28 Januari 2011

Rancang Kehamilan



Setiap insan yang telah mendirikan rumah tangga pasti akan menanti kehadiran cahayamata sebagai pengikat kasih antara suami isteri. Namun, tak semua yang bernasib baik utk 'bunting pelamin' atau hamil sebulan atau 2 bulan selepas diijabkabulkan. Banyak faktor perkara ni berlaku, antaranya:
- Faktor berjauhan antara suami isteri disebabkan oleh kerjaya masing2.
- Faktor isteri, kurang subur atau tidak tahu mengira waktu subur
- Faktor suami, kurang subur, masalah seksual lelaki atau ejakusi pramatang dan pelbagai masalah lain.

Sebenarnya, kehamilan awal atau lambat perlukan perancangan dari suami isteri. Kita perlu merancang, Allah juga merancang dan Allah lah penentu kepada rancangan itu. Suami isteri perlu berusaha, berdoa dan seterusnya berserahlah kepada Allah. Menurut pakar motivasi Dato' Dr. Fadhilah Kamsah dalam salah satu ceramahnya yang saya dengar, antara faktor lain rezeki zuriat ialah kesediaan pasangan suami isteri menimang cahaya mata, iaitu kesediaan dari segi fizikal, mental dan emosi....

Bagaimana penyelesaian bagi masalah keinginan zuriat yang belum tercapai ni: Saya ingin berkongsi sedikit beberapa info yang saya dapat melalui pengalaman orang2 tua, pembacaan saya melalui majalah, buku-buku dan surfing internet...

Faktor berjauhan bukan masalah besar untuk dapat zuriat. Yang paling penting, suami isteri perlu merancang utk berjumpa dan bersama ketika waktu subur. Isteri mesti mengetahui cara pengiraan waktu subur.. Pengiraan cara kalendar memang ternyata berkesan. Isteri perlu mencatatkan tarikh pertama datang bulan setiap bulan supaya senang untuk mengira waktu subur. Boleh cube kira kat laman web ni http://www.babycenter.com/ovulation-calculator

Atau kat laman web ni... mudah sikit.. Bahasa Melayu : http://drazwan.blogspot.com/2008/01/mengira-waktu-subur-wanita.html

Masalah lelaki pula, boleh diatasi dengan usaha kita juga. Suami tidak boleh ego jika mempunyai masalah seksual sbb ianya akan menyeksa batin isteri sendiri juga. So, kena ikhtiar cari penawar. Antara tip2 utk kesihatan batin lelaki:

- Jangan amalkan minuman sejuk atau minuman berais
- Jangan makan dan diselang seli dengan meminum air
- Jangan makan makanan yg bersifat sejuk dan disejukkan - menyebabkan ejakusi pramatang
- Jangan hembus nafas ketika minum
- Elak minum air ketika badan panas- selepas bersenam dll
- Jangan makan kepak ayam daging
- Elakkan minum selepas jam 11 malam
- Elakkan buang air ditempat air bertakung
- Jangan melancap
- Jangan biarkan isteri menindih anda ketika tidur

Ni antara petua orang tua-tua. Memang betul sebenarnya, bagi yang dah berkahwin perlu ikuti petua tersebut. Bagi lelaki bujang patut juga amalkan dari sekarang... Nak tahu lebih banyak lagi petuanya search kt internet atau layari laman web ni: http://seronoknye.blogspot.com/2008/02/petua-pantang-larang-untuk-kesihatan.html


Seterusnya setelah berusaha, berdoa dan berserahlah kepada Allah moga anda dan pasangan layak menjadi ibu bapa kepada zuriat anda sendiri...

Semoga anda berjaya....

26 Januari 2011

Pengalaman Awal Kehamilan

Pengalaman Awal Kehamilan

Alhamdulillah.. saat entry dicoret... kesihatan baby masih baik... xde meragam atau sakit2 perut.. cume umminye penat nak makan... masa kandungan berusia 6 minggu... seminggu ku tak de selera nak makan nasi.. makan bubur je... Aku teringin nak jumpe mak pak sebelum aku dapat mengajar, aku ajak la suamiku balik kampung... nun di 'Berlin'....

