23 Disember 2010

TIPS UNTUK SURVIVE PERCINTAAN JARAK JAUH



aku dulu memang bercinta jarak jauh.. walaupun si dia berasal dari johor.. tapi menetap di Pahang... Aku pulak study kat johor dan tinggal kat kedah.. mmg susah nk berjumpe... so.. ni aku nk kongsi sikit tip2 cinta jarak jauh ....

Setia walaupun jauh

Memang pelbagai dugaan yang kita hadapi apabila kita berjauhan. Ketika kita berjauhan, kita akan terasa sunyi. Orang yang selalu kita jumpa, tiba-tiba kini jauh dari mata. Dan apabila berjauhan, hati menjadi sunyi. Dan pada masa inilah kawan-kawan menjadi penyeri. Namun begitu, walaupun kita masih mempunyai kawan, kawan hanyalah kawan. Ceria bersama kawan tidak sama dengan ceria apabila kita bersama dengan pasangan kita. Di sini, ada yang kecundang. Ada yang bercouple dengan kawan disebabkan terasa sunyi. Fikirkanlah, apa perasaan pasangan kita bila dapat tahu yang kita tidak setia? Dan letakkanlah dsusairi kita di tempat dia. Adakah kita akan gembira dan suka jika kita dibuat demikian?

Berjumpalah walaupun seketika

Jangan jadikan jauh itu sebagai alasan. Cinta perlukan komitmen. Cinta juga adalah tanggungjawab. Walaupun jauh, cuba cari masa untuk berjumpa dengan si dia. Andai kata si jejaka duduk jauh di utara semenangjung dan si gadis duduk di hujung selatan semenanjung, cuba cari masa yang sesuai untuk berjumpa. Paling tidak pun bila ada cuti panjang. Janganlah tidak berjumpa langsung. Sudah pasti rindu di hati akan semakin memberontak bila kita berjauhan. Jadi, apabila ada masa kelapangan itu, rancanglah untuk berjumpa. Sudah pasti ini akan mengeratkan lagi hubungan dan dapat mengurangkan rasa rindu itu.

Tanyalah khabar

Setiap malam sebelum tidur itu kalau boleh cuba hubungi si dia tanyakan khabar. Buat secara selang seli. Hari ini anda yang call dia. Esok dia pula. Dengan ini baru la sama-sama merasa susah dan senang. Jangan mengharapkan si dia sahaja yang akan call anda. Sudah pasti dia akan berasa sukar untuk menghubungi anda jikalau dia sahaja yang perlu call anda. Memang cinta perlukan komitmen tetapi ia akan menjadi sukar bila sebelah pihak sahaja yang memberikan komitmen. Jadi sama-samalah membantu dalam membina percintaan ini.

Sambut hari ulang tahun bersama

Sekiranya tidak sibuk, cuba sambut birthday atau ulang tahun per-couple-an bersama-sama. Sekiranya birthday itu jatuh pada hari bekerja, sambutlah bersama-sama pada hujung minggu tersebut. Luangkan masa bersama untuk seketika sudah pasti dapat mengembirakan antara satu sama lain. Walaupun perjumpaan itu hanya sementara, tetapi kenangan ketika berjumpa bersama-sama sambil menyambut birthday sudah pasti akan terpahat kukuh di hati. Mungkin anda akan tersenyum sendirian apabila mengenangkan kembali kenangan manis sebegitu.

Jangan jadikan jarak sebagai pemusnah

Cinta jarak jauh memang sukar. Memang meronta-ronta hati bilamana rindu itu datang. Apabila keseorangan, sudah pasti kita akan terasa sangat kerinduan itu. Tetapi ingatlah, jangan jadikan jarak yang jauh itu sebagai pemusnah cinta anda. Jadikan ia sebagai satu cabaran yang akan memberikan anda lebih bersemangat untuk meneruskan cinta itu.

