27 Oktober 2011

Bila Anak Itu Lahir...

Bila Anak Itu Lahir...

Assalamualaikum ...

Kehadiran cahayamata pengikat kasih antar pasangan suami isteri.. Penantian lebih dari 9 bulan memberi seribu erti bila cahayamata dilahirkan... Penat ibu melahirkan hilang serta merta bila terdengar suara tangis si anak.. ayah pula bersyukur dengan azan dan iqamah di telinga...

Ada beberapa perkara yang patut dilakukan pada anak bila dia dilahirkan mengikut lunas-lunas Islam... Ilmu ni saya kongsikan bersama kerana saya dapat dari kursus kahwin yang telah hadiri sebelum khwin sbagai syarat utk boleh berkahwin...

Saat hampir kelahiran:
Suami buat air selusuh untuk isteri... Caranya:
- Baca surah al-Insyiqaq ayat 1-5

إِذَا السَّمَاءُ انْشَقَّتْ (١) وَأَذِنَتْ لِرَبِّهَا وَحُقَّتْ (٢) وَإِذَا الأرْضُ مُدَّتْ (٣)وَأَلْقَتْ مَا فِيهَا وَتَخَلَّتْ (٤) وَأَذِنَتْ لِرَبِّهَا وَحُقَّتْ (٥)

Maksudnya
1. Apabila langit terbelah, 2. Serta mematuhi perintah Tuhannya, dan sudah semestinya ia patuh; 3. Dan apabila bumi diratakan, 4. Serta mengeluarkan apa Yang di dalamnya, dan menjadi kosong, 5. Serta mematuhi perintah Tuhannya, dan sudah semestinya ia patuh; - (maka pada saat itu tiap-tiap seorang akan mengetahui apa Yang telah dilakukannya).

Dibaca pada bekas/segelas air dan diberi pada isteri untuk diminum. Tinggalkn sedikit untuk disapu pada perut secara lawan jam.

Doa Pendinding (untuk bayi baru lahir)
Membaca surah al-Qadr di telinga kanan dan surah al-Ikhlas di telinga kiri. Dan seterusnya baca surah al-Insyirah pada ubun2 ank sebanyk 3 kali dan ditiup dari ubun2 hingga ke kaki sebanyak 3 kali.

Tahnik/belah mulut
Baca surah al-Insyirah pada jari manis dan ditahnikkn. Boleh gunakn kurma, madu atau air zamzam.

Hari ke-7 kelahiran:
1.      Berikan nama
2.      Mengaqiqahkan
3.      Bercukur
Rambut yg dicukur ditimbang dan dinilai dengan berat emas atau perak dan disedekahkan kepada fakir miskin.
4.      Berkhatan (bagi bayi perempuan)

Semua perkara di atas boleh dibuat mengikut kemmpuan..tapi disunatkn buat pd hari ke-7 kelahiran..

Doa amalan:
1.      Surah Ali-Imran ayat 38
2.      Surah al-Furqan ayat 74
3.      Surah Ibrahim ayat 40

~selamat beramal~

Dah besar dah dia...

Salam semua...

Pagi2 yg ceria ni nak mencoret tntang kehidupan aku yang menjadi suri rumah sepenuh masa selama 2 bulan... Akan ku gunakan sepenuhnya cuti bersalin yg aku ambil selama 90 hari dan cuti tu bersambung terus dengan semester persekolahan... maknanya tahun hadapan baru aku masuk sekolah balik...

Rutinku sangat menyeronokan walaupun penat dgn kerja rumah tapi aku bahagia kerana suami sentiasa ada disisi.. Dok dirumah buat kerja2 rumah, mengemas, membasuh, memasak dan yang paling penting dapat jaga Faiqah sepenuhnya...seronok sangat...

Tengok tu.. aksi nakalnye... comel je... 