Memang aku tak makan nasi... mmg takde tenaga... lemah sangat2... tapi xde loya2 atau pening2 cuma rase badan penuh berangin.... hampir habis minyak angin wat sapu kat badan... Balik kampung selama 4 hari je... seleraku terus berubah.. mcam aku tak prgnent.. segala2nya aku boleh makan... teringin nak makan ikan keli bakr... Pak belikan dan mak bakar dan buat sambal ikan keli... bertambah2 aku makan.. suamiku juga sangat2 berselera makan... 5 kali tambah...huhu sedap sambal pauh yang mak buat katanya...

Aku bersyukur sangat sbb dah boleh makan.. moga nikmat makan aku kembali semula... huhu.. nak mkan sedap2...nak masak sedap2...

Setiap orang lain pengalaman mengandungnya.... malahan pengalaman mengandung sulung dan anak2 yang seterusnya juga berbeza... so, alahan??? aku tak mengalami alahan yang keterlaluan.. masih boleh makan cuma kurang selera.. dan agak cerewet dalam memilih makanan... takde nak loya2... alhamdulillah... pening2 tu kadang2 je bila aku tak makan.. mmg pening... buah adalah peneman setia sebab kdg2 tak boleh nak makan nasi terutama waktu mlam... nasi hanya boleh masuk sampai waktu petang je.. msuk waktu malam aku tak boleh jamah nasi.. mmg tak boleh nak masuk...

Lepas ni berjauhan dengan hubby pulak.. ku harap segalanya mudah dan dipermudahkan... xde sakit2 lagi...

Duka disebalik Rahmat-Nya...


Hujung minggu selama 4 hari aku dan suamiku bercuti di kampung halaman ku... perjalanan yang panjang dan memenatkan terubat dikala terpandang wajah kedua orang tuaku.... tapi aku bukan nak citer pasal cuti ku kat kampung tapi kisah kedukaan yang melanda bagiku dan suami tercinta setelah 4 hari bercuti di kampung.

Dari kampung singgah di Kuala Lumpur, umah kakak ipaqku... menjengah keluarga belah suamiku pula... dalam pada itu, sambil berbual, kakak ipar menyuruh aku menyemak, kalau keputusan penempatan guru dah keluar... buka laman web KPM... mmg dah ada, 24 Januari 2011 semak melalui SMS... apa lagi cepat2 la SMS... namun hampa kerana belum masuk dalam sistem pun...

Namun petang nye... kami balik ke rumah di Bentong, Pahang... sebaik sahaja aku menjejak kaki ke rumah terus aku SMS sekali lagi... keputusannya.... TAHNIAH! MARIAH BINTI CHE MEI anda ditempatkan di WP KUALA LUMPUR. tarikh lapor diri 02/07/2011.... huh... terus ku tunjukkan apa yang terpapar di skrin handset kepada suamiku yang penat mengangkut barang dari kereta... (maklumlah baru balik dari kampung... barang mestilah banyak)..

Perasaan kami bercampur baur.. syukur kerana tak dapat posting ke Sabah atau Sarawak, namun tetap sedih sebab terpaksa juga kami berjauhan... Ku tak dapat bayangkan hidupku tanpa suami kerana kami tak pernah berjauhan semenjak kahwin...

Suami ku teramat sedih, berjauhan dgn isteri dan anak yang dalam kandungan... Aku pula kuatkan semangat, dan set in my mind belajar hidup berdikari... jika org lain boleh buat kenapa tidak aku... kebergantungan hidupku hanya pada Allah..

Hanya Allah yang tahu hikmah yang tersembunyi disebalik apa yg berlaku... Moga Allah tabahkan hatiku dan suamiku... dan melindungiku dan anakku....
Buat suamiku... sabarlah sayang...inilah tanda Allah sayangkan kita.... berserahlah kepada-Nya

10 Januari 2011

Fenomena Facebook



Fenomena facebook melanda satu dunia... seluruh alam yang maju kerana tak kira usia semuanya reti dah tekan keyboard komputer atau laptop... jika dulu atok nenek takut utk menekan 'anak tikus', namun kini 'anak tikus itu ibarat sahabat karib kepada jejari manusia...

