08 Oktober 2011

PEMAKANAN IBU HAMIL

Bila mengndung mesti terfikir rutin mknn yg kena ubh... ea la sbb mknn yg kita mkn akn diserap oleh bby dlm kndungn.. so, kna jga pmknn kalau nk bby betl2 sihat... jom tgk zat ape yg perlu utk ibu dan ank...

Protein
Penting untuk membina tisu dalam badan. Tumbesaran bayi, uri, rahim,tisu payudara dan bekalan darah bergantung kepada bekalan protein yang cukup. Sumber protein yang utama ialah susu, daging, ikan, telur dan kekacang. Asid amino adalah unit asas untuk protein. Asid amino perlu adalah asid amino yang tidak boleh dihasilkan dalam badan dan perlu diambil dari diet.

Iron (Zat Besi)
Penting untuk menghasilkan darah. Ia merupakan bahan terpenting dalam penghasilan hemoglobin yang membawa oksigen disekeliling tubuh. Bekalan darah anda semakin bertambah semasa hamil, membuatkan keperluan zat besi semakin bertambah. Hati, daging, ginjal, ayam dan ikan adalah sumber zat besi yang terbaik. hati juga kaya dengan vitamin A. Pengambilan vitamin A berlebihan boleh memudaratkan bayi. Mengambil makanan yang tinggi vitamin C seperti betik atau segelas jus buah-buahan akan menolong penyerapan zat besi.

Calsium (Kalsium)
Bayi memerlukan kalsium untuk pembentukan tulang dan gigi. Anda dan bayi anda memerlukan mineral untuk mengekakalkan kekuatan gigi dan tulang, pembekuan darah yang normal, serta fungsi-fungsi otot-otot dan saraf. Susu dan makanan tenusu ialah sumber diet yang baik bagi kalsium kerana
-susu kaya dengan vitamin
-paras karbohidrat dalam susu iaitu laktosa dan vitamin D yang tinggi menambah kadar penyerapan kalsium dalam tubuh

Folic Acid (Asid Folik)
Asid Folik, sejenis vitamin B amat diperlukan untuk pembentukan sel2 daraah merah dan sel baru dalam badan. Kekurangannya akan menyebabkan anaemia dan bayi mendapat spina bifida(cacat saraf tunjang). Asid folik terdapat dalam makanan seperti hati, ginjal, sayur2an berdaun hijau, kacang,bijirin penuh,oren dan pati ragi.

Essential Fatty Acids(Asid lemak tepu)
Asid lemak ialah unit asas untuk lemak. Asid lemak tepu adalah asid lemak yang tidak boleh dihasilkan dalam badan dan perlu diambil dari makanan. Asid lemak ini ialah Asid Linolik (LA) dan Asid Alfa-linolenik (ALA). LA dan ALA amat penting kerana ia diperlukan untuk menghasilkan sel2 baru yang terbentuk dengan pantas.
LA diproses dalam badan menjadi Arakidonik (AA) dan ALA menjadi Asid Dokosaheksanoik (DHA). AA dan DHA penting untuk tumbesaran normal dan perkembangan otak bayi.
Banyak kajian mendapati bayi2 yang ibu2 mereka makan banyak “ikan berminyak” seperti salmon, tuna, sardin, makeral, dan ikan kod mempunyai kandungan DHA yang lebih tinggi.
(sumber: my info collection)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Kata-katamu, inspirasi blog ku...
Syukran Jazilan, atas bicara indah anda...
Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^