 Faiqah memang suka jelir lidah dan main air liur... :)

Faiqah dah semakin membesar, ari ni genap 58hari usia Faiqah... makin hari makin comel dan keletahnya yang makin manja terutama dengan Abinya... Dia dah pandai senyum dan gelak bila diagah.. Badannya makin berisi dan tembam kerana susu ibu sepenuhnya.. Bangga dan syukur sangat Allah kurniakan susu ku utkku besarkan Faiqah.. moga Allah terus kurniakan hingga usianya 2 tahun.. insya-Allah...knpa 2 tahun sbb lepas tu plan nak bg Faiqah adik la pula.. :)

Faiqah sangat manja dengan ummi dan abinya... Kalau abinya x layan dia, dia mula merengek.. hanya semata-mata x layan dia sembang...kadang2 tido siang dah jarang2 sangat sekarang... tapi, Faiqah masih lagi mahu berbedung... dia akan tido lena kalau dibedung... Faiqah x banyak ragam dan x nangis berpnjangan.. hanya merengek dengan bunyi.. ekk..ekkk.ekkk... tu je suaranya yg keluar bila dia nangis.. dia memang manja... ummi dan abi sngt syangkan Faiqah... dan entah macam mana nak hadapi kerinduan bila berjauhan dengan Faiqah tahun depan bila ummi pergi kerja..

Ummi dan abi memang x nak berjauhan dengan Faiqah.. berkali-kali tok Faiqah minta nak jaga Faiqah, minta maaf mak, memang x sanggup nk jauh dari Faiqah.. Mak memang la berat nak lepaskan sebab ni lah cucu perempuan keduanya... sebb menanti selama 14 tahun nak cucu perempuan, ni la baru dapat... sebelum2 ni semua cucu lelaki... 

Faiqah berbaju gaun.. hadiah dari Ibu Naz...

Faiqah akan terus membesar dan mendapat kasih sayang ummi dan abi sepenuhnya... 
Ummi dan Abi Sayang Faiqah...

25 Oktober 2011

Kepulangan Kebahagiaan

...Salam semua...

Dah lama gak x mencoret... ari ni baru berpeluang utk update blog.. Apa dah jadi sampaikan tak smpat nk update blog nih... Haa.. ni nk citer ni...

Ari ni aku dah kurg sbuk cikit, menjalankan rutin sebagai suri rumah sementara masih bercuti. Aku bercuti bersalin panjang... sampai tahun depan baru aku mula mengajar semula.. mmg puas main dgn anak.. tapi dalam hati sayu ooo nk tgglkan dia ngan pengasuh nanti... sape pengasuhnya?? Ntah la, belum kutemui lagi...

Aik, back to our topic, kepulangan kebahagiaan maksudnya aku dah x berjauhan lagi dgn suami tersayang... sebab aku dah tamat waktu berpantang di kg. ku. Hari sabtu lepas suamiku datang amik aku dan faiqah di kampung setelah hampir 2 bulan aku berada di kg. berjauhan dengan suami selama 3 minggu dan berhubung dgn telefon menyesakkan dada dan jiwa aku dan suami. Akhirnya, akibat tak tahan dgn tekanan jiwa, aku minta suamiku ambil awal sikit dr yg dirancang.. sbb asalnya aku dan suami plan aku blik KL hujung bulan ni...tapi seksa ooo... so, amik seminggu awal...

Kesian juga tgk mak dan pak aku, sedih je, ea lah aku penghibur kesunyian depa, faiqah plak dah pndai mengekek, adui hai, lagi la memecah kerinduan mak dan pak,, tapi depa lepaskan sbb aku dh jadi milik suami aku.. tanggungjwb aku pada suami... Kalau ikutkan adik beradik aku pun x bagi balik dulu, tggu la lepas raya haji katanya.. haha.. mau gila aku lau tggu lepas raya... sbb suamiku bukan x larat nkberulang tiap hujung minggu tapi sbb kos yg semaking meninggi menyebabkan x rela lagi nak hdup berjauhan.. lau dekat xpe la...

Sekarang aku bersambung berpantang sendiri di rumah, mak dah bekalkan dgn pucuk2 kayu dan tungku batu kat aku.. so, aku berpantang sendiri dan belajar mengurus anak dan suami sendiri.. satu perkara baru bagiku.. 

Ku akan terus berusaha menjadi isteri dan ummi yang terbaik utk keluarga yang tercinta...

Bergambar sebelum bergerak balik KL..

