GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Petua Sihat, Langsing Bertenaga & Awet Muda

Salam kengkawan...

Tetiba petang ni ada idea nak mencoret.. bukan kisah aku, atau faiqah tapi nak kongsi petua.. Ramai juga org tanya aku macam mana nak langsing, slim, menarik dan bertenaga... Aku memang xde masalah ni, sbb aku mmg langsing slim dari zaman anak dara... dgn tinggi lampai mmg cukup pakej Allah anugerahkan untukku.. Alhamdulillah...

Petua Sihat, Langsing Bertenaga & Awet Muda
Petua Sihat, Langsing Bertenaga & Awet Muda

Petua Sihat, Langsing Bertenaga & Awet Muda

Petua nak langsing dan bertenaga tanpa minum kacip fatimah serta utk kekal awet muda... jom tengok kat bawah ni:

* Amalkan mandi sebelum matahari naik, dari segi saintifik aku tak tau la, tapi kalau tgk amalan mak aku, mmg mak aku betul2 langsing... cume lepas menopous je, bdan mak naik sikit.. biasa la dh berumur..

* Ulam-ulaman terutama yang pahit2.. cntoh, pucuk mengkudu, jering, petai belalang dll.. yang paling bagus, ambil air rebusan pucuk mengkudu  buat minum seminggu sekali.. insya-Allah...

* Jangan minum ais, dan mimuman sejuk dan amalkan minum air suam... Kurangkan pengambilan gula... Banykkan minum air masak atau air suam.

* Buat senaman ringan, paling kurang mesti senaman supaya peluh dapat keluar.. dapat bakar lemah... Senaman ringan yang mudah, buat kerja2 rumah... sekali sekala, basuh kain guna tangan, basuh pinggan, sapu sampah dan kemas rumah... jgn suruh bibik je yang buat... 

* Untuk jaga kesihatan mata, amalkan membasuh muka dgn air rebusan daun sirih, hasilnya, awet muda, muka berseri, hilang jeragat dan resdung dan mata jadi cerah... testimonial mak saya juga.. umur 63 thun x perlu pakai kaca mata kalau nak masukkan benang dalam jarum...

* Kalau perut buncit, atau selulit boleh amalkan menyapu kapur sirih yang dicampurkan dengan air perahan limau nipis.. insya-Allah, pasti slim... amalkan selalu
* Menyusukan anak sepenuhnya boleh slim semula jadi... 

* Bertungku boleh mengembalikan tenaga dan memecahkan lemak dan selulit

Setakat ni dulu petua yang ada.. semua petua ni adalah hasil perkongsian dgn mak saya.. 
~ Selamat Beramal~

0Ulasan