GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Ibu Susuan

Salam kawan2... selamat petang.. mata mengantuk, tapi rasa nk coret sesuatu... rasa nak kongsi Hal atau isu Ibu Susuan... Sebenar, ibu susuan ni dah lama wujud, iaitu sejak zaman Rasulullah s.a.w... Rasulullah mempunyai lebih dari seorg ibu susuan dan yg terkenal Suwaibah Islamiyah dan Halimatun Saadiah.. 

Namun, dalam masyarakat kita khususnya kat Malaysia, isu ni masih baru dan jika da yg utarakan nak amik anak susuan, ada mak ayah yg tak setuju, atas alasan susah la masa depan nnt, takut anak tak rapat dgn mak kandung la, dan mcam2 alasan kan.. Tapi saya percaya, dah ramai juga yg amik anak susuan kerana:
1) Rezeki susu yg melimpah ruah, EBM byk sgt, so, dari membuang lebih baik amik anak susuan
2) Faham konsep anak susuan
3) Amal jariah utk bekalan akhirat
4) Mengeratkan silaturrahim sesama saudara Islam

Kenapa perlukan ibu susuan???
1) Sebab si ibu kndung xde susu lngsung walaupun dh puas berusaha, mklumlh.. susu ibu ni, rezeki dari Allah.. ada juga yg mmg xde susu, so jgn pertikaian dan jgn ckp "tak kan lah blh xde susu"
2) Merapatkan hubungn kekeluargaan (ni yg saya buat... nk eratkn hubungan ssama saudara sndiri, jadi mahram antara satu sama lain)
3) Si ibu mengidap penyakit kronik
4) Si bayi anak yatim (kematian ibu dari lahir)
5) Bagi yg ambik anak angkat, untuk menjadi mahram kepada ibu bapa angkat, so nnt besar xde lah timbul isu aurat
6) Susu ibu tak mampu nak tmpung kehendak bayi... (Susu tak banyak, bayi plak kuat menyusu)

Tapi, nak jadi ibu susuan ada syartnya.. Cukup syarat barulah blh dikategorikan sbg anak susuan dan ibu susuan iaitu:
1) Umur bayi kurang dari 2 tahun, maksudnya lau lebih 2thun tak kira dah anak susuan kpada ibu tersebut
2) 5 kali kenyang, yang ni bnyk pndapat ulama', tapi kita amik pndapat Mazhab Syafie, 5 Kali kenyang, sama ada menyusu terus atau melalui botol (EBM)
3) Mendapat perstujuan suami si ibu susuan... mksudnya, ibu yg nk amik anak ssuan kna minta izin suami dulu, lau suami bg baru leh amik, gtu juga dgn pihak anak tu tadi, jika bapa kepada bayi tu bg anaknya utk disusukan oleh org lain, baru leh bagi, lau tak, beli Susu Formula atau SUSu soya atau susu kambing je lah ea..

Kesan penyusan ibu dan anak susuan:
1) Hubungan anak2 ibu susuan dgn anak susuan adalah mahram.. haram kahwin selamanya.. Hal ini berkaitan dgn hubungan nasab, tapi tak dikira sbg hubungan yg melayakkan harta pusaka... So, tak batal air smbhyang la ea.. aurat pun mcm adik beradik je... 

So, sbb kesan yg baik ni org kita anggap susah, tapi sbnarnya tak susah mana pun jika ibu susuan tu ada kena mengena dgn kita, Macam Faiqah, ada ibu susuan iaitu ibu saudaranya sndiri (kak ipar saya, kakak suami saya).. Kan senang, hubungan Faiqah dan anak2 lelaki kakak saya adik beradik susuan dan Faiqah dah besar nnt, tak pakai tudng pun xpe la lau g umah ibu susuannya.. Mudahkan.. yang jadi susah jika ibu susuan tu, kita tak tahu latar belakangnya... Kita rasa janggal je, jika org susukan anak kita kan wpun adik beradik kita, tapi bukan salah pun sbnarnya, cuma pastikan dapat keizinan suami masing2... :)

2Ulasan

  1. kenapa perlu ada ibu susuan ye?
    maksud soalan ni, adakah ibu betul tak mahu susukan anak dia??
    maaflah kalau tanya soalan yg agak bodoh ni, cuma nk tau je..

    BalasPadam
    Balasan
    1. @babycomel: saya da update entry ni, dan jwp soalan tu... ada terpikir tapi tak tercoret tadi, sbb elok hbis je, bby bgun.. hehe.. terima kasih atas pertnyaan... :) saya cuma prtahanankan bahwa ibu susuan ni mulia, sbb ada golongn yg x berapa suka dgn ibu susuan, dan sy pnh juga baca pengalaman org yg marahkan sdra sndiri sbb susukan anaknya.. mmg lah slh sbb tak mnt izin, cuma apasalahnya jika redha je.. lgi pun stakat sekli je, tak jadi sdra susuan lagi pun.. :)

      Padam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