19 Oktober 2011

Rahsia Air Selusuh

Rahsia Air Selusuh

Salam semua... Straight to the topic... Citer tntang air selusuh.. atau minyak selusuh... Aku nak share ilmu baru yang aku dapat melalui pembacaan aku dalam sebuah novel bercirikan perubatan. Novel ni bertajuk "Denyut Kasih Medik" memang banyak ilmu boleh dikongsikan melalui pembacaan novel ilmiah ni... boleh cari kat kedai2 buku seluruh Malaysia.. penulisnya pun seorang doktor di sebuah hospital ditanah air dan juga doktor sambilan di klinik swasta... sebab tu kisah dan ilmu dalam ni boleh dipercayai sbb ditulis berdasarkan pengalaman ~aisyeh..promote tu..:)~

Air selusuh atau minyak selusuh ni dibuat daripada air kosong atau air zamzam.. dan ada juga sesetengah yang meletakkan beberapa titik minyak kelapa didalam air ni. Fungsi air selusuh ni untuk memudahkan ibu-ibu bersalin. Aku sendiri tidak ambil air ni.. sbb mak aku atau mak mentua aku tak tahu-menahu pasal air atau minyak selusuh ni.

Sebenarnya, Air selusuh @ minyak selusuh sangat tak digalakkan ibu2 mengandung meminumnya. Air selusuh blh menyebabkan pengecutan rahim yg cepat dr yg sepatutnya. Ini blh menyebabkan bayi lemas krna rahim mengecut cepat sdgkn pntu rahim masih belum buka. Menurut seorg doktor pakar perbidanan dan sakit puan, kbykkan ibu2 yg minum selusuh perlu dibedah..kerana rahim yang mengecut secara cepat dari kebiasaannya.  Kalau nk minum perlu tahu caranya. Air selusuh hanya boleh di minum ketika sakit hendak bersalin iaitu setelah bukaan pintu rahim mencapai 5cm.

Aku sendiri telah mengamalkan air untuk permudahkan bersalin dgn caraku sendiri. Cara ni aku dapat semasa aku dan suamiku kursus kahwin dulu.. Ada seorang penceramah dalam kursus tu ajar cara-cara nak buat air untuk isteri mudah bersalin.. Sebaik-baiknya si suami yang buatkan..

Caranya:
Ambil segelas air kosong dan Bacakan surah al-Insyiqaq ayat 1-5 sebanyak 3 kali dan tiupkan pada air tersebut. Kemudian ambil air tu sapukan pada perut isteri mengikut arah pusingan lawan jam sambil berselawat ke atas Nabi s.a.w. Buat 3 kali. Lebihan air tu bagi isteri minum.

Ni adalah salah satu ikhtiar sahaja.. segalanya terserah kepada kehendak dan kekuasaan Allah.

~see u at next entry... wslm... ~

18 Oktober 2011

Perkongsian Ilmu: Berapa lama nifas wanita???

Perkongsian Ilmu: Berapa lama nifas wanita???

Salam semua... sedikit perkongsian ilmu bg yang dah berumah tangga dan ilmu untuk lelaki2 yang bakal melalui zaman menjadi bapa.. atau mungkin yang dah jadi bapa tapi masih ralat tentang hal ni... Seperti kata2 seorg penceramah bebas, suami perlu tahu hal ni untuk mendidik isteri...

Disini ada mengatakan tempoh nifas yang maksimum dan yang paling minimum... jom baca...

Darah Nifas dan Hukum-Hukumnya

Definisi
Telah menjadi kebiasaan bagi wanita yang melahirkan anak akan diikuti dengan keluar darah dalam tempoh tertentu. Inilah yang dikenali dengan post-natal bleeding atau nifas. Nifas dari segi bahasa berasal daripada perkataan “na fi sa” yang bermaksud melahirkan. Darah nifas dari segi etimologi ialah darah yang keluar dari rahim wanita sesudah bersalin.

