GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Pengajaran: Kisah Benar, mesti baca smpai habis!!!

Salam... hmm.. baru sempat nak mengadap lappy.. sementara suami dan anakku melayan bola di TV, aku layan blog... stress la tgk bola.. haha.. aku tggu keputusan je nanti..

Aku nak kongsikan satu kisah benar untuk pengajaran kita smua, terutama yang sempurna melaksanakan ajaran dan syariat Islam dan yang solat sempurna 5 waktu.. kisah ni, suamiku kongsikan kepadaku lepas dia dgr khutbah Jumaat baru2 ni.. 

Kisah seorang lelaki yang kaya dan berharta, tetapi menjalankan perintah Allah dengan taat dan sempurna.. Keluarganya bahagia, mempunyai seorang isteri dan anak (tapi tak tahu la plak berapa org anak).. 

Suatu hari, lelaki tersebut mendapat satu panggilan kecemasan yang memerlukan dia ke Bali atas urusan kerja.. Kebiasaaan dia bawa staff atau isteri dan anaknya sbg temannya walaupun atas urusan kerja.. Namun, pada hari tu anaknya tak balik sekolah lagi, tapi dia perlu ke sana segera.. staff dia pun tak dapat temankan atas urusan lain.. Dia, terpksa la terbang ke Bali berseorangan.. 

Selepas check-in hotel, dia solat Jamak.. lepas solat, dia baring untuk melepaskan lelah..sementara menunggu agenda yang perlu dia selesaikan.. 

Dalam keadaan yang hampir terlelap itu, dia terdengar ketukan pintu bilik hotelnya.. rupanya seorang wanita yang sangat cantik.. Perempuan tersebut bertanya "Encik nak bersama saya hari ni? tapi dikenakan harga <sebanyak ini...dan ini>... ntah kenapa dia boleh setuju dngn tawaran wanita tersebut.. Dia bersama dgn wanita itu sepanjang malam, hinggalah dia tersedar esok paginya ketika Subuh... Dia bangun dan tersedar atas perlakuannya malam tadi.. 

Dia betul2 menyesal apa yg dia buat.. rasa bersalah dan berdosa menyelinap segenap urat sarafnya, setiap hari dia solat Taubat, dan taubat Nasuha.. namun, tiada lagi ketenangan dalam dirinya.. Lepas selesai urusan dia balik ke Malaysia dan menyembunyikan apa yg berlaku semasa di Bali.. 

Lebih 4 bulan dia rahsiakan.. satu hari, badannya rasa lemah sangat.. dia terus ke klinik buat check-up, Doktor sahkan dia sihat, cuma doktor tnyakan sama ada dia pernah amik dadah, kongsi jarum, derma darah atau menerima darah?? tapi semuanya dia tak pernah buat.. akhirnya doktor tnya pernah tak encik melakukan hubungan seks selain isteri encik?? dia tetap sembunyikan dan mengatakan tidak.. dan akhirnya doktor bagtau. hasil ujian darah, Encik disahkan mengidap HIV positif.. waktu tu dia rasakan dunia gelap sangat.. dan doktor nasihatkan dia bawa isteri dan anak2 buat check-up.. 

Bila balik rumah, dia menangis semahunya.. dan dalam berbahasa..dia menyuruh isteri dan anaknya membuat check-up..tanpa menceritakan sebabnya.. lepas check-up, anaknya bebas dr HIV, tetapi isterinya HIV positif berjangkit dri lelaki tersebut.. 

Lepas dapat tahu, isterinya terus mohon cerai di mahkamah dan tak membenarkan dirinya jumpe dgn anak lagi.. Dia rasakan dirinya kosong sgt, sebab semua org benci..dengan dia diberhentikan kerja.. semua kerja yg dia mohon org tak terima.. hinggalah dia jumpe tok imam masjid.. 

"Tok, adakah Allah terima taubat saya, sedangkan semua org dah benci saya dan saya tiada sesiapa lagi di dunia ni lagi??

"Wahai lelaki, selagi kamu masih bernafas di dunia ini, selagi itu pintu Taubat untuk mu masih terbuka.. dan Allah masih sayangkan mu walaupun tiada lagi manusia yg sayangkan mu.."

Pengajaran dari cerita ni: walaupun kita solat cukup, jaga aurat dan melksanakan perintah Allah, janganlah anggap kita ni dh tinggi imannya.. kerana selagi kita belum diuji, kita tak tahu kita beriman atau tak.. 

Janganlah memandang dan menghukum org yang tak mengikut perintah Allah dengan sempurna tu, org yang sesat dan tak beriman. 

Allah akan mengujui kita, bila kita berseorangan.. 

Semoga kisah ini, sama2 dapat kita renungan dan amik pengajaran... 

0Ulasan