24 Mei 2011

PETUA 8P UNTUK SUAMI ISTERI

PETUA 8P UNTUK SUAMI ISTERI




Berikut adalah Petua 8P untuk kebahagiaan rumahtangga:


1. PUJI - Setiap pasangan perlu saling memuji antara satu sama lain dalam semua aspek kehidupan seperti masakan atau ucapan terima kasih apabila diberi pertolongan.



2. PELUK - Pasangan suami isteri hendaklah selalu peluk memeluk antara satu sama lain sekerap mungkin pada setiap hari kerana pelukan itu adalah belaian penuh kasih sayang.



3. PENGHARGAAN - Amalan memberi hadiah boleh menambah kasih sayang.



4. PERHATIAN - Mesti diambil berat kerana kekurangan perhatian boleh mengakibatkan pasangan terasa diabaikan.



5. PERSEFAHAMAN - Memerlukan pasangan lebih bertolak ansur dan memahami kerjaya masing-masing.



6. PERGAULAN - Pasangan suami isteri mesti menjaga pergaulan masing-masing dengan orang lain bagi mengelakkannya daripada melampaui batas, menimbulkan cemburu seterusnya membawa kepada pembabitan orang ketiga.



7. PERCUTIAN - Perlu merancang percutian berdua-duaan dengan pasangannya di tempat yang jauh daripada kesibukan dan kehidupan rutin.



8. PERMOHONAN - Doa kepada Allah supaya merapatkan kasih sayang antara pasangan suami isteri serta dijauhi daripada godaan kemewahan dan keseronokan dunia.

05 Mei 2011

Layari Info: Pergerakan Bayi Dalam Kandungan... Pa&Ma




Kenali Corak Pergerakan Bayi

Aktiviti bayi iaitu menendang, berguling dan bergoyang yang anda rasai berbeza sepanjang tempoh kehamilan. INTAN JASTINA JAMALUDDIN membantu anda memahami corak pergerakan bayi.

Pengalaman merasai bayi berputar, menggeliut, menumbuk, menendang dan tersedu merupakan salah satu daripada fasa kehamilan yang anda lalui. Ada ketikanya anda mungkin gusar tentang pergerakan bayi. Persoalan seperti adakah bayi cukup menendang atau terlalu banyak selalu muncul di minda. Tidak kurang juga ada yang beranggapan bayi mempunyai 2 pasang kaki disebabkan kekerapan dia menendang.

Trimester Pertama
Bermula daripada awal usia kehamilan hingga penghujung 3 bulan pertama, trimester awal ini merupakan masa di mana perkembangan pantas dan menakjubkan berlaku. Namun, jangan pula menjangka sebarang pergerakan bayi. Ketika ini, bayi masih terlalu kecil untuk membolehkan anda mengalaminya. Biarpun begitu, di dalam rahim, ketahuilah dia sudah boleh melonjak tetapi sayangnya, anda tidak mungkin dapat merasainya.

Trimester Kedua
Pada trimester ini, bayi anda sudah mampu sekurang-kurangnya menghisap ibu jari, menendang dan menghentam. Sesetengah wanita yang terlalu kurus atau yang pernah hamil sebelum ini mungkin boleh merasai pergerakan pertama bayinya seawal bulan ke-4. Namun, kebanyakan wanita tidak perasan atau mengenal pasti sentakan dan pergerakan pantas di mana ia dapat dirasai seperti angin atau kekejangan otot.

Pada bulan ke-5 pula, kebanyakan wanita dapat merasai kegelisahan dan rasa gemuruh bayi. Pergerakan bayi akan mula menjadi seperti gerakan akrobatik sebaik sahaja ototnya kuat dan kemahiran motornya berkembang. Namun, dia masih kecil untuk melakukan pergerakan tungging terbalik.

Apabila anda mula merasai “karate” pertamanya, jangan panik jika ia berlaku semula selepas beberapa jam. Malah ada juga yang merasainya selepas sehari atau dua. Pada tahap ini, saiz bayi masih kecil. Jadi, adalah normal untuk anda tidak merasai pergerakan yang tetap. Walau bagaimanapun, jika anda tidak merasai sebarang pergerakan sehingga pertengahan bulan ke-5, pastikan doktor yang merawat melakukan ujian imbasan ultra bunyi untuk memantau keadaan bayi.