Tempoh Nifas
Bila bermulanya darah nifas? Menurut mazhab Syafi’i, darah nifas ialah darah yang keluar setelah melahirkan. Sekiranya bayi masih belum keluar kesemuanya, maka belum lagi dikatakan darah yang keluar ialah darah nifas tetapi dianggap darah penyakit. Oleh sebab itu, sekiranya wanita yang belum melahirkan tetapi amat sukar menunaikan ibadah solat disebabkan sakit melampau dan sebagainya, maka hendaklah dia melaksanakan solat sambil baring atau dengan .
Ulama sepakat mengatakan bahawa tiada tempoh minimum bagi nifas, walaupun sekadar satu titik darah sahaja yang keluar atau sedetik, tetap dikira darah nifas. Namun mereka berselisih pendapat dalam menentukan tempoh maksimum bagi nifas. Perselisihan tersebut boleh dibahagikan kepada dua pendapat seperti berikut:
  • 1. Jumhur ulama mengatakan bahawa tempoh maksimum ialah 40 hari berdasarkan hadis yang diriwayatkan daripada Ummu Salamah r.ha., beliau berkata: “Pada masa Rasulullah, wanita yang melahirkan berhenti nifas setelah 40 hari.” (Riwayat Abu Daud)
  • 2. Sekiranya seseorang wanita itu mengalami nifas dalam tempoh 40 hari, maka itu adalah darah nifas. Namun jika darah masih keluar selepas tempoh 40 hari, maka itu bukan lagi darah nifas sebaliknya itu dikira istihadah dan wajib bagi wanita tersebut mandi dan mengerjakan solat seperti biasa.
  • 3. Al-Ja’fariyyah pula berpendapat tempoh nifas yang paling lama ialah 10 hari.
  • 4. Mazhab Syafi’i pula mengatakan bahawa tempoh maksimum adalah 60 hari. Pendapat ini berdasarkan pengalaman dan pengamatan Imam Syafi’i yang mendapati terdapat wanita yang mengalami nifas sehingga menjangkau 60 hari. Hadis Ummu Salamah pula menunjukkan tempoh kebiasaan nifas bagi wanita, bukan tempoh maksimum.
Oleh sebab itu, mengikut pendapat mazhab Syafi’i, wanita yang masih keluar haid selepas hari ke-40 hingga hari ke-60, itu adalah nifas. Namun sekiranya ada darah yang keluar selepas 60, maka itu adalah darah penyakit (istihadah) dan wajib bagi wanita tersebut mandi dan mengerjakan ibadat seperti biasa.
Anas r.a. pula berkata: “Rasulullah telah memberikan waktu bagi wanita yang sedang nifas selama 40 hari kecuali jika wanita tersebut melihat dia telah suci sebelum waktu itu.” (Riwayat Ibn Majah)

Bersalin Caesar
Terdapat sesetengah wanita yang tidak dapat bersalin normal disebabkan komplikasi tertentu sehingga terpaksa dibedah. Dalam kes seperti ini, al-Lajnah al-Da’imah li al-Buhuth al-Ilmiyyah wa al-Ifta’ menyatakan bahawa hukum bagi wanita yang bersalin dengan kaedah Caesar adalah sama dengan wanita yang keluar nifas selepas bersalin normal. Apabila ada darah keluar, maka hendaklah ia meninggalkan solat dan puasa. Sebaliknya andainya tiada darah yang keluar, maka hendaklah ia mandi, mengerjakan solat dan berpuasa seperti biasa. (Fatawa al-Mar’ah al-Muslimah)

Keguguran
Bagi wanita yang keguguran, jika bayi yang dikandungnya telah cukup sifatnya, darah yang keluar itu adalah darah nifas. Namun sebaliknya, jika janin masih dalam keadaan segumpal darah atau daging, maka darah yang keluar itu hanyalah darah haid.

Tiada nifas
Ulama telah sepakat menyatakan bahawa wajib mandi bagi wanita yang telah kering daripada nifasnya. Cara-cara mandi adalah sama dengan mandi wajib setelah haid yang sedia maklum dalam kalangan wanita. Cuma yang membezakan adalah niat, atau boleh juga berniat dengan niat yang umum iaitu mengangkat hadas besar.

Namun bagi wanita yang mempunyai darah nifas, adakah wajib mandi? Jawapannya ialah ya, wajib bagi mereka mandi wiladah (mandi sebab melahirkan).
Bagi wanita yang bersalin kembar, masa nifasnya dikira bermula daripada kelahiran anak kembarnya.

