GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Batasan Aurat: Sempurnakah kita???

Salam dan selamat pagi ... ingat nk kongsi semalam entry ni.. tapi dh beradu awal lepas susukn Faiqah.. tajuk yg aku amik dari tgk rancangan 'Santai Bersama...".. semalam panelnya ustaz Kazim Elias... ustaz feveret tu.. tajuk batasan aurat.. so aku nak share batasan2 aurat kita dgn orang sekeliling dan ahli keluarga.

Aurat lelaki:
  1. dengan lelaki Islam - iaitu dari pusat hingga lutut
  2. dengan lelaki bukan Islam - iaitu dari pusat hingga lutut
  3. dengan wanita ajnabi (wanita yg boleh dikahwini) - dari pusat hingga lutut
  4. dengan ahli keluarga - dari pusat hingga lutut. 
  5. dengan isteri yang sah akad - tiada aurat
nampak macam mudah je aurat lelaki kan, tapi lelaki susah juga nak tutup aurat, berapa ramai kita tgk lelaki pkai seluar pendek.. tapi ramai buat tak tahu je, sebab aurat lelaki dlm lingkungan yg kecil, seolah2 mcm tak slh je, pdahal hukum buka aurat dengan sengaja tetap haram. 

aurat perempuan:
  1. dengan wanita islam - dari pusat hingga lutut
  2. dengan wanita bukan islam - seluruh badan kecuali muka dan pergelangan tangan
  3. dengan lelaki ajnabi - seluruh badan kecuali muka dan pergelangan tangan
  4. dengan ahli keluarga kandung - dari pusat hingga lutut
  5. dengan ibu dan bapa mentua - dari pusat hingga lutut
  6. dengan suami - tiada aurat
nampak macam berat je aurat perempuan kan. tapi ada sebab sebenarnya islam beri garis panduan ni, sebab jika tgk badan lelaki dan perempuan, bdn wanita itu cantik dan menarik, sebab tu kena tutup.. ibaratkan kita tgk emas berlian di kedai kan, semua bertutup dan bercermin dikunci rapi, sebab untuk elak diragut dan dicuri, begitu juga wanita, wanita cantik sebab tu kena tutup rapi, untuk elak diragut oleh tangan2 dan mata kejhatan. 

Sebenarnya aurat wanita dengan ipar duai dan sepupu lelaki tetap sama macam aurat kita dengan lelaki ajnabi.

Syarat-syarat menutup aurat menurut syarak iaitu tidak jarang dan tidak ketat. Pakailah baju ikut usia sebenar, jangan lah umur 16 tahun, pakai baju umur 6 tahun.. sangat2 tak sesuai okeh.. 

Bab memakai stokin pula, hmm.. tadi dh dibincangkan menutup aurat "seluruh tubuh kecuali muka dan pergelangan tangan, so, kaki juga termasuk dalam aurat. Cuma ada ulama yang meringankan hukum memakai stokin ni, contohnya jika berada di rumah dan ada saudara mara datang, aurat kaki tu boleh consider.. tapi jika menutup adalah lebih baik dan afdal. Namun begitu, tujuan utama memakai stokin adalah menutup aurat kaki, so, boleh tak pakai stokin iaitu dengan melabuhkan pakaian hingga bawah buku lali.. untuk persoalan aurat kaki, blh baca kat  SINI

Dalil pasal aurat:

Dalam al-Quran, surah an-Nur ayat 31:
Maksudnya: "Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain kudung kedadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara laki-laki mereka, atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka memukulkan kakinyua agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung."

Surah an-Nur ayat 60, berkaitan hukum aurat wanita yang menopous:
Maksudnya: "Dan perempuan-perempuan tua yang telah terhenti (dari haid dan mengandung) yang tiada ingin kawin (lagi), tiadalah atas mereka dosa menanggalkan pakaian mereka dengan tidak (bermaksud) menampakkan perhiasan, dan berlaku sopan adalah lebih baik bagi mereka. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Bijaksana."

*maksudnya pakaian luar yang tidak mendedahkan aurat secara langsung.

3Ulasan

  1. Semoga dapat dimanfaatkan. Usah pandang remeh yg kelihatan kecil tapi tuntutan kena patuh..

    BalasPadam
  2. sentiasa ingat mengingati...manusia mudah lupa...semoga ilmu ini dapat mengingatkan saya dan pembaca tentang pentingnya menutup aurat seperti yang diajarkan Islam...

    BalasPadam
  3. kcil2 lama2 jadi besar gak dosa tuh... huuhuhuhuhu...
    kadang2 terlepas pndng gak sal aurat sesama sedara nih.. huhuhuhuhu....

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