Bayi akan mula banyak bergerak setelah usianya mencecah 6 bulan. Pergerakan kakinya lebih mengikut irama dan anda akan mula perasan tepukan kaki si kecil. Disebabkan kesibukan anda menjalani rutin harian, anda mungkin perasan bahawa bayi lebih aktif sebaik anda beristirehat terutamanya di waktu malam. Malah selepas anda mengambil snek pun, dia menjadi aktif apabila kandungan gula dalam darah memberi tenaga tambahan kepadanya. Antara lain, sewaktu anda berasa gemuruh, pengalaman yang sama dapat dirasai kerana adrenalin memberi kesan yang sama kepada bayi.

Trimester Ketiga
Pada usia kandungan 7 bulan, rahim semakin sempit. Namun, bayi masih mempunyai ruang untuk berpusing dan melambung. Dia juga semakin kuat. Jadi, tumbukannya benar-benar boleh membuatkan anda terkejut. Perlu anda ingat! Bayi adalah individu. Corak pergerakannya dengan bayi yang lain adalah berbeza. Jadi, jangan bandingkan pergerakannya dengan bayi dalam kandungan wanita yang lain. Malah, anda jangan tertekan jika bayi kurang aktif.

Berat bayi yang semakin bertambah pada usianya 8 bulan membuatkan ruang dalam rahim semakin sempit. Pergerakan akrobatiknya semakin berkurangan tetapi anda akan tetap boleh merasai dia menggeliang geliut dan berputar. Pada ketika ini juga, anda mungkin boleh merasai tusukan siku dan lututnya.

Pada usianya 9 bulan, anda tidak dapat merasai tendangan yang menumbuk-numbuk tetapi lebih kepada senggutan dan sepakan hingga menyentak anda daripada apa sahaja yang sedang anda lakukan ketika hal ini berlaku. Malah, anda mungkin akan mengalami kesakitan setiap kali kaki bayi terkena rusuk anda. Untuk melegakannya, ubah posisi atau miringkan pelvik anda.

Pergerakan Di Akhir Kehamilan
Pada minggu-minggu terakhir, bayi akan berada di dalam mangkuk pelvis dan bersiap sedia untuk dilahirkan. Kepala bayi dapat dirasai seolah-olah sebiji tembikai yang menekan lantai pelvis.

Pergerakan Pertama
Kebanyakan wanita akan merasai pengalaman tendangan pertama bayi sekitar minggu ke-13 hingga ke-25. Sesetengahnya dapat merasai bayi bergerak seawal minggu ke-13 hingga ke-16. Pergerakan pertama ini dikenali sebagai quickening. Ia sering digambarkan sebagai getaran. Ia mungkin sukar untuk tentukan sama ada apa yang anda rasai ialah angin atau pergerakan bayi. Namun, lama-kelamaan anda berupaya mengenal pasti corak pergerakannya. Ibu yang pertama kali hamil mungkin tidak dapat merasai pergerakan ini seawal seperti yang dialami oleh ibu hamil beberapa kali. Ketahuilah, ada ibu baru yang langsung tidak berpeluang melalui pengalaman ini sehingga kehamilannya masuk minggu ke-18 hingga ke-20.

Apabila kepala bayi “turun” ke dalam pelvis, anda akan terasa “ringan”, disebabkan kurangnya tekanan yang dahulunya berlaku di bawah tulang rusuk. Pada peringkat ini, anda tidak lagi merasai pergerakan yang biasa dilakukan bayi. Sebaliknya, anda mungkin mengalami tendangan yang tidak henti-henti di bawah tulang rusuk sama ada di sebelah kiri atau kanan (dipengaruhi oleh posisi bayi).

Carta Tendangan
Kebanyakan wanita dinasihatkan supaya mengesan pergerakan bayi dengan menggunakan carta tendangan. Anda perlu merekod pergerakan bayi sehingga jumlahnya mencecah 10 tendangan. Sebaik-baiknya pada waktu yang sama setiap hari. Carta ini membantu anda memahami pola gerakan bayi. Sekiranya terdapat sebarang perubahan dalam pola tersebut, berjumpalah dengan doktor anda dengan segera untuk mengetahui puncanya.

Petua Mudah Halau Semut!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Kat rumah baru yang disewa sekarang sangat banyak semut... pantang letak makanan maka berderet-deret lah semut tu datang untuk mencari rezeki... Perkara ni mesti merimaskan jika ia berlaku juga kat rumah anda kan..