Sebenarnya, facebook adalah laman web sosial...bukan yang pertama dan bukan pula yang terakhir.. jika dahulu, semua org 'gilakan' friendster, namun kini semua seolah2 beralih arah ke facebook... Aplikasi yang disediakan oleh pembangun facebook ni mmg menarik kpada sesiapa sahaja yang menggunakannya. Halaman utama yang memaparkan "wall" atau "dinding" yang mempelihatkan luahan perasaan berjuta-juta manusia.

Facebook kini lebih kepada tempat manusia melepaskan perasaannya atau berkongsi perasaan dgn kawan2 sosialnya. Jika hari itu, ssorg itu berasa marah, benci, dendam, suka, gembira, teruja dan sebagainya semuanya akan dipaprkan di "wall" facebooknya... Menurut penganalisis motivasi, manusia sebegini sbnrnya adalah yang inginkan perhatian untuk dilihat oleh org yang selama ini tidak pernah melihatnya.

Sebenarnya Facebook ada kebaikan dan ada keburukan tersendiri... Kita tinjau apa kebaikan facebook:
- mengeratkan silatur rahim
- medan mencari jodoh
- alat utk menjejak kawan2 lama atau kekasih lama
- dapat berkongsi maklumat
- maklumat mmg pantas untuk sampai kepada pihak ketiga
- medan mepromosikan perniagaan

Keburukan facebook...:-
- menjadikan manusia iri hati, bermusuh-musuhan
- meruntuhkan institusi kekeluargaan
- menggalakkan pergaulan bebas
- menjadikan manusia mudah lupa diri dan berbangga-bangga diri...
- boleh memesongkan akidah umat Islam bagi yang selalu membuat aplikasi2 yang tak dapat diterima akal atau tilik nasib umpamanya, aplikasi melihat pekerjaan yang sesuai utk diri sendiri..jika join aplikasi sekadar suka2 jangan percaya 100%...

Kesimpulan:
facebook ada baik buruknya.. seharusnya diri sendiri perlu mangawal utk menggunakan facebook. Jangan sampai tak tidur malam kerana facebook, jangan sampai tak masak nasi, tak kemas rumah utk suami... Jika ini berlaku, wajiblah bagi anda menutup akaun facebook dengan segera...

Justeru, berpada-padalah dalam berfacebook... Bagi yang buat bisnes melalui facebook pastikan ianya sbg tempat promosi semata-mata bukan utk memaksa mana2 individu join bisnes anda.... Facebook sekadar mengisi masa terluang dan untuk mengeratkan silatur rahim dan bertanya khabar serta bertukar2 pendapat bukannya tempat mengumpat dan mengata org lain...

PENANTIAN BERAKHIR


Berakhirnya sebuah penantian bagi sesiapa shj yg baru mendirikan rumah tangga... cahaya hati pengikat kasih suami dan isteri... Akhirnya, sahlah pada 10.01.11 M.A mengesahkan aku pregnent... dah 5 minggu pun...
Sebenarnya aku tak pernah sangka aku mengandung... sbb aku tak de rasa mabuk2 yg keterlaluan, cuma aku lebih byk merajuk je.. suamiku sampai tak larat nk pujuk... Makan pun xde muntah2... makin banyak makan je... Sejam sekalli mesti perut ku lapar... smpai penat dh nk masak n makan...


Aku tak menjangkakan aku mengandung, cuma minggu lepas suamiku de menegur, kenapa lain benar dgn bentuk badan aku... mcam ade yang dah terlebih je... aku cakap mmg lah berat badan dh naik, makan pun makin banyak... dia cakap mengandung kot b... ngandung la tu... aku cakap, tak mungkinlah... biasalah mmg tanda2 nak period tu... mmg tau, aku tak suspect aku prgnent sbb tanda2 aku nk period tu ada...