Akhir kata, walauapapun rintangan yang ada, jangan jadikan ia sebagai alasan dan penghalang. Tetapi jadikan ia sebagai sesuatu yang dapat menambahkan kasih sayang kita kepada si dia. Bila jauh kita akan merasa rindu bukan? Jadi jauh itu bukan satu perkara yang tidak baik cuma ianya merupakan salah satu cara untuk memupuk rasa kasih sayang kita dan mengajar kita untuk menjadi seorang kekasih yang setia.

Berdoalah...

Untuk kekalkan perhubungan jarak jauh perlukan doa yg berterusan dari Allah... moga Allah sentiasa memelihara perhubungan ni sampai la kita kahwin... bagi yang dah kahwin dan dok jauh2 berdoalah moga Allah kekalkan ikatan sampai akhir hayat... segala-galanya berserah pada Allah... kekuatan rohani amat penting dalam perhubungan jarak jauh...

20 Disember 2010

Alhmdulillah...

Alhamdulillah.... ari ni berita yg amat gmbira utk semua... terutama org2 yg tersayang di sekeliling ku....


Aku bertugas sbg suri rumah kpd suamiku seperti biasa... Oleh sbb dia blik makan lambat sikit hari ni, aku masak lambat sikit la.. Biasa jam 10.30-11 pg aku dh masuk dapur, tapi ari ni lwat sikit.. nk mask bukan ssh pun... kejap je...

Selepas membasuh kain, siap sidai semua aku mengadapa laptop... menyiapkan design utk projek j-Qaf yg bekas bos aku nak tuh... tapi tak siap2 juga lagi. Sambil2 tu on9 YM.. saje la kot2 ade kwn2 aku nk ym ngan aku... Lepas on9 ade la kwn ku alina n nor yg sudi tmn aku yg boring ni... diorg pun boring gak la tuh....

Sedang chatting2.... tetibe si kwn alina memberi tahu kputusan interview KPM dah blh semak... Aku trus la wat semakkan... INternet slow pulak masa nk wat semakan tuh.... lambat sgt.. membuatkan jantungku berdegup kencang... bukan apa.. takut sejarah berulang lagi... aku tak kecewa sgt tapi aku tak nak mengcewakan org2 yg menyayangiku... Dalam Hati berdoa je x putus2... istighfar byk2...

Lepas je dapt check... Ha.... inilah hasilnya:


Alhamdulillah... aku berjaya interview kali ini... mmg byk hikmah knpa aku gagal kali pertma dulu... alhamdulillah.. inilah rezeki perkahwinanku... ku bersyukur... 

Terima kasih kepada Suami tersayang yang snggup berkorban kerja kerna nk hntar beby g interview, terima kasih kpd mak pak, dan adik beradikku yg tk putus bg smgt dan berdoa utkku... terima kasih buat ibu mertuaku... yg doakn utkku.. tak lupa ku ucpkan terima kasih buat along sekeluarga yg beri smgt padaku... aku sayang kalian semua.... 

Ini berita yg amat menggembirakan aku... namun sampai saat entry ni ditulis, suamiku belum tahu berita ini... akan ku sampaikan bila dia blik kerja nnt...

ADA APA DENGAN CINTA??????



Cinta syahdu fitrah manusia,
Cinta pertama kepada Yang Maha Esa,
Tanpanya bisa merobek jadi sengsara,
Itulah tiang seri keindahan sebuah cinta.

Cinta sejati kekadang hanya sementara,
Walaupun janjinya sehidup semati bersama,
Cinta sejati dari mata turun ke hati,
Kehidupan susah dan senang tetap dihayati.

Adakalanya cinta membawa derita,
Ada juga yang membawa sinar bahagia,
Cinta boleh berubah bila-bila masa,
Ketika itu dua insan menjadi sengsara.

Cinta dalam hati boleh jadi gerhana,
Pabila terlerai kasih yang pernah dibisikkan,
Cinta suatu anugerah Allah Yang Maha Kuasa,
Tidak terungkap untuk mentafsirkannnya.

Cinta kudus mewarna kehidupan,
Cinta di bibir hanya melamun rasa,
Cinta kepada Islam akan berterusan,
Cinta sejati sanggup berjuang apa sahaja.

