GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Wanita haid boleh baca al-Quran

Ramai wanita keliru, membaca al-Quran ketika haid dan memegang al_Quran ketika haid.. Sebenarnya, isu ni berlaku sebab kekhilafan ulamak, dan setiap ulama menyatakan dalil masing2. 

Ulamak dalam mazhab Syafie mengatakan bahawa wanita yang menjalani haid dia tidak boleh membaca al-Quran. Mereka yang mengatakan bahawa perempuan haid tidak boleh membaca al-Quran berdasarkan dalil daripada hadis Nabi SAW yang bermaksud: “Perempuan yang haid dan orang yang berjunub tidak boleh membaca al-Quran.” (Riwayat at-Tirmizi 131)

Jadi berdasarkan hal ini mereka mengharamkan bagi wanita haid untuk membaca al-Quran.

Manakala pandangan Syeikhul Islam Ibnu Taimiyyah merajihkan pandangan Imam Abu Hanifah yang mengatakan wanita haid boleh membaca al-Quran kerana sesuatu hukum tidak boleh diharamkan kecuali jika ada dalil yang sahih mengenainya. 

Sesuatu hukum boleh diputuskan jika ada hadis yang sahih mengenainya, jika hadis itu lemah maka kita tidak boleh jadikan hadis itu sebagai dalil. Maka dalam hal ini kita harus mengetahui bahawa semasa zaman Imam asy-Syafie, hadis-hadis masih lagi dalam proses pengumpulan, masih lagi dalam proses ditapis, maka ulamak yang khusus dalam bidang hadis masih kurang dalam mengkaji hadis secara mendalam dari segi sanad dan matannya, jadi apabila selepas era ulamak mazhab, maka ramai tokoh ulamak pengkhususan hadis yang lahir, mereka mendalami status hadis sama ada sahih atau dhaif dari pelbagai sudut.

Maka dalam hal ini, ulamak hadis telah menilai hadis yang dikemukakan sama ada ia sahih atau pun tidak, kerana hadis dhaif boleh diamalkan pada fadhilat-fadhilat amal sahaja, itu pun dengan syarat yang sangat ketat, manakala ijmak para ulamak hadis mengatakan bahawa hadis yang dhaif tidak boleh diterima dalam menentukan hukum di dalam syariah. 

Antara Ulamak Hadis Yang Mendhaifkan Hadis Tersebut

1.   Imam al-Bukhari dalam I’lal al-Kabir hlm. 59,“Aku tidak mengetahui hadis daripada Ibnu Uqbah dan Ismail bin I’yyash mungkarul hadis daripada ahli Hijaz dan ahli Iraq.”

2.   Syeikhul Islam Ibnu Taimiyyah dalam al-Majmu’ al-Fatawa 26/191, beliau mengatakan: “Dhaif dengan persetujuan ulamak yang mengetahui hadis.”

3.   Ibnu Hajar al-Asqolani dalam Fath al-Bari 1/487, beliau mengatakan: “Dhaif dari segi semua jalan riwayatnya.”

4.   as-Son’aani dalam al-Iddah ‘alal Ahkam 1/401, beliau mengatakan: Dhaif dan baginya semua jalan riwayatnya tercela.”

5.   Syeikh Bin Bazz dalam Majmu’ al-Fatawa 4/384, beliau mengatakan: Dhaif.

6.   Syekh Nasiruddin al-Bani dalam Takhrij Mishkah al-Masobih hlm. 439, beliau mengatakan hadis ini mungkar.

7.   Syeikh Ibnu Uthaimin dalam Syarah al-Bukhari Li Ibni Uthaimin 1/495, beliau mengatakan hadis ini Dhaif.

Maka penjelasan daripada ulamak-ulamak hadis sebentar tadi yang diiktiraf kesarjanaan mereka membuktikan bahawa hadis yang dikemukakan adalah dhaif dan tidak boleh dijadikan dalil kepada pengharaman wanita haid untuk membaca al-Quran.

Antara ulamak yang membolehkan untuk membaca al-Quran bagi wanita yang haid adalah Ibnu Hazam al-Andalusi, beliau juga adalah tokoh mazhab, Cuma tidak dipopularkan sahaja sebagaimana imam mazhab yang empat seperti Imam Abu Hanifah, Imam Malik, Imam Syafie, dan Imam Hanbali, beliau mengatakan: “Membaca al-Quran, sujud tilawah, menyentuh al-Quran dan berzikir pada Allah adalah amalan-amalan yang baik, sunat ke atasnya dan mendapat pahala, sesiapa yang mendakwa bahawa perbuatan ini tidak dibenarkan, maka dia harus bertanggungjawab untuk mengemukakan dalil yang sahih.”

Ulamak yang membolehkan wanita haid membaca al-Quran berdasarkan dalil yang diriwayatkan oleh Aisyah RA: “Aisyah radhiallahu ‘anha berkata : “Aku datang ke Makkah dalam keadaan haid. Dan aku belum sempat Tawaf di Ka’bah dan Sa’i antara Sofa dan Marwah. Maka aku adukan hal itu kepada Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wa Sallam, beliau bersabda : “Perbuatlah sebagaimana yang dilakukan seorang yang berhaji, hanya saja jangan engkau Tawaf di Ka’bah sehingga engkau suci (daripada haid).” 