Namun... ari ni period ku dah lambat... so, suamiku balik dari berbaris, terus ajak g RSAT (klinik angkatan tentera) buat check up... dan akhirnya.. mmg sahlah aku mengandung... dah 5 minggu pun nurse cakap... nanti g scan ea nurse cakap.. tgh bulan 2 datang buat kad...

Perasaan suamiku mmg gembira sangt.. g keje pun senyum lebar je... Aku pula, suka pun ada, takut dan risau pun ada.. Pintaku.. moga Allah melindungi anakku yg menjadi pengikat kasih sayangku dan suamiku.. Moga Allah permudahkan segalanya bagi diriku dan suamiku...

Tahniah buat keluarga ku kerna akan bertambah lagi ahli keluarga kita.... 

KU BERSYUKUR PADA MU YA ALLAH ATAS ANUGERAH INI...

AIR TANGAN ISTERI

Air tangan isteri mmg sinonim dengan masakan... namun sebenarnya air tangan isteri bukan tertumpu kepada memasak sahaja, namun segala jenis hal kerja rumahtangga macam...membasuh pakaian, menggosok pakaian melipat pakaian.. mengemas rumah... juga ditafsirkan sebagai AIR TANGAN ISTERI

Air tangan isteri pengikat kasih sayang dalam rumah tangga... itulah kata2 azimat yg tersemat kukuh di ingatanku.. pesanan seorg ibu kpd anaknya yg bergelar isteri org... pesanan ibuku utkku dan anak2 perempuannya yg lain setelah berumah tangga... Mak pesan.. jgn selalu beli makanan kat luar sbb nnt xde ikatan batin antara suami isteri... 

Kata2 itu sbnarnya aku amat akui hakikatnya, sbb dari air tangan isteri... sukar si suami dan isteri utk bergaduh besar. pergaduhan dan pertelingkahan mmg sinonim bila berumahtangga, namun perlu bijak menangani dgn rasional...

Air tangan isteri menyebabkan :
- suami tak akan makan luar sbb terpikat dgn air tangan isterinya...
- bila bergaduh besar pun akan mudah lembut sbb bila perut si suami lapar, ia akan pujuk isterinya yg merajuk.
- suami akan lebih sayang jika semua kerja rumah si isteri yg lakukan sendiri tanpa mengupah pengasuh atau pembantu rumah... jika perlu pembantu rumah, cukuplah sekadar membasuh pakaian atau mengemas rumah.. memasak biarlah isteri sendiri yg lakukan...

Air tangan suami mmg mengukuhkan ikatan suami isteri krna apa yg isteri lakukan hanya utk suaminya dan ikhlas kerana Allah.. sepasang suami isteri yg telah lama berkahwin, si suami akan risau jika suaminya keluar rumah lama2 sbb xde siapa nk masakkan utknya walaupun anak daranya ada utk memasak makan tengah hari...


08 Januari 2011

UNTUK SUAMI DAN ISTERI

UNTUK SUAMI DAN ISTERI


(RENUNGAN BERSAMA)..

Buat para SUAMI,
renungkanlah...
Isteri yang kamu nikahi tidaklah semulia Khadijah,
tidaklah pula setaqwa Aisyah,
pun tidak setabah Fatimah...

Justeru,
isterimu hanyalah wanita akhir zaman,
yang punya cita-cita menjadi solehah...
Pernikahan atau perkawinan mengajarkan kita kewajiban bersama,
isteri menjadi tanah, kamu langit penaungnya,
isteri ladang tanaman, kamu pemagarnya,
isteri kiasan ternakan, kamu gembalanya,
isteri adalah murid, kamu mursyidnya,
isteri bagaikan anak kecil, kamu tempat bermanjanya,
saat isteri menjadi madu, kamu teguklah sepuasnya,
seketika isteri menjadi racun, kamulah penawar bisanya,
seandainya isteri tulang yang bengkok,
berhati-hatilah meluruskannya...

Pernikahan atau perkawinan menginsafkan kita perlunya iman dan taqwa,
untuk belajar meniti sabar dan ridha kepada Allah SWT.
Kamu bukanlah Rasulullah SAW,
pun bukanlah Sayyidina Ali Karamallahhuwajhah,
kamu hanyalah suami akhir zaman yang berusaha menjadi soleh.

