29 Julai 2011

Hari ini ditakdirkan Hari Yg Kurang Baik Bagiku

Hari ini ditakdirkan Hari Yg Kurang Baik Bagiku


Hari ni, aku keluar awal.. biasanya hari Jumaat aku keluar rumah (pergi sekolah) jam 12 tgahari.. tapi hari ni aku dan suamiku keluar awal utk ke klinik utk check babyku di sebuah klinik swasta di Setiawangsa... 

Aku katakan kurang baik sebabnya.... 

1) Awal2 keluar rumah, aku hampir tergelincir hanya kerana terpijak ranting kecil di hadapan rumahku.. namun Alhamdulillah.. Allah masih melindungi aku dan babyku... tak terjatuh...

2) Aku betul2 terjatuh ketika kakiku terpelecok semasa suamiku membayar duit parking di hadapan klinik di Setiawangsa... Tanganku calar dan berdarah sedikit.. namun Allah masih melindungi aku kerana aku terjatuh mengiring, bukan jatuh terlentang atau terhentak... Allamdulillah.. 

3) Aku tersepit pintu semsa ingin solat di surau guru di bilik guru waktu zohor tadi... Alhamdulillah xde pape tapi sakit la juga...

Itulah kejadian yang aku rasa kurang baik bagiku hari ni... Rupa2nya apa yang dikatakan malang tak berbau tu mmg tepat... Semalam semsa aku balik dari sekolah, ketika dalam perjalanan ada satu kemalangan... dalam hati.. mmg nasibnya malang hari.. entah bila pula hariku ku sndiri tak tahu... dan hari ni adalah hari yang malang bagiku yang telah termaktub dalam ketentuan Ilahi... 

ITulah malang tak berbau... walaupun kita dah mengelak, dah cuba berwaspada, namun jika Allah dah tetapkan perkara tersebut akan berlaku juga.. maka, kita sebagai hamba, tiada kuasa utk mengelak dan mengatakan tidak..

Namun, malang yang aku alami ini, mengingatkan aku dgn Ilahi.. betapa Allah masih melindungi aku, suamiku dan baby dalam kandungan ni... 

Ya Allah.. hanya pada-Mu tempat ku dan keluargaku berlindung.. dan hanya pada-Mu ku mohon pertolongan... ameen...

28 Julai 2011

Malam Ini

Malam Ini

Malam ini adalah malam dingin buat ku... isteri ku tertanya2 knapa aku mediamkan diri... Aku pernah memberitahu kepada nya apa kemahuan ku tiap kali aku atau dia balik ke rumah dan bersua di muka pintu... Cubelah ingat sayang ku...

TIPS UNTUK MEMPERTAHANKAN KEHANGATAN CINTA


Berikut beberapa tips untuk mempertahankan kehangatan cinta:

1. Menempatkan cinta kepada Allah di atas segala cinta terhadap apapun. Dan sentiasa meningkatkan cinta itu, kerana Allahlah yang Maha menganugerahkan cinta kepada orang-orang yang mencintaiNya (QS. Al-Maidah:54). Maka ajaklah pasangan (dan seluruh anggota keluarga) untuk semakin mendekatkan diri padaNya, misalnya dengan membaca doa Al Masurat bersama setelah qiyamullail.

2. Sentiasa berdoa kepada Allah agar ditetapkan dalam keimanan, yang kerananya rahmat, kasih sayang dan kedamaian tetap tercurahkan.

3. Ciptakan komunikasi yang selaras, berkesinambungan, mesra dengan menggunakan teknik2 komunikasi yang baik seperti berkata jujur, lemah lembut, sopan dan juga tidak melupakan aspek ketegasan sikap. Komunikasi yang sedemikian sudah tentu menutup rapat riak kecurigaan dan saling tidak percaya antara satu sama lain.

4. Jadikan kamar tempat dimana segala luahan hati tertumpah namun tetap dalam suasana kehangatan dan kemesraan. Semoga dalam keadaan apa pun, semua masalah dapat diselesaikan dengan hati terbuka dan tenang, dari sekadar masalah lupa cium kening, masalah belanja sampai soal perkelahian anak-anak dengan anak jiran.

5. Gunakan waktu secara efektif dan efisien. Jangan sekali-kali menggunakan waktu keluarga (hari minggu misalnya) untuk pekerjaan atau hal-hal yang mengganggu waktu kualiti bersama keluarga kerana dengan apapun anda cuba membayarnya, kerugian yang diderita pasangan anda tidak akan mampu terbayarkan, meskipun anda menggandakan kualiti masanya pada hari libur berikutnya.

