GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Cara nak tingkatkan Hemoglobin (Hb) Darah Ketika Mengandung

Cara nak tingkatkan Hemoglobin (Hb) Darah Ketika Mengandung | Di sini aku nk kongsi sedikit pengalaman walaupun tak seberapa... Cara nak tingkatkan Hemoglobin (Hb) darah ketika mengandung...

Memang ramai ibu-ibu muda diluar sana gelisah tentang rendahnye Hb ni... Kenapa pentingnya Hb ni??? salah satu sebabnya untuk mengelakkan risiko tumpah darah ketika mengandung...

Sebab tu setiap bulan hingga akhir kandungan, darah ibu akan dianalisis... dan nurse atau doktor, akan tengok tekanan darah dan Hb ni dulu... kalau bawah 11.0 diorg dah bagi warning supaya berjaga-jaga...

Hb aku sepanjang aku mengandung paling rendah 10.8... masa awal-awal kehamilan iaitu 3 bulan lebih usia kandungan aku (baru buat buku merah) Hb aku paling tinggi 12.5... memang bagus sekali nurse cakap... lepas dari tu turun sikit je, dan bila check-up pada usia kandungan 6 bulan Hb turun kpd 10.8..

so, dengan inisiatif yang ada aku teruskan usaha untuk naikkan semula Hb ni... berkat sokongan padu dari suami, Hb ku terus naik.. dan ketika check-up 32 minggu yang lepas, Hb ku berada pada paras 11.9...

Cara nak tingkatkan Hemoglobin (Hb) Darah Ketika Mengandung

Cara nak tingkatkan Hb Ketika Mengandung

Ada beberapa tips dan petua nak tingkatkan Hb dan nk maintainkan supaya Hb tak turun lagi. Antaranya:

1. Elakkan kaffein

Elakkan sama sekali kopi dan teh... dua jenis minuman ni berfungsi menyerap zat besi yang kita ambil. Hasilnya, zat besi dalam badan akan berkurangan... Zat besi adalah pun utama pembentukan Hb darah.

2. Makan makanan yang boleh tingkatkan Hb

Makan hati ayam, bayam merah, dan daging segar sekurang-kurang sekali seminggu...

3. Amalkan minuman yang kaya zat besi

Minum jus jambu batu.. sbb jambu batu kaya dgn zat besi... (ni minuman kegemaran aku masa awal-awal kehamilan)

4. Jangan skip iron tablet

Makan iron tablet yang dibekalkan oleh doktor. Boleh makan bersama dgn vitamin Obimin. Makan vitamin diawal pagi ketika perut kosong... sbb memudahkan penyerapan vitamin keseluruh badan.

5. Jangan stress

Kawal diri, supaya jangan stress... sebab stress juga boleh buatkan tekanan darah meningkat... kalau stress kuar jalan-jalan atau riadah bersama yang tersayang... Boleh juga layan hobi dan me time untuk atasi stress...

6. Doa dan tawakal

Akhir sekali, berdoa lah.. sebab segala usaha kita mesti disertakan dengan doa, dan akhirnya tawakal...

Sekian perkongsi ringkas dari pengalaman sendiri. Semoga bermanfaat.

3Ulasan

  1. Nice response in return of this issue with real arguments and describing all about that.
    Also see my web page :: electronic delivery

    BalasPadam
  2. Your way of telling everything in this paragraph is truly pleasant, every one
    can without difficulty understand it, Thanks a lot.
    Check out my page ; vidacup products

    BalasPadam
  3. Superb, what a web site it is! This webpage provides useful data to us, keep
    it up.
    Feel free to surf my web page :: iraqi dinar revalue

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