Buat para ISTERI,
renungkanlah...
pernikahan atau perkawinan membuka tabir rahasia,
suami yang menikahi kamu tidaklah semulia Muhammad SAW,
tidak pula setaqwa Ibrahim,
pun tidak setabah Ayyub atau pun segagah Musa,
apalagi setampan Yusuf.

Justeru suamimu hanyalah lelaki akhir zaman
yang punya cita-cita membangun keturunan yang soleh...
Pernikahan atau perkawinan mengajar kita kewajiban bersama.
Suami menjadi pelindung, kamu penghuninya,
suami adalah nahkoda kapal, kamu pengemudinya,
suami bagaikan pelakon yang nakal, kamu adalah penonton kenakalannya,
saat suami menjadi raja, kamu nikmati anggur singgasananya,
seketika suami menjadi bisa, kamulah penawar obatnya,
seandainya suami bengis lagi lancang, sabarlah memperingatkannya...

Pernikahan ataupun perkawinan mengajarkan kita perlunya iman dan taqwa,
untuk belajar meniti sabar dan ridha Allah SWT...
Kamu bukanlah Khadijah,
yang begitu sempurna di dalam menjaga,
pun bukanlah Hajar,
yang begitu setia dalam sengsara,
kamu hanyalah wanita akhir zaman yang berusaha menjadi solehah.

Kerana itu,
wahai para suami dan isteri,
jangan menuntut terlalu tinggi,
seandainya diri sendiri jelas tidak berupaya...
Mengapa mendambakan isteri sehebat Khadijah,
andai diri tidak semulia Rasulullah?
Mengapa mengharapkan suami setampan Yusuf,
seandainya kasih tak setulus Zulaikha?
Tidak perlu mencari isteri secantik Balqis,
andai diri tidak sehebat Sulaiman,
dan,

Tidak perlu mencari suami seteguh Ibrahim,
andai diri tidak sekuat Hajar dan Sarah.

Yaa Latief.... wahai Yang Maha Lemah Lembut..
berlemah lembutlah kepada kami....
amin.

05 Januari 2011

ViVi

Inilah"ViVi"... kereta je bukan apa... 


        Mula bertatih kat jalan pada 28 Ogos 07, huh... bukan senang aku nak mendapatkan ia... Bermacam halangan dan rintangan yang aku lalui... Mula2 buat loan bank sume x lulus. Seb bek ada UMW Toyota Capital SDN BHD, syarikat 2 lah yang bagi peluang kat aku untuk mendapatkan ViVi... Selama sebulan aku menunggu dan terus menunggu untuk mendapatkan kelulusan (L O U) dari syarikat tsb. Alhamdulillah berkat doa dari emak dan adik beradik semua pinjaman diluluskan pada  24 Ogos 07. Nak jadikan cerita, dia nak saksi pulak dah... sebab bujang lagi so terpaksalah minta tolong kat emak... Emak sanggup datang dari JB ke PHG semata2 nak sain untuk jadi saksi loan.

         Kesian emak ngan aniq... Ingat lepas sain dok esknye leh kuar dah si ViVi tapi x dapat gak. Terpaksalah emak balik nek bas. sedih sgt2 masa 2 tengok emak... Iskh3... Emak, abg minta maaf sebab dari kecil sampai besar susahkan emak je... huhu... 28 Ogos 07 ViVi mula bergerak membawa aku ke masa sja aku nak g... Jauh dah ia bergerak... Akhirnye SEMENANJUNG Malaysia dah habis dia pusing.

      ViVi jugalah yang menyebabkan aku dapat kenal dengan Mariah (1,1 nye isteri aku tersayang la ni). Mana x nyer masa mula2 jumpe, aku pernah tanya kat dia lau Abg nek motor Ieah nak nek x??? Tahu x apa jawapan dia??? Boleh kalau dah kahwin... hehehehe... Soalan cepu mas 2 aku bagi dia, saje nak test2... Mula2 aku jumpe dia kt Skudai, jemput dia balik dari kg dan hantar dia ke kampus. ViVi lah jadi saksi KASIH SAYANG KAMI...