6. Ceriakan hari-hari dengan variasi, fantasi dan warna-warni yang anda ciptakan khusus untuk pasangan anda. Letak aksesori kamar yang berubah-ubah (terutama yang ringan-ringan), atau warna pastel dan aroma kamar yang menyegarkan. Untuk aktiviti di luar rumah, biasakan secara rutin untuk berjalan pagi bersama di hari minggu atau jika ada kesempatan, luangkan waktu untuk melakukan riadah bersama-sama.

7. Ciptakan juga perkara2 baru yang menceriakan hari bersamanya, misalnya dengan mencuci pakaian bersama, atau membersihkan rumah dihari minggu bersama2. Sekali-sekala jadilah nakal. Pancutkan air kepada pasangan atau saling melempar bantal. Ia mampu meluluhkan kebekuan atau bongkah konflik yang mungkin saja berpotensi tumbuh tanpa disedari, mungkin tidak bagi anda tapi pasangan anda?

8. Jadikan setiap cubaan dan konflik yang ada sebagai sebahagian dari adat bercinta, bukankah cinta itu tak selamanya berwarna indah? Didalamnya juga ada rasa pahit dan tawar. Hal itu akan menyedarkan kita bahawa dalam hidup ini akan selalu menampakkan warna-warni yang berbeza, samada disukai atau tidak, namun tetap harus dijalani. Ia seperti sepasang kekasih yang baru menikah, seringkali hanya menangkap sisi-sisi indah kehidupan tanpa mempedulikan dugaan dan liku2 kehidupan yang bakal dilalui bersama.

9. Tak salah anda mengenang saat-saat indah bersama pasangan, pada bila2 masa atau dimanapun, sendiri mahupun berdua. Perkara itu akan makin membuatkan anda menghargai dan rasa bangga terhadap pasangan anda. Atau setidaknya mampu memaksa anda memaafkan kesalahan yang pernah dibuat pasangan anda.

10. Mengingat-ingat kelebihan dan keistimewaan yang ada pada pasangan dan cuba melupakan kesalahan dan keburukan yang mungkin (pernah) ada padanya. Insya Allah, indahnya cinta yang dulu bersemi pertama kali tetap akan anda rasakan hingga saat ini, ditambah pula keceriaan yang dibawa oleh cahayamata hasil perkahwinan bahagia anda berdua!
Semalam adalah Kenangan, Hari ini adalah Kehidupan yg Perlu Diteruskan...

Semalam adalah Kenangan, Hari ini adalah Kehidupan yg Perlu Diteruskan...

Semalam adalah kenangan.. iaitu kenangan buat aku kerana berjumpa dgn kengkawan yg posting cikgu bulan februari yg telah lama tak berjumpa... Kami menjadi bagaikan sebuah keluarga yang besar sebab apa2 sahaja program anjuran JPNWP KL, kami mmg selalu bersama...

Antara kawan2 aku yg agak rapat adalah kak wa dan mai.. Kak wa mmg la rapat sbb kenal dari zaman universiti lagi... Suka duka kami mmg sntiasa bersama.. indahnya persahabatan tu... mai pula aku kenal masa sama2 interview utk kali ke-2 iaitu bulan november 2010... jumpe kat shah alam.. pastu dapat posting pun sama2 dpt KL... dari situlah kami makin rapat hingga saat ini...

Kenangan smalam mungkin menjadi kali terakhir aku bersua dgn mereka semua sbb lepas ni aku akan bercuti panjang... cuti bersalin 90 hari... so, mmg aku tak terlibat dgn apa2 aktiviti JPN sepanjang cuti tu kecuali jika terpaksa.. tapi tak mungkin sbb jika kakitangan kerajaan sdg bercuti tak diminta buat itu dan ini... itu kebiasaannya.. tapi tak tahu la kan...

Hari ni aku meneruskan kehidupan... sebagai seorg guru.. semoga terus diberikan semangat dan kekuatan bersama babyku yg sentiasa menemaniku ke mana shja ku pergi... walaupun penat.. biarlah penat tu berbaloi... harapan guru ingin melihat anak didiknya berjaya adalah harapan yg satu... 

Semalam juga kenangan yg singkat aku bersama suami tersayang... jumpe pagi sekjap shj, kemudian dia menjemput aku dari taklimat dan malamnya kami tertido awal sbb sama2 penat... aku tertido smpai ke pagi, tapi dia terjaga sorg2 diawal pagi... huhu.. mmg sedih bila difikirkan.. waktu aku bersama utk bergurau dan bersembang dgn suami sndiri amat terbatas... bagaikan harga emas... begitu berharga dan mhal sekali... jika ada waktu terluang mmg kami akan gunakan sebaiknya... 

