GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Tips Pakai Minyak Wangi

Semua orang pasti suka minyak wangi kan,,, aku pun suka, tapi pakai ala kadar dan bau yg lembut..yang tak menarik perhatian org lain.. Sebab wanita haram pakai minyak wangi yang kuat hingga boleh menarik org lain ke arahnya.. Namun begitu, ada beberapa tips yang daku dapat dari mana tak ingat, tapi ada ku simpan dalam koleksi artikal ku... MOga bermanfaat untuk semua.. :)


  • Minyak wangi berkesan kepada kulit yg panas dan mempunyai peraliran darah yg baik. Belakang telinga dan nadi pada sendi tangan adalah tempat yg paling sesuai mencalit minyak wangi. Selain daripada itu, rambut yg dicuci dan segar atau baju daripada bahan semulajadi adalah pembaca bau wangi.
  • Haruman tahan lama jika disapu pada kulit bawah pakaian. Sesiapa yg suka bertukar haruman dinasihatkan berhati-hati apabila menyembur pakaian dengan minyak wangi. Kesan minyak wangi yg tinggal pada pakaian benang bulu sebagai contohnya mungkin tidak sesuai dgn pemakaian minyak wangi baru.
  • Setiap minyak wangi mempunyai keharmonian baunya tersendiri.Sekiranya kamu menggunakan minyak wangi lebih daripada satu pada masa yg sama, keharmonian minyak wangi akan hilang. Ini akan hanya merosakkan ciri-ciri setiap minyak wangi dan menimbulkan bau yg kurang menyenangkan.
  • Minyak wangi boleh tahan lama selama enam bulan. Sekiranya ia dijaga rapi, ia bertahan lebih lama. Minyak wangi hendaklah diletakkan di dalam tempat gelap bersuhu bilik. Utk botol baru, ia boleh disimpan selama setahun tanpa dibuka tudungnya. Jgn simpan minyak wangi dalam peti sejuk kerana khuatir akan memberi kesan kepada makanan.

Mengapa bau minyak wangi berbeza2 bila dipakai oleh org berlainan?

  • Bau minyak wangi itu akan berubah bila dipengaruhi oleh keadaan persekitaran. Sewaktu kamu beli minyak wangi di gedung jualan, ia dipengaruhi oleh persekitaran haruman yg kuat. Keadaan ini berbeza dengan persekitaran rumah. Sebab itulah baunya berbeza bila dibawa pulang.
  • Suhu dan kelembapan yg berbeza juga perlu diambil kira. Perlu diambil perhatian, setiap minyak wangi mempunyai kehidupan haruman tersendiri dan akan hanya timbul setelah satu tempoh.
  • Minyak wangi adalah campuran bahan2 tertentu hasil daripada beberapa peringkat proses pengewapan. Minyak wangi yg  baik dibuat berhati-hati. Bau itu mestilah sama dgn bau asal yg digunakan bagi melahirkan satu kehidupan haruman dan luahan perasaan yg berterusan.
  • Peringkat awal pemakaian minyak wangi, pengguna hanya menyedari bau awal iaitu top note. Selepas beberapa saat, apabila minyak wangi sudah serasi dgn peredaran darah barulah bau sebenarnya timbul.
  • Setiap org mempunyai  bau badan yg tersendiri.Semua bergantung kepada keadaan kulit masing2, gaya hidup dan pemakanan yg seimbang. Org lain mungkin sesuai dgn haruman yg digunakan tetapi kita tidak.
Sumber: koleksi artikel ku.. sumber asal internet.. jika penulis asal de membaca artikel ni, ku mohon halalkan.. 


8Ulasan

  1. ena pakai bedak je .. tak pakai minyak wangi... huhuhu

    BalasPadam
  2. Assalamualaikum dik..

    Salam kenal dan terima kasih sudi snggah blog akak...Akak dah fllow sini ya..

    p/s..akak pun peminat minyak wangi jugak..terima kasih atas tips tersebut...

    BalasPadam
  3. wahhh siap ada tips lagi... mia suka yang baunya lembut...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bau lmbut sedapkn.. tp kdg2 bila cmpur dgn bau bdn dh jadi ksr baunye..

      Padam
  4. saya suka bau wangi2..hehe...macam menarik2 idung nih ke arah bau tersebut,,heheh

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