          Sampai sekarang ViVi masih menjadi teman aku dan dia... Nak g mana2 mesti ViVi yang bawa kami. Baru2 ni road tax ViVi xpired, huh... rasa mcm patah kaki... Alhamdulillah, Tuhan tu maha pemurah beri sedikit rezeki utk aku idupkan road tax ViVi... Jadi dapatlah ViVi menjalankan tugasnye seperti rutin harian menghantar aku... Itulah serba sedikit aku citekan tentang ViVi. Viva merah kepunyaan aku dan isteriku...

Sihat Bertenaga di Usia Emas



Usia emas menjangkau usia pencen menyebabkan semakin banyak penyakit snang nak "hinggap", badan jadi lemah, tenaga makin berkurang... Nak jalan pun sakit satu badan... Namun sindrom ni... bukan serang kaum veteran je, remaja yg baru nk menjangkau usia dewasa pun rasa lenguh nak berjalan 1 kilometer....

Kenapa perkara ni berlaku... Jom buat 'check list' punca terjadi masalah ni
1) Faktor pemakanan
    Makanan skrg tak mcm makanan dulu, byk bahan kimia. cthnya, ayam yg diternak cepat membesar dari usia yg sepatutnya. sbb permintaan harian tinggi.. hari2 org nk makan ayam, so jika nak tggu ayam tu membesar ikut usianya mmg tak makan ayam lah... mmg tak cukup... so, inject bagi cepat besar...

Sayur-sayur juga disembur racun kimia... dan baja kimia yg menyebabkan pertumbuhan cepat membesar...

Makanan segera yg sentiasa digembar-gembur oleh media... lazat2 hingga ada yg dh tak makan nasi..

2) Faktor gaya hidup
Kurang bersenam... byk hidup dalam air-cond, tuntutan masa yg menyebabkan kena keje sampai ke malam... sbb hidup skrg perlukan duit..duit..duit...

So, inilah perkongsian petua utk menjadikan badan sihat dan bertenaga apabila menjangkau usia emas:

1) Elakkan makan dan minuman sejuk

2) Banyakkan makan sayur, buah dan ulam-ulaman

3) Lakukan senaman rengangan 20 minit je antara waktu bekerja..

4) banyakkan minum air suam atau air kosong

5) Kurangkan minuman berkafien dan susu berlemak

6) Biasakan diri dgn berjalan kaki atau berbasikal jika tempat yg dituju itu hampir dgn rumah.. contohnya: nak g kedai yang satu taman perumahan..tak perlu naik kereta atau motosikal

7) bagi org ISlam.. jangan tinggalkan solat kerana dalam wuduk dan solat terkandung banyak hikmah utk kesihatan dan kecantikan badan.

Awet Muda

awet muda mmg idaman semua wanita... lelaki juga tak terkecuali. sbb tu lah mcm2 produk anti penuaan yg boleh dibeli dipasaran sekarang.. pelbagai jenama, pelbagai harga, kos dan kualiti... ada yg menggunakan bahan kimia dan ada yang menggunakan bahan semulajadi dan herba. Namun itu hanya tempelan shj.. sbnarnya terdapat petua org2 tua utk awet muda secara semula jadi.. tanpa perlukan sebarang solekan atau tempelan krim anti penuaan....

antara petuanya:

1) jangan ambil minuman berais dan sejuk sebab boleh melmahkan urat saraf. Minuman berais patut dielakkan sama sekali bagi wanita yg telah berkahwin dan pernah bersalin.

2) Jika ingin mengekalkan keserian wajah, amalkan dan sentiasa basahkan wajah dgn wuduk (sentiasa dalam keadaan berwuduk)

3) Untuk tegangkan kulit muka, amalkan membash wajah dgn air ramasan daun sirih... selain tegang, mata menjadi cerah, terang serta mengurangkan resdung muka.

4) Jangan selalu make-up kecuali jika perlu....

5) Wajib cuci wajah sebelum tidur...