Itulah hakikat kehidupan.... Allah yang menentukan... 
Larut Malam

Larut Malam

Salam semua... Waktu aku menaip blog nie wife aku tengah lena dibuai mimpi... Biarlah dia kepenatan lah tu... Aku ingat nak g beli telur, tup2 tertidur pulak... em... esk pagi nak g soromban g ambil barang dengan kengkawan... Kenapa sekejap je dapat jumpe wife aku... Rasa mcm seminit 2 je aku dapat tatap wajah dia... "B, kuatkan semangan ea... jangan mudah putus asa dengan cabaran duniawie ni... Ayg sentiasa mendoakan kesejahteraan B dan beby kite..." Ameen...

26 Julai 2011

10 Tip Kehamilan

10 Tip Kehamilan


Penjagaan diri dan kandungan merupakan elemen penting untuk anda ambil peduli. Lazimnya doktor hanya memberi panduan umum yang boleh diamalkan sepanjang melalui proses kehamilan.
1. Diet
Banyak perubahan yang perlu dilakukan sebaik disahkan hamil. Paling utama, mengubah gaya makan. Langkah bijak ialah mengikuti saranan piramid makanan. Makan lebih banyak bijirin dan produk bijirin, diikuti sayur-sayuran dan buah-buahan; sumber protein, hasil tenusu dan kurangkan makanan manis, bergaram dan berlemak.
Kepelbagaian dalam pengambilan makanan mustahak kerana ia dapat memastikan anda mendapat semua jenis vitamin dan mineral penting daripada setiap jenis makanan yang diambil. Untuk itu, ambil makanan segar berbanding diproses. Pisang mentah lebih berkhasiat berbanding pisang goreng. Kacang pis segar pula penuh vitamin jika dibandingkan pis dalam tin.
Bawa bersama botol berisi air ke mana sahaja anda pergi. Air mencukupi dapat mengelakkan kelahiran pramatang, sembelit dan komplikasi lain. Sementara itu, air yang dimaksudkan tidak termasuk minuman berkarbonat, teh dan kopi. Hanya air kosong, susu dan jus buah segar dikategorikan sebagai air yang perlu diminum sehingga 2 liter sehari.
2. Senaman
Bersenam memang baik untuk kesihatan. Berita baik untuk yang gemar bersenam kerana amalan konsisten anda dapat mengurangkan simptom di awal trimester kehamilan termasuklah morning sickness. Selain itu, ia membantu anda mengurangkan rasa sakit di pinggang, kekejangan kaki dan sembelit.
Anda digalakkan untuk melakukan aktiviti sederhana selama 30 minit setiap sesi dalam seminggu. Paling mudah ialah dengan berjalan dalam jarak pendek setiap hari atau melakukan aerobik khusus untuk ibu hamil. Biarpun begitu, senaman yang dilakukan tidak semestinya perlu dihabiskan dalam masa 30 minit sekali sesi. Anda boleh membahagikannya kepada sesi tertentu seperti setiap 10 atau 15 minit.
Terdapat beberapa jenis senaman yang ditegah semasa hamil. Jadi dapatkan nasihat doktor sebelum memulakan sebarang program senaman. Anda dinasihatkan untuk berhenti serta-merta daripada bersenam apabila mengalami tanda-tanda seperti letih, pening kepala, sesak nafas, kontraksi, pendarahan atau air ketuban bocor.
3. Tidur
Di awal trimester, anda dapat tidur selesa dan lena dengan pelbagai jenis posisi. Apabila perut semakin membesar, anda mulai sukar tidur nyenyak. Oleh yang demikian, sebaik kehamilan melepasi usia 16 minggu, anda dinasihatkan untuk tidur dengan posisi mengiring ke kiri.
Posisi sebegini akan memastikan pengaliran oksigen dan makanan kepada bayi adalah pada tahap paling optimum. Hal ini kerana vena cava inferior di bahagian kanan spina mengalirkankan darah dari bahagian bawah tubuh ke jantung. Posisi yang sama juga membantu buah pinggang untuk membuang sisa cecair daripada tubuh lalu mengurangkan bengkak di kaki, pergelangan kaki dan tangan. Agar tidur lebih selesa, anda boleh memeluk bantal dan meletakkan sebiji bantal di bahagian belakang.
4. Membaca
Luangkan sedikit masa untuk membaca setiap hari kerana aktiviti ini diakui menenangkan. Dalam pada itu, anda perlu pandai memilih bahan bacaan. Jangan membaca sumber bacaan yang boleh menimbulkan konflik dalaman. Sebaliknya, pilih bahan bacaan ringan ataupun yang mengandungi fakta menarik terutama sekali berkaitan kehamilan mahupun penjagaan bayi.