Ada insan cintanya pada harta benda,
Ada insan cintanya melepaskan nafsunya,
Ada insan cintanya membabi buta,
Ada insan memburu cinta di mana sahaja.

Karya asal: Hambali Aabdul Razak-Majalah NUR: Feb. ‘04

TIP CINTA SUAMI ISTERI


* Cium tangan suami dan dahi isteri setiap kali sebelum berpisah ke tempat kerja asing-masing.

* Jika berpisah lebih dari sehari seperti untuk tugasan luar daerah, tambah rutin harian tadi dengan pelukan dan ciuman di bibir.

* Walau sesibuk mana sekali pun, luangkan masa untuk menelefon pasangan sekurang-kurangnya sekali walau sekadar untuk bertanya apa yang sedang dilakukan.

* Sentiasa ucapkan kata-kata sayang seperti I love you sepenuh hati sebelum keluar kemana-mana, menamatkan perbualan di telefon dan sebelum tidur.

* Sentiasa mencari peluang untuk makan tengah hari bersama kerana pastinya ia tiada gangguan anak-anak jika pada hari berkerja.

* Amalkan bertanya apa yang berlaku sepanjang hari selepas pulang dari kerja sebagai tanda mengambil berat dan memberi peluang pasangan meluahkan perasaan.

* Laungkan masa untuk berbual tentang apa sahaja dari isu rumah tangga hinggalah politik semasa sebelum tidur.

* Mudah berbaik jika berlaku sebarang pertelingkahan, jangan biar berlarutan walau untuk satu jam sekali pun apatah lagi berhari-hari.

* Temani pasangan semasa menonton rancangan kegemaran mereka walau sambil membaca akhbar misalnya kerana apa yang penting ada berada di sisi.

* Jangan sesekali berpisah tempat tidur walau anak sudah berderet atau usia sudah meningkat kerana ia adalah salah satu amalan penting untuk mengeratkan kasih sayang.

* Amalkan sembahyang berjemaah semasa di rumah, berdoa bersama serta bersalam-salaman selepasnya.

* Biasakan bergilir gelas atau pinggan semasa makan serta tidak segan atau geli untuk menghabiskan makanan atau minuman isteri atau suami.

* Sesekali buatlah kejutan seperti membeli hadiah atau kad untuk peristiwa tertentu, memakai pakaian dalam yang seksi atau apa sahaja yang anda tahu pasangan pasti menyukainya.

* Senda gurau dalam rumah tangga amat penting, ceritalah sesuatu yang kelakar, teka-teki atau apa sahaja yang membolehkan anda ketawa bersama.

* Sentiasa kenang pengorbanan masing-masing seperti susah payah isteri melahirkan anak dan suami yang berkerja keras \ menyara keluarga.

* Sesekali tukar gaya penampilan agar ada kelainan serta untuk mengelakkan pasangan merasa jemu.

* Apa sahaja masalah yang timbul, berterus terang dan berbincang bersama untuk menyelesaikannya.

* Sentiasa menyimpan tekad untuk menjadi suami/isteri yang baik dalam rumah tangga bahagia kerana fikiran positif akan memudahkan anda mencapai matlamat tersebut.

* Jika amalan-amalan di atas tidak pernah dilakukan sehingga anda membacanya hari ini, jadikanlah ia sebagai titik permulaan untuk melakukannya tanpa rasa ragu dan malu. kalau ada tips2 yang lain boleh kita berkongsi lagi

UNTUK SUAMI ISTERI (renungan bersama)



UNTUK SUAMI DAN ISTERI
(RENUNGAN BERSAMA)..

Buat para SUAMI,
renungkanlah...
Isteri yang kamu nikahi tidaklah semulia Khadijah,
tidaklah pula setaqwa Aisyah,
pun tidak setabah Fatimah...

