahir

salam... 


Semalam, 31 Disember 2011 hari yg bahagia bg ibu mertuaku, kerana, hari lahirnya yg ke-53.. kami anak2 dan menantu, berusaha utk hiburkan dan bahagiakan hatinya dengan meraikannya bersama... Planning nak sambut hari lahir ni, di cdangkan oleh kak long... Aku dan suami hanya mengikut... 

Planning nk makan2 di Sekinchan Ikan Bakar, sbb dah lama mak nk makan ikan bakar.. tapi kak long kata mahal, xde budjet lagipun, belum gaji kan... so, tukaar planning nak g makan nasi beriani dekat2 giant area puchong... Aku dan suami keluar rumah dah tengahari, singgah di kedai kek, beli kek keju, sbb aku teringin nak makan kek keju... lepas beli kek keju baru gerak ke puchong... mak tak tahu aku dan suami nak join sekali sbbnya, kak long kata, abg x dapat join sbb de nak g psg sticker... hehe.. pandai tul kak long mencari alasan semata-mata nak suprise mak...

Elok sampai kat puchong, mencari restoran yg dituju, tapi x diberi nama, so, memusing2 mencari mengikut arahan yg diberi oleh abg riz... akhirnya nampak kedainya.. Aik, sekinchan ikan bakar, kata tak jadi... tapi rupa2nya, abg riz yg belanja, ada rezeki lebih dia, so, dia belanja.. moga lapang lagi rezeki abg riz...

Lepas, makan, kami convoi ke amcorp mall di petaling jaya... saja jenjalan, rasa best sgt jejalan ngan family... aku nk jln ngn family aku, mmg susah dah sekarg sbb antara ramai2 adik beradik yg tujuh org aku yg paling jauh... yg lain2 xdok luar negeri... aku sorg je dok luar negeri... so, mmg susah nk berkumpul kecuali lau ada event atau ada perayaan je... so, kesempatan berjalan2 ngn family belah suami ku, mmg buatkan aku gembira dan bahagia... dan mak pun nampak gembira wpun, msih sakit kaki... so, dah dekat maghrib baru kami bergerak pulang... dan semestinya "anak aku yang sulung" sape lagi si rikazz la menangis nk ikut aku dan suami balik gak... 

Jom layan pic2 menarik sepanjang perjalanan sambutan hari lahir mak semalam... semoga Allah panjangkan usia dan bahagiakan mak selalu insya-Allah,,, we love u mom... (huhu.. rindunye kat mak yang jauh di mata.. hari lahir mak aku pun bulan disember, 17 Disember, tapi memandangkan jauh, seawal pagi aku kol utk ucapkan selamt hari lahir..x dapat smbut bersama... hanya doa je dikirim dari kejauhan.)...