GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Selamat Hari Lahir Orang Yang Melahirkan

Hari ni hari istimewa bagiku dan adik beradikku, namun aku di perantaukan kerana dah jadi isteri orang, namun rindukan orang yang melahirkan aku, tetap kekal di sanubari.. aceh22.. skema lak.. hehe... 


Hari ni, tanggal 17 Disember 2012, adalah hari lahir insan yang melahirkan aku ke dunia ni, iaitu mak yang aku sayang... Selamat hari lahir mak, moga mak terus sihat dan dipelihara Allah, moga mak terus bahagia, bersama keluarga dan anak2 mak yg macam2 ragam walaupun dah besar2 belaka... 

Tahun ni, usia mak aku, mencecah usia 68 tahun, dah veteran kan, tapi mak aku masih gagah dan kuat, jarang sakit, Alhamdulillah.. mak aku adalah inspirasi hidup aku, mak aku memang mencabar membesarkan aku, sebab dalam ramai2 adik beradik, aku je yg kerap sakit sejak usiaku 20 hari aku dah kena asma, hinggalah dewasa.. 

Mak aku, risau masa nak lepaskan aku belajar di UTM, Johor dulu, sebab aku tak pernah berenggang dengan keluarga.. Tapi pak aku, tenangkan mak dan yakinkan mak, aku boleh berdikari dan aku buktikannya.. Dan kali kedua mak aku menangis adalah ketika mak terkilan sebab tak dapat lihat aku menerima dan menggenggam segulung ijazah, sewaktu majlis konvokesyen aku.. sebab, malam sebelum aku ke Johor, bapak aku kena serang sakit jantung... dan memang xde sorg pun sedara aku yg pergi, bapa aku wakilkan suamiku (waktu tu kira tunang lah sbb lum khwin) je sebg org yg melihat aku merima ijazah tu.. Terima kasih syg sebb temankan b, kalau tak mmg aku kesepian terima ijazah sorg2.. 

Dan seterusnya, mak aku menangis lagi, kerana aku dah jadi isteri org, mmg sedih sgt masa nak berpisah mengikut suami.. Tapi apa kan daya, dah lepas dah tanggungjawab mak dan pak membesarkan aku, skrg dh jadi tanggungjawab suamiku plak menjaga aku.. 

Namun, walaupun jauh, setiap detik ku kirimkan doa, moga mak dan pak sntiasa dilindungi dan dirahmati Allah selalu..kerana Mak insan istimewa dalam hidupku.. tanpa mak, siapalah aku di dunia ini... 

Selamat Hari Lahir Mak... 

7Ulasan

  1. Selamat ulangtahun khas buat mak maria dari kakak.

    BalasPadam
  2. selamat hari lahir buat si ibu... tanpa mereka siapalah kita

    BalasPadam
  3. selamat hari lahir utk makcik :) :)

    BalasPadam
  4. happy birthday utk beliau, moge panjang umor,murah rezki, bahgia dunia n akhirat =)

    BalasPadam
  5. Terima kasih my blogger friends atas ucapab dan doa kalian... :)

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