Hari ni ada satu petua macam mana nak halau semut-semut tu tanpa menggunakan racun serangga atau menjadi pembunuh kepada semut-semut tu... 

Caranya ialah.. hanya menggunakan bunga cengkih... ambil bunga cengkih dan letakkan ditempat yang dikerumuni semut. Letakkan juga di dalam balang gula atau tempat-tempat yang semut suka dekati.








Antara petua lain ialah dengan meramas daun sirih dan letakkan di tempat-tempat yang banyak semut.

senangkan... :) Tak perlu lgi kita nak jadi pembunuh semut. Cukup sekadar menghalaunya... Petua-petua ni untuk mengurangkan semut tu.. dan tak boleh nak halau semua semut-semut tu.. tapi jika kita selalu buat lama kelamaan semut tu akan hilang.

Selamat mencuba... :)

03 Mei 2011

Hari-hari Penting Dalam bulan Mei

Dalam bulan Mei adalah hari-hari penting yang perlu dan patut aku ingat... Bermula 1 Mei hinggalah hujung bulan Mei... Jom tgk hari2 penting dalam hidupku di dalam bulan Mei

1 Mei = Hari Pekerja
1 Mei aku akan bercuti sebab aku dah pun bekerjaya sekarang...

6 Mei = hari lahir kakakku yang ke-2
10 Mei adalah hari terindah bagi yang begelar ibu...
8 Mei = hari ibu
10 Mei = hari lahir kakak iparku

14 Mei = Hari lahir kakak yang ke-3


 16 Mei = Hari Guru
Aku menyambutnya sebab aku seorang guru... 
terima kasih guruku kerana mendidik aku sehingga aku bergelar guru...



Hari lahir buat suami tersayang = 22 Mei

25 Mei hari lahir adik iparku..

Itulah hari2 penting yang perlu ku ingati dalam bulan Mei...

May Allah bless YOU ALL


Maka Yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, Yang kamu hendak dustakan?

Salam pertemuan...



Hari ni sy melalui jalan yang baru utk pergi dan balik dari kerja (mengajar). Berdebarnye hati sebab jalan yang dilalui tidak menggunakan GPS pun.. hanya suami petunjuk jalan melalui SMS... ikut arahan dan melalui jalan dgn perlahan... (biarlah org belakang nak hon2.. yg penting aku tak sesat)...

Namun setelah sampai dirumah, hatiku lega.. aku boleh memandu tanpa suamiku... alhamdulillah..kerana berkat doa dan sokongan suami tersayang. Nikmat yang paling aku sgt2 bersyukur ialah doaku sntiasa shaja dikabulkan. Tadi Kuala Lumpur dilanda hujan dan ribut petir yang amat kuat dan hjan yg sangat lebat. Dalam hatiku.. mcam mana nak balik ni.. aku dah la penakut sikit bila hujan lebat.. mata jadi rabun ayam bila hujan. tu yg mals nak memandu ketika hujan... Sebelum balik, hatiku sntiasa berdoa, Ya Allah permudahkan urusan perjalananku balik dari sekolah.... dan doaku dikabulkan sebaik sahaja loceng terakhir berbunyi.. aku dapat balik ke rumah dgn selamat.

Ya Allah... terlalu besar nikmat-Mu kepada aku dan suamiku.. Kau tetapkanlah iman dihati kami dan lindungilah kami dari perkara-perkara yg boleh menimbulkan kemurkaan-MU... ameen...

02 Mei 2011

Sejarah Hari Buruh

Sejarah Hari Buruh

Hari ni dah masuk 2 Mei. Pada tanggal 1 Mei semua orang gembira sebab dapat cuti.. namun ada juga yg tak cuti mcm pembaca berita, wartawan, penyampai radio, driver bus, driver teksi.. sebab kalau diorang ni cuti susah juga kehidupan masyarakat yang lain... so, saya nak kongsi sedikit kisah macam mana boleh diadakan hari buruh sedunia ni. Ikuti kisah ini...

Hari Buruh pada umumnya dirayakan pada tanggal 1 Mei, dan dikenal dengan sebutan May Day. Hari buruh ini adalah sebuah hari libur (di beberapa negara) tahunan yang berawal dari usaha gerakan serikat buruh untuk merayakan keberhasilan ekonomi dan sosial para buruh.