Darah yang Keluar sebelum melahirkan
Sekiranya ada darah yang keluar sebelum melahirkan, menurut al-Lajnah al-Da’imah li al-Buhuth al-Ilmiyyah wa al-Ifta’, sekiranya darah yang keluar tidak diikuti oleh rasa sakit akibat kontraksi, maka darah tersebut bukan darah haid. Oleh sebab itu, ibadah sepatutnya diteruskan seperti biasa. Namun sekiranya darah yang keluar diikuti oleh kontraksi yang menyebabkan rasa sakit hampir melahirkan, maka darah itu darah nifas. (Fatawa al-Mar’ah al-Muslimah)

Keadaan-keadaan Nifas
  • 1. Wanita yang mengalami nifas kurang daripada tempoh 60 hari (mengikut mazhab Syafi’i) dikira nifas. Apabila didapati darah telah berhenti sebelum 60 hari, maka janganlah tergesa-gesa mandi melainkan telah pasti tiada darah yang keluar.
  • 2. Wanita yang mengalami nifas lebih daripada 60 hari secara terus-menerus. Maka dalam tempoh 60 hari itu dikira nifas. Darah yang keluar selepas 60 hari itu merupakan darah penyakit (istihadah).
  • 3. Darah nifas terputus-putus. Keadaan ini dialami oleh sesetengah wanita yang mengalami nifas untuk beberapa hari, berhenti beberapa hari dan kembali keluar dari lagi kemudiannya. Oleh itu, sekiranya darah yang keluar itu dalam tempoh 60 hari, maka darah yang keluar setelah berhenti seketika itu tetap darah nifas.
sumber: SOLUSI
Petikan daripada: http://telagabiru.net.my

16 Oktober 2011

Bagaimana merancang jantina anak?

Bagaimana merancang jantina anak?

Bagaimana Proses Kehamilan Berlaku?
Proses kehamilan adalah suatu proses yang sangat kompleks. Suami bukan sahaja bertugas mengeluarkan sperma, namun lebih dari itu ia perlu memastikan sperma harus menuju tepat ke arah dalam vargina wanita dan rahim. Selain itu sperma yang selamat sampai pula daging), kemudian dari segumpal daging Kami jadikan tulang. Dan setelah proses itu Kami balut
pula dengan daging. Setelah itu kami ciptakan makhluk baru berbentuk lain. Maha Suci Allah, Pencipta yang paling baik."


Bagaimana merancang jantina?
Berikut adalah tip yang boleh membantu anda merancang jantina anak anda. InsyaAllah dengan panduan dan izin Allah akan membawa kejayaan. kita hanya memerlukan sedikit usaha dan tawakkal. Sebenarnya sperma @ benih lelaki menjadi penentu jantina bayi kerana benih-benih tersebut ada yang membawa keromosom X dan Y. Sedangkan telur atau benih isteri hanya membawa keromosm X. Bergantung mana yang bercantum –XY (anak lelaki) – XX (anak perempuan).

Ciri-ciri benih:
Benih Y lebih cergas dan laju begerak tetapi lebih cepat mati berbanding dengan benih X yang lambat bergerak tetapi hidup lebih lama. Benih Y juga lebih tahan dalam cecair yang beralkali , sedangkan benih X lebih tahan dalam cecair asid. Oleh itu anda boleh ikuti panduan berikut:

Merancang anak lelaki
1. Makanan yang asid seperti buah-buahan limau, nanas, mangga, cuka, minuman gas perlu dijauhkan selama 2 bulan sebelum mencuba. Makanan laut adalah digalakkan, zat-zat logam kalsium dan magnesium juga diperlukan.
2. Persetubuhan pada waktu subur iaitu pada hari penetasan telur isteri ( ovulation) adalah penting.
3. Menukarkan cecairan faraj kepada beralkali dengan melakukan ‘douching’ atau basuh dalam faraj dengan satu alat khas. 20 ml. Air bikarbonet dimasukkan kedalam faraj lebih kurang 2 jam sebelum mengadakan persetubuhan. Cecair bikarbonet (sodium bicarbonate ) boleh dibeli dari farmasi.
4. Kaedah suntikan benih lelaki ( artificial insemination) setelah air mani suami menjalani proses ‘layering’, atau menjalani rawatan bayi tabung uji (IVF) dan dipilih embryo yang telah disahkan lelaki untuk dimasukkan kedalam rahim. Kedua-dua
kaedah tersebut tidak dibolehkan jika hanya untuk tujuan mendapatkan anak lelaki. Tetapi diperbolehkan jika sabit ada penyakit baka bila melahirkan anak perempuan.

