GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Susu ibu kurangkan risiko jangkitan kronik

Salam semua..


Lama tak update blog... so ari ni den nk konsi satu artikel tentang kebaikan susu ibu... Jom kita sama2 baca utk tambah ilmu... 
************************************************************
KOTA BHARU 6 Ogos - Kajian menunjukkan bahawa susu ibu mampu mengurangkan risiko jangkitan penyakit kronik pada bayi, kata Pengarah Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, Datuk Dr. Zaidun Kamari.

Beliau berkata, kajian yang dijalankan oleh pakar-pakar sejak dahulu lagi membuktikan penyusuan susu ibu dapat meningkatkan tahap kesihatan bayi sekali gus mengurangkan risiko dijangkiti penyakit kronik.

Katanya, susu ibu juga didapati dapat mengurangkan jangkitan penyakit seperti paru-paru, ciri-birit dan alahan di kalangan bayi-bayi selepas mereka meningkat dewasa.

Justeru, katanya, ibu-ibu seharusnya menolak andaian bahawa mereka tidak boleh menyusukan bayi yang sedang menghidap penyakit kronik kerana ia sebenarnya membantu proses pemulihan bayi.

"Kecualilah dalam kes tertentu apabila kakitangan kesihatan mengenal pasti bahawa bayi mereka memang tidak boleh diberikan susu ibu," katanya ketika merasmikan Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia Peringkat HUSM di Dewan Utama Universiti Sains Malaysia Kampus Kesihatan di sini, semalam.

Menurut Dr. Zaidun, pelbagai kajian telah dijalankan mengenai kebaikan susu ibu dan hasilnya membuktikan penyusuan susu ibu dapat meningkatkan tahap kesihatan bayi dan ibu itu sendiri.

Sehubungan itu, katanya, kakitangan kesihatan seharusnya menunjukkan ibu dan wanita yang bakal bergelar ibu cara penyusuan terbaik serta menggalakkan mereka terus menghasilkan susu sekiranya terpaksa dipisahkan dengan bayi disebabkan masalah tertentu.

Jelasnya, kajian menunjukkan peringkat penyusuan terbaik adalah dalam tempoh enam bulan selepas kelahiran bayi.

Mengenai pengiktirafan HUSM sebagai Hospital Rakan Bayi oleh Pertubuhan Kesihatan sedunia (WHO) dan UNICEF pada 1988, beliau berkata, pihak hospital telah melaksanakan 10 langkah bagi meningkatkan kadar penyusuan di kalangan wanita yang melahirkan bayi mereka di sini.

"Antaranya, kakitangan HUSM memaklumkan kebaikan susu ibu, membantu mereka memulakan penyusuan selepas setengah jam melahirkan dan memperkenalkan kaedah sentuhan kulit ke kulit," katanya.

Selain itu, katanya, di bawah program 'rooming-in', ibu-ibu juga dibenarkan untuk bersama-sama bayi mereka selama 24 jam.

"Penyusuan susu ibu perlu dilakukan mengikut kehendak bayi iaitu sebaik sahaja bayi menunjukkan tanda-tanda lapar.

"Ibu jangan sekali-kali membuat jadual penyusuan dan puting tiruan tidak boleh diberikan kepada bayi," katanya.

Kredit : Utusan Malaysia
******************************************************************
Haa.. bestkn tajuk berita ni... So, jom kita sama2 kempen penyusuan susu ibu.. Sampaikan kebaikannya utk semua.. Semoga perkongsian mendapat redha Ilahi hendaknya.. 

Ma'assalamah.. ^_^

0Ulasan