Sejarah Hari Buruh

May Day lahir dari berbagai rentetan perjuangan kelas pekerja untuk meraih kendali ekonomi-politis hak-hak industrial. Perkembangan kapitalisme industri di awal abad 19 menandakan perubahan drastis ekonomi-politik, terutama di negara-negara kapitalis di Eropa Barat dan Amerika Serikat. Pengetatan disiplin dan pengintensifan jam kerja, minimnya upah, dan buruknya kondisi kerja di tingkatan pabrik, melahirkan perlawanan dari kalangan kelas pekerja.

Pemogokan pertama kelas pekerja Amerika Serikat terjadi di tahun 1806 oleh pekerja Cordwainers. Pemogokan ini membawa para pengorganisirnya ke meja pengadilan dan juga mengangkat fakta bahwa kelas pekerja di era tersebut bekerja dari 19 sampai 20 jam seharinya. Sejak saat itu, perjuangan untuk menuntut direduksinya jam kerja menjadi agenda bersama kelas pekerja di Amerika Serikat.

Ada dua orang yang dianggap telah menyumbangkan gagasan untuk menghormati para pekerja, Peter McGuire dan Matthew Maguire, seorang pekerja mesin dari Paterson, New Jersey. Pada tahun 1872, McGuire dan 100.000 pekerja melakukan aksi mogok untuk menuntut mengurangan jam kerja. McGuire lalu melanjutkan dengan berbicara dengan para pekerja and para pengangguran, melobi pemerintah kota untuk menyediakan pekerjaan dan uang lembur. McGuire menjadi terkenal dengan sebutan "pengganggu ketenangan masyarakat".

Pada tahun 1881, McGuire pindah ke St. Louis, Missouri dan memulai untuk mengorganisasi para tukang kayu. Akhirnya didirikanlah sebuah persatuan yang terdiri atas tukang kayu di Chicago, dengan McGuire sebagai Sekretaris Umum dari "United Brotherhood of Carpenters and Joiners of America". Ide untuk mengorganisasikan pekerja menurut bidang keahlian mereka kemudian merebak ke seluruh negara. McGuire dan para pekerja di kota-kota lain merencanakan hari libur untuk Para pekerja di setiap Senin Pertama Bulan September di antara Hari Kemerdekaan dan hari Pengucapan Syukur.

Pada tanggal 5 September 1882, parade Hari Buruh pertama diadakan di kota New York dengan peserta 20.000 orang yang membawa spanduk bertulisan 8 jam kerja, 8 jam istirahat, 8 jam rekreasi. Maguire dan McGuire memainkan peran penting dalam menyelenggarakan parade ini. Dalam tahun-tahun berikutnya, gagasan ini menyebar dan semua negara bagian merayakannya.

Pada 1887, Oregon menjadi negara bagian pertama yang menjadikannya hari libur umum. Pada 1894. Presider Grover Cleveland menandatangani sebuah undang-undang yang menjadikan minggu pertama bulan September hari libur umum resmi nasional.

Kongres Internasional Pertama diselenggarakan pada September 1866 di Jenewa, Swiss, dihadiri berbagai elemen organisasi pekerja belahan dunia. Kongres ini menetapkan sebuah tuntutan mereduksi jam kerja menjadi delapan jam sehari, yang sebelumnya (masih pada tahun sama) telah dilakukan National Labour Union di AS: Sebagaimana batasan-batasan ini mewakili tuntutan umum kelas pekerja Amerika Serikat, maka kongres mengubah tuntutan ini menjadi landasan umum kelas pekerja seluruh dunia.

Satu Mei ditetapkan sebagai hari perjuangan kelas pekerja dunia pada Konggres 1886 oleh Federation of Organized Trades and Labor Unions untuk, selain memberikan momen tuntutan delapan jam sehari, memberikan semangat baru perjuangan kelas pekerja yang mencapai titik masif di era tersebut. Tanggal 1 Mei dipilih karena pada 1884 Federation of Organized Trades and Labor Unions, yang terinspirasi oleh kesuksesan aksi buruh di Kanada 1872 [1], menuntut delapan jam kerja di Amerika Serikat dan diberlakukan mulai 1 Mei 1886.