Justeru,
isterimu hanyalah wanita akhir zaman,
yang punya cita-cita menjadi solehah...
Pernikahan atau perkawinan mengajarkan kita kewajiban bersama,
isteri menjadi tanah, kamu langit penaungnya,
isteri ladang tanaman, kamu pemagarnya,
isteri kiasan ternakan, kamu gembalanya,
isteri adalah murid, kamu mursyidnya,
isteri bagaikan anak kecil, kamu tempat bermanjanya,
saat isteri menjadi madu, kamu teguklah sepuasnya,
seketika isteri menjadi racun, kamulah penawar bisanya,
seandainya isteri tulang yang bengkok,
berhati-hatilah meluruskannya...

Pernikahan atau perkawinan menginsafkan kita perlunya iman dan taqwa,
untuk belajar meniti sabar dan ridha kepada Allah SWT.
Kamu bukanlah Rasulullah SAW,
pun bukanlah Sayyidina Ali Karamallahhuwajhah,
kamu hanyalah suami akhir zaman yang berusaha menjadi soleh.

Buat para ISTERI,
renungkanlah...
pernikahan atau perkawinan membuka tabir rahsia,
suami yang menikahi kamu tidaklah semulia Muhammad SAW,
tidak pula setaqwa Ibrahim,
pun tidak setabah Ayyub atau pun segagah Musa,
apalagi setampan Yusuf.

Justeru suamimu hanyalah lelaki akhir zaman
yang punya cita-cita membangun keturunan yang soleh...
Pernikahan atau perkawinan mengajar kita kewajipan bersama.
Suami menjadi pelindung, kamu penghuninya,
suami adalah nahkoda kapal, kamu pengemudinya,
suami bagaikan pelakon yang nakal, kamu adalah penonton kenakalannya,
saat suami menjadi raja, kamu nikmati anggur singgasananya,
seketika suami menjadi bisa, kamulah penawar obatnya,
seandainya suami bengis lagi lancang, sabarlah memperingatkannya...

Pernikahan ataupun perkawinan mengajarkan kita perlunya iman dan taqwa,
untuk belajar meniti sabar dan ridha Allah SWT...
Kamu bukanlah Khadijah,
yang begitu sempurna di dalam menjaga,
pun bukanlah Hajar,
yang begitu setia dalam sengsara,
kamu hanyalah wanita akhir zaman yang berusaha menjadi solehah.

Kerana itu,
wahai para suami dan isteri,
jangan menuntut terlalu tinggi,
seandainya diri sendiri jelas tidak berupaya...
Mengapa mendambakan isteri sehebat Khadijah,
andai diri tidak semulia Rasulullah?
Mengapa mengharapkan suami setampan Yusuf,
seandainya kasih tak setulus Zulaikha?
Tidak perlu mencari isteri secantik Balqis,
andai diri tidak sehebat Sulaiman,
dan,
Tidak perlu mencari suami seteguh Ibrahim,
andai diri tidak sekuat Hajar dan Sarah.
Yaa Latief.... wahai Yang Maha Lemah Lembut..
berlemah lembutlah kepada kami....

ameen....

19 Disember 2010

Kisah Penemanku...

yuyu si ikan puyu.... 
 
Kisah si peneman ku, si ikan puyu peliharaan hubby ku semenjak 2006 hingga kini.. Ikan puyu yg diberi nama yuyu hidup di dalam akuarium yg mmg disediakn khas utk yuyu... Kini ikan puyu tersebut menjadi teman sunyiku ketika hubby ku keluar bekerja...

Tak susah bela ikan ni... kejenye cume beri mkn. dan bila airnya nmpk kotor, tukar air... itu je la.. bila bosan smbg2 lah ngn ikan ni... gelagat ikn ni mmg menghiburkan...


My New Profile... :)

 Tabik tuan !!!

 Bersedia untuk memulakan tugas yang diamanahkan...

 Wira, Wirawati Negara... Siap sedia untuk berjuang mempertahankan tanah air...

Pakaian yang mcm celoreng ni namanye pakaian , loreng yang dipakai oleh anggota tentera... Pakaian No.5. Biasanya pakaian ini dipakai semasa latihan atau operasi ketenteraan. Apa yang istimewanya baju ni??? sebab apa tentera kena pakai baju bila masuk hutan??? 