Memandangkan kehamilan kadangkala boleh menimbulkan tekanan pada waktu-waktu tertentu, jadikan buku sebagai peneman untuk membantu anda menenangkan fikiran. Yakinlah, amalan membaca terutamanya sumber yang boleh membuatkan anda tertawa riang bakal memberi kesan positif kepada bayi dalam kandungan. Hal ini kerana hormon endorfin yang dilepaskan oleh tubuh turut membuatkan bayi tenang dan gembira.
5. Muzik
Dengarlah muzik yang berirama lembut. Mainkan lagu yang sama secara tetap setiap hari. Ulangi amalan yang sama setelah bayi lahir. Anda pasti teruja melihat bayi tenang sebaik sahaja anda memperdengarkannya dengan lagu sama yang pernah didengarnya sewaktu dalam kandungan.
Selain daripada muzik, orang Muslim digalakkan untuk mengalunkan ayat-ayat al-Quran agar kelebihan ayat suci itu mampu merangsang saraf otak bayi yang secara tidak langsung dapat meningkatkan darjah kecerdasan bayi dalam kandungan.
6. Kelas Penyusuan
Sekiranya anda berazam menyusukan bayi bakal lahir secara eksklusif, langkah itu harus dimulakan sejak awal usia kandungan. Anda digalakkan untuk berbual-bual dengan bayi dengan menyatakan kemahuan memberikan susu ibu sejurus dia lahir sehingga usianya 2 tahun atau lebih.
Anda dan suami turut perlu mengikuti kelas penyusuan yang dianjurkan di klinik kerajaan, hospital mahupun kumpulan penyokong penyusuan susu ibu. Menerusi kelas ini, anda berdua akan belajar teknik penyusuan yang betul, langkah yang patut diambil jika menghadapi masalah dan sebagainya. Maklumat dan sokongan yang diberikan bakal membantu anda menjayakan penyusuan susu ibu. Jika mahukan maklumat lanjut, layari www.ilca.org untuk mencari perunding laktasi berhampiran anda.
7. Kisah Bersalin
Membaca sahaja tidak mencukupi kerana pengalaman orang lain sama pentingnya untuk anda mengetahui serba sedikit hal-hal berkaitan proses pelahiran. Tambahan pula, lain orang lain pengalamannya. Oleh itu, dapatkan pengalaman melahirkan daripada orang terdekat.
Hal ini secara tidak langsung dapat mempersiapkan mental dan fizikal anda untuk menghadapi saat-saat kelahiran. Menerusi pengalaman orang lain, anda pasti sudah tahu apa yang patut dilakukan dan apa yang patut dielakkan agar dapat melalui proses kelahiran dengan mudah dan lancar.
8. Kelas Antenatal
Bagi anda yang pertama
kali bergelar ibu, segera daftarkan
diri untuk menyertai kelas antenatal anjuran pihak hospital di mana anda bercadang mahu bersalin. Kelas ini penting kerana anda dan suami bakal didedahkan dengan pelbagai maklumat berkaitan kehamilan, kelahiran, penyusuan susu dan kehidupan bayi selepas dilahirkan. Biarpun kelas yang anda ikuti ini ringkas, namun ilmu yang bakal diperoleh memberi faedah yang bukan sedikit.
9. Kepanasan
Keluhan tubuh panas terutamanya di trimester akhir adalah normal. Ia berlaku kesan penghasilan hormon progesteron selari dengan peningkatan suhu tubuh bayi. Bagi mengurangkan masalah ini minum air sekerap mungkin bagi menggantikan peluh yang keluar. Antara lain ambil makanan yang banyak mengandungi cecair seperti bubur, yogurt dan jus buah. Dalam berpakaian pula, pilih baju yang diperbuat daripada kapas kerana ia menyerap peluh dan pastikan warnanya cerah supaya panas matahari tidak diserap olehnya.
10. Seks
Anda perlu mengetahui beberapa posisi hubungan seks yang selesa ketika hamil. Untuk menjamin keselesaan, anda harus berada di atas. Posisi duduk pula biasanya popular di pertengahan kehamilan kerana ia tidak memerlukan banyak gerakan. Apabila semakin sarat kedudukan anda membelakangi suami adalah posisi yang terbaik.
Apa jua posisi pilihan pastikan ia selesa dan tidak memberi tekanan pada perut. Selain daripada melakukan hubungan asmara, anda berdua juga boleh mengeratkan kasih sayang dengan berkomunikasi, berpelukan, bercium atau bergurau senda sesama sendiri.