Merancang anak perempuan
1. Digalakkan memakan makanan yang berasid seperti limau, asam , nenas, cuka, air minuman bergas dan lain lain. Pantang memakan makanan laut.
2. Persetubuhan dilakukan sebelum penetasan telur isteri (ovulation). Jangan bersetubuh selama 5 hari
mulai dari hari ‘ovulation’ yang boleh dikesan dengan ujian-ujian subur.
3. Melakukan ‘douching’ dengan menggunakan cecair asid (very dilute lactacyd) 2 jam sebelum persetubuhan dilakukan.

14 Oktober 2011

Bila ku rindukan dia... "Permaisuri Hatiku"

Bila ku rindukan dia... "Permaisuri Hatiku"

Bila ku rindukan dia.... iaitu suamiku tersayang... ku  pasti mendengar lagu yg pertama kali ditujukan buatku... Lagu yg sangat istimewa lagu tu... iaitu lagu "Permaisuri Hatiku"... Sesungguhnya ku merinduimu sayang...

Permaisuri Hatiku

Album : Jalan Bahagia
Munsyid : Hijjaz

Di antara kekasih pilihan dihati
Punyai budi penghias diri
Wajahnya lembut biasan perkerti yang tinggi
Indahnya perhiasan dunia

Diantara diriku juga diri-mu

Hanya mengharapkan cinta yang Satu
Ku kan binakan mahligai impian-mu
Oh.. sayang ikhlaskanlah hati-mu

Malu-mu bernilai

Kata-mu berhikmah
Hati-mu tulus suci dan murni
Hanya diri yang halal
Engkau serahkan segala
Untuk mencari redha Allah

Benarlah cinta buta melalaikan

Tanpa memikirkan batas syariatnya
Semuanya itu hanya ujian didunia
Ia adalah mahar untuk kita ke syurga

Oh? Kau Permaisuri di hati-ku

Di dunia ini engkau penghibur
Menjunjung kasih amanah Ilahi
Ku pasti akan terus menyayangi
Terima kasih ucapan ku beri
Kau hadiahkan ku cahaya hati
Ku pimpin tangan-mu oh kasih meniti hari
Semoga kita dapat bersama
Sampai kepada-Nya disyurga sana

Tuhan kekalkanlah

Permaisuri hati ku
Untuk menemani dalam mengapai cinta-Mu
Susu Ibu di Internet

Susu Ibu di Internet

salam bloggers...

Hui.. baru dapat mencoret setelah berjaya tidokan si kecil Faiqah.. dah makin susah nak tido siang si kecil tu.. maklumlah dah besarkan... Lepas tido kan dia baru dapat pegang laptop ni..

Back to our topik... isu hangat yang diperkatakan hari ni... Tajuk artikel dalam sisipan akhbar Berita Harian, tabloid RATU yang bertajuk "Tawar susu ibu di internet"... isu ni mmg hangat diperkatakan terutama di Facebook... sbb maksud tawar disini = jual beli, internet plak menjurus kpd maksud laman sosial popular masa kini iaitu Facebook (FB). 

Aku tak nak komen ape2 la .. t x pasal2 kena hentam dgn group HM4HB... (Human Milk 4 Human Babies)... Cuma artikel yg dikeluarkan ni menjurus kepada menyalahkan ibu2 yg dalam group tu. dan mengatakan mereka menjual beli susu ibu... Hakikatnya di Malaysia xde isu tawar menawar ni sbb, mereka memberi susu kpd org yg dikenali dan memberi dgn ikhlas... Sebenarnya xde salahnya memberi susu kpd org lain, kerana ibu susuan digalakkan sbb susu ibu adalah yg terbaik. Lagipun, apa yg pasti ibu-ibu di Malaysia sudah cukup bijak tentang konsep ibu susuan dan anak susuan menurut Islam... Sebenarnya tiada istilah jual beli, sebab wajar memberi upah kepada orang yang menyusukan anak tersebut sbagaimana yg tercatat dalam al-Quran: dalam surah al-Baqarah ayat 233 yg bermaksud:

"...Dan jika kamu ingin anakmu disusukan oleh orang lain, maka tidak ada dosa bagimu apabila kamu memberikan pembayaran menurut yang patut. Bertakwalah kamu kepada Allah dan ketahuilah bahwa Allah Maha Melihat apa yang kamu kerjakan."