Istimewanya baju ni, adalah sbgai penyamaran apabila anggota tntera bergerak di dalam hutan tebal.. sbb tu lah diorg wajib pakai baju ni.. supaya musuh tak nmpak. Walaupun berat baju ni, tapi best juga aku pakai... maklumlah org tak biasa pkai uniform...


18 Disember 2010

Cinta Internet... Boleh percaya ke???- Vol 2

Sambungan kisah cinta internet...

Lebih kurang setahun aku berkenalan dgn ramai lelaki dari laman web tu... aku pun dah tak ingat nama2 depa suma tu... ea la.. kwn smggu, lost cntek, tak pun menyepi mcm tu je...

Paling dasyat aku berkawan dgn seorg lelaki sblum aku bertemu dgn si dia (suamiku). sbb apa aku kata dasyat, sbb aku telah ditipu dgn sorg suami org... Aku kenal dia melalui no fon je, dia ckp kwn aku bg no fon aku kt dia.. Bila ditanya siapa, dia tak bgtau pula.Aku pun terus je la berkawan... nak kata sayang tu xde la.. tapi kesungguhan dia nak ajak aku khwin tu, mengganggu fikiran ku... Dia tinggal kt Penang, keje kilang je sbg technician.. aku pun tak kisah sgt pun.. aku teruskan berkawan.. dlm masa yg sama aku tak putus2 doa dan wat solat istikhrah, solat hajat.

Aku berkawan je... sampai satu msa dia ajak aku khwin... ish... pening2.. aku telefon mak, mak awal2 tak suka, tak nak lah mak cakap.. pdhal aku belum cakap lagi sape... Pastu, aku telefon kakak ku yg dok kat b'worth, mnta pndapatnya... Kak ckp, ikutlah ckp org tua, restu tu penting kak ckp... Aku pun tak kisah la, aku bgtau dia... Dia ckp nnt pujuk la... Aku pun ckp.. tak nk khwin lgi la... nk stdy dulu... Dia kata dia nk tggu... aku ckp.. tggu la.

sampai satu masa, aku cuti smester, so, blik kg la.. dia ckp nk jmpe.. tapi aku tak nk sbb dlm hati risau sgt.. n tak sdap hati nk jmpe.. aku blik umh akk aku kt b'worth tu dulu... dia ckp dh dkt dgn tmpt kje dia, blh la jmpe.. dia nk jmpe gak.. kak tak bg, aku pun tringin nk tgk muka dia juga, dh dkt sbln kwn, tpi tak pnh tgk lngsung... aku pun ajak ank menakan aku teman, jmpe kt luar pgr umh kakak aku, jmpe kejap je, tak smpai 5 minit.. dia nk keje...

Lepas peristiwa tu, aku tak rase pe pun... biasa je.. aku blik kg lpas smggu kt umh kak. Seminggu kt kg, suatu mlm aku baca yasin n wat solat hajat mohon petunjuk dan ketenangan... sbb gusar sikit hatiku ini kwan dgn dia ni. Lepas je baca yasin, aku dapt pgglan tepon dr sorg pmpuan.. Dia jiran lelaki tuh... dia soal siasat aku... pastu dia bgtau la, yg lelaki tu dh berkhwin, anak 2 org, kje kt pam minyk, umur dh 30 tahun lebih... perasaan aku... lepas tu, tak nangis pun, tapi Alhamdulillah Allah bg petunjuk yg ku harapkan...

Lepas aku tnya dia betul ke berita yg dismpaikan... dia mngaku... aku putuskan terus hbgn aku dan dia... lepas 2 hari je aku pts... aku on no yg lama.. (aku guna 2 no fon masa tu, tpi 1 hp).. dapat msg dr sorg lelaki yg aku tak knl... aku bals... dan dari situlah perknalan aku dan suamiku bermula... (sbnrnya no fon tu aku bg melalui lamn web ekawan suatu ketika dulu..)

