GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Membebel adalah hiburan bagi isteri


Wanita memang suka bercakap dan membebel kan.. berbanding lelaki, lelaki ni banyak cakap bila?? iaitu waktu remaja dan masa belum matang.. macam anak murid daku la.. bercakap je.. so, aku biarkan je, sebab ku tahu, nanti dah besar, diorg dh kurang cakp.. tambah2 bila lepas kahwin.. lagi la kan.. isteri tnya jawab "hmm", "ok", "k" je kan.. hehe... Wahai lelaki, jangan marah jika wanita membebel, hanyati kisah tokoh Islam ini dengan isterinya... 

**********************************************

Pada zaman pemerintahan Saidina Umar Al-Khattab r.a., terdapat sepasang suami isteri yang selalu bertengkar dan bergaduh. Si isteri tidak henti-henti membebel. Sedang memasak pun dia membebel, sedang membasuh pun dia membebel, sedang tidur pun kalau boleh dia nak juga membebel.

Si suami tidak tahan dengan perangai isterinya yang sangat suka membebel. Dia pun marah balik isterinya kerana membebel. Si isteri pula menjawab. Si suami mula meninggikan suara.

Dari situlah mereka bertengkar dan bergaduh saban hari. Lama kelamaan si suami merasakan yang isterinya sudah melampau. Memandangkan keadaan rumahtangga mereka semakin parah, si suami pun mengambil inisiatif untuk pergi berjumpa dengan Saidina Umar untuk mengadu kelakuan isterinya.

Sebaik sahaja tiba di rumah Saidina Umar, si suami terdengar isteri Saidina Umar sedang membebel di dalam rumah. Tetapi tidak terdengar pula suara Saidina Umar membalas.

Mendapati isteri Saidina Umar pun begitu, si suami tidak jadi hendak mengadukan hal isterinya. Katanya dalam hati, kalau isteri Khalifah pun begitu, apatah lagi isteriku.

Ketika dia berpaling hendak pergi, tiba-tiba Saidina Umar memanggilnya dan bertanya, “Apa hajat kamu datang ke mari?”

Si suami tadi menjawab, “Aku datang hendak mengadu hal isteri aku, tapi aku lihat isterimu pun berkelakuan demikian terhadapmu.”

Saidina Umar tersenyum lalu berkata : “Tidak patut kalau aku tidak sabar dengan kerenahnya. Bukankah dia telah memasak makanan untukku, membasuh pakaianku, bersabung nyawa melahirkan zuriat untukku, menjaga anak-anakku dan dia tempat aku mendapat hajatku? Sabarlah, sesungguhnya keadaannya itu tidak lama (nanti akan baik sendiri).”

Itulah cara Sayidina Umar menghargai layanan dan khidmat bakti isterinya yang begitu setia setelah sekian lama bersusah payah menguruskan rumah tangga. Diam Umar adalah diam tanda sayang, paling-paling Umar hanya tersenyum mendengar bebelan isterinya itu. Itulah romantik cara Saidina Umar. Dibiarkannya isterinya membebel untuk meluahkan perasaannya. Bebelan isterinya juga adalah bebelan sayang, bebelan tanggungjawab dan keprihatinan, bukannya marah-marah yang menjatuhkan maruah dan tidak sampai ke tahap menderhaka kepada suami.

Sumber rujukan cerita: FB

4Ulasan

  1. bila dah terbiasa dgr org tu bebel, bila tetibe org tu takde, misti rindu kat bebelan dia..

    BalasPadam
  2. heheheh nsb lah bile akak bebel2 kt umah edy tak penah jwb or bebel balik... selalunyer dia akan diam je... redha sbb selalunyer akak akan bebel bnda yg betul... hehehe

    BalasPadam
  3. kaum suami kena baca kisah ni...kadang2 pempuan ni bukan membebel...tapi cakap banyak sikit je...hehe...

    BalasPadam
  4. tu la sesetengah lelaki tak suka perempuan mmbebel.. org lelaki kena baca artikel yg sis share ni.. bg dorang buka mata sedikit

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