17 Februari 2011

Dugaan Awal

Dugaan Awal

Salam dan selamat bertemu kembali bagi  kenalan yg menjengah blogku ini...

Dah hampir dua minggu ku tak update blog ni... huhu... buzy sgt2 menguruskan rutin terbaru ku... Pada 7hb Feb yang lalu, aku telah selamat menghadiri taklimat dan orientasi Guru Sandaran Siswazah Terlatih (GSST), dan sejak itu juga bermulanye rutin harian aku sebagai guru.

pelabagai cabaran ku dan suami hadapi, antaranya tahu penempatan sekolah ketika taklimat sahaja. Kwan2ku yg lain dapat tahu awal dan dapat buat persediaan awal, termasuk mencari rumah sewa. Aku senasib dgn kwn sekelasku sewaktu belajar di universiti dulu... Kami sama2 mencari rumah sewa. HAri pertama ke sekolah utk lapor diri, aku bergerak dari rumah kakak iparku di Petaling Jaya, memang jauh untuk ke sekolahku iaitu SMK Desa Tun Hussein Onn, Keramat. Bergerak dari PJ jam 6.40pg sampai di sekolah jam 8.15 pg... jauhkan...

Masalahku yg masih belum mendapat rumah sewa, memeningkan kepalaku sbb suamiku akan balik ke Bentong utk kerja keesokkannya, begitu juga situasa yg dihadapi oleh kwnku ini... Akhirnya, ku adukan ke pihak pentadbiran sekolah, dan mereka faham, pihak pentadbir membenarkan aku pulang awal, setelah suamiku yg adukan perkara ni pada pengetua. Ku dan kawanku ni, sama2 mencari. Akhirnya, kami decide utk tnggl serumah dan kongsi menyewa.. ku ikutkan aje...

Setelah puas mencari, suami kawanku mendapat rumah sewa di Bandar TAsik Selatan. setelah puas berbincang, akhirnya kami menyewa di situ... dan kami sama2 berjauhan dgn suami... itulah dugaan yg perlu ku terima dgn redha dan berlapang dada...

Pada Allah ku memohon, moga terus diberi kekuatan dan ketabahan menempuhi hidup yg mendatang....

01 Februari 2011

Makanan Kegemaran Awal Kehamilan


Jus jambu batu

Di awal2 kehamilan ni, macam2 makanan teringin nak makan. Tapi ade dua jenis makanan yang mesti ku ambil dan menjadi feveretku... Macam gambar kat atas tu la... buah epal hijau dan jus jambu batu... Bangun tido mesti minum jus jambu batu yang memang telah tersedia kat dalam peti sejuk... Ku tak boleh minum susu, pasti ku akan termuntah balik... sebab badanku jadi banyak angin sejak mengandung ni... sebab tu juga ku banyak makan buah dan minum jus.

Sejak balik dari kampung.. Alhamdulillah ku dah boleh makan nasi, dan tak payah masak bubur lagi.. tapi menu dan lauk bertukar-tukar... sejak mengandung ni juga, ku lebih suka makan masakan orang lain bukan masakan ku sendiri. Jika ku pergi umah kakak iparku di KL, pasti ku boleh makan banyak walaupun lauknya biasa-biasa saja. Macam tu juga kalau suamiku yang masak, mesti bertambah ku makan. Ku tak ada selera jika aku sendiri yang masak. 

Itulah ragamku ketika awal kehamilan.. Pada 31 Jan 2011, babyku genap usianya 2 bulan (8 minggu). Alhamdulillah... xde apa2 halangan... moga Allah pelihara kandunganku, hingga babyku lahir melihat dunia... Lepas ni, ku terpaksa berjauhan sementara dengan suamiku kerna ku akan mengajar di KL, suamiku pula kerja di Bentong... Ku perlu kuatkan semangat, dan ku sentiasa mohon Allah beriku kekuatan dan tak sakit2 lagi... Moga Allah permudahkan segalanya... insya-Allah..