Sumber: http://www.majalahpama.com.my/

Zaman Kian Berubah: Sepanjang kehamilan ini....

Aha.. ni gambo aku masa anak dara lagi... masih slim n steady... :) tapi mmg semulajadi tembam kat pipi tu...

Yang ni plak, gmbo selepas sebulan kahwin dan jadi suri rumah sepenuh masa... masih juga slim n steady...:)

Ni gambo kat PICC Putrajaya... waktu aku dah pregnant 2 bulan tapi masih tak nampak... sbb mmg sape2 prgnent pun masih tak nmpak perutnya kalau dua bulan..

Ni pulak kat KLCC, waktu ni berusia 3 bulan lebih... slim lagi kan.. siap ada org ngorat lagi... marah suamiku... hehehe

Ni waktu aku hamil 4 bulan lebih.. mcam tak mengandung je kan... 

Ha... ini waktu aku hamil 5 bulan lebih.. masa ni dh besar sikit. NI juga 1st time aku pakai baju prgnent sbb semua baju kurung dah tak muat.. lagipun suamiku dh mmg tak bg pakai baju kurung. Walaupun aku pakai baju prgnent ni, tapi ade akk kat sekolah aku yg baru nk kenal2 ngan aku blh tnya aku dh khwin ke belum.. mmg kelakar juga bila diingat2 balik... hai..slim lagi...


Gambar ni dirakamkan ketika cuti sekolah bulan 6 2011. Masa ni aku n family hantar adik aku masuk UPSI kat Tanjung Malim... Masa ni aku dh hamil 6 bulan lebih dh.. tapi perut mmg tak nmpak sagt...


Itulah gambo yg ada yg dirakamkan sepanjang aku hamil ni... yang terbaru aku tak amik gambo sangat... tapi perut ku masih bersembunyi... kalau org nampak pun, diorg tak akan percaya aku dh mengandung 8 bulan sekarang... Biarlah kecik, yg pasti babyku sihat dan selamat...

24 Julai 2011

Cabaran Ibu Bapa Dalam Mendidik Anak-Anak Zaman Kini…

Cabaran Ibu Bapa Dalam Mendidik Anak-Anak Zaman Kini…

Entry yg aku nk post kali kisah keadaan sekeliling yg berlaku dlm hidup aku… pengalaman menjadi guru di sekolah menengah di tengah2 bndar menjadikan hatiku risau kn babyku ini… cabaran aku dan suami tersayang dlm mendidiknya sebaik mungkin..

Ku risaukn diri anakku ini… bimbang sgt.. inikan umat akhir zaman… ku tak nak dia tergolong dlm golongan kiri… Ya Allah.. Kau lindungilah anakku ini...

12 Julai 2011

30 minggu - Aku alah ke???

Minggu ni genaplah usia babyku yg semakin hari semakin membesar selama 31 minggu...Alhamdulillah... segalanya selamat... cume minggu lepas genap usia kandungan 30 minggu... aku muntah2 lepas sehari wat check-up kat klinik... kejadian berlaku ketika aku tiba di sekolah... rasa mual dan pening menyebabkan 5 kali aku muntah di sekolah... memandangkan aku mmg x terdaya nak mengajar ari tu, aku pergi jumpe pengetua mohon utk pulang dan ke klinik.. alhamdulillah.. aku dikurniakan pengetua yg prihatin dan sgt baik dan memahami... dia benarkan aku balik dan ke klinik.

Setelah mendapat keizinan pengetua, aku hubungi suamiku di pejabat mohon dia pulang segera ambil ku di sekolah memandangkan aku pening dan tak mampu nak memandu... tapi sgt susah nk dapat call ke pjabatnye... setelah puas mencuba, akhirnya dapat juga kol... jam 3 ptg suami tersayang sampai di sekolah dan segera membawa aku ke klinik...

Setelah ke klinik, tiada apa2 cuma mungkin tersalah makan. Doktor hanya memberi ubat tahan muntah dan garam utk diminum... dan dapatlah cuti (MC) utk hari tu... keesokkannya aku kembalikan ke sekolah macam biasa... itulah.. kadang2 shaja babyku ni meragam... semoga dia sentiasa dalam peliharaan Allah... Alhamdulillah.. tak sukar mengandungkannya... walaupun mcm2 ummi dan abi hdapi dugaan.. dia sihat dan tak byk masalah.. doktor pun siap puji, ummi dan baby sihat... bangganya abi....

Semoga dikau terus dilindungi Allah sayangku...