15 Disember 2011

Breast Pump Pilihan...

Breast pump??? Pam susu... sebelum kahwin, sy tak amik tahu lagsung pasal hal susu menyusu dan pam susu ni.. cuma niat nak menyusukan anak tu memang ada... Lepas kahwin, sy tengok kak ipar sy ada menggunakan pam susu, sebab dia ibu yang bekerjaya.. dia lah yang bg semangat untuk susukan anak walaupun bekerja dengan susu ibu sepenuhnya.. dan sampai sekarang dia masih menyusukan anak-anaknya... 

Semasa mengandung, barulah saya buat research pasal pam susu... Apa jenama yang popular dan terbaik.. mula2 ingat nak beli yang biasa je... Kak ipar saya guna Spectra 3... Selepas cari mencari, ikut budjet sndiri juga la.. ikut kemampuan.. walaupun yang terbaik buat masa ni adalah jenama Madela... tetapi, saya hanya mampu memiliki pap elektrik jenama Spectra 3, sama macam kak ipar saya... Selepas kakitangan kerajaan dapat bonus sebelum raya Aidilfitri, saya pergi beli, Spectra 3 secara pakej.. jimat sikit.. tetapi amik yang biasa je.. xde la pakej yang mahal.. 
Jenama pam yang sya guna hingga kini melebihi 200oz pengeluaran.. setakat sebulan perkhidmatan... (yang lain2 tu penambah je tu)hihi

Kali pertama guna pam Spectra 3 ketika usia Faiqah 3 hari sebabnya dah bengkak susu. Takut bengkak dan demam, mak saya suruh pam.. Kali pertama buat double pam, sekejap je, 5 mnit, dapat la 2oz je.. cukup lah, sbb saya memang x nak wat stock, xde tempat nak simpan, maklumlah dok kat kg... so, mmg pam buang sebab Faiqah xnak minum... 

Sekarang, sy x buat double pumping lagi, sy buat power pumping, menggunakan 1 corong pam sahaja.. lakukan secara bergilir2 kiri dan kanan selama sejam.. sbenarnya ini cara psikology diri sndiri... bila buat kiri dan kanan secara bergilir2, adalah utk dapat banyak... awal2 sy buat dapat 2-3oz sahaja.. sekarang, cara yang sama saya gunakan, saya boleh dapat 7-11oz... Alhamdulillah...

Faiqah 3 bulan, saya diserang asma dan demam... seminggu saya x pam dan hari pertama sebelum demam teruk, saya cuba perah guna tangan atau istilah "marmet".. memang menyeronokkan, pertama kali buat dapat 3oz... wah seronok dan enjoynya.. tak payah nk basuh2 bekas pam tu.. tetapi Alhamdulillah, saya pandai juga bermarmet, sbb mula2 sy belajar dari Youtube, hanya dapat 2-3 titik je... memang sedih, tetapi, saya belajar dan terus belajar...marmet ni pntg gak diwaktu2 kecemasan xde pam...

Spectra 3 saya msih saya gunakan, 3 kali sehari dia bekhidmat utk saya...pagi, petang dan malam atau pagi tengah hari dan malam... ikutlah yang mana sempat, sbb saya belum naik keje lagi, masih bercuti (cuti bersalin+cuti sekolah)... kadang marmet sambil dfkan si Faiqah... dapat 3oz, sangat2 bersyukur...

Tetapi, saya yakin, pam bukanlah faktor utama, susu jadi banyak, yang penting usaha, yakin dan doa... serta aspek psikology juga penting.. seperti yang saya katakn pada entry sy sebelum ni.. Tak kisah lah guna pam apa tapi jika tiada usaha+doa+tawakal, xde maknanya.. Pam hanya sebagai pemudah cara... Tetapi jika yang berkemampuan, pasti dia nak yang selesa, tetapi bg sy yang sederhana, Spectra 3 sudah memuaskan hati saya.. walaupun berat,tetapi telah lebih 200oz, dia memerahkan susu saya untuk stock Faiqah.. Alhamdulillah.

Naik keje tahun depan, dlam perancangan nak beli pam satu lagi.. pam manual, untuk bawa ke tempat kerja.. sbb x larat nak usung pam Spectra 3... badan dah la kecik je, takut, harapan nak naikkan berat badan tinggal harapan je nanti.. Pam nya dah disurvey, tinggal nak beli je nanti... 

Sekarang ni banyak jenama pam yang ada kat kdai2 baby di Malaysia, manual ada, elektrik ada, dan guna batery pun ada, dari yang murah hingga lah yang beribu ringgit.. antaranya, jenama Pureen, Avent, Unimom Mezzo, Unimom Allergo, Medela Swing, Madela Harmony, Spectra 3, Spectra Dew, Avent, dan macam2 lagi yang x tersebut... , untuk yang terbaik.. tepuk dada, tanya budjet anda.. hehe..
~See U next entry~..Wassalam...

2 ulasan:

  1. hepi BF...sy follow kmbali,ye:))nti jgn lupa roger2 sy utk try BerryGen,ye..sgt bagus sbg supplement BF..sy dh BF ank sy 11bln..alhamdulillah:))0132007409:))

    BalasPadam
  2. akak dl...memula gn hok lektrik... pahtu gn yg menual mmg letih nak pam...hihi..last bg jer anak hisap...

    BalasPadam

Kata-katamu, inspirasi blog ku...
Syukran Jazilan, atas bicara indah anda...
Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^