GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Senjata Wanita

Salam blogger.. ni de lagi nak kongsi rahsia... tentang wanita.. senjata wanita yg lebih tajam dari pedang, dan lebih bisa dari duri sembilu.. yg Allah ciptakan secara alami kepada wanita... Guna kan senjata ni sebaiknya dan mengikut ajaran Islam dan menggunakan senjata ni sesuai dgn tempatnya.. jom tengok apa senjata2 tu... 


Airmata
Airmata perempuan memiliki kuasa luar biasa, digunakan untuk menagih rasa belas ihsan sama ada ketika ditimpa kesusahan atau tatkala meminta sesuatu yang susah didapati.

Senyuman
Dengan senyuman manis, perempuan boleh menguasai mana-mana lelaki. Senyuman seorang isteri melembutkan hati suami yang keras atau sedang marah.

Tuturkata
Tuturkata yang manis, pandai memilih kata-kata yang manis apabila meminta sesuatu yang dihajati. Gunakanlah ia untuk menyenangkan hati dan memberi semangat kepada suami.

Berhias.
Wanita pandai berhias untuk menawan nafsu lelaki. Dengan kecantikan wanita mampu menjadikan lelaki tergila-gila. Sekiranya perkara sedemikian dilakukan kepada suami, tenteramlah suami ketika di rumah.

Pandai
Pandai mengambil hati untuk menarik perhatian lelaki. Apabila si isteri lakukan kepada suaminya, pasti kasih sayang akan sentiasa mekar


Senjata2 ni khusus utk para isteri.. untuk memikat hati suami.. yang belum berkahwin tak digalakkan guna senjata2 ni kerana, boleh mengundang maksiat dan dosa jika tidak tahu cara gunanya.. 

~Renung-renungkan dan selamat beramal~

3Ulasan

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