Kalau nak cerita lebih lanjut, cube klik kat sini...http://id.wikipedia.org/wiki/Hari_Buruh#Sejarah_Hari_Buruh

01 Mei 2011

Pindah lagi...



Ari ni berhijrah lagi aku dan suamiku. masih merantau dan mencari tempat yang lebih selesa untuk kami berdua menikmati alam rumah tangga.


Selepas berkahwin aku dan suami mnetap di Bentong, Pahang. Namun hanya sampai bulan Februari. Aku mendapat tawaran mengajar di Kuala Lumpur. Terpaksa berpindah ke Kuala Lumpur... Kehidupan kami bermula setelah suamiku dapat berpindah ke Sg. Besi. Aku aje yg jauh berulang alik ke sekolah setiap hari. Kesesakan jalan raya menjadi satu lumrah bagiku dan aku dah tak kisah lagi. dh namanya pun Kuala Lumpur.

Setelah sebulan menyewa bilik dengan kawanku.. kami mencari rumah baru utk menikmati kehidupan yg lebih sempurna. Akhirnya akhir April suamiku mendapat rumah flat yg murah utk menyewa di Setapak. Jarak aku ke sekolah dekat juga. Cuma suamiku jauh lah berulang alik ke Sg. Besi. Namun itulah pengorbanannya... biar dia jauh katanya.. asalkan aku dekat nak ke sekolah.

Namun perpindahan kali ini pun bukan perpindahan mutlak. Mungkin kami akan berpindah lagi.. mencari kawasan rmah yang lebih selesa utk tumbesaran anak kami yg bakal lahir nanti apabila kewangan keluarga dah makin stabil nanti. Insya-Allah...

Kesusahan dan keperitan aku dan suami mengajar kami erti kematangan hidup yg sebenar. itulah tanda kasih sayang Allah buat kami dan ianya buatkan kami sentiasa bersyukur dgn apa yg ada....

PerMata Hati



ketika kandungan berusia genap 5 bulan...

Sudah lama aku tidak mencoret di blog aku n suamiku ini...kerana kesibukan dan beberapa masalah yang aku dan suami hadapi membuatkan aku tidak ada masa untuk mencoretnye lagi.. namun masalah sudah beransur-ansur pulih.. dan selepas ni akan ku sntiasa update blog ni.. kerana inilah blog yang menjadi coretan perjalana hidupku dan suami.

Entry kali ni kisah permata hati kami yang kini sudah masuk 20 minggu = 5 bulan. 25 April 2011 genaplah dia membesar di dalam rahimku.. tanda kesucian cinta aku dan suamiku. Dan pada hari yang sama juga aku kena lapor diri menghadiri kursus orientasi guru permulaan di Hotel Selesa, Port Dickson selama 3hari 2 malam. Terpaksa meninggalkan suami di KL. Itulah tugas seorang guru. Sayangku amat memahami.

Berbalik kepada kisah permata hati kami... 
25hb juga tarikh gaji pertama yg aku perolehi setelah 3 bulan berkhidmat sebagai guru. Alhamdulillah... dan rezeki itu aku dan suami peruntukkan sedikit untuk permata hati kami. Suamiku mengajak aku pergi scan baby kami utk lihat kesihatan dan jantina. Kami nak scan 3D atau 4D, tapi area Sg. Besi xde la plak scan jenis tu... so, kami buat keputusan pergi ke klinik swasta di mana kakak Iparku buat scan babynye dulu...

Kliniknya di Banting, Selangor... makan masa yg agak panjang... Dari umah kakak iparku jam 2 petang (huh.. padahal waktu tu dh kena lapor diri sepatutnya.. tapi nasib baik housemate ku juga pergi.. so, suruh dia chupkan tempat utkku). Bergerak ke banting menaiki kereta kakak iparku..Proton Persona. Ditemani ibu mentuaku dan adik iparku... sampai kat Banting jam 3.30 ptg. Masuk daftar kat klinik.. orang ramai la plak.. 
Penantian satu penyeksaan... huhu.. berdebar2... jam 4.15 baru sampai giliran aku... perasaanku tak terucap saat melihat insan kecil ini menendang di dalam rahimku.. sungguh indah nikmat itu... ku sangat2 bersyukur padaMu Ya Allah...

Lepas siap je.. terus kami bergerak ke PD... dan smpai kt PD jam 6.10 ptg.. sgt lewat... huhu..tapi nasib baik semuanye berjalan lancar...