GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Khasiat Madu Lebah kepada Kesihatan

Madu adalah antara makanan yang disebut dan dinyatakan dalam hadis dan al-Quran... Dalam al-Quran surah an-Nahl ayat 68, Allah menjelaskan bahawa madu lebah berperanan sebagai ubat bagi segala jenis penyakit. bagi penyakit yang ada kaitan dengan otak seperti lemah berfikir dan mudah lupa, amalan meminum madu lebah dikatakan dapat membantu penyakit tersebut. Sabda Rasulullah berkaitan madu:

"Hendaklah kamu sentiasa berubat dengan dua jenis penyembuh, iaitu madu lebah dan al-Quran." (Riwayat Ibn. Majah).

Fungsi madu lebah:
  • makanan berzat yang bermutu tinggi
  • makanan penjagaan kesihatan
  • ubat kepada pelbagai jenis penyakit
  • sumber tenaga.. selain kurma, jika berpuasa minm madu sesudu ketika sahur, mampu bekalkan tenaga sepanjang hari berpuasa. 
Keistimewaan Madu Lebah
  • mencerdikkan akal
  • baik untuk kesihatan
  • tidak mengganggu selaput dinding sistem penghadaman
  • mudah dan cepat diasimilasikan oleh badan
  • membekalkan tenaga yang diperlukan oleh badan dengan cepat
  • membantu memulihkan tenaga seseorang yang menggunakan tenaga dengan banyak seperti ahli sukan, pekerja buruh, petani dan pelajar.
  • walaupun mengandungi gula, ia daripada jenis yang mudah dan serasi dikendalikan oleh buah pinggang
  • mempunyai kesan laxative semula jadi bagi melawas pembuangan air besar
  • amat berkesan bagi menenangkan tubuh dan fikiran
  • madu menjaga jantung dan menjauhkan sejuk dari dada. ia boleh memberi perlindungan daripada pelbagai jenis penyakit
  • hati orang yang beriman itu manis dan kerana itu ia suka kepada kemanisan (madu)
Kandungan zat dalam madu lebah:
  • Vitamin: Vitamin A, B-Compleks, Vit. C, Vit. E, Vit. K
  • Zat galian: kalsium, sulfur, fosforus, zat besi, karbon, magnaesium, natrium, kalium, klorin, iodin, kuprum, manganese, silika, riboflavin, protein, potassium.
Sebab khasiat dan kelebihan ini, saya gunakan madu sebagai ubat utama merawat batuk, kahak dan selesema anak saya Faiqah.. Caranya amik madu dan campurkan dengan 3 titis air zam zam atau air yassin.. bacakan al-Fatihah (1x) dan selamawat (3x) dan beri pada anak yg sedang batuk.. amalkan 3 kali sehari.. tapi sy hari tu buat sekali je, terus baik.. Alhamdulillah.. 

Saya menyangkal, dakwaan yg mengatakan madu tak baik untuk kanak2 sebab, sy ikut apa al-Quran kata bukan manusia kata... sebab apa yg Allah katakan pasti ada kelebihan dan kebaikan untuk hamba-Nya.. 


Sumber rujukan: dari buku "Rahsia Minda Hebat" karangan Dato' Siti Nor Bahyah Mahmood

10Ulasan

  1. sekarang ni susah nak cari madu yg betul2 pure tu.., skrg byk yg guna bahan kimia.. hurmmmm... ena guna madu untuk hilangkan jerawat dlu masa jerawat naik secara kritikal... alhamdulillah memang mujarab..

    BalasPadam
  2. kawan muja yang selalu sakit pun mmg amalkan minum madu,, memang sangat amat berkesan :D http://mujadafewa.blogspot.com/2012/12/biarkan-aku-jatuh-cinta-pada-sesiapa.html

    BalasPadam
  3. betul tu,,madu memg byk khasiatnye n bagus utk ubati penyakit,,

    *yg xbagusnye kalau ade org jual madu xasli,,

    BalasPadam
  4. betul tu,,madu memg byk khasiatnye n bagus utk ubati penyakit,,

    *yg xbagusnye kalau ade org jual madu xasli,,

    BalasPadam
  5. mmg banyak khasiat madu. tp susah nak cari madu yg betul2 original.

    BalasPadam
  6. @✿A I N A A✿boleh try jenama HPA, msih asli cuma dh diproses..

    BalasPadam
  7. @NORSHAHFEZA HAMSANmadu tak asli boleh tgk, dari segi wrnanya.. bau pun lain lau x asli..

    BalasPadam
  8. @Chic Nakat kg2 masih ada madu asli... ari tu tgk kt gnting dan kat menara KL, de jual.. hrga mmg mahal..

    BalasPadam
  9. membe kite ade jual madu , klau nak leh roger2 blog kite ;)

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