GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Petua Memilih Jantina Anak

Perkongsian dari artikel2 koleksi aku sendiri.. mana aku dapat aku pun tak pasti.. tapi best untuk dikongsi bersama bagi yang rancang nak tambah anak lagi dan yang memang tengah rancang nak mengandung lagi... 


1. Melalui Pemakanan
Hasil kajian Prof. Roger Hanrion, seorang pakar perbidanan dan sakit puan dan Dr. Francois Papa seorang pakar runding di bidang yang sama di Por RoyalHospital, Paris, mendapati:
  • Untuk mendapat anak lelaki ibu disyorkan supaya memakan makanan yang mengandungi lebih daging, buah-buahan dan bergaram. 
  • Untuk mendapat anak perempuan pula, makanlah makanan yang kaya dengan lemak dan juga makanan yang dibuat daripada susu. Menurut kajian tersebut, ibu-ibu yang menagamalkan pemakanan mengikut petua di atas, peluang untuk mendapat anak yang dihajati adalah diantara 75-80 peratus. Tetapi apabila ibu-ibu tersebut tidak lagi mengikuti pemakanan yangditentukan, hasilnya dengan menurun menjadi 65, 60 dan 55 peratus sahaja.

2. Melalui Masa Subur Seseorang
Waktu subur boleh diketahui dengan cara mengambil suhu badan ibu yang diambil sewaktu bangun dari tidur di waktu pagi. Bagi wanita yang waktu bekerjanya di sebelah malam, maka suhu badan boleh diambil selepas 6 jam tidur secara berterusan. Catatkan suhu badan selama berturut-turut untuk jangkamasa selama 3 bulan. Dengan cara ini anda akan dapat melihat satu bentuk raf. Daripada graf berkenaan anda dapat melihat bilakan masa subur anda. Dengan cara ini jantina anak boleh ditentukan, iaitu:
  • Untuk mendapat anak lelaki, persetubuhan perlu dilakukan pada hari subur. 
  • Untuk mendapat anak perempuan pula, persetubuhan perlu dilakukan 24 jam sebelum waktu subur. Keadaan ini terjadi kerana di dalam air mani lelaki terkandung berjuta-juta benih yang berbentuk seperti Y dan X yang dikenali sebagai kromosom, sementara di dalam benih perempuan pula terkandung benih X sahaja. Sekiranya benih lelaki yang berbentuk X bercantum dengan benih perempuan maka ia akan menghasilkan XX iaitu anak perempuan. Manakala benih lelaki yang berbentuk Y apabila bercantum dengan benih perempuan akan menghasilkan XY iaitu anak lelaki. Benih Y ini dikatakan lebih cergas dan pantas bergerak daripada benih X, tetapi benih berkenaan tidak dapat hidup lama iaitu dalam masa 24 jam sahaja. Benih X pula walaupun agak perlahan pergerakannya, tetapi boleh hidup lebih daripada 24 jam.

3. Tahap Keasidan
Tahap keasidan lendir di dalam kemaluan perempuan dikatakan boleh menentukan jantina anak. 
  • Untuk mendapat anak perempuan cecair berkenaan perlulah berkeadaan asid. Oleh itu, dicadangkan supaya wanita membasuh kemaluan dengan sedikit asid cair sebelum melakukan persetubuhan. 
  • Untuk mendapat anak lelaki pula, cecair berkenaan perlulah berkeadaan alkali. Oleh itu, dicadangkan supaya wanita membasuh kemaluan dengan “bikarbonat” yang beralkali sebelum melakukan persetubuhan.

4. Tahap Kepuasan Isteri
Adalah juga dikatakan bahawa jantina anak boleh ditentukan oleh tahap kepuasan isteri semasa melakukan persetubuhan, iaitu:
  • Untuk mendapat anak lelaki, isteri perlu mendapat kepuasan yang tinggi kerana ianya akan mengeluarkan cecair beralkali apabila ia mendapat kepuasan semasa persetubuhan. Dalam keadaan alkali akan meransang pergerakan benih Y.
  • Untuk mendapat anak perempuan pula, isteri tak perlu mendapat kepuasan yang tinggi bagi mewujudkan keadaan berasid yang seterusnya akan meransang pergerakan benih X.
Petua Tambahan
Di sini ada sedikit info dan diharap menjadian panduan berguna untuk anda dan dikongsi bersama-sama terutama kepada suami isteri yang baru berumahtangga untuk merancang keluarga. Ketahuilah, untuk mendapatkan bayi lelaki atau perempuan, kita perlu merancang..
Amalan Pemakanan Isteri sebelum bersama:
1. Madu lebah (utk energy dan kesihatan dalaman)
2. Minum susu dan mengambil buah badam sebagai sajian ringan.
3. Amalkan minum sup ayam dan makanan berempah.
4. Minuman berhalia juga bagus (suami juga - utk kepekatan air mani)

Sumber: K

0Ulasan