Jurnalis yg menulis artikel ni dihentam terus-terusan krana fakta yg mengelirukan... ada betul dan ada salah artikel yg ditulis... Tapi bila fakta tersebut salah dan didakwa menghentam pihak lain, maka dia pun kena hentam la balik kan... so, wartawan2 patut pikir dlam2 lau nk tulis pasal artikel susu ibu ni, sbb mmg ada persatuan dan NGO yg bergerak mengwar-warkan dan kempen mengenai kesedaran susu ibu.. Komuniti susu ibu ni sgt besar di Malaysia.. so, kalau dia tulis artikel pasal susu ibu di luar negara, kena tulis dgn jelas. Di Malaysia komunitinya terdiri dari ibu-ibu yg beragama ISlam... so, pasti mereka juga tahu hukum hakam dan kalau x tau pasti mereka merjuk pakar dan para ilmuwan Islam sebelum buat sesuatu keputusan yg membabitkan hukum syarak...

Komen aku, xde masalah tntg ibu susuan dan anak susuan.. cuma bila org yg x faham pasal ni, tu yg jd masalahnya... Ialah, masih baru sbnrnya org Malaysia nk sedar ttg kepentingan susu ibu sbb tu, kdg2 tgk org pump susu kt tempat awam org tgk pelik... sbb nye dh biasa dgn susu tepung... 

aku tetap akan meneruskan fully breasfeeding utk puteriku genap 2 tahun.. Insya-Allah.. semoga aku diberi semangat dan kekuatan... moga Allah lapangkan rezeki utk Faiqah Mu'affah...

Jumpe lagi di entry akan dtg... :)

12 Oktober 2011

Khasiat al-Quran



Beberapa ayat al-Quran yang boleh diamlkan dan patut diamalkan:

 Untuk elak suami/isteri dan anak2 bergaduh  
Surah Al Baqarah - Ayat 102  
Anak2 pandai belajar  
Surah Al Anbiyaa'- Ayat 79  
Anak2 lembut hati/ elak panas baran  
Surah Al Anbiyaa - Ayat 69,
Surah Al Hasyr - Ayat 22-24
Anak2 malas sekolah  
Surah Toha ayat 1-5  
Supaya Suami tak kawin lain  
Surah Toha - Ayat 39 - mula dari tanda Jim kecil  
Ayat pendinding  
Ayat akhir surah At Taubah  
Bg anak2 yg suka keluar malam  
Surah Ar Ruum Ayat 31.. Baca 33x  
Untuk jadi pendinding rumah  
Surah Al BAqarah dibaca & tiup pd air , dan spray keliling rumah  
Bayi Tersedu

Bayi Tersedu

salam bloggers...

kisah si kecik plak aku nk coret... kisah baby tersedu.. bagi yang baru nk sambut kelahiran cahaya mata pertama, pastu teruja.. macam aku dulu juga.. Lepas dah ada baby ni, mcm perkara baru kita belajar... salah satunya, bayi tersedu... 

faiqah kerap tersedu... terutama selepas minum susu.. mesti dia tersedu.. kenapa bayi tersedu dan macam mana tersedu tu terjadi???

Hal2 yang org tua selalu sebut pasal tersedu ni, bayi tersedu sbb nk besar cepat, n baby tersedu sbb nk tido..  lau pasal bby nk tido tu ok lagi, tapi mitos ttg tersedu sbb bby nk membesar tu cam xleh pakai je.. sbb org tua2 pun de gak tersedu, xkan nk membesar lg kot.. hehehe...

petua tersedu yg biasa org Melayu buat, amik kain kecik je, atau tisu atau benang, gumpal dan letak air pastu tampalkan kat dahi... satu lagi cara nk hilang tersedu, bagi minum air atau pun menyusu...