Cinta internet ada baik dan buruknya.. yg penting jgn mudah percaya dan terpengaruh dgn meterial... Yang penting niat dan kena byk2 berdoa... Sebenarnya, kakak iparku (kakak suamiku) juga, berkahwin melalui jodoh dr laman web yg sama...

So...cinta internet, boleh pcy ke tidak... jawapannya terpulanglah kepada setiap individu...

Melalui cinta internet.. akhirnya tanggal 19 Nov 2010, cinta  internet kami bersatu... Alhamdulillah...

Cinta Internet... Boleh percaya ke???- Vol 1



Zaman telah berubah.. dunia dah maju... segala2nya moden sampaikan cari jodoh pun melalui internet... boleh percaya ke cinta atau jodoh melalui internet.

Ada laman web yg mmg khusus utk psgn mencari jodoh.cnthnya myjodoh.net. selain menggunakan laman2 web yg mmg khusus cari jodoh ni, ada juga yang mencari jodoh melalui laman2 sosial mcm facebook, twitter, friendster n tagged.

Pendapatku... internet adalah perantara dalam mencari jodoh. mcm zaman dulu2, guna org tgh, nmun zaman moden skrg, internet blh dijadikan perantara utk mencari jodoh. tapi ada syarat2 juga dalam mencari jodoh melalui internet ni sbb kita tak nampak org tersebut scara realiti.. kdg2 gmbar yg dipaparkan hnya hiasan semata2, begitu juga dgn mklumat tntg diri seseorg.. tak blh dipercayai 100%.kena hati!!!

Namun, perkahwinan yg aku bina skrg adalah melalui cinta internet. Tapi perkenalan aku dan dia (suamiku kini), bukan lah melalui laman web smbang yg popular mcm facebook, twitter tu... tetapi melalui laman web  Ekawan .

Dia bukanlah org pertama yg aku kenal melalui ekawan tu.. tapi aku kenal ramai lelaki dari laman web tu.. niatnya mmg nk cari jodoh. dalam masa yg sama aku mencari insan yg betul2 menepati ciri2 yg aku idamkan... kuatkan smgt dan berdoa...

Laman web tu mmg mencabar, sbb nk jmpe lelaki yg baik sgt susah... aku berknalan dgn lelaki melalui internet shja... Mgkin ada yg fikir, tak kan xde yg hendakkan aku msa aku study kat university dulu??? entahlah.. aku ni secara realitinya, agak pemalu, pendiam dan persepsi pertama org yg pertama kali melihat aku mengatakan aku ni sombong.... itu yg membuatkan org susah nk dekat dgn aku.

Berbalik pada kisah cinta aku dan dia.... Aku kenal ramai lelaki tetapi tak kekal lama, paling lama aku kwn dgn sorg lelaki tu yg knali sbg 'wan', itu pun sebulan je... Sepanjang aku kwn dgn lelaki2 itu... alhamdulillah Allah pelihara aku, kerana seorg pun tak penah ku bertemu secara realiti, krna doa ku, "pertemukan aku dgn org yg betul2 jodohku"...

Panjang tau kisah cinta internet ku ni... nnt sambung lagi ea... tunggu...

17 Disember 2010

Dedikasi...

Dedikasi...

Alhamdulillah... akhirnya siap juga blog ni... ni blog baru dgn wajah baru.. dedikasi khas utk suami tercinta...Mohd Firdzaus...

Blog ni mmg khusus utk ceritera kami berdua serta dedikasi dan motivasi bagi yang telah berkeluarga...

Blog lama ku... dgn tajuk "Segalanya dari hati" tetap wujud... tidak ku delete pun akaun blog tu... kerana itulah blog permulaan bagiku yg mula2 nk berjinak dgn dunia blogger...

Kepada pegunjung selamat melayari dan menghayati blog kami yg tak seberapa ni...

Kepada yg berminat blh ikuti sbg follower, dan bagi yg sudi, tinggalkan komen atau cdgn yg membina...

Salam ceria.... dan moga diri anda sntiasa diselubungi CINTA SEJATI....