6) Banyakkan zikir dan selawat

7) Untuk keserian wajah terutama bagi anak dara yg bakal menjadi raja sehari, amalkan minum air rebusan daun inai dan mandi dgn air rebusan daun inai...

8) Banyakkan makan sayur-sayuran hijau dan ulam-ulaman.... mak cakap "yang pahit itu ubat, yang manis itu racun"

Petua-petua ini adalah hasil perkongsian ilmu dgn org2 tua dikampungku...

Nak awet muda secara semulajadi.. jom kita amalkan bersama.... ^_^

Petua Dapur = Elak beras masuk kutu beras

Kutu beras memang mudah menyerang dan suka tinggal beras yg sudah usang atau lama tak digunakan utk memasak... Macam tu juga aku... beras kat umah akau habis diserang kutu beras atau dipanggil bubuk... mmg susah juga nak halau makhluk Allah ni... Tapi ade petua org dulu2... caranya..sangat mudah.. masukkan bunga cengkih bersama-sama dgn beras yg disimpan.. insya-Allah bubuk tak masuk...

ni lah rupa kutu beras @ bubuk

ni bunga cengkih...

Hayatilah....Seandainya Tuhan mengizinkan



Seandainya Tuhan mengizinkan
Ingin aku terus bersamamu
Biarpun pedih dugaannya
Rela aku menghadapinya dengan sabar

Seandainya Tuhan mengizinkan
Cintamu mekar bersamaku
Ingin aku membahagiakan hidupmu

Tak pernah kutermimpi
Untuk bercinta denganmu oh sayangku
Tapi dah tersurat kita bertemu dan jatuh cinta

Sekiranya kau dapat terima aku seadanya
Itulah buktinya keihklasanmu

Andainya Tuhan megizinkan ingin menunaikan
Segala impian yang lama terpendam

Andai kita ditakdirkan terpisah jauh di mata
Namun hati tetap sayang dan merinduimu
Tiada siapa dapat melenyapkan cinta di hatiku
Hanya Tuhan saja yang berkuasa

Aku harap engkau masih menyayangi diri ini
Kerana kutidak sanggup berpisah denganmu
Kenangilah saat-saat indah percintaan kita
Semoga abadi kisah cinta kita

Andai kita ditakdirkan terpisah jauh di mata
Namun hati tetap sayang dan merinduimu

Seandainya Tuhan mengizinkan
Cintamu mekar bersamaku
Ingin aku membahagiakan hidupmu
Selama-lamanya

Masa Makin Berlalu




Telah lebih sebulan masa berlalu... Saat ini masih dalam mood honey moon.. alhamdulillah... aku telah selamat menjadi isteri yg sah kpd suami tersayang.. Mohd Firdzaus...
Cepat betul masa berlalu kan... aku masih terasa mcm baru semalam aku mengenali dia.. namun hakikatnya sudah 3 tahun aku kenal dia dan telah lebih sebulan aku menjadi permaisuri hidupnya... masa makin berlalu...

Saat ini, kami masih menanti kehadiran putera dan puteri hati... namun masih belum diberi tanda oleh Ilahi... Aku dan dia menanti dengan penuh redha dan pasti...
Suatu hari pasti akan ada rezeki kami dari Yang Maha Mengerti dan Yang Maha Pemberi Rezeki...

Masa makin berlalu... aku masih mencari dan belajar menjadi isteri yg terbaik buat suamiku...
Alhamdulillah.. segala-galanya indah bagiku... inilah kurniaan Ilahi...

Tahun 2011 adalah tirai hidupku berbeza dgn tahun2 baru yg telah berlalu... Tahun ini aku bergelar isteri dan insya-Allah akan bergelar 'ummi'... 

Alhamdulillah.. saat ini.. Allah masih mengurniakan erti rindu buatku dan suamiku walaupun kami saling bertentangan mata... inilah keindahan ciptaan Allah yg ku dambakan...

Ya Allah ku bersyukur kerana menganugerahkan insan sebaik suamiku...dan kekalkanlah kebaikannya itu hingga akhir hayat.... ameen....