Ni ada sedikit fakta yang aku nk kongsi dgn korang semua...Jom baca:-

Asal usul manusia tersedu
BAHAGIAN yang patut dipersalahkan adalah diafram, otot-otot berbentuk kubah yang terletak di dasar dada. Selalunya, diafram bekerja dengan sempurna.

Apabila anda menarik nafas, ia tertarik ke bawah untuk membantu menarik udara masuk ke dalam paru-paru. Apabila anda menghembuskan nafas, diafram menolak udara keluar daripada paru-paru.

Tetapi, ada ketikanya diafram menjadi terganggu dan apabila ini berlaku, ia membuat pergerakan menarik ke bawah dalam keadaan yang tersentap. Akibatnya, anda menelan udara ke dalam kerongkong secara mengejut. Apabila udara yang berebut-rebut masuk itu melanggar kotak korda suara anda, maka terhasillah bunyi hik, hik.

Dalam satu penyelidikan mengenai sedu yang dianggap munasabah oleh pakar, sekumpulan saintis Perancis mencadangkan wujudnya kaitan di antara sedu dengan evolusi dan fakta yang mengatakan bahawa nenek moyang kita berasal dari laut.

Mereka percaya, ia mungkin menunjukkan sifat atau ciri yang wujud zaman dahulukala di mana leluhur terdahulu mempunyai insang untuk membantu mereka bernafas.

Alasan di sebalik kejadian sedu membingungkan kalangan saintis sejak beratus-ratus tahun lampau kerana ia tidak mendatangkan faedah berguna kepada manusia.

Imbasan ultrasound turut membuktikan bahawa bayi dua bulan di dalam kandungan juga tersedu, sekalipun sebelum munculnya sebarang pergerakan pernafasan. Teorinya, pengecutan menyediakan otot-otot respiratori bayi belum lahir untuk bernafas selepas dilahirkan.

Teori mengenai sedu yang diterbitkan di dalam jurnal BioEssays itu menyatakan, kunci kepada tindak balas sedu terletak pada sekumpulan ikan primitif yang boleh menghirup udara yang kebanyakannya makhluk dua alam.

Pengkaji yang diketuai oleh Christian Straus dari Hospital Pitie-Saltpetriere, Paris itu percaya, litar atau sirkit otak yang mengawal ventilasi/pengudaraan insang telah merentasi dunia mamalia moden, termasuklah manusia.

Mereka turut membariskan banyak persamaan di antara sedu dengan pengudaraan insang di kalangan binatang seperti berudu. Salah satu daripadanya, kedua-duanya menghalang paru-paru daripada mengembung.

Straus and rakan-rakan sepasukannya turut mengesyaki tabiat itu telah disesuaikan untuk satu penggunaan baru – membantu mamalia belajar menyusu kerana siri pergerakan semasa menetek mirip tersedu dengan glotis tertutup rapat bagi mengelakkan susu memasuki paru-paru.

Sedu boleh terjadi disebabkan oleh pelbagai punca seperti menelan terlalu banyak udara, makan secara lahap, berasa bimbang atau teruja, merokok dan mengambil alkohol secara berlebihan. Mujurlah ia lazimnya berakhir dalam masa beberapa minit sahaja.

Adalah tidak benar tanggapan yang mengatakan sedu boleh dihentikan dengan cara menakutkan atau mengejutkan seseorang. Namun, terdapat beberapa langkah yang boleh diambil bagi melenyapkannya.

Antaranya dengan cara menahan nafas dan mengira perlahan-lahan sehingga angka 10, segera minum segelas air atau makan sesudu teh gula atau madu.

Jika sedu berterusan sekalipun setelah mengambil langkah-langkah tertentu untuk cuba menghentikannya atau anda sering kali mengalaminya dari semasa ke semasa, anda mungkin mahu berunding dengan doktor mengenainya. 
(Sumber: http://www.ipislam.edu.my/index.php/artikel/read/120/Asal-usul-manusia-tersedu)

Kalau pasal bayi tersedu plak boleh rujuk kat sini: 
http://ratuhati.com

~jumpe lagi... ~