Demikianlah hadis sahih yang dikemukakan, ulamak memberi alasan bahawa Nabi SAW hanya tidak membenarkan Aisyah RA melakukan tawaf sahaja, selain daripada itu dibenarkan, sedangkan dalam ibadah haji ada menyebut nama Allah SWT dan al-Quran itu juga adalah zikir bagi manusia seperti firman Allah SWT yang bermaksud: “Sesungguhnya Kami-lah yang menurunkan Adz Dzikir (al-Quran) dan Kami-lah yang akan menjaganya.” (Al Hijr : 9)

Demikianlah yang diulas oleh al-Hafiz Syeikh Nasiruddin al-Bani, beliau mengatakan: “Hadis ini menunjukkan bolehnya wanita yang haid membaca Al-Quran, karena membaca Al-Quran termasuk amalan yang paling utama dalam ibadah haji, dan Nabi s.a.w telah membolehkan bagi Aisyah semua amalan kecuali tawaf dan solat, dan seandainya haram baginya membaca al-Quran tentunya akan beliau terangkan sebagaimana beliau menerangkan hukum solat (ketika haid), bahkan hukum membaca al-Quran (ketika haid) lebih berhak untuk diterangkan karena tidak adanya nas dan ijma’ yang mengharamkan, berbeza dengan hukum solat (ketika haid). Kalau Baginda s.a.w melarang Aisyah dari solat (ketika haid) dan tidak berkata tentang hukum membaca al-Quran (ketika haid) ini menunjukkan bahawa membaca al-Quran ketika haid dibolehkan, kerana mengakhirkan keterangan ketika diperlukan tidak diperbolehkan, sebagaimana hal ini ditetapkan dalam ilmu usul fiqh, dan ini jelas tidak ada keraguan lagi, walhamdu lillah.” (Hajjatun Nabi hal:69).

Namun jika orang yang berhadas kecil dan wanita haid ingin membaca al-Quran maka dilarang menyentuh mushhaf atau bahagian dari mushhaf, dan ini adalah pendapat empat madzhab, Hanafiyyah (Al-Mabsuth 3/152), Malikiyyah (Mukhtashar Al-Khalil hal: 17-18), Syafi’iyyah (Al-Majmu’ 2/67), Hanabilah (Al-Mughny 1/137)

Tetapi mereka dibolehkan untuk memegang al-Quran terjemahan, tafsir dan selainnya.

Adapun kebanyakan Ahli Ilmu berpendapat tidak boleh bagi wanita haid untuk membaca Al Qur’an. Mereka ini mengkiaskan (atau menyamakan) haid dengan junub, padahal sebenarnya tidak ada pula dalil yang melarang orang junub untuk membaca al-Quran.

Yang kuat dalam hal ini adalah pendapat yang kedua iaitu dibenarkan bagi perempuan yang haid untuk membaca al-Quran, dan ini boleh dilihat dalam Majmu’ Fatawa 21/460 dan Syarhuz Zad 1/291. (Nukilan dari Syarh Umdatul Ahkam karya Abu Ubaidah Az Zaawii, murid  Asy Syaikh Muqbil bin Hadi Al Wadhi’i)

Asy Syaikh Mushthafa Al Adhawi di dalam kitabnya Jami’ Ahkamin Nisa’ (1/183-187) membawakan bantahan bagi yang berpendapat tidak bolehnya wanita haid membaca al-Quran dan di akhir tulisannya beliau berkata : “Maka kesimpulan permasalahan ini adalah boleh bagi wanita haid untuk berzikir kepada Allah dan membaca al-Quran kerana tidak ada dalil yang sahih yang jelas dari Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wa Sallam yang melarang dari hal tersebut bahkan telah datang dalil yang memberi faedah bolehnya (wanita haid) membaca al-Quran dan berzikir sebagaimana telah disebutkan dahulu, Wallahu A’lam.”

Demikian pendapat yang dikemukan oleh Syeikh Bin Bazz, katanya: “Boleh bagi wanita haid dan nifas untuk membaca al-Quran menurut pendapat yang lebih sahih dari dua pendapat ulama, kerana tidak ada dalil yang melarang, namun tidak boleh menyentuh mushhaf, dan boleh memegangnya dengan penghalang seperti kain yang bersih atau selainnya, dan boleh juga memegang kertas yang ada tulisan Al-Quran (dengan menggunakan penghalang) ketika diperlukan” (Fatawa Syeikh Bin Baz 24/344).

Berdasarkan perbahasan yang telah dikemukakan bahawa saya lebih cenderung wanita yang haid boleh membaca al-Quran. Wallahu A’lam

p/s: Artikel ini asal ini, diolah dan diringkaskan oleh penulis untuk memudahkan kefahaman pembaca. Jika ingin membaca artikel penuh, boleh baca di sini >>>http://fikrahhalaqah.com/adakah-wanita-haid-boleh-membaca-al-quran/<<<

6Ulasan

  1. hurmm.. byak rujukan yg sy perlu cari juga.. terima kasih atas maklumat ini.. :)

    BalasPadam
  2. so,kite kne ikut mazhab syafie...wanita haid memg tak leh bace al-quran....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Baca betul2 artikel tu dan fahamkan... Hmm ..tp terpulang nk ikut yg mna pun..

      Padam
  3. ouh.. macam tuu.. huhu nice info.. ^^

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